Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Sabtu, 22 Oktober 2011

A FLASHBACK OF MY MEMORIES: KERANA... #2ND EDITION (ORIGINAL: DIARY)

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah... baru saja selesai membaca blog rakan saya...Yaya... thanks so much~<3 muacks... hehehe...

Okay2... saya terfikirkan sesuatu yang langsung xda kaitan dgn "personal matter". Huu~ sebab rasanya, saya masih terlalu naif lagi mahu fikir2 pasal personal2 nih... let the time heal it. =D Hari ni 1 Jun... penerbangan saya sepatutnya pada awal pagi nih... 7.15 berlepas dari LCCT. Tapi saya dah balik Sabah dengan flight 9 mei hari tuh. ;) hehehe

Tapi terus terang saya kata, saya menyesal balik awal. Betul2 menyesal... tapi... x mengapa la. Saya rasa mungkin... ada baiknya begini, walaupun kini hati saya meronta nak balik UPM. Kenangan saya tertinggal di sana... dan KERANA itu saya rasa berat hati. Tapi, KERANA memikirkan parents saya yang memerlukan saya, saya sudi melepaskan semuanya... ikhlas KERANA Allah Taala. Baru2 nih, badai melanda bahtera keluarga kami... tapi alhamdulillah kini segalanya kembali tenang walau masih bergelora. Tak perlulah saya catatkan di sini. Bagi saya, itu ujian Allah SWT... ya... ujian... ujian kepada saya sebagai seorang anak, ujian kepada saya sebagai seorang adik, dan juga ujian sebagai seorang kakak... tak lupa juga, ujian kepada saya sebagai hamba Allah yang lemah.

KERANA... disaat saya baru hendak berdiri semula, ujian datang lagi... tapi saya redha. Saya tahu...suatu masa nanti saya akan menghadapi situasi yang lebih sukar dari yang saya alami hari ini atau hari2 sebelumnya. Mungkin kerana saya masih kurang mengerti... dan kurang memahami situasi? Ah... tak kisah lah. Saya harap saya tak pentingkan diri sendiri... tapi, jika atau sekiranya perlu.... saya sanggup jadi "knight" kpd family saya. Perlukah? Saya kena hati2... situasi tak membenarkan saya untuk terleka walau sesaat pun. Kehidupan yang tak sesuai untuk tumbesaran... *smirk* tapi... saya mmg tak pandai besar pun (org kata saya "budak2..." huh...penat saya dengar...)

Saya... terjebak dalam suatu jenis permainan. Ibarat bermain catur tapi ia set yang ganjil...ada 3 pemain... dan setiap set itu mempunyai raja yang berbeza. Saya... kalau boleh saya tak mahu terlibat langsung... ^_^" Hopefully.

Selasa, 6 September 2011

CATATAN 30 OGOS: R.E.M.E.M.B.E.R

Selalunya… bila tulis catatan, saya akan guna “dear diary” dan banyak lagi. Tapi… kali ni, saya nak buat yang simple saja. 31 Ogos setiap tahun sangat bermakna buat saya. Sebab utama, hari kemerdekaan tanah melayu. Tapi, di sebalik sebab utama itu, sebenarnya banyak yang saya alami. Antaranya menghadiri sambutan hari kemerdekaan, parti kemerdekaan di rumah, berkelah di pantai Tanjung Aru dan melihat matahari terbenam dan sebagainya. Pada tahun 2008 pula, saya berkenalan dengan seseorang, orang Itali, yang bernama Alessandro Toso. Pada hari yang sama, saya membeli novel Hardcover saya yang pertama, “Harry Potter and the Half Blood Prince”. <3 sangat gembira bila memikirkan semua itu….hehehhe… *berkhayal*
Ah… tahun ni, merdeka dirasakan sangat luar biasa. Sebab? Terlalu banyak kebetulan yang berlaku, bukan sekali tapi dah banyak kali. Entahlah kenapa… tapi saya ada perasaan yang gembira tentang apa yang berlaku pada hari ini… huuu… betapa sukarnya untuk meluahkan kata2 yang sesuai pasal ni. Hahaha… uhum… (ei… apsal dgn aku nih??!!) okay… hari ni… 54 tahun kemerdekaan tanah melayu. Tepat dengan 2hb Syawal, hari raya kedua. Sesuatu berlaku, dan… hopefully it is a happy ending in the future… ^^ hehehehe… but I should never expect a happy ending coz I know, there must be dozens of test that need to face.
Hari ni jugak…saya beraya ke rumah sahabat saya yang berdua. Mereka yang sentiasa takkan dapat digantikan oleh orang lain walaupun saya mempunyai ramai kawan. Rakan seperguruan saya, mengaji bersama, bersekolah bersama dan berkongsi masalah bersama… mereka yang sentiasa menyokong saya dalam diam. Ahh… sangat gembira bila memikirkannya. Seorang lagi, rakan karib saya yang banyak mengajar saya… ribuan kemaafan dipohon kepadanya sebab tahun ni saya tak dapat beraya ke rumahnya lagi. Selamat pengantin baru buat anak saudara saya, sepupu saya dan juga sesiapa yang berkahwin pada 3hb September nanti. Semoga Allah melancarkan walimatulurus kalian…
Hari raya ni… kenangan silam mengimbau kembali. Mestilah…walaupun berusia 21 tahun (baru jer…ok? Hahaha)…tapi, saya tetap bermain mercun dan meriam buluh… muahahaha… tak kisah… masih remaja lagi, bukannya dah kawin pun… (^^)V ahahahahahahahaa… uhum… esok, saya akan bertolak ke Bandar Sandakan. Perlu membeli barang2 untuk kenduri pada 2hb nanti. Mak aaaiiii…. Banyak betul perlu dibeli. Al maklum lah, mak tak dapat membuat kuih disebabkan kesibukannya (kami yang tak mahu mak membuat kuih, pasti mak penat), jadi kuh raya tahun ni 99% dibeli. Lagi 1%? Kami buat sendiri. Saya memasak, dan adik saya mencetak. Biskut kacang, so easy… heheheeh…rindu pada masakan rumah sangat2, tapi kali ni, bila balik ke UPM, harap2 saya takkan rindu lagi. Hehehehe… kini berada di rumah, menyebabkan saya rasa nak balik UPM saja… secara jujurnya, saya teringatkan taman di FBMK, Bukit Ekspo… dan juga,,, bagi saya... pemandangan Ampang Lookout Point yang indah bila senja menjelang tiba itu membuatkan saya terasa suatru ikatan antara suasana kampong dan ibu kota. Entah kenapa… saya rindu… terasa Kuala Lumpur bukan lagi suatu yang asing… mudah2an,kalau diizinkan Allah SWT, saya ingin bertugas di UPM suatu hari nanti… ingin menabur jasa bakti pada universiti yang menerima saya yang mempunyai keputusan STPM yang tak seberapa ni… dan juga, mahu membantu sekolah saya yang menjadi gedung ilmu bagi anak desa seperti saya... agar tahap pendidikan generasi luar Bandar boleh seiring dengan generasi yang terdedah pada kemodenan kota. InsyaAllah.

