Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Selasa, 27 Mac 2012

Diary of Aishiteru: Scary And Nervous Moment for A Girl

Lily & Severus


Dear Diary,

Aku tersangat nervous kini, serius. Di sebalik akan mengiringi peserta ke USM sebagai TP2 PERMASA Sabah mulai 29 Mac ini selama tiga hari, aku agak menggigil dengan ujian-ujian akademikku yang bakal kutempuhi esok hari. Tambahan pula dengan tugasanku yang berlambak. Aku kena membaca lebih banyak lagi. Juga... mengenai kehidupan yang baru aku alami. Hmm... 

Si dia mengajakku untuk melawatnya di Chania, Greek. Aku menolak atas sebab yang kukuh. Ah... perbezaan budaya yang sangat ketara. Katanya, dia sendiri yang akan menjemputku di lapangan terbang dan dia sanggup membiayai tiket penerbanganku. Tambahnya lagi, aku tak usah risau mengenai penginapan memandangkan emaknya telah memberi izin.. isy3... mamat ni biar betul?! Tapi...aku menolak semua itu. Maaflah...sebab kebudayaan anak Timur masih ada padaku. Agama masih menjadi pegangan utama. Aku tak boleh mengalah. Aku perlu kuat. Papa dan Mama tak pernah mengajarku untuk menjadi seorang yang suka berharap, tapi sebaliknya menjadi seorang yang perlu berusaha sendiri. Aku mungkin akan melawat Chania pada suatu hari nanti, tapi dengan wang milikku sendiri. Aku tak akan menyusahkan Papa dan Mama... takkan sesekali.

Mamat ni membuatkan aku nerves dan menggigil tak cukup tulang bila dia memberitahuku bahawa emaknya tahu tentang kami. Adeh... dan reaksi yang aku tak pernah jangka... emaknya gembira katanya. Nampak gayanya dia ni...ee... susah nak explain. 

Kerana aku nerves dan takut...maka aku mencoretkan sedikit saja untuk entri kali ni. Aku kurang selesa...terlalu banyak perkara yang diberitahunya kepadaku, tapi aku tak ingat kesemuanya. Apa yang aku masih ingat... dia ingin mencari sebentuk cincin. Apakah yang akan berlaku nanti? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan