Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Sabtu, 28 September 2013

Diary of Life: Bila Diriku Menjadi Cikgu

Dear Diary,

Hiya...sorry sebab dah lama x tulis apa2 dlm blog nih. Kesibukan ditambah kemalasan memang menyusahkan (sabo jer laa..hahahaha). Oh ya, aku sebenarnya sungguh x sangka yang aku kini bergelar CIKGU walaupun hanyalah guru ganti sahaja. ^_^ hehehehe~ meh2... nak citer sal pengalaman pertama kali ditawarkan mengajar untuk tempoh 3 minggu. 

Pada hari itu, aku mendapat panggilan telefon tepat jam 12 tengah hari. Panggilan dari PPD tuh membuatkan aku terpana seketika. Ya, aku perlu bertugas keesokan harinya. Aku yang tiada persediaan... tetapi perlu bertugas dalam masa kurang dari 24 jam. Waahhhhh... jadi aku khabarkan berita gembira itu kpd mama dan papa. Dari petang sampai ke malam, diorang x habis2 bagi nasihat kat aku. Antaranya ialah "jangan pukul anak orang". Aku... kurang tidur pada malam itu tetapi mesti bangun seawal 4.30 pagi. Ya lah... sekolah tu agak jauh dari rumah aku. Ditambah pula, papa hantar adikku lagi bekerja di hospital. 

Aku tiba di sekolah itu seawal 6 pagi. Belum ada orang lagi yang tiba. Awal betul aku...aigo~ tapi x apa, aku mesti melapor diri. Beberapa minit kemudian, datang sekumpulan pelajar. Bertanya kepadaku kalau2 aku ni pelajar baru. Aku menggeleng kepala, dan hanya tersenyum. Rata2 diorang berbisik "mungkin pekerja baru". Ah.. aku rasa kurang senang bila mata2 asyik memerhatikan aku. Lalu di hadapanku semata2 hendak melihatku. Aku...seperti terasa hendak pulang. Tetapi aku mesti tabahkan hati. Ini pengalaman pertama aku menjadi guru- profesion yang suatu ketika dulu aku letakkan di pilihan terakhir, yang aku x pernah minta walaupun untuk masuk ke universiti. Aku bukanlah lulusan ijazah pendidikan, tapi aku bersyukur dengan pengalaman ini mungkin boleh mengubah persepsiku tentang seorang guru. 

Menanti dan terus menanti, akhirnya aku perlu berjumpa dengan PK1 sekolah itu. Berbincang mengenai tugasan dan jadual, membuatkan aku berasa gembira. Subjek kegemaranku... itulah yang aku akan ajarkan. Syukur alhamdulillah. Lalu aku diminta untuk berjumpa dengan tuan pengetua. Beliau bercakap dalam bahasa Inggeris, membuatkan rasa gabra aku hilang. Dari persepsiku, beliau merupakan seorang yang sangat peramah dan mudah menyesuaikan diri dengan orang. Beliau mengucapkan selamat datang, dan bertanya kepadaku tentang pengalaman mengajar. Aku katakan, aku tiada pengalaman mengajar tetapi semasa di universiti aku terbiasa dengan suasana pembelajaran yang memerlukan pelajar membuat pembentangan di hadapan kelas. Beliau bertanya lagi mengenai bahasa yang aku telah pelajari dan selepas aku menjawab, beliau bercerita mengenai pengalaman semasa di universiti. Soalan yang aku xkan lupakan ialah "adakah kamu dtg mengajar kerana duit?" lalu aku jawab "tidak. saya perlukan pengalaman. Siapa tahu, ini akan mengubah persepsi saya mengenai profesion ini". Dia menjabat tanganku, yang aku sambut dengan teragak2. Tiba2 dia berkata "kamu sangat tenang. Selalunya orang yang berjabat tangan dengan saya, tangannya akan berpeluh2". Aku tersenyum lalu berlalu keluar.

Terlalu banyak perkara berlaku pada minggu pertama. Aku mula membiasakan diri dengan persekitaran baruku. Wah... mejaku terletak di kedudukan strategik. Tetapi, guru2 yang lain sangat ramah membuatkan aku rasa gembira. Aku diberi amaran mengenai pelajar2 yang meluahkan kata2 cinta terhadap guru baru. Lalu aku katakan "jangan risau, saya tidak termakan dengan ayat2 jiwang karat". Minggu pertama merupakan minggu perkenalan dengan mereka (kelas yang bakal aku ajar). Disebabkan mereka bakal menduduki peperiksaan akhir, maka aku benarkan mereka membuat ulangkaji berkumpulan sepanjang P&P. Pada masa itulah, aku terbayang suasana persekolahanku beberapa tahun lepas. Ah...rindunya aku dengan masa2 itu. 

Minggu kedua, pelajar2ku semakin rapat dengan aku. Mereka suka bertanya, itu membuatkan aku berasa senang hati. Rakan sekerjaku tetap memberikan dorongan kepadaku untuk terus tabah berdepan dengan apa2 rintangan yang akan aku tempuhi. Beberapa orang guru berkawan denganku, walaupun aku rasa segan kepada mereka. Mereka orang berpengalaman, dan berkelulusan ijazah pendidikan ataupun lepasan maktab. Aku cuma menumpang, jadi aku rajin bertanya kepada mereka. Mendiamkan diri sepanjang masa bukan jalan penyelesaian kalau ada benda yang kita x mahir kan? ;) hehehehe. Minggu itu jugalah, aku banyak memberikan motivasi kepada para pelajarku. Aku katakan kepada mereka, aku x pernah tahu wujudnya biasiswa luar negara, belajar di luar negara...sehinggalah aku menjadi pelajar tahun akhir universiti. Bukan aku x pernah tanya, tetapi kami dulu selalu disuruh masuk maktab atau UPSI sahaja. Aku sudah penat diberitahu begitu. Baik dari guru mahupun keluargaku sendiri. Ah...aku mahu menjadi sesuatu yang lain. Aku katakan kepada pelajarku di kelas paling hujung, yang mereka bukannya tidak boleh berjaya tetapi mereka masih perlu berusaha. Aku pernah lihat pelajar kelas hujung mengalahkan pelajar aliran sains dahulu...miracle kan? tapi itu tidak mustahil. Itulah sebabnya aku x pernah meminggirkan pelajarku di kelas hujung walaupun diorang nakal. Aku ada tanggungjawab, iaitu sebagai cikgu yang akan membentuk diorang. Aku yakin, diorang akan berjaya.

Minggu ketiga, aku mula terasa masa aku semakin hampir (bukan masa mati ok..huhuhu). Pelajarku pada minggu ketiga semuanya perlu menduduki peperiksaan akhir. Waahh...aku sangat risau. Terutama bagi pelajarku yang berada di kelas hujung. Aku titipkan nota kepada mereka sebelum peperiksaan, dengan harapan mereka akan belajar. Pendidikan Seni visual, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani... tiga subjek yang aku ajarkan kepada kelas2 tertentu. Apabila aku memeriksa kertas pendidikan seni yang memerlukan mereka (kelas paling hunung itu) menjawab soalan subjektif dan lukisan, aku dapati semuanya lulus. Syukur alhamdulillah... aku tumpang gembira. Bukan setakat lulus, tetapi rata2 dapat A dan B. Guru mana yang x suka kan? hehehe.. pelajar PMRku pun semuanya menunjukkan prestasi yang baik. Aku sangat bersyukur. Aku dapat turunkan ilmu yang aku pelajari semasa di universiti dulu. Aplikasi dari kedua2 program major dan minorku. Hari terakhir aku di sekolah, aku sempat memeriksa tugasan terakhir yang aku minta pelajar dari kelas hujung itu buat. Di helaian terakhir tugasan PSV itu, aku nampak... sesuatu yang membuatkan aku terharu "kami sayang teacher selamanya". Aku cuma mampu tersenyum. Terdapat guru yang terkejut dengan berita bahawa itu adalah hari terakhirku di sekolah itu, dan mengucapkan terima kasih kepadaku. X kurang juga "semoga berjumpa lagi". Sungguh, itu merupakan pengalaman berharga kepadaku. Kerja seorang guru bukan senang, tetapi berbaloi. Apa yang guru ajarkan, itulah yang pelajar akan gunakan. Bermain bola sepak bersama mereka pada waktu pendidikan seni, mengajar mereka melukis pada waktu PSV dan memberi tips serta penerangan semasa kelas bahasa Inggeris merupakan saat2 yang aku rasa sangat berharga. Aku rasa sangat dekat dengan para pelajarku. ^_^ hehehehe

Sewaktu aku melangkah keluar dari sekolah itu, aku dapat rasakan betapa seronoknya menjadi seorang cikgu. Walaupun kadangkala aku naik fedup bila asyik ditanya "teacher sudah kahwin kah belum?"~ adoiyaiii... 

Isnin, 13 Mei 2013

My University Life: For The First Time...

