Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Jumaat, 13 Januari 2012

12th of January:I'm Free from my 3rd Sem!

Dear Diary,

Aku dah merdeka dari menjawab kertas soalan...ahahahaha... (suka lah tu) tapi ada beberapa perkara yang tak merdeka lagi. Ya lah, markah kertas tuh?? aduhai... entah apalah yang terjadi dengan kertas bahasa Jerman kami tu, Allah Taala saja lah yang tahu. Subjek Koko dah lepas... boleh skor A, tapi yang lain? Wallahualam. Tapi cuti yang bermula 16 Januari ini akan diisikan dengan kem Leaders kolej kediaman... hehehe... ini kali pertama aku menyertai Leaders.... mungkin juga kali pertama dan terakhir. Sebab aku bertekad untuk menyertainya hanya sekali saja. Mak dan bapaku di kampung sangat bimbang mengenaiku yang balik agak lewat kali ini. Hujung bulan Januari... hmmm... 

Kadangkala aku rasa mereka terlalu memanjakan aku. Tapi, bukan itu sebenarnya. Sebab aku dibesarkan dengan cara yang berbeza... mak dan bapaku agak tegas padaku semasa aku kecil dulu. Bapaku bekerja dan jarang berada di rumah (sebelum beliau pencen) manakala makku pula sibuk menjaga adik2 yang masih kecil. Aku? Hanya berita RTM dan surat khabar bapa yang menjadi teman setia. Susahnya bila ada adik-beradik yang tak berminat pada akademik waktu tu. Tapi, bapa berpesan supaya aku mencari jalanku sendiri dan jangan ikut perangai diorang. Hehehe... akhirnya, aku berjaya membuatkan mereka (sekurang2nya) mengulang SPM. Tapi...inikan out of topic? XD *uhum* er.. aku tahu punca diorang bimbang. Normal for parents. Aku langsung tak hairan. hehe...

Oh.. tadi di dewan besar. Aku dan rakan2 sekosmateku berkumpul di tepi dewan. Ini barulah...exam berjemaah. Tapi.... aku mula risau. Aku jadi panik... sebab nampak kedudukan meja saja tanpa mengetahui siapa tuannya. Akhirnya, aku yang mula rasa sesak nafas terjumpa senarai nama untuk ditandatangan. Alhamdulillah... tahulah aku mejaku di mana. 597??!! OMG~~ Jauh sangat... di belakang pulak tuh...ahahahaha... kami masuk ke dalam dewan berjemaah. Dan? menjawab dengan tenang. Awal juga aku siap... dan akhirnya melangkah ke luar dewan tanpa ada rasa menyesal pun. Ha... lega. Akhirnya tak perlu lagi menghadap kertas peperiksaan. SEM 3 DAH LEPAS!!! Yezza!!! 

Aku dan rakan2ku menanti 3 org lagi rakan sejemaah. Haisy... lambat jugak diorang habis. "Dorang jawab OMR ka atau Esei ni?!" kata kawanku yang seorang. Bila kami ternampak mereka telah siap menjawab, kawanku itu membuat panggilan. Aku disuruhnya bercakap?!! aiya... lalu....

"Rasinah...Rasinah... come out please" <<<< Ala walkie talkie

kami tergelak besar di tepi dewan tu. Tak tahan bila semuanya memang sudah ketara sangat merengnya. Sempat lagi kami bergambar... "ambil gambar kelas" kata kawanku yang pertama tadi. Tahu2, tempat duduk kami tu dipenuhi dengan kerengga...maka bertaburanlah kami berlima sebab itu. Malam2 bergambar...siapa suruh. Hahahaha... Lepas tu...bincang2 pula pasal mobiliti pelajar. Aku? hanya mampu mendiamkan diri sebab aku rasa aku tak layak... bahasa Jermanku masih berada di tahap permulaan. Aduhai~

Selesai saja exam akhir hari ni...aku pun mula laa... hehehehehehe~~ dengan projek melukis dan segala macam yang tertangguh. Paling azab bila terpaksa mengemas bilik dan sampah (unwanted papers) lebih satu kotak! Bilikku jadi lebih teruk dari sarang beruang... dan macam terkena ribut taufan. Alhamdulillah...setelah hampir 5 jam mengemas, akhirnya aku berjaya mengurangkan amaun barang2ku... (ya lah tu kurang... buku tu banyak gila). Aku mula terfikir untuk menghantar separuh daripadanya ke kampung. Dan? Makku kata dia telah membelikan untukku sebuah almari buku. Thanks ma...

Walaupun begitu, aku sebenarnya berharap yang aku dapat pergi untuk mobiliti pelajar tu. Sebab aku perlukan sesuatu yang aku mungkin benar2 mahir. Siapa tahu aku dapat menemuinya nanti. Lagipun, aku perlu meningkatkan bahasa Jermanku. Sebab itulah, cuti ni aku sanggup untuk mengulangkaji apa yang aku telah pelajari untuk menghadapi semester2 akan datang selain menguasai bahasa itu sendiri. Bersyukur jugak yang pensyarahku mahu membantu untuk mempertingkatkan bahasa Jermanku...walaupun...ada kemungkinan *gulp* aku terpaksa menyediakan bahan pembelajaranku setiap hari... boo hoo hoo.... tapi... mimpi semalam tentang seorang kawanku tu... *blushing* um... kenapa ek? bukan sekali dua aku bermimpi yang kami ditunangkan...

P/S: His father was my father's best friend... O.O"


Selasa, 10 Januari 2012

Dari Meja Otaku: #3 Aku dan Dunia RP

Dear Diary,

Pagi2 lagi dah tulis entri. Ini semuanya pasal tak dapat tidur semalam la. <Happy laa tu> sebabnya ada sesuatu yang berlaku..err..semalam... bagi mereka yang berkawan denganku di FB, mungkin boleh nampak kiriman2 di wallku yang kini penuh dengan "perkataan pelik" <ini kawanku yang cakap>. Itu semua... *blushing* sebab minat watak manga la. Jangan salah faham.

Kehidupan RP atau Role Play(ing)ku bermula tahun lepas. Itupun lepas aku menjadi admin di salah satu page manga kegemaranku. Hah... dasar RP memang x boleh lari...dan kesudahannya? Aku lebih sukakan watak tersebut berbanding orang real?! <minta2 x parah>...abnormalkah aku? AKU NORMAL... sebab masih ada juga la minat pada manusia biasa...=P

Tapi... dunia RPku sangat berbeza berbanding kehidupan sebenar... 180 darjah berbeza... sebab... korang boleh bandingkan antara dua gambar di bawah ni... lebih kurang macam tu la. Realitinya, aku langsung tak tahu nak cakap apa bila aku berdepan dengan orang yang pertama kali aku kenal...atau mungkin aku admire orang tu secara senyap. Tapi bila di dunia RP, aku memang membawa watak RP itu sampai ke tahap boleh roman...tik... ahahahahaha... kadang2 aku fikir, apa masalahku sampai aku boleh jadi begitu? O.o"

Dan... untuk jadi semacam perbualan di FB ni di dunia realiti memang... err... I think it is impossible to do it face to face. LOL

Beginilah aku secara realiti (Gambar Hiasan saja)
Bila RP, aku jadik macam si Snape ni
INI? RP... =) Dan setiap Otaku tahu yang RP tak pernah serius pun secara realitinya... hanya di dalam dunia RP saja semua boleh jadi macam ni... =)

Ahad, 8 Januari 2012

Dari Meja Otaku: #2 Cara Belajar

Dear Diary,


Kali ni... aku nak dedahkan rahsia tentang kaedah pembelajaranku suatu ketika dulu. Rasa sangat2 menyesal sekarang dah kurang mempraktikkan cara2 tersebut sepanjang pengajianku di universiti setakat ini. Ternyata, cara lama memang berkesan kepadaku dalam teknik mengingat. Nak tahu?


1) Lukisan 

- ini kisahnya dulu cikgu sejarahku sangat2lah strict tentang pemarkahan. Dan? Aku selalu jadi peserta lompat bintangnya di tapak perhimpunan (disaksikan oleh junior...malu weh..bayangkan Form 6 buat lompat bintang). Tapi kata cikgu, "saya buat lompat bintang supaya kamu semua ingat "A" saja... AAAAAA" . Apa tidaknya, markahku untuk sejarah...nauzubillah. Sikit lagi dapat F. Selalu terselamat dengan markah 39.5. Diharap junior2 jangan laa ikut perangai aku dulu. Aku memang benci untuk belajar sejarah sebab kelas tu selalu membuatkan aku mengantuk. Tapi, suatu hari Cikgu Zul perasan yang aku minat melukis. Beliau ternampak lukisanku di bawah laci mejaku. Pertama aku cuba mengelak dari disoal. Tapi, akhirnya bila aku menang pertandingan seni lukis (aku menggunakan medium kertas dan water color saja), aku sudah tak dapat mengelak soalannya. Maka, ideanya tercetus untuk mengadakan pertandingan melukis kisah sejarah. Sebab pertandingan tu berkumpulan, aku ditugaskan untuk melukis dan yang lain pula bercerita. Isy3... tapi, disebabkan aku minat melukislah (masa tu lukisan aku mcm lukisan budak tadika), aku buat laa jugak. Alih2, kumpulan kami berjaya memenangi pertandingan itu. Aku mengulangkaji dengan cara yg sama, dan alhamdulillah keputusan peperiksaanku semasa STPM mengalami peningkatan (walaupun sedikit) daripada pointer2 awal yang tak sampai 1.0 pun... aiyark~

2) Buku Nota

- Sekali lagi..aku mmg tak suka belajar mengenai fakta. Tapi yang ini... ahahaha... aku sangat suka bila buku nota aku tu mengandungi gambar watak manga/anime yang aku minati. Ya lah... ini idea Cikgu Zul jugak ni. Masa aku Form 3 dulu, cikgu kata "saya tak mahu tengok buku nota yang biasa... banyak perkataan tapi kamu langsung x baca. Saya mahu setiap orang buat buku nota yang berbeza...design x boleh sama, dan tampal gambar2 yang kamu suka di dalamnya." ... maka...semua pelajar tingkatan 3 yang belajar subjek tu daripada beliau, telah membuat buku nota yang berwarna-warni. Aku? x terkecuali... ahahaha... sebab dalam buku notaku itu bukan gambar saja, ada juga lukisanku sendiri. Cara ni berkesan sebab bila PMR, aku cuma perlu membaca nota itu semula dan sebab minatlah, semua maklumat yang aku rasakan bosan bertukar menjadi sesuatu yang menarik. Alhamdulillah, akhirnya kesanggupan menghias buku nota mendapat ganjaran setimpal bila keputusan PMRku untuk subjek sejarah ialah "A". Subjek lain turut mengalami peningkatan mendadak. Straight 7B...

Dan??? Last but not least...

3) Slide

-Ini hasil cetusan ideaku daripada kehidupan seharian yang dikelilingi dengan barangan anime/manga. Aku pasti yang idea ni memang berkesan sebab masa aku form 4 & 5, aku menghabiskan masa membaca slide sahaja. Sekarang pun, aku masih mempraktikkan kaedah ini. Habis slide pembelajaranku ditukarkan kepada sesuatu yang seperti ini:


Slide German as Second Language: Blended Learning (Teaching Method)

Slide German as Second Language: Kommunikative Methoden (comparation of 19th Cent. and 20th Cent. Method)

Sekian....jumpa lagi di entri yang akan datang... =D

Khamis, 5 Januari 2012

14th BIRTHDAY MEMORIES: MY HEART BELONGS TO THE LAND BELOW THE WIND

14th Birthday: From A Girl become a Lady (Lyana Ann Jemiri Winterwind)


Dear Diary,

Entri kali ini mungkin akan menyebabkan orang berkata “kau ni macam playgirl la” padaku. Tapi, aku bukanlah orang macam tu, dan minta dijauhkanlah dari perkara sebegitu. Mak dan bapaku tak pernah mengajarku untuk menjadi orang begitu. Cuma kali ini, aku teringin sekali mencoretkan sesuatu tentang memoriku dan juga seseorang yang pernah sekali kutemui suatu masa dulu. Hal ini tak pernah sedikitpun kuceritakan pada mana-mana rakanku sebelum ini. Sebabnya? Aku juga kurang pasti.