CATATAN 16 OGOS: HAPPY BIRTHDAY TO ME

Dear Diary,

Tiada kata2 yang sesuai untuk menggambarkan perasaanku ketika ini. Rasa sangat gembira… sebab tarikh 16 ogos yang bermakna bagiku telah tiba. Macam x percaya yang aku kini sudah berusia 21 tahun… mungkin? XD ahahahaha… ramai yang tak percaya pasal tu, mungkin sebab aku kecil sangat (genetik.. nak komen apa lagi kan… ) . Mama telah memberiku sedikit wang untukku membeli sebiji kek bagi menyambut hari lahirku. Well… not every year we’re 21, right? Haha… perfect day! Sungguh… sebab? Aku yang sering bangun lewat ni dikejutkan seawal 4 pagi (bangun sahur… sebab bulan puasa… hehe). Jadi, papa mengajakku pergi ke Bandar Sandakan bersamanya, dan? Aku sempat membeli sebiji kek yang comel atas saranan papa… =D hahahaha… untuk pertama kalinya… papa yang pilih! Dulu, masa aku darjah 6, kakak sulungku dan suaminya yang membelikanku kek. Lama juga aku x sambut birthday, sampailah tahun 2010,  kakakku (anak keempat) dan suaminya pula yang membelikanku kek hari lahir..mungkin itulah kali pertama aku menyambut hari lahir jauh dari keluargaku. Rasa agak pelik..sebab tahun lepas aku meraikan hari lahir pada 20 ogos, sebab kesibukan kakakku. Tapi aku tetap gembira, ..errr… walaupun cuma meraikannya dengan hanya 3 ORANG sahaja (termasuk aku sendiri)… pada masa tu, best friendku yang seorang tu turut ada berama… =^^= hehehe…

Ah… aku patut melawat FBku pulak. Tapi, aku takkan mengharap apa2… sebab aku bukanlah orang dalam kategori “popular” (seperti yang dikatakan oleh salah seorang rakanku). Sangat jarang…erkkk.. mungkin sebab aku yang kurang bersosial? Opss…silap..aku memang kurang gemar bersosial…kehkehkeh. Dengan sikap begitu, ada juga segelintir dari kalangan keluarga dan rakanku sendiri yang mengata aku itu dan ini… ahahahaha… betapa peliknya diorang. Pelik sebab… tak kira berapa lama diorang dah bersamaku, tapi tetap tak pernah faham dan kenal aku. Ah.. forget abput those… hal2 yang takkan jadi penghalang kegembiraan hari nih… \(^^)/ feel freeeeee…  Pagi tadi, aku menerima mesej dari kawan lamaku yang merangkap rakan karibku dulu… owh… thanks so much, Fiah!! <3 dan juga buat kakakku… Ich liebe dich! Dua orang yang menghantarkan ucapan ikhlas dari SMS. Sehari sebelum itu, aku mendapat ucapan yang julung2 kalinya aku terima daripada fanclub di page Kuroshitsuji, tempatku bertugas menjadi admin dan memegang watak Meyrin di situ. Terima kasih buat semua admin dan fan club kami.  ^^v ahahahaha~<3

p/s:: mintak2 ada orang hadiahkan anak kucing atau patung arnab/teddy untuk aku… *squuueeezzz*

Jumaat, 24 Jun 2011

Bunch of memories~~ behind the rainy days~~

Dear Diary,

Hari ni hujan lagi... haaa... hujan di waktu petang. Best jugak minum teh sambil makan kuih yang dibuat sendiri ketika ini... hehehehe... =^^= eh????????

Secara jujurnya, saya kurang pasti kenapa dan mengapa hari hujan membuatkan saya gembira kebelakangan nih. Mungkinkah sebab banyak peristiwa berlaku tatkala hari hujan? well... can't avoid those... *blushing*

Teringat memori dulu... sebelum saya masuk tadika lagi, saya ada sorang kawan. Dia senior saya... dalam 2-3 tahun laa...jarak rumah dia just seratus meter dari rumah saya. Seingat saya, di sebelah rumah dia tu ada kedai runcit. Saya suka berkunjung ke kedai tu... sebab apa? nak beli gula-gula jenis lolipop yang sedap tu (dia datang dalam colour berbeza, dan nampak mcm kristal). Nak dijadikan cerita, sebelum saya kenal kawan saya tu...pertama kali kami berjumpa, dia "selamatkan" saya masa hari hujan. Masa tu hujan lebat dan biasalah bagi kami yang tinggal di kampung, jalan jadi becak dan berselut. Saya jalan ke kedai, teringin sangat nak makan gula-gula tangkai. Papa bagi duit, dan saya sengaja simpan untuk beli makanan yang saya nak. Saya takut pada kilat, tapi saya beranikan diri jugak jalan masa hujan dengan payung kecil saya (warna biru). Jadi, bila guruh kuat, saya pun lari laa... dan? di depan rumahnya, saya terjatuh. Lutut saya luka... teruk jugak... dan kaki saya pulak tercucuk ranting kayu yang hanyut oleh air hujan yang deras. Masa tu la, dia bawak payung besar... dan ambil saya dari situ. Dia bawa saya naik ke rumah dia(dia papah saya walaupun umur kami baru 5 & 7/8 tahun), dan? dia tolong emaknya rawat kaki saya yang cedera.... =^^= hehehehehe....

Emaknya mahu saya tinggal sementara hujan masih belum reda, jadi dia yang tolong saya ke kedai dan belikan saya gula-gula tuh. Oh... dia suka sangat dengan gula2 susu yang ada cap rabbit tu. =D dan kami buat exchange (sebab saya beli ekstra yang lolipop tadi) ... dan sejak tu, kami jadi kawan. Masa balik ke rumah pun, dia yang hantar saya. hahaha.... sweet boy.... emaknya yang suruh dia hantar saya... dan mak pulak panik bila nampak saya cedera (balik dengan kaki yang berbalut). Sejak tu, mak larang saya jalan sorang2. Tapi, selepas peristiwa hari hujan tu kami jadi rapat. Saya suka berkunjung ke rumahnya, dan kami bermain bersama. Dia suka mengajar saya membaca ABC... dan saya suka bila kami melukis bersama. hehehe... walaupun...errr.... saya tau masa tu lukisan saya buruk sangat, dia tetap gembira. Dia ada mata yang cantik bila dia senyum... dan sebab itu saya selesa dengannya. Hahahaha...

Cuma... suatu hari, bila saya baru masuk tadika, dia tak lagi datang ke rumah saya... dan kebetulan, masa tu saya terlantar sakit selama seminggu. Saya dapat tau dari mama dan papa yang diorang dah pindah. Pindah ke mana, saya tak tahu... sehingga kini tiada langsung khabar berita. Dan saya cuma ingat namanya saja... sudah hampir 15 tahun... hmmm... saya harap dia jadi seorang lelaki yang baik di luar sana... hehe... sangat gembira dapat seorang kawan yang saya boleh harapkan macam dia... dan pada saya, dia lebih seperti abang saya sendiri.


Hujan... secara tak langsung mengingatkan saya kepada seorang lagi... mempunyai sepasang mata yang cantik dan kelihatan cair (okay...bukan ais saja yang mencair ya...hahahaha)... namanya..errr...x boleh cakap... privacy... XD ahahaha... uhum... sebenarnya...entah kenapa bila saya berjumpa dengannya saja, mesti hari hujan? haaaa???!!! apa yang berlaku nih??? bukan sekali dua saja, tapi... SELALU... dan? hari hujan yang sejuk, tapi bila berjumpa dengannya membuatkan tahap sejuk tadi bertukar ke normal... hahaha... <mula lagi...> uh... hmm.... pendek kata, banyak peristiwa gembira tatkala hari hujan. Secara simboliknya, hari hujan  juga berkait rapat dengan orang kedua ni... somewhat he was like the water himself... calm, gentle and soft character...  =^^= hahaha... so, rainy also remind me a lot of that person...

Watching over the rain drops... those seems containing thousands hopes inside it. Miracle also... and somewhat missing hearts. Rain drops appearance such crystal... and very beautiful in its own... lonely, and a mysterious story inside rainy days... I dont care anymore. Because... all of those were the bitter-sweets of life, and how all of human being matured, coz I do believe by myself that there were no happiness without pain and sadness... always... ah... terlihat pokok kayu yang dibasahi oleh air hujan akhirnya membuatkan saya berasa...lapar... (nampak macam coklat pulak... cesh! apsal pulak nak makan coklat diwaktu begini nih??!!! tapi... \(^^)/ CHOCOLATE!!! I'M COMING!!!!!! )

Sabtu, 18 Jun 2011

~~ kerana keletihan... mencarut sekejap~~

Dear Diary,

Saya tak dapat tidur lagi... apa masalahnya nih? dah cuba baca banyak benda, tapi mata tak mahu lelap... adohai... insomnia tahap teruk!

Mak bangun awal hari nih... baru sejam tadi beliau tidur, bangun awal untuk buat kuih? Jarang nampak mak mcm nih. Mungkinkah... hmm??? mungkin... ah biar lah.

Entri kali nih pendek sangat... dah mata jadik kabur, tak tau nak tulis apa bila otak dah blank jugak. Nak baca dan taip pun, kena sepetkan mata yang memang sedia sepet... nasib baik bukan sepit. Arrrr....

Tension jugak bila baca manga start dari chapter 1 sedangkan manga tu ada 146 chapter kesemuanya... dan skrg pun x habis2 lagi... baru habiskan 20 chapter...OMG~ Saya tak sabar nak baca lagi tapi...kena rehat dulu. Mungkin saya kena bercuti sebulan dari menulis blog,. sementara waktu saja...sebab saya nak belajar. =D hahahaha

Saya rasa sedikit bengang dengan diri saya sendiri sebab sampai sekarang saya rindukan orang, saya tau saya x ada hak pun. Cesh... perasaan begini menyusahkan, be honest... saya masih simpan cita2 macam peter pan, xmau jadi orang dewasa. muahaha... jangan kutuk saya sebab bersikap mcm budak2 lagi, tapi kebenarannya, bila dah meningkat dewasa ni... saya...langsung tak faham dengan diri sendiri. Ini teruk, lebih teruk daripada gred exam yang jatuh...ataupun lebih teruk daripada STPM saya yang dapat 2.0 ja. Saya mula rasa saya nih jadi tak keruan kadang2... dan lebih teruk lagi, saya boleh fahami orang lain tapi bukan diri saya. Apa yang berlaku nih????!!!

Saya bukannya rasa menyesal...tak terlintas langsung. Cuma saya tak faham, macamana saya boleh alami perubahan drastik begini? dan sejak bila hati ais saya dah mula mencair saya pun tak sedar. ANYWAY, IT WAS VERY ANNOYING... =.=!!

Ahad, 12 Jun 2011

Result Exam, Tamu & Aku...

Dear Diary,

Sebab hari nih sangat2 berbeza dan juga saya bertekad untuk mengubah sesuatu dlm entri saya...jadi, saya patut ubah blog ni sepenuhnya jadi diari. =) Ini yang saya nak... saya rasa sunyi tanpa diari. Mungkin hari ni... dah takdir saya...ah... x mengapa laa... ^_^

Semalam saya check result, walaupun pointer saya drop sampai bawah 3.00 tapi saya tetap happy... mungkin itu balasan bagi saya. Saya tahu, saya x tumpukan perhatian dalam semester kedua saya sebab banyak masalah dan saya hampir2 kalah dengan semua tu... tapi alhamdulillah, saya masih mampu bertahan. Pelajaran... saya tak tahu nak cakap apa lagi... tapi saya masih sayang pada pelajaran. Result saya membuktikan yang saya tak patut berputus asa, tengok lah keadaannya bila subjek major ada peningkatan. =D Dan apa yang lebih utama, result saya semester ni langsung x ada subjek yg dpt bawah C... juga, subjek yang diajar oleh Sir pun... saya dapat A. Bersyukur yang amat! walaupun saya tak berani nak target sampai dapat A, (saya cuma target B jer) tapi alhamdulillah... ia sangat membantu saya untuk dapat pointer yang bagus, walaupun x lah sampai 2.9... 

Siang tadi, saya pergi ke tamu. Ahad... biasa lah. Dah lama saya tak turun ke tamu, ramai jugak orang tadi. Berjumpa dengan kawan2 saya, Rafiah dan Nurhanna... saya sangat gembira! Sekurang2nya saya taklah rasa bosan sangat. Masa menanti kedatangan Rafiah tadi, saya terserempak dengan abang saya yg satu lg... saya tengok dia, macam terkejut juga bila dia yang pertama tegur saya. Dia jarang bercakap dengan saya, dan saya juga begitu. Sejak dia keluar dari rumah kami, dia tak pernah contact saya pun. Tapi saya rasa ada baiknya begitu... mungkin... isterinya tadi jalan bersamanya. Walaupun begitu, saya tengok abang saya lain macam saja tadi... dia tak bagitau sesiapa termasuklah saya, tapi dia takkan dapat tipu saya. Tengok dari matanya saja, saya tau dia gembira bila nampak saya... dan dalam sepasang mata seorang lelaki begitu pun, ada tersimpan suatu penyesalan. Saya harap dia akan dapat bertahan dalam situasinya begitu... kesian juga saya tengok. Seburuk mana pun dia, kami tetap adik beradik... dan saya masih ada kaitan dengannya sebab kami mempunyai darah ibu bapa kami yg mengalir dalam tubuh kami. 

Abang saya tanya, kalau saya datang ke pekan tadi dengan siapa... dan saya jawab saya seorang, tapi bapa yang hantar. Dia tanya lagi, bapa pg mana? saya jawab pg bandar. Dia pun kata "owh" sambil berlalu pergi. Sekali lagi, dia takkan dapat tipu saya.Tak semudah itu... dan saya boleh rasa yang dia sebetulnya rindukan papa dan mama. Saya langsung takkan berkecil hati bila dia berlalu pergi begitu saja, sebab dia memang macam tu. Tertanya-tanya bagaimana lah keadaannya kini ya? saya harap dia okay...

Entah kenapa, hari ini saya rasa kosong semacam... adakah saya rindukan orang lagi? saya tertanya-tanya juga. Pekan yang meriah dengan gelak tawa orang dan hingar bingar, riuh rendah gelak ketawa orang yang datang, langsung tak memberi kesan pada saya... saya semacam tenggelam dalam suasana begitu. Saya rasa tak berdaya secara tiba-tiba. Saya harap, saya tak sakit teruk. Hari ni, sekali lagi saya rasa sesak nafas. Saya tak boleh tahan...tapi... medical check up saya masa semester satu menunjukkan saya okay. Kenapa begini? saya harap bukan sesuatu yang serius kali ni...saya perlu habiskan pengajian saya dan sara ibu bapa saya. Walaupun saya anak perempuan, tapi saya juga ada tanggungjawab saya terhadap mereka. Itu janji saya, yang takkan terputus walau apa pun. 

Saya harap saya tak tersilap kali ini. Saya tak mahu perkara yang tak diingini berlaku... itu saja. Saya harap saya tak memberikan hati saya pada orang yang salah, dan yang tak sepatutnya memilikinya. Saya keliru... tapi mungkin hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dia sudah memberikan segala-galanya pada saya dengan belas kasihanNya, saya rasa bersyukur yang teramat. Saya amat gembira... mungkin, antara saya dan beberapa orang itu, walaupun tak bersua muka, kami masih ada pertalian diantara kami. Betapa saya merasakan kehilangan mereka... saya harap, bila saya kembali ke UPM nanti, saya dapat melihat senyuman mereka. Saya tak mahu lagi melihat wajah sedih yang bimbangkan saya. Terima kasih, kalian... terima kasih kerana mengambil berat mengenai saya. Saya sayangkan mereka! =) seikhlas hati saya... 

Selasa, 7 Jun 2011

7 JUN 2011... MINI HALLOWEEN FOR MY FRIEND & ME...

Assallammualaikum WBT...

Adohai... akhirnya baru dapat mengupdate blog. Hahahaha... cergas walaupun tidur lebih kurang 6 jam ja... (isy3...) tapi semalam ada peristiwa yang berlaku. *sambil makan kuih masin* aa... nak citer dari awal laa... hehehe

Saya tak dapat tidur semalam... bukan sebab apa. Sudah terbiasa begitu... kehidupan yang penuh bosan dan bosan setiap hari kalau asyik menghadap benda2 yang sama... tapi doesnt matter...lol... saya sibuk menghadap satu site untuk chat ni semalam. Yeah... saya baru join chat site tu kan...lol... diorg semuanya okay...tapi tak kurang jugak yang super pervert. Saya tak layan org pervert, be honest saya jadik jahat dan kick out dorg dari list friends saya... muahahahaha~ rasain lho...

So, saya bukak laa chat site dan FB saya serentak... tetiba kawan saya ni mesej saya dari chat FB... dia bagi link. Pertama saya tak bukak lagi... sebab saya perasan ada pergerakan di sebelah kiri saya. Saya toleh... tapi perlahan-lahan... benda tu berdiri di sebelah kipas di bilik saya. Berderau darah saya... apa tidaknya, "yg itu" tengok tepat pada saya (saya yakin!)... saya buat tak nampak. Dowh...seram eee... sudahlah masa tu 2.45... nak cakap saya mengantuk pun mana ada mengantuk... saya masih fresh lagi masa tuh. Siap chat dan dengar muzik bond-Hymn lagi... then... perlahan-lahan...saya tengok lappy saya dan teruskan berchat. Tak hirau lagi dgn "yang itu" walaupun saya rasa saya dah mula rasa x sedap badan. Masa saya buka link yg kawan saya bagi tu, terkejut jugak saya bila FB tu sebenarnya..errr... mcm FB hantu. Kenapa? sebab pemilik FB tu ada 3 org kawan jer... then semuanya lahir pd 1946/7... pic dia seram giler! Tapi...dah cuba add dia jadi kawan, mmg x dapat...eee.... at the same time pulak... O.O! Muzik Hymn tu ada orang yang bercakap..sedangkan muzik tu mana ada org nyanyi pun! Saya dah cuba dengar banyak kali selepas tu tp mmg xda pun... apa yang berlaku nih???

Kawan saya tadi tu... pun dapat gangguan jugak. Dia kata ada suara berbisik betul2 di telinga dia panggil nama dia. Oh...saya hampir terlupa! O.O! Saya ada tanyakan kepadanya jugak masa dia chat dengan saya tu, apa reaksinya bila dia bukak link yg dia bagi. Dia kata dia terkejut! Saya katakan kepadanya yang kami berdua alami mini halloween... adoi... dah macam satu story yang saya pernah tengok kat TV suatu masa dulu...masa saya tadika. Kami berdua alami mini haloween plak... OMG~ OMG~

Anyway...saya rasa yang lain runs smoothly... tapi peristiwa demi peristiwa berlaku semalam juga di mana selepas gangguan paranormal tadi, saya diganggu oleh org2 "hantu" pulak... dorg cuba menyamar dan nak usha saya...ek eleh... dasar x boleh nak dipercayai... isy3... tapi saya g block dan kick out sekaligus dari friend list... bosan dengan org2 begitu... dalam beberapa tahun melibatkan diri secara pasif dalam dunia chat nih, pelik jugak saya bilangan or2 "hantu" tadi semakin bertambah. Aigoooo.... rasa nak smash jer kepala dorg tu dengan raket... eee... geram! Paling lawak bila ada diantaranya cuba membuka topik "sensitif" dan saya rasa... *blushing* saya jadik jahat dengan memarahi diorg semua dan of coz kena kick out (dorg laa..bukan saya) jadi segala2nya clean...lol... ada pulak minah menyamar jadi org korea... ceh2... macam2 ada... tapi kitorg tau dorg bukannya minah korea yg betul...hehehe... saja jer tu... nak menyamar tp g page malaysia yg rata2 or bercakap dalam bahasa melayu...napa x g international punya room? lol... nak brush up english, kat sana adalah tempat terbaik... =D ahahaha... room Malaysia tu...semuanya friendly...=) saya suka berkawan dengan diorang... sangat suka. Walaupun saya tahu mungkin ada diantara diorg yg x jujur, tapi saya  fikir yang diorg ada reason tersendiri. Saya tak boleh nak kata apa sebab saya pun undercover kat situ... lol...