Dear Diary,

Buka saja blog ni mmg boleh batuk2 rasanya. Apa x, dibiarkan bersawang begitu saja. Waaahhh... kebelakangan ni rasa betul2 penat. Assignment berlambak lah katakan. Tak sah hidup jadi pelajar kalau tiada assignment, betul x??? hihihi

Oh ya. Hujung minggu ni ada majlis makan malam yang perlu dihadiri. Untuk pelajar final year macam aku, dinner merupakan satu event yang dinanti-nantikan. Dalam masa dua hari sejak kelmarin, aku merayau mencari bahan2 yang sesuai sebab akak aku kata "pakai mekap". Aku langsung x biasa...adoiyai...

Akhirnya...aku membeli bedak berfoundation Silky White, berus make up dari bulu kambing, make up BelleSpa Valentine, fake eye lashes, gincu bibir Miss Rose & eyeliner Miss Rose (aku kurang gemar pada blusher). X kurang juga ubat jerawat Nixoderm & Eyelashes curler (ini untuk disimpan sj kot? lol). Dengan cara menebalkan muka di depan roommateku, aku mencuba mekap itu...dan? hasilnya untuk first timer.... (dukacita dimaklumkan kamera yg digunakan kamera cap ayam jadi paham2 laa hasilnya...huhuhu)


Jumaat, 22 Mac 2013

Diary of Final Semester: Im Not Perfect!




Dear Diary,

Hari ini aku menjadi sangat sibuk. Ya lah... siapkan ujian lagi dan segala bagai. Kerja2 berlambak tapi akan tetap dibuat juga. Minggu depan ada 5 ujian untuk 5 subjek menantiku (sabor jer laa). Malam ni, kami bakal bertolak ke USM..hehehe.. tapi apapun, fikiranku melayang semenjak dua menjak ni, teringat pasal someone yg menegur caraku berpakaian (ini bukan kes seksi, tapi kes selalu pakai kaler yang sama; hitam). Pasal bilik, no comment. Walau macamana aku kemas setiap hari pun tetap juga ada pihak yg x puas hati (syukuuur laa nak). Sampai aku rasa kan, mgkin perabot2 dalam bilik ni kena alih keluar sampai kosong bilik tu baru nampak kemas kan? lalalala~

Sebut pasal pakaian, aku rasa hairan x pernah pula aku tegur org lain pasal kaler apa yang diorang pakai. What-so-ever, aku rasa agak terkilan bila aku dituduh (ini pihak yg lain) itu dan ini. Korang, beruntung sangat yang korang x ambil subjek macam yang aku ambil skrg. :( serius saaaaaaannnnggggaaaatttttt pack dan bila balik di bilik saja pun mmg penat bagai nak mampos. Aku xpernah harap mesin basuh kat aras bawah tu sbb basuh pakai mesin x bersih kata mak aku. Jadi, ceritanya aku basuh laa guna tangan. Dan sebab kita bukannya tinggal sendirian, baju aku selalu dihimpit oleh kain2 yang basah bila dah nak kering (yg ini aku x sedar), menjadikan baju aku ada bau hanyir semacam. Adei~

Kakak aku siap tegur aku, asyek2 pakai kaler hitam..hitam..hitam..hitam. Tapi dia mungkin x tahu yang aku basuh tudung tu hari2 (boleh nampak dah tudung aku tuh ada bulu2 yang muncul sbb selalu diberus). Kenapa hitam? sebab aku selalu rasa tenaga aku berkurangan bila aku pakai warna lain terutama pic (walaupun aku suka minum air pic). Hitam... sebab aku xrasa ada warna lain yang sesuai dengan kulitku. Hitam... sebab itu satu2nya warna yang aku rasa selamat dan gelap, tak transparent walaupun terkena cahaya yang samar2. Hitam... sebab aku kurang keyakinan diri (aku mengambil masa beberapa tahun untuk lupakan kesedihan yang lalu, dan sebab aku trauma dgn sesuatu).  Tapi kebelakangan ini, aku sudah boleh menerima warna2 lain macam pink, purple, biru dan putih. Aku sudah mula rasa terbuka dengan warna2 lain, dan emakku pula membuatkan aku baju raya 2013 warna oren (oren antara warna yg membuatkan aku jatuh sakit. sekian)... T^T maaakkk~~~ boo hoo hoo

Si dia cakap denganku, kalau orang lain x boleh terima aku pakai kaler yang sama, dia tetap bersyukur. Sebab katanya aku masih menjadi diriku sendiri. Dia kata x kisah pasal penampilan, dan katanya padaku "YOU'RE PERFECT!" walaupun aku tahu aku bukanlah sempurna pada orang lain.