Aku masih ingat lagi, angan-anganku untuk mendaki Gunung Kinabalu pada suatu masa dulu menjadi kenyataan tatkala makcikku mengambil keputusan untuk membawa aku bersama dalam kumpulannya untuk ekspedisi mendaki gunung itu. Pada masa itu, aku hanya berusia 14 tahun. Tanggal 16 Ogos 2004 menjadi detik bersejarah bila mak dan bapaku membenarkan aku untuk turut sama dalam ekspedisi itu. Hari lahirku ke-14 dan hadiah istimewa dari kedua mak dan bapaku ketika itu adalah jaket sejuk (aku tak kisah pun kalau harganya murah, janji hadiah).Ketika itu, kakak sulungku sudah berkahwin dan bekerja. Kakakku itu juga menjadi orang yang bertanggungjawab menjagaku etika ekspedisi. Sudah pastilah (mungkinkah dulu aku nakal???), dia seringkali meleteriku bila aku cuba untuk berenggang dengannya semasa ekspedisi. XD


Dalam masa hampir seminggu aku berjoging mengelilingi kampungku. Sekitar 2.8 kilometer untuk satu pusingan lengkap, aku menghabiskan masa petangku untuk membuat sekurang-kurangnya dua pusingan. Kadangkala, aku mengambil skala 3.5 kilometer (melalui 2 buah kampung dan 2 taman perumahan) untuk aktiviti itu. Tentunya dilakukan pada waktu petang memandangkan pada ketika itu kami bercuti selama dua minggu. Ada sekali, aku ditemani oleh anak-anak saudaraku dan mereka jugalah yang melihat peningkatan masaku ketika itu. Tapi… latihan dalam masa seminggu memang memenatkan. Apa lagi perlu melakukannya dua kali sehari, pagi dan petang. 


Aku masih ingat lagi, tanggal 26 Ogos 2004 merupakan hari yang bapaku sendiri menghantar kami ke Check Point batu 32. Bapa memberiku sedikit wang saku, dan aku kembalikan separuh daripada wang itu kepadanya. Bapa memarahiku dan katanya “simpan saja, nanti kau tiada duit. Susah”. Aku langsung tak ambil hati dengan itu, sebab aku tahu bapa mesti risau. Walaupun begitu, aku simpan duit pemberiannya tadi dengan berat hati. Aku cuma risaukan mereka di rumah. Risau memikirkan apalah yang akan dijamah keluargaku sepanjang ketiadaanku nanti. Kakakku, Mak Cik Rafiah dan anak saudaranya serta aku menaiki bas yang menurunkan kami di Pekan Ranau. Seperti biasa, Pekan Ranau memang sangat menarik perhatianku (kerana ia sejuk pada ketika itu). Mak Cikku yang seorang lagi telah menanti kami di Taman Negara Kinabalu. Jadi, kami memutuskan untuk membeli barang-barang keperluan harian dan bahan mentah untuk masakan sebelum menaiki van ke Taman Negara Kinabalu.
Cuaca agak mendung pada petang itu. Deruan angin di kawasan pergunungan sangat jelas kedengaran. Tapi, pejabat am Taman Negara kelihatan sangat hangat. Aku mula tertarik pada tempat itu. Segala kerisauanku hilang begitu saja. Seekor kucing gemuk keperangan melompat di ribaanku, dan ia sangat manja. Ketika itulah, lima orang lagi ahli ekspedisi yang lain tiba. Mereka merupakan ahli keluarga kakak sulungku; anak saudara suaminya. Seorang lelaki yang berambut panjang separas bahu memperkenalkan diri. Namanya Ali. Aku memanggilnya dengan gelaran “Abang Ali” kerana dia lebih tua dariku. Ada dua orang lagi lelaki dari kalangan mereka, tetapi kedua-duanya sangat pendiam. Dua orang lagi adalah gadis yang pada ketika itu berusia 17 dan 18 tahun. Agak lama kami menantikan kehadiran mak cikku yang datang dari Kota Kinabalu. Anak lelakinya telah menghantarnya ke situ pada ketika itu. Sepupuku yang sentiasa ceria itu mula mengusikku, mengatakan aku ini “budak kecik”. Gelaran yang tak pernah padam untukku walaupun kini aku sudah bergelar mahasiswi. 


Mak cikku mendaftarkan kesemua ahli ekspedisi sekaligus. Oleh kerana aku sendiri yang memegang kad pengenalanku pada ketika itu, maka mak cikku hanya meminjam kad pengenalan kami semua sebentar saja untuk mengisi borang di kaunter. Aku ingat lagi, kakakku agak terkejut bila aku mengeluarkan kad pengenalan sebenar dari dalam dompetku yang lusuh. Dia mula meleteriku, dan menasihatkan aku menyimpannya di tempat yang selamat. Aku tahu dia risau, tapi rasanya… er… aku tahu apa yang perlu dibuat. Sebabnya? Semenjak kad pengenalanku dikeluarkan, bapaku telah mengamanahkan untukku menyimpan sendiri semua dokumen pentingku. Kata bapa, aku perlu belajar untuk menguruskan dokumen dan tak boleh berharap padanya selalu.  Pada masa itu, perhatianku tertumpu pada sekumpulan pelancong California yang riuh-rendah. Aku terlihat kelibat seseorang yang seakan kukenali sebelum ini. Tapi entah di mana.


Kami menunggu dalam masa setengah jam (sebab: ramai orang). Kemudian, sepupuku meminta diri untuk bertolak pulang ke Kota Kinabalu kerana dia perlu menjemput Daddy (ayahnya) dari pejabat. Daddy sangat baik, dan? Satu perkara yang membuatkan aku hormat pada Daddy adalah kerana Daddy memang sangat serupa dengan bapa. Rambut mereka… sikap… dan kesabaran. Daddy jenis orang yang tak suka marah, sama seperti bapa. (kebenarannya: Bapaku dan Daddy adalah adik-beradik… ;D hehe… Daddy tu adik Bapa).


Mak cikku memberitahu yang kami perlu berjalan kaki sedikit ke tempat penginapan. Oleh kerana terlebih semangat, kami semua mula berjalan kaki dalam masa lebih kurang 10-15 minit dari pejabat tadi. Kesemua 7 orang peserta perempuan berkumpul dalam bilik yang sama. Tiga orang peserta lelaki pula di bilik sebelah. Aku dimaklumkan bahawa rakan sebilik mereka merupakan sekumpulan pelancong dan rakan-rakan perempuan pelancong itu pula tinggal di tingkat bawah Asrama Menggilan itu. Bapa menelefonku (aku menggunakan telefon abangku pada masa itu), bertanyakan keberadaan kami. Aku maklumkan yang kami sudah tiba. Bapa mula memberi nasihat sedikit tentang cuaca di taman Negara itu. Aku hanya mendengar dengan teliti. 


Kakakku memberitahuku untuk bersiap-sedia. Kami semua agak letih ketika itu, dan rupanya sempat juga mak menitipkan kuih apam beras untuk kami semua melalui kakakku. Mak memang ingat yang aku memang sukakan kuih itu. Terima kasih, mak. Kakak menyalin kesemua kuih itu ke dalam pinggan dan membahaginya kepada dua bahagian dalam nisbah 1:2. Kakak memintaku menghantar satu pinggan kepada tiga orang yang lain di tingkat atas (ketika itu aku berada di dapur di tingkat bawah). Aku menaiki tangga, dan mengetuk bilik mereka. 


Tiba-tiba, seorang lelaki (aku agak berusia 18 tahun) membuka pintu. Agaknya dia juga baru tiba dengan rombongan bas pelancong tadi. Aku terkaku seketika… matanya yang berwarna coklat cair itu memandangku. Dia tersenyum, tapi aku mula berasa tak keruan. Bukan apa… aku… TT^TT pada masa itu bahasa Inggerisku masih berada di tahap yang lemah. Mat saleh itu seakan faham, dan dia berkata “Hi Babygirl. Do you want to find someone?”. Aku mengangguk. Dia berjalan mendekati tingkap bilik mereka dan menunjuk keluar. Aku mendekatinya dan melihat sama. Mereka bertiga sedang bergambar di luar! “Oh… hm.. thank you so much, Mister” kataku sambil berlalu pergi. Dia tersenyum sambil membetulkan topinya yang ala-ala topi salji itu. Aku mencari jalan keluar dari asrama itu, dan… wah… pemandangan waktu senja dengan kabus di sekeliling. Tak nampak gunung dengan jelas, tapi cukup berbaloi dengan keadaan yang hampir sama dengan perasaan “aku berada di luar Negara”. Abang Ali membimbingku dan membawaku bergambar bersama. Suara mak cik kedengaran memanggil kami dan kami menjamah makan malam dengan… err… nasi yang kurang masak (disebabkan suhu sejuk) walaupun lauk memang menyelerakan.


Pada malam itu, aku bergegas ke bilik mandi. Aku membuka pintu bilik mandi itu dan ARGH! Aku hampir bertembung dengan mat saleh yang kutemui petang itu. Pada masa itu, aku mula terfikir… adakah aku telah tersalah masuk ke dalam tandas lelaki??!! Nyatalah bukan… sebab setahu aku tandas di tingkat atas itu memang tandas awam (itu pada pandanganku ketika itu, tapi… ??). Dia hanya bertuala saja, dari atas pusat sehingga ke bawah lutut. Kepalanya pula ditutup dengan tuala kecil. Dia tersenyum padaku dan menyapa “Hello, babygirl. We meet again. So, you want to use the shower don’t you?” . Pada masa itu, aku menjawab “Hello. Yeah”. Dia melangkah ke salah satu bilik mandi di situ dan membuka paip air. Dia juga membantuku melaraskan suhu air dan dia menarikku masuk ke dalam bilik mandi itu. “Is this alright for you?” tanyanya sambil membiarkan aku merasa suhu air itu. Aku tersenyum. “So, there you go, baby girl. Later, please be careful if you want to shut it down”. Aku ingat perkataan itu, tapi aku tak tahu maksud keseluruhannya, sampailah aku berada di tingkatan 4. Kemudian, aku hanya mengangguk. Dia memegang kepalaku sebelum berlalu pergi. 


Cuaca sangat sejuk pada malam itu. Kepalaku mula berdenyut dan aku putuskan untuk berjalan di luar seketika walaupun sudah mandi dan teringin untuk tidur awal. Aku mengambil baju sejukku dan keluar dari bilik dengan rambut yang masih basah dan terurai. Kebetulan, bapa menelefonku pada waktu itu. Perbualan telefon yang agak singkat, tapi cukup mencabar bagiku. “Babygirl, are you okay? Can’t sleep well?” suara itu memeranjatkan aku. Aku lihat mat saleh tadi duduk di beranda asrama itu, memerhati kearah gunung yang pada ketika itu berkabus.Ternganga seketika sebab dia ada rambut yang cantik, aku menjawab “yeah. Too cold for me”. Dia membiarkan rambutnya terurai… rambut Blonde keemasan yang cantik dan lurus melepasi bahunya. Gaya lelaki budiman Inggeris suatu masa dulu. Aku tiba-tiba jadi segan. Dia memulakan perbualan. 


“So, actually you can understand me? I mean, when I’m speaking to you in English”
“Yeah. I do can understand you, Sir”
“Please, you’re so formal you know” (dia tergelak)
“Really? You’re calling me babygirl… but you’re older than me for me to call you babyboy”
“ (LOL) you’re so funny. Ah…just forget about it” (masih gelak lagi)
“Okay”
“So, why you doesn’t speak so much? You may speak with me if you want”
“Thank you so much. I think… yeah… sure. my English language still weak”
“Babygirl, you need to be confident”


Aku tak berkata apa-apa… dan dia hanya merenungku. Entah kenapa, aku seakan mengenalinya. Seakan dia dekat… tapi… ??


Bunyi pintu dibuka ketika itu mengejutkanku. Mak cikku keluar dari bilik dan memintaku untuk masuk berehat. Aku ingat lagi, mat saleh itu sempat berkata “good night, babygirl. Sleep well” kepadaku. Apa yang terjadi pada masa itu, mak cikku meminta aku berhati-hati dengan orang asing (aku terlepas cakap yang aku langsung tak tahu namanya). Ada juga penyesalan di dalam hati pada masa itu sebab aku langsung tak tahu satu apa pun pasal dia. 


Keesokan harinya, kakak mengejutkan aku sewaktu subuh. Sejuk betul pada masa itu. Air paip dah boleh tunggu jadi beku rasanya. Kakak memintaku untuk mengemas barang keperluan seminima mungkin untuk aktiviti pendakian. Aku akur. Hanya sebungkus besar coklat dan sepersalinan pakaian saja yang aku masukkan. Jaket? Mestilah aku memakainya awal-awal. Baju hujan pun aku masukkan di dalam beg itu. Habis beg sekolahku jadi mangsa…XD selepas sarapan pagi, kami semua bertolak ke pejabat am dengan berjalan kaki. Sebuah van putih menanti di perkarangan pejabat, dan kami menaikinya. Destinasi kami adalah Mesilau Gate, salah satu laluan pendakian yang tercantik di taman Negara itu. Mesilau Gate yang terletak agak jauh dari taman, dan jaraknya dengan Laban Rata adalah lebih kurang 14 kilometer. Bayangkan, 14 kilometer perlu didaki untuk sampai ke penginapan saja. Tapi… penginapan kami… bukan di Laban Rata. Mak cik memaklumkan yang kami akan tinggal di Gunting Lagadan. Satu perkataan yang aku lontarkan ketika itu adalah “HAH?!”. Itu sebabnya aku sudah sedia maklum yang Gunting Lagadan adalah penginapan terakhir yang terletak agak hampir dengan Sayat-sayat Hut (perhentian terakhir sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung)…jadi? Kesimpulannya: JAUH.


Kami semua tiba di perkarangan Mesilau Jungle Resort tepat jam 7.30 pagi. Tempat itu memang cantik. Aku sempat lagi memasang angan-angan kalau suatu hari nanti aku boleh bercuti di situ. Kakak menarikku untuk menyertai majlis bacaan doa, dan kemudian… kami memulakan pendakian sulung kami. Dan sudah semestinya…err… 3 orang jejaka itu berada jauh di hadapan kami. Aku? Mendaki seorang diri di sepanjang laluan hutan itu (sebab: malas nak tunggu 6 orang yang sibuk bergambar di belakang). Kami berkumpul bila melalui satu kawasan air terjun dan mengisi bekalan air (air itu bersih dan selamat diminum begitu saja). Dua orang peserta lelaki mendahului kami memandangkan mereka membawa bekalan makanan dan barang keperluan yang lain. Aku mengekori mereka dan Abang Ali berada di belakangku. Tapi entah sejak bila aku tinggalkannya dan berjalan seorang diri. Mungkin sebab aku sudah terbiasa begitu… berjalan masuk ke hutan di kampungku seorang diri. Aku sukakan suasana hutan. Aku sampai ke satu pondok betul-betul di tengah hutan. Sempat lagi aku duduk seorang diri dan melihat keadaan sekeliling. Keletihan menyerangku… dan aku berbaring di atas bangku di situ. Tiba-tiba… 


Err… entri panjang sangat. Rasanya… bersambung lain kali saja laa ya…hehehe…. Jangan marah aaaaaa…. XD

Jumaat, 23 Disember 2011

A Flashback of My Memories: See You Again, Teachers

Severus Snape, Malfoy and the trio (Harry Potter)


Dear Diary,

Entah kenapa aku teringin mencoretkan sesuatu tatkala aku dikerumuni oleh semut tugasan kali ni (Eh? bila pula tugasan tu bertukar jadi semut?!). Aku dan rakan-rakanku yang ber-4 (macam power rangers...XD), makan berjemaah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kami berempat...eh...salah... kurang seorang pulak...kami berlima (xpa kurg, jangan lebih.,..nanti berintrapersonal) menanti kelas terakhir kami untuk semester ini. German as Second Language, merupakan kelas yang sememangnya mencabar lantaran kehadiran tugasan yang saban minggu memenuhkan ruangan "List to Do" dalam bilikku. German III juga memenuhi carta pertamaku untuk "The Busiest Class Ever" (sebab: setiap kali ada kelas, mesti ada tugasan sekurang2nya 1 assignment dan sedozen kerja rumah)... hadeh... sabar jer la...

Hari ini merupakan hari terakhir kelas sebelum cuti semester bermula. Dah ramai orang balik, dan aku pula? akan balik ke rumah kakakku malam ni. Rasanya, kalaulah ada duit untuk terbang pulang ke Sabah, aku sanggup ambil tiket balik malam ni. Rindu pada kampung halaman, dan pada ibu bapa yang sentiasa dikasihi. Kucingku Oscar, mesti ia dah besar kini...sudah beberapa bulan aku tinggalkan ia di bawah amanah adikku. Teringat mata besarnya yang bewarna biru, dan bulu ia yang lembut. Kucing memang comel.

Teringat kisah petang kelmarin. Fasi yang mengajarku sanggup datang ke kolej kediaman/fakulti untuk mengutip buku log kami. Tambahan pula, Puan telah memberi sedikit cenderahati kepada kami semua... dan itu membuatkan aku sangat gembira. Aku sebenarnya terharu bila beliau sanggup datang walaupun tinggal jauh di Sepang. Terima kasih yang tak terhingga untuknya atas segala ilmu yang telah dikongsikan, sama seperti Miss Aqilah. Dua orang fasi yang tak pernah memarahi kami di dalam kelas walaupun kami sangat nakal. Mereka berkata perkara yang sama, "kerana saya faham bagaimana rasanya menjadi pelajar". Bagiku, mereka jadi cikgu, dan memahami apa rasanya menjadi seorang guru. Tapi dalam masa yang sama, mereka juga menjadi pelajar kerana mereka belajar dan sentiasa belajar walaupun berdepan dengan kerenah pelbagai jenis pelajar yang saban semester datang menuntut ilmu di kelas mereka. 

Aku cuma boleh berharap, agar mereka mendapat yang terbaik suatu hari nanti. Thanks so much and see you again, teacher.


Hadiah daripada Puan Flora <3

Hadiah dari Miss Aqilah <3 

      

Selasa, 20 Disember 2011

Dari Meja Otaku: #1 Anime dan Manga Dalam Kehidupanku

Legend Vol.1


Dear Diary,

Pelik semacam pula buat entri macam ni (err....xlah pelik tapi rasa lain... xD ahahahaha... ) uhumm... okay... Kali ni entri ni pasal aku yang merupakan seorang otaku. =D Tahu tak "Otaku" tu sebenarnya merujuk kepada orang yang "geek" kat Jepun? dan"Otaku" yang jenis tu memang ada minat mendalam terhadap teknologi maklumat (aku out of list.... LOL... ). Tapi, aku ni "Otaku" yang juga didefinisikan sebagai terma Jepun terhadap golongan fanatik terhadap manga, anime dan permainan video. Tapi apa kena-mengena tajuk entri kali ni dengan aku pulak erk? Bukan tak ada kaitan langsung ka?

Jawapannya ADA. Aku dan kehidupanku yang dipenuhi dengan fantasi mengenai manga dan anime, juga kehidupan seharian yang dikelilingi oleh benda2 sebegitu. Aku minat melukis sejak dulu lagi, dan minat itu langsung tidak menjadi batu penghalang untukku melukis sesuatu walaupun assignment sedozen perlu dihantar pada keesokan harinya. Kadangkala, apa yang aku lukiskan itu menjadi gambaran perasaanku sendiri. Mungkin bukan dari ekspresi watak sahaja, tetapi dari segi kekemasan lukisan itu sendiri. Bila aku sangat bosan dan tertekan, lukisan tu pun jadi huru-hara. hehehe... walaupun begitu, aku takkan melukis orang lidi...memang tidak akan... XD
Di bilikku kini menempatkan sekotak penuh manga yang berlainan jenis (kurang dari 1/3 daripadanya dibeli di Big Bad Wolf sale). Aku tertarik pada manga supernatural, victorian era dan juga magik. Romantik? sangat jarang... ada pun sikit jer. Manga bercorak lolita pun comel (itu sebab watak lelaki dalam manga tu sangat HOT) ahahahahahahaha... maka aku telah jatuh cinta pada watak dalam manga. LOL... 

La Corda D'oro Primo Passo dan Kuroshitsuji merupakan manga yang WAJIB ADA padaku. Kedua-duanya juga ada dalam bentuk anime dan aku? sanggup simpan duit sikit2 untuk membelinya. Hehehehe...  Selain itu, manga keluaran Malaysia seperti 143, Maid Maiden dan Kaoru Cake House oleh Kaoru menarik minatku. Satu lagi yang aku mula lihat di pasaran kini, manga keluaran korea telah mula memasuki pasaran Malaysia dengan jumlah yang agak banyak. Aku perasan (sebab aku meminati salah satunya...XD ahahha), bila aku membeli manga bertajuk "Legend" entah kenapa aku berdebar-debar bila membacanya. Seolah-olah cerita itu berkait rapat denganku. Tambahan pula, watak lelaki yang berambut panjang tu... macam lebih kurang sama dengan "someone" yang suatu masa dulu pernah wujud berulang kali di dalam mimpiku. Hm... perasaan aku jer kot??

Satu benda yang sejak dulu lagi aku memang sangat2 berminat... COSPLAY. Aku memang minat sangat bab-bab baju banyak lace, dan apa2 pun memang barangan comel jugak laa aku cari. Bukan warna pink saja okay, aku memang minat style gothik lolita. Emakku tahu pasal benda ni... dan aku hanya pakai benda2 begitu di rumah saja  (bukan untuk tayangan umum...sekian). Mestinya ada jugak orang yang tanya soalan ni:
"abis tu?? kalau ko pakai di rumah saja buat apa? bukannya ada orang tengok pun"

so aku jawab: "okay lah tu... kalau adik-beradik n parents aku tengok ok jak. lagi best kalau xda org tengok. Xda lah aku tambah dosa sedia ada".

Fantasi berleluasa nampak gayanya. XD ahahahahahhaha... ada pulak gitu... *koff*koff* baju yang aku maksudkan lebih kurang style yang ini:


#Classic Lolita Style

# Bustle Skirt for Lolita

Baju di atas cuma sampel sahaja. Tapi aku boleh mengaplikasikannya dalam rekaan untuk baju lolita. Adik bongsuku pernah menghadiahkan baju style begitu kepadaku. Baju itu berwarna peach dengan skrit lace bertingkat. Hehehehe...(kes: minat sama) Ah... kan bagus kalau suatu hari nanti aku mempunyai seorang butler yang memakai kot bajang hari2, dilayan oleh maid yang memakai pakaian seperti di atas... hehehe... dan? ada seorang tutor peribadi untuk mengajarku tentang banyak benda. Syarat untuk menjadi tutor adalah:

1) Tau menghormati orang
2) Berambut blonde panjang
3) Smart dan tinggi
4) Gentleman
5) Penyabar (kerana aku sangat nakal..XD)

Tapi... cukuplah dengan angan2 tu. X habis2.... ahahahaha... walaupun aku tahu, kebarangkalian untuk dapat tutor macam tu sebenarnya masih wujud. Sebab, dulu masa aku berumur 14 tahun, aku pernah bertemu dengan orang seperti itu bila makcikku membawaku menyertainya dalam ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu. Aku peserta termuda dalam kumpulan kami. Kami menginap di asrama di Kinabalu Park. Semestinya lelaki yang berasal dari California itu juga menginap di sebelah bilik kami (dia dan rakan2nya sebilik dengan 3 org ahli ekspedisi lelaki kami). Out of topic sikit... hehehe... then, bila malam aku keluar sekejap dari bilik untuk menjawab panggilan telefon dari bapaku. Aku lihat untuk pertama kalinya dia melepaskan ikatan rambutnya yang ala-ala Legolas tu. Lelaki tu ada rambut blonde yang cantik dan berkilau...aku terpegun seketika (nasib x ternganga... ahahaha) dan cepat2 aku menoleh ke tempat lain. Dia memakai baju sejuk walaupun aku tahu, mat salleh ni selalunya lut dengan sejuk.XD ahahahaha... dan bab yang aku takkan lupa bila dia memanggilku "babygirl, are you okay?" bila aku terbersin selepas habis bercakap di talian. Aku rasa, masa tu aku blushing bila dia tersenyum... awww... (perhatian: Aku tak gedik okay...) he got the shiny pretty eyes... =^^=

Dalam kehidupanku kini sebagai pelajar, aku berjaya mendapat tawaran sebagai juru designer untuk fesyen lolita. Aku masih belum memberi jawapan kepada tawaran itu. Belum habis belajar lagi kerja dah datang bergolek...dan persoalannya, layakkah aku? ^^" err...aku kurang yakin mengenai itu. huhuuu.... 

Ada juga dalam kalangan rakan sekelasku yang bertanya:

"eh, ko x pakai baju kurung ke? selalu jer aku tengok ko pakai t-shirt atau dress ke kelas? pas tu dress tu siap cover dengan jaket atau selendang lagi...pelik laa aku tengok"

soalan free... jadi dengan jujurnya aku jawab:

"kenapa? aku tak pakai seksi, jangan risau. Sebab aku pakai jaket/ selendang sbg cover tu bila dress tu spesis ketat dan aku rasa tak selesa orang pandang aku semacam. Lagipun di dalam kelas sejuk dan aku sangat sensitif dengan aircond. Pasal baju kurung... bukan tak pakai, pakai jugak tapi masih berat hati. Aku masih fobia... seriously no jokes pasal itu."

Isy3... tapi, manga dan anime memang sangat menarik. Dalam kebanyakan masa, aku belajar dari situ... belajar untuk fokus dan sebagainya. Suatu masa dulu emak melarangku untuk membeli manga sebab katanya aku akan jadi malas untuk belajar, tapi bila mak nampak keputusan peperiksaanku masih tetap meningkat, maka emak sudah tidak menghalangku lagi. Minat berbeza, tapi ada cara untuk mengaplikasikan ilmu. Sentiasa ada... kerana ilmu itu luas. =D

Isnin, 19 Disember 2011

Catatan 18122011: E-Persidangan Khas 6 Rendah/Atas Rajin sesi 2008/2009 _Isu:2011

Dear Diary,

Apa yang telah kulakukan hari ini? Aku melawat ke Kolej Kedua atas jemputan presiden K2 sendiri yg juga kawan sekelasku dulu masa sejak sekolah rendah. Terima kasih banyak2 kepadanya sebab sudi menemaniku selama sejam aku berada di tapak pameran dan juga gerai-gerai jualan yang lain. Teringin menunggang kuda, tapi fikiranku masih melayang terkenang zaman persekolahan dulu. Kufikir tentu kuda dapat mengesan apa yang aku fikirkan semasa kami duduk di tangga batu berdekatan dengan padang di hadapan K2 itu. Kuda itu seakan mengerti... dalam cuaca yang agak redup hari ini, kulihat mata ia memandangku tepat sekali-sekala. Ia memang comel, dan aku teringin untuk memegang kepala ia. Tapi kubatalkan saja niatku itu. Hatiku resah memikirkan sesuatu. Acara julung-julung kalinya yang akan dipengerusikan olehku sendiri sebagai setiausaha 6 Rajin 2008-2009, iaitu E-Persidangan Khas kelas kami.

 an unbreakable friendship: we're waiting for someone from K17

Idea asal E-Persidangan itu sebenarnya datang dari ayah angkatku semasa di sekolah dulu. Daddy membuatku membuka mata seketika tentang keadaan kami dulu sebagai pelajar tingkatan 6. Fasiliti kurang, malah belajar hanya berteraskan cara lama saja. Guna komputer pun bila ada pembentangan, dan itupun hanya seorang dalam setiap kumpulan yg akan bekerja keras untuk mencari komputer lantaran komputer sangat terhad di daerah kami. Kami bukan pelajar yang mampu untuk membeli barangan sebegitu, apa lagi telefon bimbit yang berharga ratusan ringgit. Bayangkan, sekolah di kawasan pedalaman seperti sekolahku dulu juga mempunyai jumlah guru mahir yang terhad. Tuisyen? sangat jarang. Kami belajar di bilik darjah yang hanya ada kipas asli dan tulen saja, lengkap dengan meja kerusi dan whiteboard. Entah kenapa semua itu masih segar dalam ingatanku.

Lalu, aku putuskan untuk mengumpulkan semua rakan sekelasku. Kami masih menggunakan panggilan "ketua kelas", "Timbalan" "S/U" n sebagainya bila bersua. Itu yang membuatkan kami semua rapat, seolah-olah kelas kami tak pernah berpisah dan berpecah. Logiknya, aku tahu agak sukar untuk kami berjumpa secara berdepan dan bertemu wajah dalam masa yang singkat ini. Haluan masing-masing sangat berbeza, dan Laut China Selatan memisahkan segelintir dari ahli kelas yang lain. Aku yang berada di tanah semenanjung bersama dengan beberapa orang yang lain masih boleh bertemu, tapi? bagaimana dengan mereka yang berada di sabah dan sarawak? FB satu medium penyatuan kami.

Mungkin agak aneh rasanya membuat persidangan di dalam FB, dan persidangan itu pula akan berlangsung selama beberapa hari. Aku sebagai setiausaha kelas bertanggungjawab ke atas program yang akan dibincangkan. Entah kenapa, sedikit-sebanyak aku mula berasa lemah bila terfikirkan mengenai kelayakanku bergelar pelajar di menara gading kini. Aku teruskan juga melangkah walaupun terasa berat bebanan yang aku pikul itu semakin hari kian bertambah.

Agenda utama dalam persidangan itu adalah mengenai suatu program berunsur kem motivasi yang belum bernama. Pada mulanya, aku memang agak terkilan dengan sikap segelintir mereka yang terlibat. Bukan sekali dua saja mereka memintaku menjadi presiden, timbalan s/u dan bendahari dalam masa yang sama, tetapi sudah acap kali. Siapa yang tak meluat dengan semua itu? aku bukanlah seorang yang boleh diharapkan untuk benda-benda begitu lantaran ketidakstabilan emosi kadangkala menguasaiku. Aku memohon maaf pada rakan2 FBku yang telah membaca status yang kukira "panas" itu. Aku memang tak suka memarahi orang kerana aku akan lupa diri atas apa yang aku perkatakan, dan oleh sebab itu aku akan menjadi diam bila orang memarahiku atau sebaliknya. Aku cuma ingin menyedarkan org2 tersebut... aku tak mahu mereka memperlekehkan usaha kali ini seperti mana mereka buat pada program2 kelas kami suatu masa dulu. Aku mahu mereka belajar, belajar untuk mengurus dan faham betapa menjadi seorang setiausaha bukan suatu tugasan yang mudah. Kalau tugas setiausaha itu mudah dan hanya goyang kaki, kenapa ramai yang menolak jawatan itu kan? Logik.

Teringat pada sekolah lama itu, dan sebab utama mengapa aku perlu menjayakan program motivasi itu. Aku membesar di sekolah yang sama, dan boleh lihat dengan jelas sekolah kami menerima pelbagai jenis orang dalam tahun2 yang berbeza. Aku pernah bergelar pelajar dan duduk belajar di dalam hampir semua kelas. Ada juga yang mempersoalkan perkara ini:

"eh korang. Korang tak rasa kah kita langsung tak layak untuk bagi ceramah. Ya lah, keputusan STPM kita paling teruk dalam sejarah sekolah"

Syukur alhamdulillah aku masih berfikiran waras dalam keadaan "panas" itu. Kujawab:

"Aku tau dan aku faham apa kamu fikir. Berbanding dengan kamu semua, aku rasa paling teruk. Kamu patut faham kenapa dan apa sebabnya. Tapi, kita semua belajar dari kegagalan kita. Kamu mau duduk diam saja dan tengok keputusan STPM adik2 kita jatuh menjunam lagi? jadi macam kita? aku fikir, sekurang2nya kita mesti sedarkan diorang supaya jangan ulang rekod stpm kita dulu. Itu bukan sesuatu yang diorang patut bangga dengan kita sebagai senior, dan dalam masa yang sama diorang patut bangga jadi pelajar U yang pointer 3.00 ke atas, dapat ilmu dan praktik bukan disimpan. Diorang mesti sedar apa daerah diorang perlukan suatu hari nanti"

Cikgu2 kami masih mengambil berat mengenai kami semua walaupun kami kini membawa haluan masing2. Aku rasa sangat berat hati untuk menolak permintaan mereka; "berkunjung ke sekolah dan bagi motivasi dengan adik2 kamu". Sungguh aku mahu menyumbang bakti kepada sekolahku. Bila lagi, sampai bila lagi kami perlu berdiam diri kan? Jujur kuakui, memegang pointer 2.0 dan menjadi contoh kepada adik2 juniorku bukan suatu idea yang baik tapi bila difikirkan secara positif, aku perlu membetulkan keadaan yang senior2 kami suatu masa dulu sering menanamkan kata2 "pointer 2.0 boleh masuk U". Aku mahu junior2 kami di masa akan datang, melangkah ke menara gading dengan pointer terbaik, serta membuktikan bahawa tanpa fasiliti lengkap dan hanya bergelar pelajar daerah pedalaman sekalipun boleh mengaplikasikan ilmu itu. Aku mahu mereka membawa ilmu tersebut ke menara gading dan mempraktikkannya di sana, dan pulang berbakti ke daerah terutamanya ke sekolah yang berjasa pada mereka.

Aku memang sensitif bila disebut hal-hal merunsingkan (terutama bila mereka seolah2 mengatakan "kami cuma mau ikut, bukan mengatur program"). Memang itu mencabar tahap kesabaran aku tuh, sampaikan laptop pun aku boleh nampak jadi punch bag? owww... sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ini bukan kali pertama aku membuat program untuk kelas kami. Kadangkala aku rasa hendak biarkan saja, tapi... mereka juga merupakan salah satu "akar" dalam kelas kami. Mereka komponen terpenting. Dan untuk itu, aku menetapkan syarat baru bagi perlantikan jawatankuasa program iaitu "memerlukan suara 2/3 ahli persidangan dan pertimbangan Majlis Tertinggi Kelas atau dikenali sebagai Majlis Exco Tertinggi Alumni kelas". Hm... walaupun begitu, aku tetap berasa pelik dengan cara mesyuarat kami kali ini diadakan...huhuuuu... tambahan pula, aku sendiri yang akan merekodkan perbincangan kali ini sebagai suatu cara pemantauan alumni kelas kami dan akan diserahkan kepada bekas guru kelas kami semasa tingkatan 6 dulu agar beliau boleh membuat pertimbangan sekiranya memerlukan apa2 bantuan program daripada kami (cth: buat kelas tuisyen dsb).