Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Isnin, 30 Mei 2011

Adat Perkahwinan Suku Tidung

Assalammualaikum wbt...

Okay... pelik plak cakap sal kawen nih. Isyyy... oh... cuti sekolah dah mula (cuti U dah lama start...XD ahahaha). Musim orang kawin nih sekarang. So far, dapat dua jemputan...oh no... tiga jemputan ke majlis kahwin tiga orang yang saya anggap macam abang saya sendiri, Abang Eddy (X-Felo K12), Abang Hilmi (saudara sepengakap saya dari unit pengakap laut) dan juga... Dato' Hikmal (senior & abang angkat saya masa sekolah menengah dulu). Adoii... diorang kahwin bila saya dah balik sabah. Melepas nasi minyak laa katakan. T_T huuu... Tapi, untuk majlis kahwin abang angkat saya tu (sebab dia tinggal di daerah saya juga), saya tak dapat hadir sebab tiada transport... oh... saya bertekad, nak ambil lesen memandu nanti bila saya ada rezeki yang lebih, InsyaAllah. =)

Adat perkahwinan suku Tidong... mesti anda yang membaca entri ni tertanya2 kenapa pulak saya menulis @ mencoretkan catatan kali ni. Senang saja. sebabnya... mak saya suku Tidong. =) Saya darah campuran... dari sebelah papa saya pure Suluk, tapi mak mix. Mak saya tu lahir dari keluarga yg berbangsa Suluk + Tidong+ Banjar + Bugis dan Jawa (adoi... pening mengingatnya). Jadi, izinkan saya membuat intro terlebih dahulu. He~he~he~

Mak kata, suku Tidong ni macam suku-suku lain yg ada kat Sabah ni jugak. Kenapa? Sebab suku Tidong ada pecahan sub-suku. =D mak ada suku tersendiri walaupun mak orang Tidong, dan dari penerangan mak pun... saya dapat tahu yang baju tradisi suku mak ni lain dari yang lain. Tak mau cerita pasal baju tu... sebab kompleks sangat dan saya tak paham penerangan mak. Okay... ada sejarah tersendiri dalam suku mak saya nih. Serius... tapi saya tak perlu cerita itu lagi. Rasanya...biar lah ia menjadi sejarah. =)

Okay. Suku mak saya nih ada adat berjalan di atas hamparan kain kuning. Jadi, jangan hairan sekiranya anda pertama kali naik meminang si gadis yang mempunyai sub-suku sama macam saya (terutama bagi mereka yg bukan berasal dari daerah Beluran/ negeri Sabah ini), bila org tua si gadis itu meminta sekayu kain kuning sebagai salah satu hantaran/ syarat peminangan. Nak buat apa kain kuning banyak2? Mesti korang tertanya2 kan?? Kain kuning tu... *smile* nak tau sangat? Next time laa...hahahaXD... erk... ^^! yalah2... kain kuning tu nak buat hamparan ala red carpet (tp itu yellow carpet arr) untuk kedua mempelai berjalan... =D Bukan itu saja okay, kalau dalam rumah ada 10 tisng maka semuanya akan dibalut dgn kain kuning tersebut... muahahaha~ takut? x yah takut... xda org nak makan korg... ^^V

Saya tak tau banyak pasal adat meminang nih...lupa2 ingat dah apa mak saya bagitau. Saya rasa...biarkan ia menjadi misteri... nanti karang salah bagi info, naya saya. Menganiayai orang lain tu x baik...kan? kan? hehehe... we should move on to the next point. Ceh..ceh..ceh...ya laa... Mak saya kata, dalam suku dia... masa malam berinai, bakal pengantin perempuan akan ditemani oleh 7 orang gadis yang memakai kain batik dan membawa lilin yang menyala di tangan mereka. Kenapa? Bakal pengantin perempuan akan dimandikan di depan mereka (bukan orang meninggal saja akan dimandikan okay...XD ahaha). Pengantin perempuan pula akan memakai kain putih dan kain kuning masa dimandikan itu. Hehehe~ dan mak kata, kain batik yang dipakai oleh gadis2 tadi mestilah yang baru dan akan diberikan terus kepada mereka.

Menjelang majlis akad nikah pula, pengantin lelaki akan menjejakkan kaki di kain kuning bermula dari tempat pengantin lelaki diturunkan (sekiranya ikut kereta), akad nikah dan sampailah ke jenjang pelamin (suka la tuh kan? XD ahahaha). Tapi, sabar.... lepas si pengantin lelaki melafazkan "aku terima nikahnya si polan2...." dan tiba masanya untuk acara membatalkan air sembahyang, halangan menanti! muahahaah~ (jahatnya aku...). Suku mak saya nih ada adat tersendiri yang dikenali sebagai "Adat Buka-buka". Nak tau? hehehehe~ interesting part nih. 7 orang gadis akan memegang sehelai kain yang melintang merentas bilik pengantin perempuan. Itu ada "upah"... 3 kali kena bagi tu semua ke7-7 gadis tuh. X boleh berat sebelah... sama rata. selepas itu, pengantin lelaki kena berdepan dengan 3 orang pemegang kipas yang menyembunyikan ratunya..kehkehkeh... antara pemegang kipas tu semestinya mak andam pengantin perempuan. 3 kali jugak nak kena bagi "upah". Kemudian, baru lah acara membatalkan air sembahyang. Susah? sabar jer laaa... XD

Kemudian, semasa bersanding itu... adat "menyumbung" yang juga bagi saya boleh dikatakan adat ini "memberi" kepada pengantin perempuan (sabar laa wahai pengantin lelaki...hehehe)...sebab adat ni juga dimulakan oleh mak pengantin lelaki (menyarungkan cincin kahwin ke jari menantu), kemudian diikuti oleh sanak-saudara pengantil lelaki yang memberikan sumbangan berupa wang atau apa2 saja semasa bersalaman dengan pengantin perempuan. Saya difahamkan, semasa majlis perkahwinan di rumah pengantin lelaki berlangsung, adat "menyumbung" yang sama kena diteruskan.

