Assalammualaikum wbt...
Kali ni... nak buat entri ala emo... hahahaha...x lah. Tapi... mungkin jugak la. Entah lah. Hmm... *pening* menulis catatan ni masa saya kurang sihat, menyebabkan kepala berdenyut, nadi berselerakan dan darah mengepam laju disebabkan emosi yang tak stabil. Saya harap saya tak membuatkan pembaca blog saya ni stress pulak. Hahaha~ tapi... hari ni... genap sebulan selepas peristiwa itu. *silent*
Tanggal yang sama membuatkan saya tertanya-tanya. Saya hilang arah... memang hilang arah buat seketika. Sebab? Peristiwa demi peristiwa berlaku setiap hari bagai mimpi buat saya. Ujian Allah SWT begitu besar dirasakan... tapi saya cuba untuk tabahkan hati (ek eleh... tabah lah tu..siap nangis lagi dlm room sorg2). 28hb... tarikh istimewa sebab sebulan lepas, saya duduk dua kertas terpenting yang saya boleh score! Satu pada waktu pagi, dan satu lagi petang. Tapi, cerita 28 Mei ni... jadi memori terpenting bila saya baru sedar tentang sesuatu. Saya rasa tidak berdaya secara tiba2...
Sebulan lalu... saya sepatutnya sudah menduga sejak awal lagi! Saya yang sering memikirkan sebarang kebarangkalian... akhirnya terlepas suatu kemungkinan penting! Kemungkinan yang hampir melemahkan seluruh semangat saya untuk terus melangkah ke hadapan... kemungkinan yang boleh menjatuhkan saya terus ke jurang kegagalan... dan kemungkinan yang sememangnya menjanjikan semak-samun kesamaran dalam pilihan saya. Saya fikir saya mungkin terlalu pentingkan diri... sebab? bertindak atau melakukan sesuatu di luar kawalan & jangkaan yang mungkin menyebabkan ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya... atau sekurang-kurangnya menyebabkan terbitnya benih kebencian di dalam hati insan tersebut. Saya harap... saya tersilap.
Mungkinkah... perasaan saya juga hancur berkecai pada ketika itu? (adik: ini baru laa...kalah org bercinta..kahkahkah. Saya: argh... jangan tengok!!! *blushing* penyibuk!!! pi tidur!!). Saya lemah semangat di semester dua saya... ujian ... saya terima sepenuh hati. Mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang terbaik buat saya selepas ini. Teringin memohon kemaafan padanya... tersangat ingin. Mungkin kerana saya terasa ada perkaitan dengannya... tapi... ah... macam mana nih? *cry* Dia tak pernah tahu... langsung tak tahu! Saya... saya tak fikir saya perlu beritahunya. Saya nak dia sedar sendiri... T_T
Adakah saya terlalu ego? (.... *speechless*....) Sebab saya tak bagitau apa2 masa tu? Rasa berat hati untuk memberitahu apa2 tanpa mengetahui perkara sebenar, tapi rasa lagi berat untuk menyimpannya. hanya Dia yang Maha Mengetahui. Dilema... memilih jalan2 yang berada di hadapan. Tapi saya pilih untuk berpegang pada janji. Amanah itu penting... dan saya tak mungkin akan memungkirinya. Apa yang saya akan jawab di akhirat nanti jika disoal mengenai amanah tadi? ah... belum lagi. Alam kubur menanti sebelum itu... saya bersendirian pada masa kelak itu... jadi, saya pilih untuk berdiam diri.
Mengapa lah saya memilih untuk meneruskan catatan ini... *regret* saya tak boleh menceritakan semuanya di sini. Saya tak berdaya... semangat saya melayang pergi bila ditiup bayu hujan yang turun membasahi bumi suatu daerah kecil negeri di bawah bayu ini. Saya... mungkin benar2 teringat pada insan itu. *bows* Saya... memohon maaf pada mak kiranya hati ini telah menjadi gundah... namun mak, sejauh mana anak mak ni mencuba untuk menjadikan hatinya sedingin air batu, sekeras kristal di bahagian bumi yang paling dalam sekalipun kalau sudah tertulis di dalam Loh Mahfuz lagi takdir anak mak ni mula "sayang seseorang" pada usia seawal ini... anak mak ni hanya boleh mengadu segalanya pada Dia. Jangan risau mak, perjanjian kita masih terpelihara. Allah masih bagi secebis kekuatan pada anak mak ini untuk mengekalkan apa yang mak nampak sejak dulu; anak perempuan yang ceria dan memahami.
Mak... anak mak ni langsung tak sedar sejak bila semuanya bermula. Lebih2 lagi, bila anak mak ni mula dihimpit rasa bersalah... kerana anak mak ni rasa telah mencuri hati seorang insan tanpa kebenarannya, juga menghiasi takhta hati ini dengan bayangan insan tersebut tanpa mengetahui adakah dia pemilik yang sesungguhnya. Mak... anak mak ni berharap sangat, doakan yang terbaik untuk kita semua ya mak. Anak mak ni tahu, kedua2 papa dan mama sangat bimbang sebab takut tersilap memberi amanah kepada org lain untuk menjaga anak mak ni kan? anak mak ni faham sangat. Terima kasih kerana bimbangkan saya... =') sangat bersyukur dapat parents begini..walaupun... *smile* ada masanya, mak memang garang, mak tau? papa pula cool... macam kesatria zaman dulu. Papa tetap hero saya, pa. *adore*
Walau siapa pun insan itu, saya ingin memohon maaf kepadanya. Mungkin di dalam hatinya, kiranya tersedia takhta yang ratunya adalah orang lain... saya hanya berharap dia bahagia. Doa saya sentiasa mengiringi kebahagiaan itu. Ikhlas saya katakan, sebab pepatah Inggeris pun ada menyebut "if you love someone then let it go. But if that person returns to you, that person is yours" (lebih kurang laa)... saya berpegang kepada apa yang saya percaya. Allah Maha Adil, dan Dia yang mengaturkan segalanya untuk kebaikan manusia. Kemungkinan insan itu ditakdirkan untuk mengajarkan sesuatu kepada saya... ada juga kemungkinan2 yg lain kan? Kiranya di dalam hatinya, tiada insan yang memiliki takhta itu, saya cuma berharap dia mendapat orang yang sesuai, sesuai menjadi penaung kegembiraan dalam kesepian itu. Saya tidak berani mengharapkan apa2 kerana saya kini berdiri di atas sebuah garisan halus yang memisahkan dunia bayangan dan juga realiti. Saya... perlukan kepastian, sekiranya dia segagah seorang kesatria pada zaman Melayu Melaka.
Juga... terima kasih kepadanya. Atas banyak sebab yang tidak dapat dinafikan, yang antaranya meminjamkan kebahagiannya kepada saya walaupun secebis. Cukup untuk saya jadikan sehelai sapu tangan yang boleh mengesat air mata dikala duka melanda bagai tsunami. Juga, terima kasih wahai bayangan takhta hati ini kerana meniupkan semangat sedingin pudina yang segar, yang bertukar menjadi pedang seputih dan secerah kristal untuk melawan cabaran mendatang. Segala nasihat meresap dan menjelma menjadi perisai indah, senipis kulit bawang, namun masih keras bagai kulit naga... sukar ditembusi oleh bisikan halus yang mahu menyesatkan manusia ke dalam jurang kegelapan. Budi yang ditabur ibarat bunga melur yang harum... akan saya patrikan dalam hati ini, menjadi potpuri yang mewangikan kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi universiti. Terima kasih yang tak terhingga...
cyg..if dye memg comeone Yg Allah da takdirkan utk mnjadi imam u 1 ari nanti..believe me...xmustahil he will be..always pray 4 ur happiness dear..moga Allah mmprmudahkan cgalanya.. ;)
BalasPadamthanks so much, dear yaya... =) Amin... Hopefully everything will be alright for all of us. I dont know... it never happen before... strong bond, even feel something that very smooth from that person. I try to forgot, but I can't. Owez got the same dream...more than 6 times!!
BalasPadamaha..mak saya pn garang
BalasPadamHehehehe... dah memang sikap org tua cm tu mungkin. Masih boleh diterima... =D
BalasPadam