Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Ahad, 25 Mac 2018

Diary of Life: Kisah Aku dan SL1M Part 2

Dear Diary,

So sambungan kisah dari entri sebelum ini. *Menguap panjang sebab baca tulisan diri sendiri*

Hari kedua aku di KK, dan hari pertama SL1M. Adik aku lewat bangun. Pukul 6.30 pagi baru dia terjaga. Aku dah siap mandi, siap semuanya tapi dia masih lagi bergulung dengan selimut dia. Jadi aku pun ambik kesempatan, belajar lagi fasal SL1M. Pagi itu aku merajinkan diri buat satu senarai kecil. Aku ambil masa sekejap, untuk tanya diri. Tiada sesiapa untuk pengaruhi keputusan aku. Soalan paling penting:

"Aku mahu buat apa? Bidang apa jadi keutamaan, yang aku boleh keluarkan apa aku belajar dulu? Yang aku boleh buktikan dengan diri sendiri dan orang lain, aku sebenarnya belajar benda lain selain bahasa itu sendiri?"

Aku senyum sendiri dan mula senaraikan bidang ikut minat sendiri. Dari yang paling penting, sampailah yang penghabisan (aku labelkan sebagai "Fikir dulu kalau mahu ini" ). Aku banyak habiskan masa dengan anata pagi itu sampailah adik aku bangun dan mula bersiap-siap mau pergi mandi. Haih... bekulat bah menunggu. 

Dan hari itu, aku teruji. Masa turun dari hotel, kaki aku rasa sakit betul. Orang Sabah bilang "kalau bulih laa, mau saja ni beguling-guling sini". Jalan sikit, melintas dua batang jalanraya kecil tiba-tiba... naa gaman, apa perasaan kau kalau syok2 sudah smart2 mau pigi temuduga siap pakai kot blazer lagi tiba-tiba high heels tecabut tapak? 

Aku boleh jawab soalan ni. Aku rasa oren. 

Dalam hati aku siap fikir "Ya Allah..kenapa ni? kenapa Kau nda mau aku pergi awal?". Adik aku jadi runner. Dia pula yang panik fasal kasut aku siap berleter kenapa aku nda beli kasut baru. Haha... kalaulah dia faham. Tapi berlari juga dia pergi ke kedai terdekat, belikan aku gam kasut yang kuat. Kami dua tergendala disitu lebih kurang dua puluh minit. Tunggu gam kasut tu kering, baru sambung jalan kaki pergi DBKK. Jalan perlahan-lahan saja sambil mata melilau mencari bas. 

Sebenarnya kami tidak tahu kalau bas itu sudah jalan atau apa. Kami terjumpa beberapa orang lagi yang mencari-cari bas ke SL1M tapi akhirnya mengalah sebab tidak jumpa. Bagi aku, penambahbaikan untuk pihak penganjur dari segi bas mungkin, tetapkan satu point yang betul2 pasti sebab DBKK itu kawasan dia luas. Bas pergi SL1M pula bagilah signboard yang boleh orang lain nampak "SLIM" besar2 ditulis di depan dan belakang bas tersebut. Pada point menunggu pun letaklah banner seumpamanya supaya orang tahu, disitu tempat menunggu. 

Rupanya hari itu Allah punya perancangan melebihi perancangan kami sendiri. Ada hikmahnya kami tidak jumpa bas. Mungkin Dia mahu kami menolong dua orang gadis yang masa itu pun mahu pergi ke SL1M. Tapi sebelum aku meminta adik aku memanggil perkhidmatan Grab, aku minta dia pergi ke kedai kasut berhampiran di KK PLaza dan belikan aku sepasang kasut formal. Alhamdulillah, saiz aku ada. Masa dia balik akhirnya dia ambil Grab dan kami berempat pergi ke SL1M sama-sama. 

"Oi... jom minum" aku pelawa adik aku makan di salah satu gerai di luar Dewan Canselor UMS. Ya, tiada sarapan pagi, macam-macam hal pula jadi pagi-pagi. Dia nampak kecewa sebab rasanya kami nda sempat untuk hadiah 3000 orang terawal yang terima beg sandang. Aku pujuk dia dan cakap, nanti aku sudah kerja tetap kan aku boleh belikan dia beg sandang bagus. Nda perlu sedih. Adik aku pun gembira balik. 

Sarapan kami pagi itu luar biasa sedap. Berselera betul dia makan. Aku cakap dengan dia, supaya doakan aku dapat SL1M. Dapat tawaran. Ada sesetengah orang tidak mahu pergi SL1M sebab malu dicop penganggur. Aku nda kisah apa orang lain mahu cakap fasal SL1M sebab dalam kepala diorang, SL1M ni untuk yang menganggur tapi they're so wrong. SL1M ni... yang hadir bukan graduan teda kerja saja tapi graduan yang bekerja dan punya gaji tidak setimpal pelajaran, macam aku. Aku cakap aku nda malu mau pergi SL1M ni, sebab ya siapa tahu kan apa nasib aku lepas habis latihan. Kalau ini rezeki Dia bagi, kenapa perlu tolak? kenapa perlu malu sedangkan kita tidak meminta-minta sama sesiapa? bukannya kita minta beras orang lain. Ada kawan aku yang politikkan benda ni tapi aku rasa ini kurang adil juga laa untuk aku bila dia cakap begitu. Aku kata, bukan semua bernasib baik habis ja belajar dapat kerja terus. Macam-macam halangan. Dan fikirlah, ramai yang jadi penganggur bukan sebab malas tidak mahu kerja tetapi sebab macam-macam halangan yang datang dalam hidup diorang.Tuan badan saja yang tahu. 

Dipendekkan cerita, aku skip bahagian pendaftaran melalui komputer sebab aku sudah buat pendaftaran sebelum datang. Turn out... bila orang kaunter mintak number IC aku... omg...data aku tiada dalam sistem. Aku masih bersabar. Aku kata dengan diri sendiri jangan mencarut, jangan memaki walau dalam hati. Nda bagus. Nanti rezeki lari. Senyum saja, aku pun balik pergi kawasan yang disediakan komputer dan mula mengisi data aku. Komputer pulak freeze selama lebih 15 minit... astagaa... 

Mengucap panjang aku disitu. Ada pula pacik-pacik datang siap tanya aku berapa lama aku ni menganggur. Eh pacik...nda minat sama anak lelakimu. Membaca-baca ayat yang menghalau segala syaitonirrajim sebab aku mula rasa tekanan tu. Tapi apapun aku jawab dengan dia "oh...saya sudah kerja, pacik". Dia pun pertikaikan kenapa mahu SL1M sedangkan aku sudah bekerja. Dari bait bicaranya, seolah-olah dituduhnya aku nda bersyukur. Oh...kalaulaa pacik paham. Aku biarkan ja laa orang tua tu pergi. Dalam hatiku, jangan marah...sabar...semua hari ni ujian. Ada hikmahnya.

Akhirnya aku lepas juga pendaftaran tu. Siap ada tiket bertuah tu wiiii. Hepi bah. Adik aku datang dengan beg SL1M kaler biru sambil pandang aku. Dia cakap ...

"Kau tahu... aku rasa kau kena pilih bagus-bagus" 

Dia bawak aku pergi ke satu sudut. Sudut yang ditampal dengan kertas-kertas setiap syarikat yang mengambil bahagian. Sudut yang penuh dengan penjelasan apa setiap syarikat mahukan untuk calon pelatih SL1M dia. Rasa mahu menangis tu datang lagi.. Ya Allah... satu pun syarikat tiada bagitahu fasal mahukan graduan yang pernah belajar language aka bahasa. Ada syarikat yang mahukan apa2 sahaja Ijazah Sarjana Muda... tapi aku? aku dimana?

Aku diam. Aku pandang ke tempat lain sesekali. Rasa mahu menangis itu semakin kuat. Aku lihat di suatu sudut ada orang yang memujuk anaknya lepasan diploma, dan aku yakinkan diri sekurang-kurangnya aku masih ada peluang walaupun tipis. Aku cuba sembunyikan reaksi kecewa sedikit itu dari adik aku dan berusaha senyum di depannya. Kami melangkah masuk di dalam dewan sambil dalam hati aku berdoa, kalau ini yang terbaik untuk aku dan keluarga aku moga Dia permudahkan urusan hari ini...

Suasana SL1M diwaktu pagi dan masih ramai di luar dewan sedang mendaftar

Kami duduk sekejap di kerusi didalam dewan ni. Aku sudah siap senaraikan syarikat yang aku mahu pergi (sekiranya tidak dapat). Ada enam sahaja. Tapi aku tidak mengeluh. Aku yakin, hari ini rezeki aku disini. Aku ambil masa 30 minit untuk mengkaji syarikat yang bakal aku pergi untuk persediaan kalau-kalau dipanggil terus interview on the spot. Mana boleh pergi sahaja, satu habuk pun tidak tahu fasal kompeni kan? Ada kawan baru disebelah, walau tidak kenal bolehlah mula berkenalan. Mana kau tahu, dia kerja satu kompeni dengan kau nanti. Adalah geng kamceng, tidaklah kau rasa aneh sendiri di tempat itu. 

Aku? aku sudah mula hilang semangat. Aku perhatikan satu-satu orang yang lalu di tangga sebelah aku ni. Ada yang gembira sebab dapat dengan kawan-kawan, ada yang lonely macam aku. Oh biarlah.. nanti aku mesti ada kawan juga. Aku pun pergi ke syarikat pertama yang aku plan pergi. 

40 minit berbaris dan rezeki aku bukan disitu sebab mereka minta aku isi secara online sahaja untuk jawatan kosong. Aku pergi dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada wakil syarikat yang telah melihat resumeku. 

Mata melilau di sekeliling dan aku menjenguk di booth seterusnya. Dua booth, dan tidak dapat. Booth ketiga ada ramai orang tetapi aku masih ikut berbaris. Satu-satunya booth yang menarik minat aku kerana terang-terangan dia mahukan pelajar lepasan bahasa. Pendek kata di booth ketiga ini, aku hadapi pelbagai situasi tapi aku berjumpa kenalan baru. Kami semua disitu bertandang untuk mencuba nasib. Aku diuji dengan kebolehan bahasa semasa mendaftar dan yeaaaa aku dapat borang itu. Situasi booth ini, biarlah aku simpan sendiri sebagai kenangan sebab benda2 lucu yang berlaku. Penantian, kesabaran itu bagus. Allah dengar dan sentiasa nampak usaha itu mungkin. Aku dapat tawaran aku on the spot! Yes! Aku nekad beritahu si dia dan ahli keluarga aku berita gembira itu. Tapi aku buat sedikit kesilapan kecil. Aku berlalu pergi dari situ selepas dapat surat tawaran aku sedangkan sepatutnya aku tunggu dan tengok siapa yang dapat kat tempat sama dengan aku. Sekurang-kurangnya, bolehlah kami berpakat hendak menyewa rumah dan sebagainya. Kenapa aku tak cuba syarikat lain pula walaupun syarikat yang aku pilih mungkin takdelah tawarkan macam-macam kat aku seperti kemudahan asrama dan pengangkutan, also elaun lebih? bagi aku, itu rezeki aku dapat. Kenapa aku perlu tamak tutup rezeki orang lain pula kalau aku tahu akhirnya aku akan buang dan tak terima tawaran kompeni tu jugak. Jadi...no. Dapat tetap dapat, dan terima syarat yang ditetapkan. Ini pengalaman baru untuk aku belajar berdikari juga.

