Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Selasa, 27 Mac 2012

Diary of Aishiteru: Scary And Nervous Moment for A Girl

Lily & Severus


Dear Diary,

Aku tersangat nervous kini, serius. Di sebalik akan mengiringi peserta ke USM sebagai TP2 PERMASA Sabah mulai 29 Mac ini selama tiga hari, aku agak menggigil dengan ujian-ujian akademikku yang bakal kutempuhi esok hari. Tambahan pula dengan tugasanku yang berlambak. Aku kena membaca lebih banyak lagi. Juga... mengenai kehidupan yang baru aku alami. Hmm... 

Si dia mengajakku untuk melawatnya di Chania, Greek. Aku menolak atas sebab yang kukuh. Ah... perbezaan budaya yang sangat ketara. Katanya, dia sendiri yang akan menjemputku di lapangan terbang dan dia sanggup membiayai tiket penerbanganku. Tambahnya lagi, aku tak usah risau mengenai penginapan memandangkan emaknya telah memberi izin.. isy3... mamat ni biar betul?! Tapi...aku menolak semua itu. Maaflah...sebab kebudayaan anak Timur masih ada padaku. Agama masih menjadi pegangan utama. Aku tak boleh mengalah. Aku perlu kuat. Papa dan Mama tak pernah mengajarku untuk menjadi seorang yang suka berharap, tapi sebaliknya menjadi seorang yang perlu berusaha sendiri. Aku mungkin akan melawat Chania pada suatu hari nanti, tapi dengan wang milikku sendiri. Aku tak akan menyusahkan Papa dan Mama... takkan sesekali.

Mamat ni membuatkan aku nerves dan menggigil tak cukup tulang bila dia memberitahuku bahawa emaknya tahu tentang kami. Adeh... dan reaksi yang aku tak pernah jangka... emaknya gembira katanya. Nampak gayanya dia ni...ee... susah nak explain. 

Kerana aku nerves dan takut...maka aku mencoretkan sedikit saja untuk entri kali ni. Aku kurang selesa...terlalu banyak perkara yang diberitahunya kepadaku, tapi aku tak ingat kesemuanya. Apa yang aku masih ingat... dia ingin mencari sebentuk cincin. Apakah yang akan berlaku nanti? 

Jumaat, 16 Mac 2012

Diary of Aishiteru: He Just Made Me Think About God

Dia hantarkan ini untukku... <3


Dear Diary,

Aku tersangat lah bosan dengan font normal tu, jadi maaflah kalau entri kali ni bertulisan besar. Al-kisahnya, kes aku dan mamat foreigner ni belum selesai lagi. Hmm... aku dah cuba banyak kali termasuklah percubaan kali ketiga yang diklasifikasikan gagal sama sekali untuk break dengannya. Aku ni memang seorang GF yang teruk. sekian.

Bukanlah niat nak sakitkan dia, tapi aku rasa aku ada hak untuk berbuat demikian. Aku cuma hairan dan sejak bila aku terikat dengan dia, aku pun tak perasan benda2 cm tu. Kami berhubung melalui lama  sosial, tapi dia...banyak persamaan denganku. Mungkin, orang akan katakan yang kami berdua adalah kembar. Yes, kami berdua memang macam kembar. Interesting.

Dah berapa kali nak break...tapi dia tetap tunggu aku. Katanya "I can wait for you for years. I who never fall in love with anyone, will wait for you". Tersentap. Tapi dia...umm... susah nak kata. Kami berbeza agama dan pendirian, juga berbeza benua... T^T dan ketinggian...boo hoo hoo...~~ Bagaimana aku boleh ended up dengan dia? Aku pun tak tahu...

Tapi yang bestnya, kitorang tak perlu berjumpa dan berdating. Hahahaha... dan sebab dia bukan jenis sosial, aku agak happy(Perhatian: aku bukan stalker okay) dia sendiri bagitau kat aku. Jadi...hm... aku nak tengok apa perkembangannya pula kali ni. Serius, aku menggigil. Eee...(mintak2 mak tak marah)

Orang ni... peliklah. Dia buatkan aku terfikir pasal Allah s.w.t setiap kali aku berbual dengannya. Aku mula berdebar2...tapi, bukan sebab takut (walaupun nerves tu ada...XD) tapi memandangkan aku memikirkan kemungkinan dia akan mengotakan janji untuk melawatku di bumi Malaysia ini suatu hari nanti...aku patut mempersiapkan diri dengan ilmu agama. Sebab aku yakin, pengetahuan agama yang senipis kulit bawang itu takkan mencukupi bagiku untuk menanganinya. Hmm...

I wonder...