Selepas kahwin, mak cik saya (ni adik mak saya okay) kata selagi inai di jari tak habis, pasangan pengantin tidak dibenarkan memijak tanah selama 3 hari. Kemudian, mereka tidak dibenarkan turun ke air sampai lah inai tersebut sudah tiada di jari mereka. Hahaha... saya tak tipu okay, ini betul2.

Jadi... saya cuma katakan 65% dari keseluruhan adat suku mak saya. Yang lain, biarkan ia menjadi misteri... bukan tak mahu berkongsi tapi... ada baiknya saya simpan dulu sementara waktu. Saya rasa, kalau ia menjadi sesuatu yang tidak diketahui ia akan jadi lebih menarik. Jadi, pada anda yang bakal menjadi menantu salah sebuah suku Tidung di sabah (selain dari suku saya sendiri, saya difahamkan yang Suku Tidung Tarakan juga mengamalkan adat yang sama), sila persiapkan diri anda... *smirk* (sudah... macam nak pergi berperang pulak...hahahaXD... ^^! alamak... ketulahan nanti... eee... nanti tulah kena sumpah oleh mak, bahaya...bahaya...). Okay laa... jumpa lagi di catatan yang lain... XD... Tschus (^^)/ Auf wiedersehen...

Sabtu, 28 Mei 2011

28 Mei... Memori Terpatri Disini

Assalammualaikum wbt...

Kali ni... nak buat entri ala emo... hahahaha...x lah. Tapi... mungkin jugak la. Entah lah. Hmm... *pening* menulis catatan ni masa saya kurang sihat, menyebabkan kepala berdenyut, nadi berselerakan dan darah mengepam laju disebabkan emosi yang tak stabil. Saya harap saya tak membuatkan pembaca blog saya ni stress pulak. Hahaha~ tapi... hari ni... genap sebulan selepas peristiwa itu. *silent*

Tanggal yang sama membuatkan saya tertanya-tanya. Saya hilang arah... memang hilang arah buat seketika. Sebab? Peristiwa demi peristiwa berlaku setiap hari bagai mimpi buat saya. Ujian Allah SWT begitu besar dirasakan... tapi saya cuba untuk tabahkan hati (ek eleh... tabah lah tu..siap nangis lagi dlm room sorg2). 28hb... tarikh istimewa sebab sebulan lepas, saya duduk dua kertas terpenting yang saya boleh score! Satu pada waktu pagi, dan satu lagi petang. Tapi, cerita 28 Mei ni... jadi memori terpenting bila saya baru sedar tentang sesuatu. Saya rasa tidak berdaya secara tiba2...

Sebulan lalu... saya sepatutnya sudah menduga sejak awal lagi! Saya yang sering memikirkan sebarang kebarangkalian... akhirnya terlepas suatu kemungkinan penting! Kemungkinan yang hampir melemahkan seluruh semangat saya untuk terus melangkah ke hadapan... kemungkinan yang boleh menjatuhkan saya terus ke jurang kegagalan... dan kemungkinan yang sememangnya menjanjikan semak-samun kesamaran dalam pilihan saya. Saya fikir saya mungkin terlalu pentingkan diri... sebab? bertindak atau melakukan sesuatu di luar kawalan & jangkaan yang mungkin menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya... atau sekurang-kurangnya menyebabkan terbitnya benih kebencian di dalam hati insan tersebut. Saya harap... saya tersilap.

Mungkinkah... perasaan saya juga hancur berkecai pada ketika itu? (adik: ini baru laa...kalah org bercinta..kahkahkah. Saya: argh... jangan tengok!!! *blushing* penyibuk!!! pi tidur!!). Saya lemah semangat di semester dua saya... ujian ... saya terima sepenuh hati. Mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat saya selepas ini. Teringin memohon kemaafan padanya... tersangat ingin. Mungkin kerana saya terasa ada perkaitan dengannya... tapi... ah... macam mana nih? *cry* Dia tak pernah tahu... langsung tak tahu! Saya... saya tak fikir saya perlu beritahunya. Saya nak dia sedar sendiri... T_T

Adakah saya terlalu ego? (.... *speechless*....) Sebab saya tak bagitau apa2 masa tu? Rasa berat hati untuk memberitahu apa2 tanpa mengetahui perkara sebenar, tapi rasa lagi berat untuk menyimpannya. hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dilema... memilih jalan2 yang berada di hadapan. Tapi saya pilih untuk berpegang pada janji. Amanah itu penting... dan saya tak mungkin akan memungkirinya. Apa yang saya akan jawab di akhirat nanti jika disoal mengenai amanah tadi? ah... belum lagi. Alam kubur menanti sebelum itu... saya bersendirian pada masa kelak itu... jadi, saya pilih untuk berdiam diri.

Mengapa lah saya memilih untuk meneruskan catatan ini... *regret* saya tak boleh menceritakan semuanya di sini. Saya tak berdaya... semangat saya melayang pergi bila ditiup bayu hujan yang turun membasahi bumi suatu daerah kecil negeri di bawah bayu ini. Saya... mungkin benar2 teringat pada insan itu. *bows* Saya... memohon maaf pada mak kiranya hati ini telah menjadi gundah... namun mak, sejauh mana anak mak ni mencuba untuk menjadikan hatinya sedingin air batu, sekeras kristal di bahagian bumi yang paling dalam sekalipun kalau sudah tertulis di dalam Loh Mahfuz lagi takdir anak mak ni mula "sayang seseorang" pada usia seawal ini... anak mak ni hanya boleh mengadu segalanya pada Dia. Jangan risau mak, perjanjian kita masih terpelihara. Allah masih bagi secebis kekuatan pada anak mak ini untuk mengekalkan apa yang mak nampak sejak dulu; anak perempuan yang ceria dan memahami.

Mak... anak mak ni langsung tak sedar sejak bila semuanya bermula. Lebih2 lagi, bila anak mak ni mula dihimpit rasa bersalah... kerana anak mak ni rasa telah mencuri hati seorang insan tanpa kebenarannya, juga menghiasi takhta hati ini dengan bayangan insan tersebut tanpa mengetahui adakah dia pemilik yang sesungguhnya. Mak... anak mak ni berharap sangat, doakan yang terbaik untuk kita semua ya mak. Anak mak ni tahu, kedua2 papa dan mama sangat bimbang sebab takut tersilap memberi amanah kepada org lain untuk menjaga anak mak ni kan? anak mak ni faham sangat. Terima kasih kerana bimbangkan saya... =') sangat bersyukur dapat parents begini..walaupun... *smile* ada masanya, mak memang garang, mak tau? papa pula cool... macam kesatria zaman dulu. Papa tetap hero saya, pa. *adore*

Walau siapa pun insan itu, saya ingin memohon maaf kepadanya. Mungkin di dalam hatinya, kiranya tersedia takhta yang ratunya adalah orang lain... saya hanya berharap dia bahagia. Doa saya sentiasa mengiringi kebahagiaan itu. Ikhlas saya katakan, sebab pepatah Inggeris pun ada menyebut "if you love someone then let it go. But if that person returns to you, that person is yours" (lebih kurang laa)... saya berpegang kepada apa yang saya percaya. Allah Maha Adil, dan Dia yang mengaturkan segalanya untuk kebaikan manusia. Kemungkinan insan itu ditakdirkan untuk mengajarkan sesuatu kepada saya... ada juga kemungkinan2 yg lain kan? Kiranya di dalam hatinya, tiada insan yang memiliki takhta itu, saya cuma berharap dia mendapat orang yang sesuai, sesuai menjadi penaung kegembiraan dalam kesepian itu. Saya tidak berani mengharapkan apa2 kerana saya kini berdiri di atas sebuah garisan halus yang memisahkan dunia bayangan dan juga realiti. Saya... perlukan kepastian, sekiranya dia segagah seorang kesatria pada zaman Melayu Melaka.

Juga... terima kasih kepadanya. Atas banyak sebab yang tidak dapat dinafikan, yang antaranya meminjamkan kebahagiannya kepada saya walaupun secebis. Cukup untuk saya jadikan sehelai sapu tangan yang boleh mengesat air mata dikala duka melanda bagai tsunami. Juga, terima kasih wahai bayangan takhta hati ini kerana meniupkan semangat sedingin pudina yang segar, yang bertukar menjadi pedang seputih dan secerah kristal untuk melawan cabaran mendatang. Segala nasihat meresap dan menjelma menjadi perisai indah, senipis kulit bawang, namun masih keras bagai kulit naga... sukar ditembusi oleh bisikan halus yang mahu menyesatkan manusia ke dalam jurang kegelapan. Budi yang ditabur ibarat bunga melur yang harum... akan saya patrikan dalam hati ini, menjadi potpuri yang mewangikan kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi universiti. Terima kasih yang tak terhingga...

Jumaat, 27 Mei 2011

I'm Thinking About Someone

Assalammualaikum wbt...
Hahahaha... nahas lah saya oleh mak saya kalau beliau nampak tajuk ni dalam versi bahasa Melayu. Confirm saya jadi cebisan... selepas dicencang lumat. Eee... seram! Tapi nasib baik lah mak tak akan layari blog nih...  heheheheheh~ *ketawa seram* Jadi? Nak citer laa... bosan pulak bila dah cuti ni tak ada kerja nak dibuat. Ini based on pengalaman... kalau rasa bosan, pi tinggalkan komen. Hehe...

Okay... manusia takkan terlepas dari apa nama tuh? LOVE? Orait... itu yang paling tepat. Saya pernah terbaca lah suatu ketika dulu dalam buku motivasi remaja nih... lelaki dan perempuan ibarat magnet! (Iya kah?? siapa setuju angkat tangan macam saya~ *buat gaya Usop Wilcha* hahaha). Erk... uhum! Saya selalu berpendapat bahawa lelaki dan perempuan ni sama2 kompleks (anda setuju??). Jadi... perkaitannya dengan tajuk nih... cewah... hahaha... okay2... perkaitannya, saya memikirkan tentang sikap someone.. eh...nope... several persons actually. Memang someone la di situ sebab dia laa yang buatkan saya terfikir sesuatu. Nanti saya citer... (ce citer..ce citer).

Boys yang baca catatan ni... saya amat harapkan komen anda. Nak tahu apa pendapat korang yer... =D

Saya mulakan... sejak di bangku sekolah lagi, saya sebenarnya dikelilingi oleh rakan2 lelaki berbanding perempuan. Bukan sebab saya ni playgirl okay...jangan salah faham. Tak hingin saya dengan dorg tu... muahaha~ *ketawa seram* tapi itu juga bermaksud saya nih bukan songsang erk. Mungkin sebab saya ni... lebih suka bermanja pada ayah dan abang saya, jadi bila di sekolah saya memilih untuk berkawan dengan golongan tadi. Tapi saya memang choosy... sangat2 choosy. Saya mengaku. Ada member lelaki yang saya tak berkenan dengan sikapnya, saya memang tak kawan punya (usually yg samseng arr). Sebab saya tak mau laa orang bagi tanggapan buruk pada family saya, sebab saya anak gadis. Faham2 laa... suasana kampung ni macam mana kan... hehehe... bukan menghina orang kampung, tapi ada sesetengah golongan ni sangat suka sebarkan gosip pasal apa yang diorang nampak tanpa usul periksa. Individu yang terkena tu lah merana, terutama yang memang tak bersalah.

Itulah... bila saya pergi ke pekan saja, terjumpa dengan member lelaki... berpada-pada jugak saya menyapanya. Bimbang nanti jadi buah mulut orang, nahas saya. Pernah sekali berlaku kepada saya bila saya turun ke pekan dan terserempak dengan rakan lama saya... memang meriah lah jadinya. Bayangkan, dia hilang beberapa tahun tanpa khabar berita, tup2 dia dah masuk poli pulak. Mesti lah kitorg citer pasal pengalaman yg dilalui kan. Then... ada sanak saudara saya yang ternampak kami. Tapi, nasib laa dia tak report dengan mak saya apa yang dilihatnya itu. Dia tegur saya jer... kata saya macam nih "ko tau ka, ndak bagus tu lelaki sama perempuan berjumpa begitu". Adui naa... saya takkan buat benda mengarut. Sebab saya kan masih budak lagi masa tuh... hahahaha

Jadi, saya mengenali dua orang insan yang istimewa ini... saya gelar mereka dengan Mr. B dan Mr.F (dah lenguh asyik tengok kena cop dengan X,Y... A lah... hahaha...biar tukar sikit jer... =P). Mr.B ni boleh dikatakan dia seorang yang sangat tenang. Saya tak pernah nampak dia gelabah dengan something... walau teringin nak tengok dia berada dalam keadaan tuh. Hehehe... saya ingat memori bersamanya. Bukan boyfriend saya ek... tp kawan saya. Insan yang banyak membantu saya suatu masa dulu... semasa kami di bangku sekolah. Sweet boy, dan saya boleh kata dia tu top student kat sekolah saya dulu. Top akademik dan juga dalam kalangan gadis. Gadis? whoaa... secret admirer dia ada (berdozen!!!). Saya ingat saya kena anti dengan diorang. Lucu pulak ingat kisah silam nih...hahahaha... siap ada lagi yang sanggup sorok paper ujian saya sebab nak biar saya terseksa. Tak per laaa... saya dah mafkan pun orang tu. Huhuhu... sebab bila cinta tu sdh membutakan mata dan hati, memang gitu la jadinya. XD

Nak citer... Mr.B ni student aliran sains. Masa tu saya belajar aliran perdagangan perakaunan. Kata orang kan, student dari dua aliran berbeza nih tak pandai nak bergaul. Tengok saja lah...aliran pemikiran sangat lain. Saya mengaku itu. Hehehe... (walau minat saya terhadap sains tak pudar)... perangai dia ni, saya boleh katakan "PELIK". Dia suka buli saya... dengan mengatakan benda2 yang tak sepatutnya dalam usia kami pada masa itu. Bila saya tegur dia, dia kata "itukan sains"... saya cuma boleh buat derk ja. Bila ada kelas kami yang bergabung, dia suruh saya duduk sebelah dia...dan satu kelas tu, saya tak invite dia duduk di sebelah saya pun, suka ati jer dia halau member saya yang merangkap kazen lelaki saya, jauhkan diri dari saya. Dia duduk di sebelah saya selalunya dengan alasan "tertinggal buku teks". Eisy... saya ingat saya memang meluat dengannya... kuang...kuang...kuang...

Hari sukan sekolah... hari yang mencabar bagi saya bila saya telah terpilih sebagai wakil rumah sukan untuk acara 1500M perempuan (B). Dia? penyokong rumah sukannya. Geram jugak saya bila dia asyik kata "As... rumah sukanmu tu kan tiada harapan...tgok laa macam mana nanti..." sambil berlalu pergi dengan senyuman jahatnya yg membuatkan saya geram! Tiba acara saya, dia siap jadi penyokong di barisan hadapan! Tapi...bukan sokong saya... dia sorak " AS!! KALAH!! KALAH!!!" tapi akhirnya saya menang pingat emas. Gembira juga saya masa tu... dan saya ingat nak mintak dia bawa air untuk saya. Tapi dari kejauhan, dia cuma tersenyum saja. Heh... dasar pembuli kan. Hahahaha...

Mr.B ni bantu saya belajar... kerana saya sangatlah tak berminat pada math dan add.math...juga subjek akaun yang sewaktu dengannya. Tapi dia tak dapat mengajar saya prinsip perakaunan sebab kelas dia tak ada subjek tuh. Saya? dari berasa jengkel...lama kelamaan jadi selesa. Perangai dia boleh diterima walaupun menyakitkan hati kadang2. Bila dah pertengahan tahun masa form 5, kami jalan dari blok bangunan sekolah sampai ke pagar (masa balik) sama2... dan kemudian, seorang ke kiri dan seorang ambil laluan kanan. Rumah lain arah daa... Pagi2 pula... selalunya sama ada saya atau dia akan tunggu kat pintu pagar. Orang pertama yang saya sapa setiap pagi dengan ayat "Good Morning". Hari2 yang ditempuhi tu kan, merupakan subjek yang berbeza bagi saya pada setiap hari...belajar benda2 yang berbeza dengannya. Tugasan? Da pengawas sekolah tapi saya librarian saja... motivasi? Dia banyak bagi nasihat pada saya sebab saya sangat2lah low self confidence masa tu. hehehehe...

Nak citer pasal dia...banyak sangat nak citer... =.=!! uhh... pelik jugak kami. Masa sekolah rendah langsung tak bertegur sapa, form 1 baru kenal...itupun gaduh sampai lah akhir form 4 bila dia mula rapat dengan saya walaupun masih dingin lagi. Form 5? dapat bapa angkat yang sama... itu masa program anak angkat kat sekolah. Then... banyak ajar saya sebelum SPM... juga orang yang mengajar saya pasal karangan berfakta (saya kurang arif... sebab saya lebih suka karangan yang guna imaginasi). Dan bila habis SPM, dapat result...dia kawan yang nak ambil tahu pasal result saya, siap offer nak tolong saya isi UPU saya. Ucapan "tahniah" yang sangat bermakna... dia berjaya tarik saya yang selalu dapat keputusan x tentu hala, pergi ke senarai ke-5 dalam list pelajar terbaik sekolah. Dia? mestilah ranking pertama. hehehe... Hala tuju berbeza... dia masuk matrik dan saya pula pilih form 6. Kini???? Kami bersua lagi di UPM, selepas dia menghilang tanpa khabar berita selama setahun setengah... satu universiti dan kali ni dengan bidang masing2. Saya sastera dan dia sains. Dia juga banyak ambil tahu kehidupan U saya, dan antara org yang paling gembira dan pujuk saya bagai nak mampos bila saya kata saya dapat UPM.hahaha... lawak betul. Kemudian? =) Melawat saya masa minggu orientasi, siap bawak saya pi dinner dengan kawan kami yang sorg lagi... maybe nak celebrate untuk saya kot? dia juga yang sangat2 caring kat saya...tak pernah saya rasa sunyi walau dia... macam dulu, suka sangat sakitkan hati saya..  kehidupan yang tak disangka! Tapi kenapa dia macam tuh?

Okay... beralih kepada Mr.F... beliau seorang yang saya sangat kagumi. Bertemu dan berkenalan dengannya hanya semasa di UPM saja. Dulu, untuk pertama kali saya jumpanya, saya salah sangka dia tu...err...tak apa lah. Hehehe... Uh... saya sangat tertarik dengannya. Tapi saya tak tahu apa bendanya. Dapat rasa suatu magnet yang kuat antara kami. Saya buat tak endah jer. Kehkehkeh... sebab bagi saya, lelaki yang popular di kalangan gadis ni memang menyusahkan. I feel very annoyed. Dan seperti Mr.B tadi, Mr.F juga sangat popular. Saya rasa... seperti yang salah seorang kawan saya kata "tiada perempuan yang waras akan lepaskan lelaki cute macam dia, As" eh?? Dia cute ke? saya tak tahu jugak... macamana diorang menilai orang tu. Bagi saya, dia biasa jer... dan entah kenapa... saya amat bencikannya. Saya dapat rasakan yang dia ada aura "mysterious"... sesiapa pun tak boleh masuk area tu kecuali dia sendiri benarkan. Saya tahu... saya faham orang begitu. Heh... saya jumpa orang pelik semenjak study di UPM. Kadang2 saya rasa Mr.F ni begitu tenang, dan dari reaksinya macam dia tak pandai nak marah. Tapi... dia mungkin dapat mengaburi mata orang lain dengan buat begitu...sentiasa tersenyum. Bagi saya, dia takkan selamanya dapat tipu saya...walaupun... *geram pulak* saya... terkena beberapa kali *exhausted*.

Baru2 nih Mr.F telah membuat gurauan yang melampau... dan membuatkan saya hilang arah buat seketika. Wargh!! Tak nak ingat... >>>(>0<)<<< WAAAAA~ jadi, nak cakap apa dia dah buat selama saya berada di UPM nih pun...hmmm... lebih dari 30 perkara mengejutkan dia buat. Tapi, saya amat berterima kasih padanya, sudi memberi tunjuk ajar bila saya perlukan sangat (siapa suruh tangguh2 buat assignment... muahaha) dan lagi, caring pada saya? so sweet... boleh kata laa..siapa dapat dia, sangat2 bertuah. Tapi... saya geram padanya. Selama ni, walau saya marah pada Mr.B tadi pun taklah segeram rasa saya pada si Mr.F nih. Haih... apa dia fikir saya pun tak tahu. Sangat misteri...dan saya langsung tak duga apa dia cuba buat. Lelaki memang selalu macam ni ka?? Cuma senang bagi saya untuk mengetahui sama ada dia gembira atau marah. Reaksi wajah yang sama...tapi cara percakapan yang berbeza... hehehehe... ada masanya saya seram dengannya. Dia tu...kadang2 menakutkan walaupun dia senyum... tapi, sepanjang dia bersama dengan saya bila dia berdiri sebelah saya laa ek...jangan otak kuning...haaa... saya selalu nampak mata bersinar tu...cantik la. Seolah-olah mata dia tersenyum dengan saya? eh?? kenapa tu ek??? adakah dia cuba nak kenakan saya atau apa? Dan juga... saya rasa sedih bila dia macam tak layan (buat tak nampak) saya dalam sehari tu. Entah kenapa begitu... *deep breath*

Jadi, kebanyakan masa saya fikir someone jer sebenarnya. Siapa orangnya, saya takkan beritahu... *wink* sebab nanti ada orang terbatuk2 bila saya bagitau.HahahahahaXD... okay...bagi anda yang membaca catatan kali ni...apa pendapat anda pasal si Mr.B dan Mr.F tu? saya bagitau, saya tak cerita apa si Mr.F tu buat memandangkan saya rasa ada org yang mengenalinya... dan dia juga mungkin sekali membaca blog nih. Saya berani cerita pasal Mr.B tu sbb saya tau, dia sangat sporting...tapi Mr.F si misterius tuh pulak...errr.... saya rasa, lelaki nih... selalunya senior2 bagitau saya yang lelaki ni "cakap benda lain tapi sebenarnya maksud dia lain"... so?? saya memang tak faham. Saya lebih suka orang berterus terang pada saya...hehehehe... tak perlu memeningkan kepala. Tapi, misterius kadang2 menarik jugak... heh

Rabu, 25 Mei 2011

Bila Mak Tanya Soalan "Free" ...

Assalammualaikum w.b.t..

Adei... tajuk ni macam lain sikit kan? Memang itu lah yang saya fikirkan sejak awal pagi tadi. Saya asyik teringat pada peristiwa beberapa hari lepas..err... adalah. Tiba2 kenangan silam mengimbau kembali...ceh..ceh..ceh. Haha... Okay, bagi gadis2 yang sudah bergelar "lady", bukan "madam" ya, saya nak tanya. Pernahkan Mak kalian tanya soalan "free"? Saya maksudkan soalan tu bukan laa yang direct SMS or whatever yang melibatkan kos. Tapi, secara berhadapan dengan korang... face 2 face. Sebab saya pernah alami beberapa kali, jadi saya nak share pengalaman itu. =) Take it positive ya.

Dulu, sebelum saya masuk form 6, mak saya tanya result UPU saya. Saya kata "adui bah... macamana lah aku mau masuk UMS mak kalau sekarang baru lepasan tingkatan 5? Keputusan orang lain lebih bagus daripada ini *tunjuk slip SPM dengan mak* ". Biasalah, kami berbual dengan orang yang kami rapat...guna aku-kau jer. Tp dgn parents saya, saya guna "mama" atau "papa" kadang2. Special case la katakan. Okay. Sambung lagi... Masa mak tengok slip tu (sebab mak saya tak tahu membaca, tapi kenal huruf A saja) dia pun happy. Tengah hari, rutin biasa bagi saya bila duduk kat dapur masa tu. Heh... tolong tengok jer... =P mak masak. Tiba2, mak saya duduk menghadap saya. Uisy, terkejut! Tak pernahnya dia macam tu. Soalan "free" pertamanya, "Kau masih mau belajar?" jadi saya angguk saja. Mengiyakan. Dia kata "kalau kau masih mau belajar, belajar lah betul2". Stop di situ.

Seminggu kemudian... mak saya ni baru balik dari suatu tempat la. Dia kata ada pakcik saya, Pak cik X (bukan nama sebenar) terserempak dengan dia. Cerita punya cerita, mak kata Pak cik X ni asyik tanya pasal saya ja. Saya pun apa lagi, naik seram lah. Mana tidaknya, Pak cik X tu memang ada kaitan dengan keluarga saya. Ada anak2 teruna lagi, senior 2-5 tahun lagi dari saya. Dengan menggigilnya kaki saya masa tu, saya beranikan diri untuk bertanya. "Jadi?", mak saya pun sambung cerita lagi. Masih terngiang-ngiang sehingga kini, "Pak cikmu puji kau. Dia bilang kau pandai". Saya terdiam... entahlah. Saya rasa lain macam dengan pujian itu. Perasaan saya kot? Hahaha...

Kemudiannya, saya masuk form 6 sebab saya sudah mula tawar hati untuk masuk U. Bukan rezeki saya. Mungkin sebab keputusan subjek matematik yang cuma sekadar lulus saja tidak melayakkan saya untuk bergelar pelajar Diploma pada masa itu. Saya terima seadanya, dan saya teruskan perjuangan di tingkatan 6. Mama dan Papa menyokong. Alih-alih, saya menghabiskan pengajian Pra-U saya di SMK Beluran Bestari pada tahun 2009. Alhamdulillah... syukur...  Tapi, saya mula dihimpit rasa tak senang hati. STPM bukan penentu kejayaan saya memandangkan setiap kali ujian, pointer saya 1.5 ke bawah. Saya mula putus harapan untuk masuk ke universiti. Bila keputusan STPM saya masih belum diumumkan, saya sudah mendapat tawaran ke ACT atau lebih dikenali dengan Kolej Teknologi Alpha. Bertempat di Negeri Sembilan. Masih dilema, saya hanya mengikut prosedur yang telah digariskan untuk mengisi borang yang telah diberikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya mendapat surat balasan beberapa minggu kemudian, dan saya telah mendapat jemputan daripada Dr.Hamzaid Yahya sendiri untuk bersama-sama menghadiri temuduga pengambilan pelajar di Hotel Sandakan. Itu pun selepas keputusan STPM telah diumumkan. Teruk juga rasanya bila mendapat pointer cukup syarat saja. Tapi saya tak kisah, janji itu adalah usaha saya dan salah saya sendiri sebab tak belajar. Pertama kali saya menghadiri temuduga, dan beliau sangat ramah. Saya diterima masuk ke ACT ambilan Julai, dan untuk itu saya perlu bersedia.

Beberapa bulan kemudian, saya diberitahu oleh rakan saya bahawa keputusan UPU akan diumumkan dalam masa terdekat. Hah! UPU... saya tak ada hati lagi untuk mengambil tahu. Sebab setakat itu, saya telah banyak menguruskan dokumen saya ke ACT dan memang telah 98% siap diuruskan. Pihat ACT telah memberikan saya nombor matrik saya, dan siap memberitahu sekiranya saya memerlukan pengangkutan dari LCCT, Kuala Lumpur mereka boleh menjemput saya. Mak saya bimbang pada mulanya, sebab bila saya beritahunya yang saya akan tetap teruskan pengajian di ACT, dia mula berkata "fikir bagus2". Pada hari keputusan UPU keluar, sepupu saya yang kini berada di ACT juga menelefon saya. Dia bertanyakan perihal UPU. Pointernya lebih tinggi daripada saya, seriously saya amat harapkan dia dapat U. Ikut jejak langkah abang sepupu saya.

Bila malam... sebelum makan malam, saya tergerak hati nak menyemak keputusan UPU saya. Mak saya tanya solan free yang kedua pulak. "Kau mau buat apa?" adoi... hahaha... saya jawab saja la menyemak keputusan UPU. Tak ada selera makan, walaupun pucuk ubi tumis terhidang di depan mata (ah...bila saya menulis catatan ini, rasa lapar pula). Saya tetap menunggu... sampai lah pukul 8.47 malam itu bila saya mula terleka dengan berita pengumuman UPU di televisyen. Telefon Papa berdering, menandakan ada mesej yang masuk. Berdebar saya bila saya buka mesej tu dan... PUF! Di hadapan skrin bertulisan hitam putih itu menyebut nama dan no.IC saya, dan kos yang saya dapat (tp kod kos tu saja). Saya ingat lagi, bila saya dapat tahu kos tu, saya gelak kuat2. Sebab saya tak sangka, dan masih tak percaya. Saya call kawan saya, minta dia cek. Betapa dia gembira... thanks so much, Rafiah. =) Family saya? hairan dengan telatah saya. Mungkin saya gelak macam Kak Limah kot??? hahahaha..

Malam itu, selepas makan malam (saya makan sikit je), kami ada mesyuarat meja bulat. Papa tanya soalan free, tp xmau ingat. Hahaha... mama cakap "Aku itu mana saja. Kalau kamu mau itu, pigi saja". Wheww...senang hati. Rakan saya yang berada di UPM pada ketika itu, Emol, cukup gembira bila mendapat tahu khabar ini. Ah...Emol...ko memang suka aku pi situ supaya dapat buli aku kan??? ahahahah... okay2. Tapi saya mula...dilema. Keesokan harinya, saya pergi ke SMKBB, nak jumpa kawan2 la katakan. Terserempak dengan Zulhaidin dan Nurhanna pula masa di pekan. Mata gembira tu tak boleh nak sembunyikan dari saya.

Saya ingat diorang tanya, "As? Ko dapat U mana?" so saya jawab "UPM".

"WHOA! Kita dapat U!!! *dengan nada happy*" kata Hana.

"Really??!!" saya menyambung.

"Yep! Si Zul dapat UPSI!" tambahnya lagi. Zul senyum...

"So, Zul. Si Hana dapat apa?" saya bertanya.

"UMS" jawabnya ringkas. Hana tersenyum, kemudian bertanya lagi.

"As? Kau pigi kah?"

Saya menggeleng. Terkejut dua orang rakan saya itu. Suasana bertukar jadi suram seketika. Zul bertanya lagi "kenapa?"

"Jui (panggilan saya untuknya), aku sudah terima ACT. Sekarang semuanya sudah siap. Tiket beliauku sudah ambil, memang awal bulan juga. Pendaftaran 4 Julai, sama dengan UPM."

"As... kenapa? U lebih bagus, As. Ko dapat kos apa?" tanya Hana. Zul mengangguk.

"Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa Jerman)... aku tiada basic bah pasal bahasa Jerman ni. Kamu tau kan juga, dulu bila aku belajar bahasa Arab, fail." terang saya.

"As, bahasa Arab tu memang antara bahasa tersusah di dunia. Siapa tahu nanti kau boleh mahir bahasa Jerman. Kau tau kan, di tempat kita ni susah pelajar mau masuk U As... ambil peluang ini dan buat cikgu2 kita bangga!" katanya pula.

"Iya, betul tu. As, kolej dengan U...dua benda yang berbeza. Kau fikir dulu bagus2. Kau bilang sama aku dulu, kau benci matematik kan? kau ndak pandai akaun kan? sama kau ndak paham add math kan? macamana kau mau teruskan kalau kau sendiri ndak minat?" ini la respon dari Zul.Aku terdiam... mungkin ada benarnya kata2 itu.

"Oh ya... As, kami harap kau fikir bagus2. Bila kau sudah buat keputusan, jangan lupa inform kami. As, kali ni betul2 rezekimu sudah sampai. Kakimu bukan lagi sebelah, tapi semuanya sudah masuk ke area U. Pointer STPM mu jadi begitu tapi kau masih boleh dapat U, kira unbelievable As! Kawan2 kita yang lain (siap bagi contoh lagi), pointer okay tapi setakat ni yang aku tau kita 3 orang saja dari kelas yang dapat U. Panggilan rayuan belum tahu lagi. As... kau tau apa aku fikir? mesti ada sesuatu yang Allah mau bagi kau, itulah sebabnya kau dibagi UPM"... kata2 dari Hana yang akhirnya membuatkan saya terfikir untuk bertemu seseorang di sekolah. Cikgu Razuwanda! Ya... penolong kanan 1 @ pentadbiran sekolah tercinta saya itu... satu2nya graduan lulusan UPM yang saya kenali.

Dipendekkan cerita, saya memang la... saya berjumpa dengannya di sekolah.Alhamdulillah, urusan berjalan lancar. Cikgu memberi banyak informasi berguna untuk saya. "Kamu tahu, UPM bukan calang-calang universiti. Kamu kira bertuah sebab dapat masuk ke salah satu universiti berprestij negara. Saya boleh kata, sekolah amat berbangga dengan kamu" kata cikgu. Saya langsung tak ada feel masa tu... sebab saya sudah nekad menerima ACT. Bila saya beritahunya yang saya terima kolej, cikgu tak henti2 memujuk saya untuk masuk UPM. Tapi... akhirnya saya mula cair bila dia berkata tentang seorang senior saya yang kini berada di Vietnam sebab pertukaran pelajar. Dia menyambung lagi, " *sebut nama penuh saya*, kamu tahu... saya sangat gembira sejak tadi dan kenapa saya tak henti2 memberitahu kamu semua maklumat tu? Saya tak pernah membayangkan yang seorang pelajar sekolah ini akan dapat melanjutkan pengajian ke sana, dan kos kamu itu mempunyai peluang besar untuk mobiliti pelajar. Siapa tahu suatu hari nanti SMKBB akan ada alumni yang sampai ke Jerman. Jerman antara negara maju, dan kamu patut tahu yang Berlin antara ibu kota yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Sebab? Pendapatan perkapita rakyatnya melebihi (alamak...x ingat...). Jadi, kamu nak lepaskan peluang ini? Belajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sejak kecil, dan saya difahamkan kamu pernah belajar bahasa Kadazan Dusun dan bahasa Arab dulu. Tapi itu berbeza". Itulah antara nasihat cikgu kepada saya. Tak dilupakan juga bila cikgu membuat "curse" dengan saya.Adehh...huhuhu

Malam. Saya memang berada di rumah...dan sekali lagi mesyuarat meja bulat diadakan. Saya ambil keputusan untuk pergi ke UPM, dan bukan ACT. Demam saya masih tak surut lagi, tapi saya tak peduli. Papa bertanya la masa tu, kalau saya dah nekad. Saya cuma minta Papa menguruskan dokumen selebihnya yang memerlukan tandatangannya dan Jaksa Pendamai, dan selebihnya...urusan saya dengan ACT pula saya uruskan sendiri.Alhamdulillah, pihak ACT memahami saya. Mereka sudi membatalkan kemasukan saya ke ACT. (harap2 ayat tu betul). Sepanjang minggu tu sibuk, dan hampir setiap hari saya dengan Papa tiada di rumah. Papa bertanya, kalau saya dapat UPMKB atau Serdang, dan saya katakan kepadanya saya dapat UPM Serdang. Rasa bersyukur sangat, sebab penerbangan pun ke LCCT...cuma destinasi saja yang bertukar sedikit. =D

Okay, teringat soalan "free" mama selepas itu... tiga hari sebelum penerbangan saya. "Kau mau belajar atau kau mau kawin?" HAH?! Jatuh jantung saya rasanya ditanya soalan begitu. Apa kena mengena dengan kahwin pulak nih???!! Saya menjawab "belajar", dan terus kena serang dengan kata2 "kalau mahu belajar, belajar. Jangan mau cari cewek(BF) di sana. Kalau aku dengar kabar, jaga kau. Bagus berhenti saja belajar, kawin saja di MUIS. Ndak payah laa mau membuat majlis kenduri2... buat susah aku saja. Aku hantar pigi belajar, bukan mau kasi kawin. Ingat...parang panjang ada itu. Senapang bapamu itu, peluru no.4 masih ada. Lari pigi mana pun, aku ikut jugak itu"... O.O!! Saya freeze... org tua tu...brutal sangat. Hu... seram sejuk... siap dapat warning lg. Mak...jangan bimbang laa... I'm trying my very best about it... T_T uuuu....