Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Ahad, 25 Mac 2018

Diary of Life: Kisah Aku dan SL1M Part 1

Goodies bag dari SL1M. Suka buku tu sebab boleh doodle.


Dear Diary,

Ciss.. aku terlambat sedikit bercerita fasal entri ni. Sudah seminggu berlalu selepas aku pergi ke temuduga SL1M. Haha... ok, mungkin ni cliche dengan cerita orang lain (mungkin laa, nak). Tapi aku tetap rasa nak menulisnya.. sebab? yep, ini temuduga SL1M aku yang pertama. 

Selain itu? yeeeeeaaaa macam-macam kejadian tidak diingini aku lalui sebelum, semasa dan selepas aku pergi interview ni. Tapi sebelum itu, pesanan penaja dari saya Lyana, tolong ye... ambik pengajaran. Janganlah jadi macam saya (kat part yang tak best laa maksud aku). Bah...boleh mula sudah ni kan... 

Aku sebenarnya dalam keadaan serba salah minggu tu. Mau pergi atau tidak untuk SL1M tapi kalau tidak pergi, well bila lagi aku dapat peluang syarikat-syarikat berkumpul begitu untuk aku pergi temuduga sekaligus kan?. Aku ni sudahlaa gaji sebulan ciput ja, mana aku mampu mau berkejar sana sini pergi temuduga di satu-satu syarikat yang ada. Mula-mula aku nda bilang apa-apa sama mak bapa aku sampailaa sudah dua hari sebelum temuduga, baru aku bagitahu yang keesokan harinya sudah mau jalan. Mau bertolak pergi Kota Kinabalu. Yeaa...mak bapak aku terkejut habis. Mau buat apa pigi KK, tetiba jak mau jalan kan? Anak dara dia selama ni bagus jak duduk kat rumah, tetiba pulak kemas beg siap angkut macam2 benda masukkan dalam beg macam mau lari. haha (jangan kau tiru pulak. Mintak restu bagus-bagus. Ketulahan kau nanti...isyy)


Aku perasan sesuatu masa hari terakhir aku di rumah sebelum kelas aku hari tu. Seluar formal hitam yang aku pakai masa hari aku konvokesyen beberapa tahun dulu mau kena baiki kat bahagian kaki. Dengan aku yang begerigau (kalut) fasal format resume aku yang lari dari format asal aku bila kena cetak, dan segala macam benda yang aku kena urus tu akhirnya buat aku ambik keputusan untuk meminta pertolongan salah seorang pelajar comel aku. Aku niatkan, kalau temuduga aku berjaya dan aku dapat tawaran on the spot nanti aku mau carikan budak ni hadiah baik punya. 

Seluar aku kena repair dalam masa kurang 30 minit jak. I'd say fitting dia terbaiklah (credit to her, also the teacher) . I am very thankful. Thanks a lot, Puput. Habis jak kelas aku hari tu, aku urus dokumen lain dan balik rumah, ndada rehat lagi. Terus kemaskan beg, bawak mana yang perlu termasuklah dua helai baju formal. Satu tu spare, kalau-kalau aku nda dapat tawaran hari pertama atau kompeni tu panggil aku temuduga keesokan harinya sebab giliran aku nda sampai lagi. Aku pun bagitahu mak bapa aku, yang aku balik cuma lepas sesi SL1M habis selama dua hari tu kalau aku masih tidak dapat tawaran apa-apa pada hari pertama ke apa, dan juga persediaan kalau-kalau majikan request untuk buat temuduga pada hari kedua. 

Sesuatu yang aku nda jangka keluar dari mulut mak bapa aku, ialah ayat-ayat ni:

Bapa: Kau datang awal. Temuduga mesti kemas. Pakai kasut bertutup. Kalau pergi temuduga, mohon jawatan yang kau minat, kau boleh angkat. Kau rasa kau mampu belajar benda baru. Bapa ni, tiada halangan. Ikut minat kamu saja ni, nak. Yang penting kalau jauh pun, jaga diri bagus-bagus.

Mak: Kalau dapat kerja jauh pun, nda apa lah. Kami mau kau duduk dekat sini, tapi kalau rezeki kau di tempat jauh macam mana kami halang pun, rezeki kau tetap disitu. Pigilah, nak. Mudah-mudahan kau dapat yang terbaik. 

Oh my God.... apa lagi yang seorang anak boleh minta selain restu ibu-bapa (aku tau kau minta eskrem kan) ? I dont need their money, but bless! This is great! I completely feels so much happy. (Terlebih gembira sambil peluk Sakuma bear)

Lepas siap mengemas harta benda dan sumbat sekali seterika aku dalam beg tu, aku mula-mula telefon adik aku di KK. Tanya dia, konfem ka atau nda mau temankan aku. Dia excited siap cakap dia mau. Jadi, lepas telefon dia aku konfemkan kat pihak hotel (beberapa hari sebelum tu aku tempah awal2, tapi bilik single) yang aku mau book bilik ada katil double sebab adik aku join sekali. Alhamdulillah pihak hotel pun cakap diorang ok jak. Eh...kamu urang yang mau pergi SL1M suatu masa nanti kena ingat fasal hotel kalau plan tinggal di hotel tau. Sebab, hari aku sampai tu hotel aku duduk pun memang full house sudah. Banyak hotel bajet sekitar kawasan tu full house sebab ramai mau pergi SL1M. Lepas hotel, aku konfemkan pula aku mau ikut uncle yang selalu bawak van pergi KK tu. Dia pun ok. Apa lagi gembiralah aku, tinggal angkat kaki jak ahaha. 

Bapa aku tetiba datang. Beliau tengok-tengok aku di ruang tamu yang sedang tergolek dengan beg aku yang sendat dengan pakaian. Berderau darah dengar ayat dia "kau sudah kasi keluar duit ka untuk tambang? bayar hotel? belanja makan?". Ayat ni macam sebutir bom atom gugur di depan aku. Laju ja aku berdiri, panik dan tengok dompet aku. Ha... banyak resit didalam tu, ada 70 sen duit syiling dan ada duit cukup untuk buat tambang dan makan sekali ja. Wis kau nak... matilah aku kalau begini... 

Aku tengok bapa, bapa pun tengok aku. Dia ajak aku pergi bank untuk keluarkan duit. Laju jugaklaa aku bersiap. Gila... mau jalan ndakda duit. Tapi sadly, sampai ja di bank mesin ATM pulak inda boleh pakai sebab under maintenance. Aku mulai panik, tapi depan bapa aku cool jak kunun siap cakap "alah besok di KK aku korek dari bank ja". LOL aku siap beli sekotak air perisa tembikai susu untuk bertenang. All iz well... all iz well... 

Malam tu aku sempat lagi berbual dengan yang tersayang nun jauh di Pahang. Aku nda dapat elak dari rasa gembira, dan berdebar dalam masa yang sama. Adui... hari yang panjang aku rasa. 

*****

The next day, aku bangun awal. Laju jak aku kemaskan tempat tidur dan bersiap. Mak bapa aku awal pagi lagi sudah terjaga, sempat berbual-bual fasal temuduga tu. Mak siap tanya kalau aku ada duit atau nda untuk belanja tapi aku cakap bagus-bagus supaya jangan risau. Aku nda sempat sarapan tapi aku sempat goreng telur dan letak dalam bekas dengan nasi putih dan sambal pedas yang aku buat malam tu just in case uncle tu singgah di Telupid jadi bolehlaa aku makan. Van pun datang depan rumah aku dalam jam 7.30 pagi macam tu. My parents sempat wished me luck. 

Masa aku naik van tu, aku jumpa seorang kawan baru. Ramai yang naik van tu masa tu tapi aku rasa diorang semua pergi SL1M jugak. Seorang ni, umur sebaya aku. Ndalah aku rasa sunyi dalam van sebab sepanjang perjalanan kitorang berbual sambil beketawa. This girl cerita fasal adik-adik dia yang pergi SL1M dan dari sini aku dapat tahu sedikit fasal SL1M. Uih... bagus jugak aku naik van tu. 

Something magical happened. Uncle tu nda singgah di Telupid. Aku terus gembira sebab konfem uncle singgah di Pekan Ranau. Sana ada bank, bolehlah aku korek duit. Tapi perut aku jangan cakaplaa. Memulas mau makanan. Aku tahankan ja. Macam nda bagus pula makan dalam van dengan sambal tomato yang aku masak tu bau belacan semerbak. Takut orang lain muntah, jadi nda apa lah bah kan. Tahan ja sampai di Pekan Ranau. 

Sampai ja kat situ, uncle cakap kitorang ada 30 minit mau pergi makan dan menjamban sekaliannya. Aku apa lagi, larilah bah laju-laju kan (eh tapi tengok-tengok juga kereta tu). Kawan baru temankan aku pergi bank untuk korek duit belanja. Lepas tu kami pun pergi makan di restoran yang terkenal dengan sup sedap dia, Restoran Tanjung Puteri. Berbual-bual sampai dilupakan sudah tu nasi yang dibungkus siap-siap dari rumah ahaha. Lepas makan, ada pula aiskrim best dijual di kawasan tu. Baru perasan betapa sedapnya aiskrim ni. 

Soft ice cream dengan topping chocolate chips

Biskut chocolate chip sedap dari kedai aiskrim tu

Jadi, perjalanan diteruskan dan sampailaa aku di KK. Senang hati bah sudah sebab nda perlu risau fasal belanja. Masa mau sampai ni, KK agak jammed. Mau juga kepoh kan apa juga jadi penyebab ni. Rupanya saaaanaa di Gaya Street masa tu ada perayaan sambutan 100 tahun bangunan Jalan Gaya. Macam-macam ada pula tu situ. Ee siuk.. pergi KK ada pula perayaan ni, sebenarnya musim paling bagus untuk tengok barang-barang macam kraf tempatan dan hasil seni orang-orang kita. Makanan? wow kau seja tu tidak mau makan. Dari siring jalan ja boleh nampak orang buat tarian tradisional. 

Aku sudah nda sabar mau turun walaupun hujan renyai-renyai. Masih dalam van bah pula tu hahaha...nda kan mau terjun dari tingkap kan?. Penangan Gaya Street tu, turun ja dari van aku berlari-lari anak di tepi laluan pejalan kaki. Putus bah tali beg. Bergolek beg tu macam nangka jatuh dari pokok. Aku? terkaku sekejap. Laju-laju ja angkat beg tu. Haha gila...bikin malu betul. Banyak kereta limpas lagi tu. Tapi bertabah saja la. Mau pigi hotel pun jalan kaki jauh juga tapi sebab nekad sudah mau pergi SL1M, gagahkan saja. 

Orang hotel pun nampak bersimpati dengan aku masa aku sampai. Huih...bikin ampus bah jalan jauh lepas tu dengan beg berat lagi. Lepas bayar hotel untuk dua malam, dia bagi kunci bilik. Siapa juga nda gembira kan dapat bilik tingkat satu ja. Mungkin kalau masa tu dia bagi bilik tingkat atas, menangislaa aku didepan kaunter hotel tu buat muka cumil (comel) sebab nda larat mengangkat beg. Sampai ja dibilik terus baring di atas tilam. Baring kasi lurus badan semua dan buka aircond. Kemudian, sambung lagi perasaan mahu menangis semata-mata mahu adjust resume punya format. Sekali lagi aku tegaskan, seminggu sebelum interview tolong gatal tangan adjustkan mana yang patut di resume kau tu. Lagi awal lagi bagus. Tiadalaa mau pening2 macam aku. 

Yaaa..kau tahu? selain adjust aku belum print out resume aku hahahaha. Petang tu juga aku turun, round blok bangunan situ semata-mata printkan resume aku. Tahan ja laa harga dia ya. Aku print 5 set. Kaler. Lepas tu planning untuk print resume jenis grafik terbantut sebab tiada pulak kertas berwarna homaigaaaddd. Printing satu hal, kertas lagi buat hal...adui...pening. 

OK. Demi memujuk diri sendiri supaya bertenang, maka kami (aku dan adik aku) berjalan-jalan di sekitar Gaya Street. Beli makanan, beli jus buah sedap. Jalan kawasan KK Plaza pula banyak buah durian. Apa lagi...jangan belama. Sambil tu cari kertas juga. Haih...tiada yang berkenan. Di Sinsuran, ada cybercafe yang print hitam putih RM0.50 ja. Akhirnya beli kertas di Center Point dan balik di cybercafe tu untuk print 10 keping (which was...sia2 sebenarnya sebab yeah kompeni yang ada mintak resume dua muka surat mostly). Beli itu ini...bajet pun lari. Sabar ja la. Pengajaran ni.

Kami berjalan-jalan di pasar malam. Aku bagitau adik aku, kasut aku jenis platform. Kasut ni kasut lama, sejak aku konvokesyen lagi sebab tu aku sayang. Tapi aku tiada bawak stoking lebih. Jadi aku ambil keputusan, untuk singgah di salah satu gerai dan beli stokin yag sesuai.  Yakin yang semua barang sudah dibeli, kami pun naik ke hotel. 

Malam tu baru belajar fasal SL1M bila sudah balik ke hotel. Aku cuba keluarkan barang-barang perlu untuk dibawa masa temuduga, dan.... OMG.... stoking yang aku beli sebelah ja! SEBELAH... tertinggal di gerai tu ahahahaha. Aku panik, dan ambil keputusan untuk turun balik ke gerai tu untuk cakap dengan penjual fasal sebelah stoking tu. Level tekanan pun sudah meningkat masa tu tapi alhamdulillah dapat kawal. Aku bagitau anata aku, yang aku sebenarnya sudah mula gabra. Malam tu rajinkan diri juga seterika baju semua sebelum tidur, dan susun fail bagus-bagus. 

Long day for that day....but.... my adventure is not yet end...

***bersambung***

Rabu, 27 Julai 2016

Diary of Thoughts: Puisi- Poket Kecilku

Jejari menuding ke poket kecilku
Pandangan menyorotinya disertai tawa sinis
“Dikau terpelajar! Mengapa tersungkur begini?”
Daku bukanlah tersungkur
Daku juga bukanlah terjatuh.

Daku genggam kemas poket kecilku
Kalian tidak akan pernah tahu
Poket kecil ini disulami airmata
Suka duka menjadi fabriknya
Ya, ia kecil dimata kalian.

Tohmahan dan cacian kalian lemparkan
Tidak kurang juga lemparan idea:
“Carilah seorang suami berada
Hidup senang, mahukan apa sahaja
Semuanya mampu diadakan”

Daku hanya mampu tersenyum tawar
Poket kecilku masih kugenggam kemas
Kalian tidak akan pernah tahu
Dari poket kecilku ini
Daku melakar, mencoret impian sejati

Kalian merenung poket kecilku
Menayangkan poket besar kalian kepadaku
Kalian tidak akan pernah tahu
Poket kecilku mengisi periuk nasi
Menghulur juga buat ayahanda bonda

Poket kecilku menjadi saksi
Bicara dari kerabat sendiri:
“Dikau gadis, tempatmu diceruk dapur
Mana mungkin akan melangkaui
Para Adam disekeliling ini”

Daku sekali lagi tersenyum tawar
Begitu sekali pandangan kalian terhadapku
Ya, daku gadis berpoket kecil
Tetapi daku juga punya cita-cita
Daku percaya pada Ya Rabbi.

Kalian bicara soal poket kecilku
Gah sekali kalian membandingkanku
Daku cuma punya Ya Rabbi
Melihat tangis yang daku simpan
Mengerti perjuanganku bersama poket kecilku.

27 Julai 2016, Bilik Kenangan

Ahad, 30 Mac 2014

Diary of Uni: Suatu Pagi di Fakulti

Dear Diary,

Aku masih ingat hari itu. Aku duduk di foyer... dan aku ternampak seseorang yang aku sangat2 rindu (cewah). Ya lah, sudah berapa tahun ya sejak kali terakhir aku nampak orang itu. Aku jadi berdebar, lidah jadi kelu tak terkata apa2. Hendak berdiri pun susah... isy... pendek kata, aku terpaku disitu saja sampailah dia beredar. 

Bukan itu saja... selang beberapa hari dari hari itu aku terserempak lagi dengannya. Kali ini dari jauh saja. Fuh.. berat betul rasanya. Mahu nangis pun ada. Anyway... hahaha...sekian saja merapu kali ni. Mak panggil. ^^" hihihi

Sabtu, 28 September 2013

Diary of Life: Bila Diriku Menjadi Cikgu

Dear Diary,

Hiya...sorry sebab dah lama x tulis apa2 dlm blog nih. Kesibukan ditambah kemalasan memang menyusahkan (sabo jer laa..hahahaha). Oh ya, aku sebenarnya sungguh x sangka yang aku kini bergelar CIKGU walaupun hanyalah guru ganti sahaja. ^_^ hehehehe~ meh2... nak citer sal pengalaman pertama kali ditawarkan mengajar untuk tempoh 3 minggu. 

Pada hari itu, aku mendapat panggilan telefon tepat jam 12 tengah hari. Panggilan dari PPD tuh membuatkan aku terpana seketika. Ya, aku perlu bertugas keesokan harinya. Aku yang tiada persediaan... tetapi perlu bertugas dalam masa kurang dari 24 jam. Waahhhhh... jadi aku khabarkan berita gembira itu kpd mama dan papa. Dari petang sampai ke malam, diorang x habis2 bagi nasihat kat aku. Antaranya ialah "jangan pukul anak orang". Aku... kurang tidur pada malam itu tetapi mesti bangun seawal 4.30 pagi. Ya lah... sekolah tu agak jauh dari rumah aku. Ditambah pula, papa hantar adikku lagi bekerja di hospital. 

Aku tiba di sekolah itu seawal 6 pagi. Belum ada orang lagi yang tiba. Awal betul aku...aigo~ tapi x apa, aku mesti melapor diri. Beberapa minit kemudian, datang sekumpulan pelajar. Bertanya kepadaku kalau2 aku ni pelajar baru. Aku menggeleng kepala, dan hanya tersenyum. Rata2 diorang berbisik "mungkin pekerja baru". Ah.. aku rasa kurang senang bila mata2 asyik memerhatikan aku. Lalu di hadapanku semata2 hendak melihatku. Aku...seperti terasa hendak pulang. Tetapi aku mesti tabahkan hati. Ini pengalaman pertama aku menjadi guru- profesion yang suatu ketika dulu aku letakkan di pilihan terakhir, yang aku x pernah minta walaupun untuk masuk ke universiti. Aku bukanlah lulusan ijazah pendidikan, tapi aku bersyukur dengan pengalaman ini mungkin boleh mengubah persepsiku tentang seorang guru. 

Menanti dan terus menanti, akhirnya aku perlu berjumpa dengan PK1 sekolah itu. Berbincang mengenai tugasan dan jadual, membuatkan aku berasa gembira. Subjek kegemaranku... itulah yang aku akan ajarkan. Syukur alhamdulillah. Lalu aku diminta untuk berjumpa dengan tuan pengetua. Beliau bercakap dalam bahasa Inggeris, membuatkan rasa gabra aku hilang. Dari persepsiku, beliau merupakan seorang yang sangat peramah dan mudah menyesuaikan diri dengan orang. Beliau mengucapkan selamat datang, dan bertanya kepadaku tentang pengalaman mengajar. Aku katakan, aku tiada pengalaman mengajar tetapi semasa di universiti aku terbiasa dengan suasana pembelajaran yang memerlukan pelajar membuat pembentangan di hadapan kelas. Beliau bertanya lagi mengenai bahasa yang aku telah pelajari dan selepas aku menjawab, beliau bercerita mengenai pengalaman semasa di universiti. Soalan yang aku xkan lupakan ialah "adakah kamu dtg mengajar kerana duit?" lalu aku jawab "tidak. saya perlukan pengalaman. Siapa tahu, ini akan mengubah persepsi saya mengenai profesion ini". Dia menjabat tanganku, yang aku sambut dengan teragak2. Tiba2 dia berkata "kamu sangat tenang. Selalunya orang yang berjabat tangan dengan saya, tangannya akan berpeluh2". Aku tersenyum lalu berlalu keluar.

Terlalu banyak perkara berlaku pada minggu pertama. Aku mula membiasakan diri dengan persekitaran baruku. Wah... mejaku terletak di kedudukan strategik. Tetapi, guru2 yang lain sangat ramah membuatkan aku rasa gembira. Aku diberi amaran mengenai pelajar2 yang meluahkan kata2 cinta terhadap guru baru. Lalu aku katakan "jangan risau, saya tidak termakan dengan ayat2 jiwang karat". Minggu pertama merupakan minggu perkenalan dengan mereka (kelas yang bakal aku ajar). Disebabkan mereka bakal menduduki peperiksaan akhir, maka aku benarkan mereka membuat ulangkaji berkumpulan sepanjang P&P. Pada masa itulah, aku terbayang suasana persekolahanku beberapa tahun lepas. Ah...rindunya aku dengan masa2 itu. 

Minggu kedua, pelajar2ku semakin rapat dengan aku. Mereka suka bertanya, itu membuatkan aku berasa senang hati. Rakan sekerjaku tetap memberikan dorongan kepadaku untuk terus tabah berdepan dengan apa2 rintangan yang akan aku tempuhi. Beberapa orang guru berkawan denganku, walaupun aku rasa segan kepada mereka. Mereka orang berpengalaman, dan berkelulusan ijazah pendidikan ataupun lepasan maktab. Aku cuma menumpang, jadi aku rajin bertanya kepada mereka. Mendiamkan diri sepanjang masa bukan jalan penyelesaian kalau ada benda yang kita x mahir kan? ;) hehehehe. Minggu itu jugalah, aku banyak memberikan motivasi kepada para pelajarku. Aku katakan kepada mereka, aku x pernah tahu wujudnya biasiswa luar negara, belajar di luar negara...sehinggalah aku menjadi pelajar tahun akhir universiti. Bukan aku x pernah tanya, tetapi kami dulu selalu disuruh masuk maktab atau UPSI sahaja. Aku sudah penat diberitahu begitu. Baik dari guru mahupun keluargaku sendiri. Ah...aku mahu menjadi sesuatu yang lain. Aku katakan kepada pelajarku di kelas paling hujung, yang mereka bukannya tidak boleh berjaya tetapi mereka masih perlu berusaha. Aku pernah lihat pelajar kelas hujung mengalahkan pelajar aliran sains dahulu...miracle kan? tapi itu tidak mustahil. Itulah sebabnya aku x pernah meminggirkan pelajarku di kelas hujung walaupun diorang nakal. Aku ada tanggungjawab, iaitu sebagai cikgu yang akan membentuk diorang. Aku yakin, diorang akan berjaya.

Minggu ketiga, aku mula terasa masa aku semakin hampir (bukan masa mati ok..huhuhu). Pelajarku pada minggu ketiga semuanya perlu menduduki peperiksaan akhir. Waahh...aku sangat risau. Terutama bagi pelajarku yang berada di kelas hujung. Aku titipkan nota kepada mereka sebelum peperiksaan, dengan harapan mereka akan belajar. Pendidikan Seni visual, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani... tiga subjek yang aku ajarkan kepada kelas2 tertentu. Apabila aku memeriksa kertas pendidikan seni yang memerlukan mereka (kelas paling hunung itu) menjawab soalan subjektif dan lukisan, aku dapati semuanya lulus. Syukur alhamdulillah... aku tumpang gembira. Bukan setakat lulus, tetapi rata2 dapat A dan B. Guru mana yang x suka kan? hehehe.. pelajar PMRku pun semuanya menunjukkan prestasi yang baik. Aku sangat bersyukur. Aku dapat turunkan ilmu yang aku pelajari semasa di universiti dulu. Aplikasi dari kedua2 program major dan minorku. Hari terakhir aku di sekolah, aku sempat memeriksa tugasan terakhir yang aku minta pelajar dari kelas hujung itu buat. Di helaian terakhir tugasan PSV itu, aku nampak... sesuatu yang membuatkan aku terharu "kami sayang teacher selamanya". Aku cuma mampu tersenyum. Terdapat guru yang terkejut dengan berita bahawa itu adalah hari terakhirku di sekolah itu, dan mengucapkan terima kasih kepadaku. X kurang juga "semoga berjumpa lagi". Sungguh, itu merupakan pengalaman berharga kepadaku. Kerja seorang guru bukan senang, tetapi berbaloi. Apa yang guru ajarkan, itulah yang pelajar akan gunakan. Bermain bola sepak bersama mereka pada waktu pendidikan seni, mengajar mereka melukis pada waktu PSV dan memberi tips serta penerangan semasa kelas bahasa Inggeris merupakan saat2 yang aku rasa sangat berharga. Aku rasa sangat dekat dengan para pelajarku. ^_^ hehehehe

Sewaktu aku melangkah keluar dari sekolah itu, aku dapat rasakan betapa seronoknya menjadi seorang cikgu. Walaupun kadangkala aku naik fedup bila asyik ditanya "teacher sudah kahwin kah belum?"~ adoiyaiii... 

Isnin, 13 Mei 2013

My University Life: For The First Time...

Dear Diary,

Buka saja blog ni mmg boleh batuk2 rasanya. Apa x, dibiarkan bersawang begitu saja. Waaahhh... kebelakangan ni rasa betul2 penat. Assignment berlambak lah katakan. Tak sah hidup jadi pelajar kalau tiada assignment, betul x??? hihihi

Oh ya. Hujung minggu ni ada majlis makan malam yang perlu dihadiri. Untuk pelajar final year macam aku, dinner merupakan satu event yang dinanti-nantikan. Dalam masa dua hari sejak kelmarin, aku merayau mencari bahan2 yang sesuai sebab akak aku kata "pakai mekap". Aku langsung x biasa...adoiyai...

Akhirnya...aku membeli bedak berfoundation Silky White, berus make up dari bulu kambing, make up BelleSpa Valentine, fake eye lashes, gincu bibir Miss Rose & eyeliner Miss Rose (aku kurang gemar pada blusher). X kurang juga ubat jerawat Nixoderm & Eyelashes curler (ini untuk disimpan sj kot? lol). Dengan cara menebalkan muka di depan roommateku, aku mencuba mekap itu...dan? hasilnya untuk first timer.... (dukacita dimaklumkan kamera yg digunakan kamera cap ayam jadi paham2 laa hasilnya...huhuhu)


Isnin, 24 September 2012

Diary of 24th September: MONDAY!!!

Dear Diary,

Entah kenapa aku rasa lemas selepas aku ter"skip" kelas hari ni angkara xdpt tidur semalam (blackout punya pasal laa ni). Grr.. mcmana nak dpt 4.0 kalau skip kelas mcm tu pulak. Adeh~ Tambah lagi kena berbaris panjang mnegambil kad diskaun1M. kalau x ambil pulak nanti susah laa. :( tambahan pula ptg ada kelas, so takut x sempat siap. Maka terkorban laa kelas ganti yg tadi tu (itu extra class, bukan kelas ganti).

Cerita pasal blackout...jeng jeng jeng... 

Subuh tu...aku di bilik...dan aku dengar suara angin di luar. Sayup2 jer bunyinya. Tiba2, ada bunyi burung menambah keseraman suasana masa tu. Aku dengar bunyi burung tu dekat tingkap, dua kali berkicau (kalau mak aku tau, mesti beliau cakap "ah, taik telinga kau tu saja tuh" ) . Jadi, Aku buat "Derk". 

X lama selepas itu, hujan, kilat dan guruh mulai kedengaran. Aku punya laah happy sebab hujan dan aku blh tidur. Syok jer aku layan Facebook, movie dan download movie "Alamak Toyol" sambil tersengih2.  Tiba2 aku dengar bunyi "tap" diikuti oleh blackout. Adeh...bateri laptop pun sudah laa kondem tahan sejam ja, movie pulak ada 45% ja dah siap download. Adoiyaiiii~~ maka dengan sabarnya aku tukar laptop aku ke state "power saver" dengan harapan boleh laa bertahan sampai siap movie aku tuh. 

Tapi, aku yang sememangnya penakut bila gelap sangat x tahan stay dalam bilik bila gelap. Syukurlah ada laptop aku menerangi bilik masa tu, dah laa adik roommate aku balik kampung sebab tak sihat. T^T seram tau...aku terbayang ada pulak benda berbungkus putih tidur kat atas katil dia. eee.... (sapa suruh tengok cerita Pocong 44... apa ko rasa, oren?..hahaha).

Pas tu, laptop aku tiba2 hibernate. OMG!!! NOT NOW!!!!! nasib movie dah habis download. Aku pun apa lagi, dengan bergelap begitu aku rasa susah bernafas. Macam terperangkap dalam kotak kecil. Eee... X suka. >>>(>0<)<<< waaa.. Maka aku terdengar lagi bunyi "hiss" di dalam bilikku. Entah apa masa tu, aku cuma boleh membaca al-Fatihah dan cakap "kalau kau jin, baik kau keluar. Aku tak kacau kau" dan alhamdulillah, elektrik hidup kembali dan aku? tercari2 dari mana datangnya bunyi2 tu. Jadi, pagi tadi aku hanya tidur selepas menunaikan solat subuh dan menyiapkan kerja rumahku.

Diari Seorang Remaja: Aku bergelar SENIOR?!

Dear Diary,

Semenjak kebelakangan ni aku begitu sibuk melayani pelbagai perkara yang terjadi. Cinta lah, akademik lah..macam2 ada. Sedar2, aku sudah bergelar SENIOR. Betul ke ni?!! O.O

OMG~ terasa tua pula. XD ahahaha... (kawan A: sedar laa diri tu sikit dah 22 tahun...LOL). Yeah, aku sudah bergelar senior tapi aku nampak junior2ku lebih matang berbanding aku ~~ boo hoo hoo~~ (Kawan B: sekarang siapa yg nampak mcm pelajar tahun akhir, engkau ker diorang? :P ) ya lah. Aku pelajar tahun akhir..hahaha 

Ketahuilah wahai junior2 kami, bergelar final year student ni bukan sesuatu yang senang. Adik2 sekampus memerlukan bimbingan kami sebagai senior, apa lagi sebagai senior kami memikul amanah dalam pelajaran kami. Siapa buat FYP tahu akan sengsaranya benda tu, tapi demi masa depan mereka gagahkan juga (Kawan A: ek eleh...macam lah ko buat FYP. Kos ko xde buat pun...jgn nak mengade) <-- jgn jeles :P.

Anyway, masih tak percaya yang ada junior tersalah label aku sebagai junior. ada soalan free yang ditanya, dan ada pula yang melucukan macam "awak ni kos ape ek? second intake ke?" ah lantak lah. hahahaha... lepas tu aku ikut merapu sama dengan menjawab "um..saya third intake", dan ada jugak budak2 lelaki junior yang entah apa niatnya tetiba ja cakap "awak cute laa. dah ada yg punya ke belom?" (Kawan A&B: XD ahahahahaha) lepas tu aku ikut laa menjawab "sudah. maaf saya unavailable". perh... apa punya jawapan daa. Tapi biar aku xda calon-malon pun aku x kisah. Aku tetap jawab benda yg sama pun. *sigh* sebab aku malas dapat gangguan tu... kalau senior pun tya cm tu aku sah jawab benda yg sama. hahaha (kejam betul).

Anyway, sampai sekarang masih x percaya aku bergelar senior. Cesh... bertuah betul. Sudah hampir grade tapi kalau CGPA x naik jugak sampai takat 3.5 mmg jawabnya kena extend setahun lagi laa... adeh~