Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Selasa, 1 Mei 2012

My Horror Diary: Creepy Morning of 30th of April



Dear Diary,

Aku tak akan menulis entri kali ini kalau bukan perkara tersebut masih menghantuiku hingga kini. SubahanAllah... serius, setakat ini itulah pengalaman yang membuatkan aku berasa cuak sementara waktu untuk balik ke bilik pada waktu 4 pagi. Aku mengalami pengalaman supernatural lagi...dan kali ini... muahahahaha~ okay2...xmau main2. Benda ni tak boleh dibuat main. Uhum...

Semalam, aku buat keputusan untuk bermalam di bilik MTM kolej. Aku ditugaskan untuk membuat video sempena majlis makan malam. Siap bawa blanket lagi. Maka aku pun berjalan lah ke bilik MTM dari blok kediamanku. Teringat aku belum menjamah apa2 untuk makan malam, aku decide untuk singgah ke cafe, dan cafe tutup menyebabkan aku menyapu sebungkus maggi asam laksa di koperasi yang masih beroperasi pada ketika itu. Dengan kecewanya, aku berjalan ke bilik MTM dan menahan saja laa perut yang menjerit2 "ISIIIIIIII!!!!" (kalau perut cm tu, seram gak..XD).

Kedinginan penghawa dingin pada pagi itu membuatkan aku berasa tidak selesa. Lalu aku mempraktikkan pelbagai cara untuk memanaskan badan. Kawanku kata, pagi itu agak berangin. Aku katakan padanya, aku hendak balik ke bilik memandangkan aku tak tahan berada di bawah suhu yang sejuk dengan perut kosong. Dia mengiyakan, siap mahu menghantarku lagi. Namun aku menolak, kerana kukira dia mengantuk dan juga letih. Aku pun melangkah dengan berat hati, kerana aku telah berjanji untuk bermalam di sana.

Di hadapan cafe, kulihat kawasan di hadapanku gelap tanpa lampu yang menyinari jalan raya. Aku mengaku, terbiasa dengan keadaan begitu membuatkan aku tak berapa kisah entah makhluk apa yang bersembunyi, menjalar dan sebagainya. Dalam kedinginan malam itu, aku terasa bulu romaku meremang. Tengkukku terasa kembang semacam sesumpah tu. Aku nekad, walau apa pun aku mesti sampai ke bilik.  Aku menoleh ke kiri dan kanan, tetapi tiada sesiapa di situ. Maka aku mula berfikir, "ah..perasaan ku saja ni". Aku yakinkan hati ini untuk melangkah satu dan dua langkah ke hadapan. Angin bertiup dari sebelah kiriku, tetapi aku melihat sekumpulan daun yang agak kecil berterbangan dalam bentuk pusaran, yang sah melawan angin. Aku terhenti seketika melihat kejadian itu. Hatiku berdebar...aku semakin tak sedap hati.

Terdetak di hatiku, apakah ujian Allah ke atasku kali itu. Namun sempat kupanjatkan doa terhadapNya agar melindungi pandangan mataku daripada ternampak sesuatu yang sepatutnya tersembunyi. Pokok di kiri dan kananku, menambah debaran yang kian terasa. Aku terasa ada benda yang memerhati dari situ. Kupujuk hatiku untuk terus percaya adanya Dia bersamaku. Aku berjalan dan terus berjalan, semakin laju langkahku semakin pula pusaran dedaunan tadi mengikutku. Kurasakan ada sesuatu mengejarku, dan apa yang terkeluar dari mulutku hanyalah kalimah "A'uzubillahhi minassyaitonirrajim", sekaligus mempercepatkan langkahku. Aku terasa ia begitu hampir denganku kerana kesejukan yang aku rasakan bukan sejuk penghawa dingin atau angin, ia berlainan. Terasa seperti ada tangan cuba menggamitku dari belakang dan pada saat aku menoleh ke belakang, dedaunan tersebut betul2 berhenti kurang dari semeter dari tempatku berdiri ketika itu. Namun aku tahu, "ia" masih di situ...mungkin menunggu aku lalai. Lalu aku percepatkan langkah dan menaiki tangga dengan berlari. 

Setibanya di aras bawah blokku, aku dapat rasakan "ia" telah berhenti mengejarku. Beberapa ekor kucing yang melintasiku memandangku semacam dan ia berhenti seakan memerhatikan sesuatu. Kucing-kucing tersebut berdesis, dan tahulah aku yang ada benda memang cuba mendekatiku. Aku berjalan pantas menaiki tangga, kerana aku tinggal di aras lima. Sendirian di bilik, aku menggigil mengeluarkan kunci bilik dari dalam poketku. Perkara pertama aku lakukan ialah menghidupkan Skypeku dan menghubungi si dia yang jauh di sana. Aku yang masih menggigil ketika itu, terus menyelimuti diriku dengan selimut dan juga kain batik. Tiga jenis kesejukan yang aku rasakan semalam... aku takkan pernah lupakan itu. Kesejukan yang sama semasa aku ternampak something dulu masa semester satu, dan juga makcik cleaner tu... n sekarang benda tu pula. Moga Allah melindungi kita semua. Amin.

2 ulasan:

  1. mak cik cleaner? ada link psl citer mak cik cleaner tak? kasi kt I huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. link sal makcik cleaner xda so far. Nak tahu sal tu, pg blog senpai Izham Wong, yg sal citer hantu FBMK. Ada kat situ story sal macik cleaner tuh. Dah share story kat situ. hewhewhew

      Padam