Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Jumaat, 13 April 2012

Diary of Memories: Tanpamu FBku...



Dear Diary,

Semenjak kebelakangan ni aku agak sibuk memerhatikan Jerman. Mana tidaknya, keinginanku untuk menjejakkan kaki di bumi Jerman walau sekali sangat tinggi. Ditemani oleh Cik Sheral, kami berkongsi hasrat untuk bersama-sama menjejakkan kaki di sana. Padaku bukan perjalanan tersebut yang penting, tetapi ilmu yang akan kupelajari sekiranya di sana kelak. Papa dan Mama memberi kata putus untuk membiarkan aku menyertai program itu. Aku... perlu berhati-hati kali ini. Kehidupanku kini bukan lagi seperti dulu semasa aku masih di bangku sekolah. Aku kini hidup berdikari dan sendiri, bukan lagi di bawah jagaan Papa dan Mama.

Semenjak akhir-akhir ini, entah mengapa aku rasakan yang aku semakin jauh daripada setiap orang. Maaflah kalau aku tersilap dalam bicara atau laku terhadap kalian. Jangan risau, selepas semester ini aku akan kurangkan untuk muncul di akaun FB itu. Pernah sekali, aku teringin benar untuk 'unfriend' semua orang dan mengubah FBku kepada private settings.  Namun, akaun yang aku gunakan itu sudah lama bersamaku...semenjak 2007 lagi. Kenangan suka dan duka semuanya di situ. Aku bertemu semula dengan rakan karibku di situ selepas dia pergi setahun lebih tanpa khabar berita. 

Kadangkala, aku terfikir. Apakah yang akan berlaku sekiranya aku tiada FB? Aku rasa lebih baik sekiranya aku tidak melihat sebarang coretan yang agak melampau di bahagian suapan berita. Ada masanya, caci maki dan sewaktu dengannya juga muncul di sana. Sedarlah wahai rakan, jangan gunakan bahasa sebegitu walaupun sedang dilanda api amarah. Menjaga air muka seseorang juga penting, kerana Dia juga pasti akan menjaga air muka kita. Sekiranya tak puas hati, bukankah elok andai berdepan dengannya? hanya berdua? Agama dan budaya menggalakkan kita berlaku baik, dan janganlah pula kerana kesalahan yang kecil dari seseorang itu kita memulaukannya. Setiap manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan. Apa yang berlaku sepanjang semester ini lebih kurang sama seperti yang kualami semasa tingkatan 5 dahulu. Kenangan lama yang memang penuh suka duka. 

Aku hanya mampu berdoa kepadaNya agar memberiku kekuatan untuk menghadapi semester ini dan tahun akhir pengajianku nanti. Sememangnya bukan mudah untuk melupakan apa yang orang lakukan pada kita... bak kata seniorku, satu kesalahan membunuh seribu kebaikan. Namun aku cuba, cuba untuk tetap tersenyum pada mereka kerana aku tahu perasaan benci dan amarah akan membuatkan syaitan dan iblis laknatullah bersorak kegembiraan melihat apa yang terjadi. Maka dengan sendirinya aku mengambil keputusan untuk berdiam diri, sekiranya itu menjadikan keadaan lebih baik. 

Si Dia yang jauh di benua Eropah sana menyokong keputusanku. Terima kasih kepadanya kerana menghulurkan tangan saat aku mula jatuh.  Katanya, "please don't mind what other people think about you, but mind what God will see about you. Take a good care of your academic. I am always with you". Aku tak pernah menjangka akan bertemu insan sebaik itu. Terima kasih kerana muncul di dalam hidupku. Kukatakan padanya yang aku ingin sekali hidup dengan aman, dan lantaran itu aku mengambil keputusan paling berat. Membiarkan akaun FBku selepas semester ini. Aku mengaku, hatiku masih belum cukup kuat untuk menerima apa2 tohmahan mahupun kejian sekiranya ia datang dari seseorang yang pernah menjadi sahabat baikku suatu masa dulu, apatah lagi sekiranya orang tersebut merupakan orang yang aku anggap seperti ahli keluargaku sendiri. 

Namun, aku betul2 perlu membuat pengubahsuaian sedikit dengan sektor di bawah jagaanku. Kerana sektor tersebut merupakan yang paling pasif... dan aku bertanggungjawab untuk memimpinnya. Di dalam tanganku kini terdapat dua proposal yang aku akan tinggalkan kepada pemimpin seterusnya untuk diteliti. Hanya itu yang aku mampu lakukan...dan juga...sedikit kejutan buat mereka. Aku harus lebih tabah... dan tak perlu menyesal kerana sekurang-kurangnya, aku belajar banyak melaluinya. Aku mula sedar, aku harus mendalami sesuatu itu dengan lebih teliti lagi sebelum menerima apa2 jawatan. Bukan belajar semasa aku telah menerimanya...kerana pada masa itu aku sepatutnya sudah mengaplikasi. Kesilapan besar yang aku lakukan...dan sememangnya menjadi duri dalam daging kepada semua orang. Maaf kepada kalian. Akan ku undur diri dari barisan hadapan, dan terima kasih atas jagaan kalian terhadapku. PERMASA memerlukanku dan aku tak akan mengulangi kesilapan yang sama. 

PERMASA... aku tidak akan melihat dari perspektif organisasi tertinggi tetapi dari sudut seorang ahli biasa. Di sinilah aku akan berbakti sehingga semester hadapan. Aku tak mahu menjadi beban... biarlah kenangan dua semester menjadi pengajaran penting buatku. Terima kasih kepada pensyarahku kerana menasihatiku suatu ketika dulu. Walau jauh di perantauan, beliau tetap memahamiku. Terima kasih. Harapanku, semoga semuanya akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.