Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Jumaat, 24 Februari 2012

The Tale of A Princess: Two Continent's Love






Dear Diary,

Entah kenapa laa aku perlu jugak mencatatkan benda ni di sini. Segan amat... tapi, tak mengapa. Kisahku dah jadi macam cinta mukabuku, tapi aku mengenali si dia bukan dari muka buku. Memanglah, kami kenal dari satu laman web dan dia mempunyai banyak persamaan denganku. Haih...apa pulak laa kali ni? 

Dia berasal dari Greek atau dikenali sebagai Hellas suatu masa dahulu. Minta-minta laa tak ada orang cop aku ni "desperate" sebab aku bukannya jenis orang macam tu. So sorry to disappointed you. Hahaha... uhum..kitorang dah lama kenal dari laman web tu. Chatting dan berbincang pasal hal-hal study... ambek...dan dia sudi menghantarkan gambar miliknya kepadaku. Not bad... =) tapi aku takkan menilai dari segi luarannya. Seusia denganku dan lahir pada bulan januari. Tinggi... orang eropah ni memang tinggi2 ke? nak topup ketinggian sikit ni kalau boleh *gulp*.

Cuma kali ni... aku jadi sedikit macam nerd (dia pun lebih kurang). Sebab aku tak tahu dan tak tahu camana laa orang berkapel ni. Dia tanya aku kalau aku sudi untuk terimanya, sebab katanya dia tak pentingkan penampilan. Okay... dia pelik. Hahaha... aku lagi lah. What on earth I'm thinking about?! Tapi paling lucu bila dia terpaksa pergi sebab maknya dah marah... ahaha... siapa suruh terleka. Aku? Assignment tak sentuh lagi... abes la. Tapi, yang penting aku tetap nak buat. =) nak makan dulu (makan pada jam 3 pagi... isy3...lapo bebeno)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan