Dear Diary,
Entah kenapa aku rasa lemas selepas aku ter"skip" kelas hari ni angkara xdpt tidur semalam (blackout punya pasal laa ni). Grr.. mcmana nak dpt 4.0 kalau skip kelas mcm tu pulak. Adeh~ Tambah lagi kena berbaris panjang mnegambil kad diskaun1M. kalau x ambil pulak nanti susah laa. :( tambahan pula ptg ada kelas, so takut x sempat siap. Maka terkorban laa kelas ganti yg tadi tu (itu extra class, bukan kelas ganti).
Cerita pasal blackout...jeng jeng jeng...
Subuh tu...aku di bilik...dan aku dengar suara angin di luar. Sayup2 jer bunyinya. Tiba2, ada bunyi burung menambah keseraman suasana masa tu. Aku dengar bunyi burung tu dekat tingkap, dua kali berkicau (kalau mak aku tau, mesti beliau cakap "ah, taik telinga kau tu saja tuh" ) . Jadi, Aku buat "Derk".
X lama selepas itu, hujan, kilat dan guruh mulai kedengaran. Aku punya laah happy sebab hujan dan aku blh tidur. Syok jer aku layan Facebook, movie dan download movie "Alamak Toyol" sambil tersengih2. Tiba2 aku dengar bunyi "tap" diikuti oleh blackout. Adeh...bateri laptop pun sudah laa kondem tahan sejam ja, movie pulak ada 45% ja dah siap download. Adoiyaiiii~~ maka dengan sabarnya aku tukar laptop aku ke state "power saver" dengan harapan boleh laa bertahan sampai siap movie aku tuh.
Tapi, aku yang sememangnya penakut bila gelap sangat x tahan stay dalam bilik bila gelap. Syukurlah ada laptop aku menerangi bilik masa tu, dah laa adik roommate aku balik kampung sebab tak sihat. T^T seram tau...aku terbayang ada pulak benda berbungkus putih tidur kat atas katil dia. eee.... (sapa suruh tengok cerita Pocong 44... apa ko rasa, oren?..hahaha).
Pas tu, laptop aku tiba2 hibernate. OMG!!! NOT NOW!!!!! nasib movie dah habis download. Aku pun apa lagi, dengan bergelap begitu aku rasa susah bernafas. Macam terperangkap dalam kotak kecil. Eee... X suka. >>>(>0<)<<< waaa.. Maka aku terdengar lagi bunyi "hiss" di dalam bilikku. Entah apa masa tu, aku cuma boleh membaca al-Fatihah dan cakap "kalau kau jin, baik kau keluar. Aku tak kacau kau" dan alhamdulillah, elektrik hidup kembali dan aku? tercari2 dari mana datangnya bunyi2 tu. Jadi, pagi tadi aku hanya tidur selepas menunaikan solat subuh dan menyiapkan kerja rumahku.