Sempat tengok konsert Stacy, sempat makan takoyaki sedap, sempat pergi beli air green tea sedap.. aku rasa saaangaat lega lepas temuduga itu.Sakit kaki? yes. Hahaha.. gila betul. Tapi kegembiran ni, sangat bermakna untuk aku. Mungkin aku akan jauh di rantau orang, tapi disinilah aku sendiri mahu belajar keluar dari zon selesa. Kata mahu jadi world traveller, tak semestinya akan hidup selesa tinggal dihotel kan..

A step forward towards my dreams...


Diary of Life: Kisah Aku dan SL1M Part 1

Goodies bag dari SL1M. Suka buku tu sebab boleh doodle.


Dear Diary,

Ciss.. aku terlambat sedikit bercerita fasal entri ni. Sudah seminggu berlalu selepas aku pergi ke temuduga SL1M. Haha... ok, mungkin ni cliche dengan cerita orang lain (mungkin laa, nak). Tapi aku tetap rasa nak menulisnya.. sebab? yep, ini temuduga SL1M aku yang pertama. 

Selain itu? yeeeeeaaaa macam-macam kejadian tidak diingini aku lalui sebelum, semasa dan selepas aku pergi interview ni. Tapi sebelum itu, pesanan penaja dari saya Lyana, tolong ye... ambik pengajaran. Janganlah jadi macam saya (kat part yang tak best laa maksud aku). Bah...boleh mula sudah ni kan... 

Aku sebenarnya dalam keadaan serba salah minggu tu. Mau pergi atau tidak untuk SL1M tapi kalau tidak pergi, well bila lagi aku dapat peluang syarikat-syarikat berkumpul begitu untuk aku pergi temuduga sekaligus kan?. Aku ni sudahlaa gaji sebulan ciput ja, mana aku mampu mau berkejar sana sini pergi temuduga di satu-satu syarikat yang ada. Mula-mula aku nda bilang apa-apa sama mak bapa aku sampailaa sudah dua hari sebelum temuduga, baru aku bagitahu yang keesokan harinya sudah mau jalan. Mau bertolak pergi Kota Kinabalu. Yeaa...mak bapak aku terkejut habis. Mau buat apa pigi KK, tetiba jak mau jalan kan? Anak dara dia selama ni bagus jak duduk kat rumah, tetiba pulak kemas beg siap angkut macam2 benda masukkan dalam beg macam mau lari. haha (jangan kau tiru pulak. Mintak restu bagus-bagus. Ketulahan kau nanti...isyy)


Aku perasan sesuatu masa hari terakhir aku di rumah sebelum kelas aku hari tu. Seluar formal hitam yang aku pakai masa hari aku konvokesyen beberapa tahun dulu mau kena baiki kat bahagian kaki. Dengan aku yang begerigau (kalut) fasal format resume aku yang lari dari format asal aku bila kena cetak, dan segala macam benda yang aku kena urus tu akhirnya buat aku ambik keputusan untuk meminta pertolongan salah seorang pelajar comel aku. Aku niatkan, kalau temuduga aku berjaya dan aku dapat tawaran on the spot nanti aku mau carikan budak ni hadiah baik punya. 

Seluar aku kena repair dalam masa kurang 30 minit jak. I'd say fitting dia terbaiklah (credit to her, also the teacher) . I am very thankful. Thanks a lot, Puput. Habis jak kelas aku hari tu, aku urus dokumen lain dan balik rumah, ndada rehat lagi. Terus kemaskan beg, bawak mana yang perlu termasuklah dua helai baju formal. Satu tu spare, kalau-kalau aku nda dapat tawaran hari pertama atau kompeni tu panggil aku temuduga keesokan harinya sebab giliran aku nda sampai lagi. Aku pun bagitahu mak bapa aku, yang aku balik cuma lepas sesi SL1M habis selama dua hari tu kalau aku masih tidak dapat tawaran apa-apa pada hari pertama ke apa, dan juga persediaan kalau-kalau majikan request untuk buat temuduga pada hari kedua. 

Sesuatu yang aku nda jangka keluar dari mulut mak bapa aku, ialah ayat-ayat ni:

Bapa: Kau datang awal. Temuduga mesti kemas. Pakai kasut bertutup. Kalau pergi temuduga, mohon jawatan yang kau minat, kau boleh angkat. Kau rasa kau mampu belajar benda baru. Bapa ni, tiada halangan. Ikut minat kamu saja ni, nak. Yang penting kalau jauh pun, jaga diri bagus-bagus.

Mak: Kalau dapat kerja jauh pun, nda apa lah. Kami mau kau duduk dekat sini, tapi kalau rezeki kau di tempat jauh macam mana kami halang pun, rezeki kau tetap disitu. Pigilah, nak. Mudah-mudahan kau dapat yang terbaik. 

Oh my God.... apa lagi yang seorang anak boleh minta selain restu ibu-bapa (aku tau kau minta eskrem kan) ? I dont need their money, but bless! This is great! I completely feels so much happy. (Terlebih gembira sambil peluk Sakuma bear)

Lepas siap mengemas harta benda dan sumbat sekali seterika aku dalam beg tu, aku mula-mula telefon adik aku di KK. Tanya dia, konfem ka atau nda mau temankan aku. Dia excited siap cakap dia mau. Jadi, lepas telefon dia aku konfemkan kat pihak hotel (beberapa hari sebelum tu aku tempah awal2, tapi bilik single) yang aku mau book bilik ada katil double sebab adik aku join sekali. Alhamdulillah pihak hotel pun cakap diorang ok jak. Eh...kamu urang yang mau pergi SL1M suatu masa nanti kena ingat fasal hotel kalau plan tinggal di hotel tau. Sebab, hari aku sampai tu hotel aku duduk pun memang full house sudah. Banyak hotel bajet sekitar kawasan tu full house sebab ramai mau pergi SL1M. Lepas hotel, aku konfemkan pula aku mau ikut uncle yang selalu bawak van pergi KK tu. Dia pun ok. Apa lagi gembiralah aku, tinggal angkat kaki jak ahaha. 

Bapa aku tetiba datang. Beliau tengok-tengok aku di ruang tamu yang sedang tergolek dengan beg aku yang sendat dengan pakaian. Berderau darah dengar ayat dia "kau sudah kasi keluar duit ka untuk tambang? bayar hotel? belanja makan?". Ayat ni macam sebutir bom atom gugur di depan aku. Laju ja aku berdiri, panik dan tengok dompet aku. Ha... banyak resit didalam tu, ada 70 sen duit syiling dan ada duit cukup untuk buat tambang dan makan sekali ja. Wis kau nak... matilah aku kalau begini... 

Aku tengok bapa, bapa pun tengok aku. Dia ajak aku pergi bank untuk keluarkan duit. Laju jugaklaa aku bersiap. Gila... mau jalan ndakda duit. Tapi sadly, sampai ja di bank mesin ATM pulak inda boleh pakai sebab under maintenance. Aku mulai panik, tapi depan bapa aku cool jak kunun siap cakap "alah besok di KK aku korek dari bank ja". LOL aku siap beli sekotak air perisa tembikai susu untuk bertenang. All iz well... all iz well... 

Malam tu aku sempat lagi berbual dengan yang tersayang nun jauh di Pahang. Aku nda dapat elak dari rasa gembira, dan berdebar dalam masa yang sama. Adui... hari yang panjang aku rasa. 

*****

The next day, aku bangun awal. Laju jak aku kemaskan tempat tidur dan bersiap. Mak bapa aku awal pagi lagi sudah terjaga, sempat berbual-bual fasal temuduga tu. Mak siap tanya kalau aku ada duit atau nda untuk belanja tapi aku cakap bagus-bagus supaya jangan risau. Aku nda sempat sarapan tapi aku sempat goreng telur dan letak dalam bekas dengan nasi putih dan sambal pedas yang aku buat malam tu just in case uncle tu singgah di Telupid jadi bolehlaa aku makan. Van pun datang depan rumah aku dalam jam 7.30 pagi macam tu. My parents sempat wished me luck

Masa aku naik van tu, aku jumpa seorang kawan baru. Ramai yang naik van tu masa tu tapi aku rasa diorang semua pergi SL1M jugak. Seorang ni, umur sebaya aku. Ndalah aku rasa sunyi dalam van sebab sepanjang perjalanan kitorang berbual sambil beketawa. This girl cerita fasal adik-adik dia yang pergi SL1M dan dari sini aku dapat tahu sedikit fasal SL1M. Uih... bagus jugak aku naik van tu. 

Something magical happened. Uncle tu nda singgah di Telupid. Aku terus gembira sebab konfem uncle singgah di Pekan Ranau. Sana ada bank, bolehlah aku korek duit. Tapi perut aku jangan cakaplaa. Memulas mau makanan. Aku tahankan ja. Macam nda bagus pula makan dalam van dengan sambal tomato yang aku masak tu bau belacan semerbak. Takut orang lain muntah, jadi nda apa lah bah kan. Tahan ja sampai di Pekan Ranau. 

Sampai ja kat situ, uncle cakap kitorang ada 30 minit mau pergi makan dan menjamban sekaliannya. Aku apa lagi, larilah bah laju-laju kan (eh tapi tengok-tengok juga kereta tu). Kawan baru temankan aku pergi bank untuk korek duit belanja. Lepas tu kami pun pergi makan di restoran yang terkenal dengan sup sedap dia, Restoran Tanjung Puteri. Berbual-bual sampai dilupakan sudah tu nasi yang dibungkus siap-siap dari rumah ahaha. Lepas makan, ada pula aiskrim best dijual di kawasan tu. Baru perasan betapa sedapnya aiskrim ni. 

Soft ice cream dengan topping chocolate chips

Biskut chocolate chip sedap dari kedai aiskrim tu

Jadi, perjalanan diteruskan dan sampailaa aku di KK. Senang hati bah sudah sebab nda perlu risau fasal belanja. Masa mau sampai ni, KK agak jammed. Mau juga kepoh kan apa juga jadi penyebab ni. Rupanya saaaanaa di Gaya Street masa tu ada perayaan sambutan 100 tahun bangunan Jalan Gaya. Macam-macam ada pula tu situ. Ee siuk.. pergi KK ada pula perayaan ni, sebenarnya musim paling bagus untuk tengok barang-barang macam kraf tempatan dan hasil seni orang-orang kita. Makanan? wow kau seja tu tidak mau makan. Dari siring jalan ja boleh nampak orang buat tarian tradisional. 

Aku sudah nda sabar mau turun walaupun hujan renyai-renyai. Masih dalam van bah pula tu hahaha...nda kan mau terjun dari tingkap kan?. Penangan Gaya Street tu, turun ja dari van aku berlari-lari anak di tepi laluan pejalan kaki. Putus bah tali beg. Bergolek beg tu macam nangka jatuh dari pokok. Aku? terkaku sekejap. Laju-laju ja angkat beg tu. Haha gila...bikin malu betul. Banyak kereta limpas lagi tu. Tapi bertabah saja la. Mau pigi hotel pun jalan kaki jauh juga tapi sebab nekad sudah mau pergi SL1M, gagahkan saja. 

Orang hotel pun nampak bersimpati dengan aku masa aku sampai. Huih...bikin ampus bah jalan jauh lepas tu dengan beg berat lagi. Lepas bayar hotel untuk dua malam, dia bagi kunci bilik. Siapa juga nda gembira kan dapat bilik tingkat satu ja. Mungkin kalau masa tu dia bagi bilik tingkat atas, menangislaa aku didepan kaunter hotel tu buat muka cumil (comel) sebab nda larat mengangkat beg. Sampai ja dibilik terus baring di atas tilam. Baring kasi lurus badan semua dan buka aircond. Kemudian, sambung lagi perasaan mahu menangis semata-mata mahu adjust resume punya format. Sekali lagi aku tegaskan, seminggu sebelum interview tolong gatal tangan adjustkan mana yang patut di resume kau tu. Lagi awal lagi bagus. Tiadalaa mau pening2 macam aku. 

Yaaa..kau tahu? selain adjust aku belum print out resume aku hahahaha. Petang tu juga aku turun, round blok bangunan situ semata-mata printkan resume aku. Tahan ja laa harga dia ya. Aku print 5 set. Kaler. Lepas tu planning untuk print resume jenis grafik terbantut sebab tiada pulak kertas berwarna homaigaaaddd. Printing satu hal, kertas lagi buat hal...adui...pening. 

OK. Demi memujuk diri sendiri supaya bertenang, maka kami (aku dan adik aku) berjalan-jalan di sekitar Gaya Street. Beli makanan, beli jus buah sedap. Jalan kawasan KK Plaza pula banyak buah durian. Apa lagi...jangan belama. Sambil tu cari kertas juga. Haih...tiada yang berkenan. Di Sinsuran, ada cybercafe yang print hitam putih RM0.50 ja. Akhirnya beli kertas di Center Point dan balik di cybercafe tu untuk print 10 keping (which was...sia2 sebenarnya sebab yeah kompeni yang ada mintak resume dua muka surat mostly). Beli itu ini...bajet pun lari. Sabar ja la. Pengajaran ni.

Kami berjalan-jalan di pasar malam. Aku bagitau adik aku, kasut aku jenis platform. Kasut ni kasut lama, sejak aku konvokesyen lagi sebab tu aku sayang. Tapi aku tiada bawak stoking lebih. Jadi aku ambil keputusan, untuk singgah di salah satu gerai dan beli stokin yag sesuai.  Yakin yang semua barang sudah dibeli, kami pun naik ke hotel. 

Malam tu baru belajar fasal SL1M bila sudah balik ke hotel. Aku cuba keluarkan barang-barang perlu untuk dibawa masa temuduga, dan.... OMG.... stoking yang aku beli sebelah ja! SEBELAH... tertinggal di gerai tu ahahahaha. Aku panik, dan ambil keputusan untuk turun balik ke gerai tu untuk cakap dengan penjual fasal sebelah stoking tu. Level tekanan pun sudah meningkat masa tu tapi alhamdulillah dapat kawal. Aku bagitau anata aku, yang aku sebenarnya sudah mula gabra. Malam tu rajinkan diri juga seterika baju semua sebelum tidur, dan susun fail bagus-bagus. 

Long day for that day....but.... my adventure is not yet end...

***bersambung***

Isnin, 26 Februari 2018

Diary of Life: Aku dan PTPTN

Dear Diary, 

Aku sibuk betul sampai takda masa menulis blog hahahaha (merajuk dengan diri sendiri). Aku terpanggil menulis entri ini...

yea...tajuk kontroversi sebab ada PTPTN. Sambil2 itu terngiang-ngiang orang ramai tengah buat "booo" panjang berjemaah... yerr... aku ni dah grad lama dah tapi tak settle-settle lagi PTPTN aku ni?

Well, rezeki aku tak membenarkan aku untuk melunaskan PT dalam masa yang terdekat. Aku bukanlah orang yang sesuai untuk kasi tips bab-bab duit ni. Sebab lama jugak aku ni takda kerja tetap. (well ni ada kisah sendiri...tapi malas nak tulis. Malas nak makan hati). 


Pendek kata, pergerakan aku terhad dan aku cuma dapat stay kat sebuah kampung, yang orang sanggup bagi sebulan gaji keje kat kedai dalam RM300. Time orang lain sibuk huha huha canang gaji depa ribu raban, aku kena tahan hati sebab gaji aku berlipat kali ganda lagi rendah dari dorg. 


Cara aku bayar PT aku? lets see.. 

1) Berniaga

Jangan malu berniaga. Rezeki korang, korang takkan pernah tahu. Yes masa aku takda keje tetap ni, aku mulakan bisnes sendiri. Kecil-kecilan. Modal aku cuma dalam RM200. Buat lesen. Beli tudung kosong, jahit manik dan jual semula. Harga? pandai2 kira kos sendiri. Aku pernah meniaga kraf handmade. Buat dompet wanita, aku jahit patung mini untuk hiasan bouquet bunga. Aku pernah berniaga puding, dadih dan kuih. Macam-macam benda aku buat termasuklah buat bisnes terjemahan untuk buku aktiviti budak-budak. Sekarang? alhamdulillah dah ada yg best sikit.

2) Kerja part-time

Aku ni double timer. Ada keje satu lagi tapi aku tetap makan gaji jugak. Usahakan kelas tuisyen, sanggup korbankan masa hujung minggu aku untuk mengajar tuisyen. Tapi aku rasa tak best sebenarnya bila mak aku bising fasal kelas tuisyen yg aku buat kat rumah. Katanya gaji aku kecik aje. Takde faedah. (and who'se fault is that?)


3) Simpanan

Aku pernah nangis fasal simpanan. Sumpah tak tipu. Aku ni bukan orang yang suka plan fasal duit tapi sejak ada komitmen untuk bayar PT aku, aku jadi makin kedekut. Duit gaji, mesti aku stok siap2 untuk PT tapi bila aku takde pendapatan tu yang aku rasa sakit. 

4) Buang Yang Tak Perlu

Aku batalkan polisi insurans sendiri bila aku rasa aku betul-betul keberatan dengan komitmen aku. Padahal insurans aku yg aku kena bayar cuma sekitar 70-90 sebulan. Aku terminate internet broadband aku dan pakai sim lain (prepaid) semata-mata nak jimat. Broadband aku dalam RM78, tapi aku sanggup beli sim baru, jimatkan RM28-38 sebulan. Yes... semua sebab nak bayar PT. Tapi internet aku mmg kena ada, sebab dengan internet ni aje aku rely nak buat bisnes aku. Aku tak beli pakaian baru dan bergaya, takde henbeg mahal. Mekap? jgn harap. Muka ni muka mak lampir, nak.

5) NO CARD CREDIT

Aku ni gila shopping, gila travel dan gila makan. Jadi kalau ada card credit habislaa aku. Aku decide tanak buat. Biarlaa aku mcm ni, rasa tak berduit. Takde serabut kepala aku fikir hutang sana sini kecuali PT yang satu. (aku cakap macam aku tgh bercinta dengan PT ye dak?)

Kebanyakan orang yg datang kat aku mesti cakap macam2. Ayat2...

"eh ko ni, memilih kerja betul!"

"pemalas!"

"hahaha penganggur!" 

"Tunggu orang pinang ko ja la lepas tu suh dia bayar PT ko"

"Kalau kahwin cari lelaki kaya k?"

"ada degree ja, tapi kerja part time (sambil gelak)"

dan yang seumpamanya, memang dah jadi asam garam kehidupan aku. Kadang terasa hati jugaklaa bila dikata mcm ni tapi situasi aku, ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. Kalau orang-orang ni kat tempat aku, maybe awal2 dorang dah angkat kaki rasanya. 

Hati mana tak sedih bila orang lain boleh bagi kat parents duit gaji bulan-bulan, tapi aku cuma mampu hulur sedikit dalam masa berkala. Sampai setahun sekali aje aku mampu. Kadang mak aku merungut sebab aku tak mampu nak hulur duit belanja kat dorg. Paling pedih ayat keluar dari mulut mak aku...

"ko ni cuma tau menghabiskan beras saja!"

Kalau orang lain cakap tu, rasanya aku ok lagi. Tapi mak sendiri? Ada jugak pihak-pihak yg menyalahkan aku kononnya aku tak study betul2 sebab tu PT aku tak tukar jadi biasiswa. 

Takpe... yg jalani hidup, aku. Bukannya orang kan? lantaklah nak cakap apa pun. Yang penting aku tau... aku tak menyusahkan sesiapa. 

Rabu, 27 Julai 2016

Diary of Thoughts: Puisi- Poket Kecilku

Jejari menuding ke poket kecilku
Pandangan menyorotinya disertai tawa sinis
“Dikau terpelajar! Mengapa tersungkur begini?”
Daku bukanlah tersungkur
Daku juga bukanlah terjatuh.

Daku genggam kemas poket kecilku
Kalian tidak akan pernah tahu
Poket kecil ini disulami airmata
Suka duka menjadi fabriknya
Ya, ia kecil dimata kalian.

Tohmahan dan cacian kalian lemparkan
Tidak kurang juga lemparan idea:
“Carilah seorang suami berada
Hidup senang, mahukan apa sahaja
Semuanya mampu diadakan”

Daku hanya mampu tersenyum tawar
Poket kecilku masih kugenggam kemas
Kalian tidak akan pernah tahu
Dari poket kecilku ini
Daku melakar, mencoret impian sejati

Kalian merenung poket kecilku
Menayangkan poket besar kalian kepadaku
Kalian tidak akan pernah tahu
Poket kecilku mengisi periuk nasi
Menghulur juga buat ayahanda bonda

Poket kecilku menjadi saksi
Bicara dari kerabat sendiri:
“Dikau gadis, tempatmu diceruk dapur
Mana mungkin akan melangkaui
Para Adam disekeliling ini”

Daku sekali lagi tersenyum tawar
Begitu sekali pandangan kalian terhadapku
Ya, daku gadis berpoket kecil
Tetapi daku juga punya cita-cita
Daku percaya pada Ya Rabbi.

Kalian bicara soal poket kecilku
Gah sekali kalian membandingkanku
Daku cuma punya Ya Rabbi
Melihat tangis yang daku simpan
Mengerti perjuanganku bersama poket kecilku.

27 Julai 2016, Bilik Kenangan

Ahad, 30 Mac 2014

Diary of Uni: Suatu Pagi di Fakulti

Dear Diary,

Aku masih ingat hari itu. Aku duduk di foyer... dan aku ternampak seseorang yang aku sangat2 rindu (cewah). Ya lah, sudah berapa tahun ya sejak kali terakhir aku nampak orang itu. Aku jadi berdebar, lidah jadi kelu tak terkata apa2. Hendak berdiri pun susah... isy... pendek kata, aku terpaku disitu saja sampailah dia beredar. 

Bukan itu saja... selang beberapa hari dari hari itu aku terserempak lagi dengannya. Kali ini dari jauh saja. Fuh.. berat betul rasanya. Mahu nangis pun ada. Anyway... hahaha...sekian saja merapu kali ni. Mak panggil. ^^" hihihi

Sabtu, 28 September 2013

Diary of Life: Bila Diriku Menjadi Cikgu

Dear Diary,

Hiya...sorry sebab dah lama x tulis apa2 dlm blog nih. Kesibukan ditambah kemalasan memang menyusahkan (sabo jer laa..hahahaha). Oh ya, aku sebenarnya sungguh x sangka yang aku kini bergelar CIKGU walaupun hanyalah guru ganti sahaja. ^_^ hehehehe~ meh2... nak citer sal pengalaman pertama kali ditawarkan mengajar untuk tempoh 3 minggu. 

Pada hari itu, aku mendapat panggilan telefon tepat jam 12 tengah hari. Panggilan dari PPD tuh membuatkan aku terpana seketika. Ya, aku perlu bertugas keesokan harinya. Aku yang tiada persediaan... tetapi perlu bertugas dalam masa kurang dari 24 jam. Waahhhhh... jadi aku khabarkan berita gembira itu kpd mama dan papa. Dari petang sampai ke malam, diorang x habis2 bagi nasihat kat aku. Antaranya ialah "jangan pukul anak orang". Aku... kurang tidur pada malam itu tetapi mesti bangun seawal 4.30 pagi. Ya lah... sekolah tu agak jauh dari rumah aku. Ditambah pula, papa hantar adikku lagi bekerja di hospital. 

Aku tiba di sekolah itu seawal 6 pagi. Belum ada orang lagi yang tiba. Awal betul aku...aigo~ tapi x apa, aku mesti melapor diri. Beberapa minit kemudian, datang sekumpulan pelajar. Bertanya kepadaku kalau2 aku ni pelajar baru. Aku menggeleng kepala, dan hanya tersenyum. Rata2 diorang berbisik "mungkin pekerja baru". Ah.. aku rasa kurang senang bila mata2 asyik memerhatikan aku. Lalu di hadapanku semata2 hendak melihatku. Aku...seperti terasa hendak pulang. Tetapi aku mesti tabahkan hati. Ini pengalaman pertama aku menjadi guru- profesion yang suatu ketika dulu aku letakkan di pilihan terakhir, yang aku x pernah minta walaupun untuk masuk ke universiti. Aku bukanlah lulusan ijazah pendidikan, tapi aku bersyukur dengan pengalaman ini mungkin boleh mengubah persepsiku tentang seorang guru. 

Menanti dan terus menanti, akhirnya aku perlu berjumpa dengan PK1 sekolah itu. Berbincang mengenai tugasan dan jadual, membuatkan aku berasa gembira. Subjek kegemaranku... itulah yang aku akan ajarkan. Syukur alhamdulillah. Lalu aku diminta untuk berjumpa dengan tuan pengetua. Beliau bercakap dalam bahasa Inggeris, membuatkan rasa gabra aku hilang. Dari persepsiku, beliau merupakan seorang yang sangat peramah dan mudah menyesuaikan diri dengan orang. Beliau mengucapkan selamat datang, dan bertanya kepadaku tentang pengalaman mengajar. Aku katakan, aku tiada pengalaman mengajar tetapi semasa di universiti aku terbiasa dengan suasana pembelajaran yang memerlukan pelajar membuat pembentangan di hadapan kelas. Beliau bertanya lagi mengenai bahasa yang aku telah pelajari dan selepas aku menjawab, beliau bercerita mengenai pengalaman semasa di universiti. Soalan yang aku xkan lupakan ialah "adakah kamu dtg mengajar kerana duit?" lalu aku jawab "tidak. saya perlukan pengalaman. Siapa tahu, ini akan mengubah persepsi saya mengenai profesion ini". Dia menjabat tanganku, yang aku sambut dengan teragak2. Tiba2 dia berkata "kamu sangat tenang. Selalunya orang yang berjabat tangan dengan saya, tangannya akan berpeluh2". Aku tersenyum lalu berlalu keluar.

Terlalu banyak perkara berlaku pada minggu pertama. Aku mula membiasakan diri dengan persekitaran baruku. Wah... mejaku terletak di kedudukan strategik. Tetapi, guru2 yang lain sangat ramah membuatkan aku rasa gembira. Aku diberi amaran mengenai pelajar2 yang meluahkan kata2 cinta terhadap guru baru. Lalu aku katakan "jangan risau, saya tidak termakan dengan ayat2 jiwang karat". Minggu pertama merupakan minggu perkenalan dengan mereka (kelas yang bakal aku ajar). Disebabkan mereka bakal menduduki peperiksaan akhir, maka aku benarkan mereka membuat ulangkaji berkumpulan sepanjang P&P. Pada masa itulah, aku terbayang suasana persekolahanku beberapa tahun lepas. Ah...rindunya aku dengan masa2 itu. 

Minggu kedua, pelajar2ku semakin rapat dengan aku. Mereka suka bertanya, itu membuatkan aku berasa senang hati. Rakan sekerjaku tetap memberikan dorongan kepadaku untuk terus tabah berdepan dengan apa2 rintangan yang akan aku tempuhi. Beberapa orang guru berkawan denganku, walaupun aku rasa segan kepada mereka. Mereka orang berpengalaman, dan berkelulusan ijazah pendidikan ataupun lepasan maktab. Aku cuma menumpang, jadi aku rajin bertanya kepada mereka. Mendiamkan diri sepanjang masa bukan jalan penyelesaian kalau ada benda yang kita x mahir kan? ;) hehehehe. Minggu itu jugalah, aku banyak memberikan motivasi kepada para pelajarku. Aku katakan kepada mereka, aku x pernah tahu wujudnya biasiswa luar negara, belajar di luar negara...sehinggalah aku menjadi pelajar tahun akhir universiti. Bukan aku x pernah tanya, tetapi kami dulu selalu disuruh masuk maktab atau UPSI sahaja. Aku sudah penat diberitahu begitu. Baik dari guru mahupun keluargaku sendiri. Ah...aku mahu menjadi sesuatu yang lain. Aku katakan kepada pelajarku di kelas paling hujung, yang mereka bukannya tidak boleh berjaya tetapi mereka masih perlu berusaha. Aku pernah lihat pelajar kelas hujung mengalahkan pelajar aliran sains dahulu...miracle kan? tapi itu tidak mustahil. Itulah sebabnya aku x pernah meminggirkan pelajarku di kelas hujung walaupun diorang nakal. Aku ada tanggungjawab, iaitu sebagai cikgu yang akan membentuk diorang. Aku yakin, diorang akan berjaya.

Minggu ketiga, aku mula terasa masa aku semakin hampir (bukan masa mati ok..huhuhu). Pelajarku pada minggu ketiga semuanya perlu menduduki peperiksaan akhir. Waahh...aku sangat risau. Terutama bagi pelajarku yang berada di kelas hujung. Aku titipkan nota kepada mereka sebelum peperiksaan, dengan harapan mereka akan belajar. Pendidikan Seni visual, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani... tiga subjek yang aku ajarkan kepada kelas2 tertentu. Apabila aku memeriksa kertas pendidikan seni yang memerlukan mereka (kelas paling hunung itu) menjawab soalan subjektif dan lukisan, aku dapati semuanya lulus. Syukur alhamdulillah... aku tumpang gembira. Bukan setakat lulus, tetapi rata2 dapat A dan B. Guru mana yang x suka kan? hehehe.. pelajar PMRku pun semuanya menunjukkan prestasi yang baik. Aku sangat bersyukur. Aku dapat turunkan ilmu yang aku pelajari semasa di universiti dulu. Aplikasi dari kedua2 program major dan minorku. Hari terakhir aku di sekolah, aku sempat memeriksa tugasan terakhir yang aku minta pelajar dari kelas hujung itu buat. Di helaian terakhir tugasan PSV itu, aku nampak... sesuatu yang membuatkan aku terharu "kami sayang teacher selamanya". Aku cuma mampu tersenyum. Terdapat guru yang terkejut dengan berita bahawa itu adalah hari terakhirku di sekolah itu, dan mengucapkan terima kasih kepadaku. X kurang juga "semoga berjumpa lagi". Sungguh, itu merupakan pengalaman berharga kepadaku. Kerja seorang guru bukan senang, tetapi berbaloi. Apa yang guru ajarkan, itulah yang pelajar akan gunakan. Bermain bola sepak bersama mereka pada waktu pendidikan seni, mengajar mereka melukis pada waktu PSV dan memberi tips serta penerangan semasa kelas bahasa Inggeris merupakan saat2 yang aku rasa sangat berharga. Aku rasa sangat dekat dengan para pelajarku. ^_^ hehehehe

Sewaktu aku melangkah keluar dari sekolah itu, aku dapat rasakan betapa seronoknya menjadi seorang cikgu. Walaupun kadangkala aku naik fedup bila asyik ditanya "teacher sudah kahwin kah belum?"~ adoiyaiii... 

Isnin, 13 Mei 2013

My University Life: For The First Time...

Dear Diary,

Buka saja blog ni mmg boleh batuk2 rasanya. Apa x, dibiarkan bersawang begitu saja. Waaahhh... kebelakangan ni rasa betul2 penat. Assignment berlambak lah katakan. Tak sah hidup jadi pelajar kalau tiada assignment, betul x??? hihihi

Oh ya. Hujung minggu ni ada majlis makan malam yang perlu dihadiri. Untuk pelajar final year macam aku, dinner merupakan satu event yang dinanti-nantikan. Dalam masa dua hari sejak kelmarin, aku merayau mencari bahan2 yang sesuai sebab akak aku kata "pakai mekap". Aku langsung x biasa...adoiyai...

Akhirnya...aku membeli bedak berfoundation Silky White, berus make up dari bulu kambing, make up BelleSpa Valentine, fake eye lashes, gincu bibir Miss Rose & eyeliner Miss Rose (aku kurang gemar pada blusher). X kurang juga ubat jerawat Nixoderm & Eyelashes curler (ini untuk disimpan sj kot? lol). Dengan cara menebalkan muka di depan roommateku, aku mencuba mekap itu...dan? hasilnya untuk first timer.... (dukacita dimaklumkan kamera yg digunakan kamera cap ayam jadi paham2 laa hasilnya...huhuhu)