Dear Diary,
Well aku patut tulis entri ni masa aku tamat latihan hari tu hahaha. Tapi ... M.A.L.A.S punya fasal, hambikkk....
Okay. Aku tamat latihan dengan kompeni berkaitan. Banyak pengalaman luar biasa yang aku timba. Aku belajar banyak benda baru, aku dapat kawan-kawan baru. Waktu 6 bulan latihan ni laa waktu paling gila yang aku rasa dalam hidup aku. So apa aku buat selepas bergraduat?
Aku carik kerja sebelum aku bergraduat. Dua bulan sebelum. Tapi rezeki aku masih tiada. Ada yang sangkut untuk interview pun, jauh dari tempat tinggal dan tiada akses untuk kenderaan/terlalu jauh (aku ada insecurity fasal tren atau pengangkutan awam bila jauh sangat....dan diri aku sendiri =.=) . Aku sempat attend MAHA, sempat pergi berhuha... sambil-sambil cari kerja. Hohoho
Bulan Disember (dua bulan selepas aku tamat latihan) tetiba aku balik kampung sebab tergerak hati konon nak attend majlis kawan aku. I never knew yang aku 'ditarik' balik kampung tu, rupanya hikmah untuk mak bapa aku. Mak aku sakit dan aku balik surprise. Honestly aku ambik flight subuh buta then sampai sana, pagi. Cari kereta sapu balik kampung ada jugak laa tengah hari aku sampai. Terkejut siak mak bapa aku nampak aku muncul hahahahaha
Mula-mula tu okay lagi. So aku ni berhuha lah pergi malam berinai kat rumah bestie aku. Ya lah bestie sendiri kan, kenal family dia lagi. Mestilah tergerak hati mau tolong walaupun aku bukan bridesmaid dia (segan I). Last2 masa aku balik rumah.... nightmare aku bermula...
Baru baring sekejap, tukar baju semua tetiba mak aku batuk teruk. Habis lintang pukang aku lari macam lipas kudung masa dia panggil (dengar suara dia menggigil panggil aku). Ya Allah... mak aku muntah darah! Menggigil-gigil mak aku muntah darah segar. Tekstur pekat pulak tu. Rupa darah tu macam berketul lebih besar dari syiling 50 SEN :(
Aku menggigil satu badan nampak situasi tu. Aku siap tanya adik aku the next day, diorang biarkan mak aku buat kerja rumah ka sepanjang aku jalan? krikkk kriikkkk xda jawapan.
Aku then nekad ambik keputusan yang aku balik kemudian saja. Ya lah mak aku sakit. Karang kena sumpah pula. Aku bersyukur Allah nda bagi aku kerja lagi, dapatlah aku jaga mak aku. Oh yes, jangan anggap aku anak mithali sangat. Aku jenis tidak boleh ikut pace mak aku so selalu ended up bergaduh. Bab masakan mak dengan bapa aku ada selera lain-lain so family kami memang ended up masak macam-macam makanan ikut selera diorang. Memandangkan aku sajalah kawan diorang dua kalau dirumah waktu siang, so aku ambik alih tugas memasak, kerja rumah etc. Mak insist mahu buat, tapi aku terpaksa jadi mak nenek bising jangan suruh buat. Ya lah....dia berdiri pun macam hendak tumbang ...so lantaklah masakan aku tidak sedap atau tidak kena selera kah janji dia makan dan dia mesti makan!
Mak jadi makin teruk sepanjang hampir setengah bulan aku dirumah. Mak aku jadi pelik kalau start maghrib. Demam, kaki sejuk tapi just bahagian kaki sampai buku lali saja. Tangan dia sakit, badan sakit-sakit then kalau udara jadi sejuk, mak berabis juga batuk darah. Banyak pula tu. In the end selepas banyak orang dah pujuk mak, finally dia mahu pergi hospital.
Aku kemas barang dia sekaligus. Aku dengan mak menginap di hospital dekat seminggu, then dia dijadualkan rawatan susulan pula. Mula-mula mak kena syak ada Tibi, tapi doktor check2, scan2...katanya mak elok! Tiada penyakit apa pun. Yang aku heran, mak aku di hospital tidaklah seteruk di rumah keadaan dia. Tapi ada sekali dia muntah darah (hari kedua di hospital, masa aku balik dan turn adik aku jaga mak), doktor tambah dos ubat mak. Tapi aku bersyukur, mak dah makin ok lepas tu. Terima kasih kepada staff2 hospital yang jaga dan caring kat mak saya.
Kakak aku balik kampung then bawak aku balik KL bulan february. Mahu tidak mahu, aku akur. Kelas aku tangguh, kelas memandu... aku sedar duit aku pun tidak membantu ...kewangan aku tersekat untuk terus tinggal dengan mak bapa aku di kampung. Ya lah, bila sudah besar panjang begini tahu jugak aku rasa malu dan segan tinggal menumpang makan dengan mak bapa padahal sepatutnya aku yang bagi mak bapa aku makan. Dengan berat hati, aku mintak restu mak bapa aku untuk balik ke kota. Siapa lagi diorang hendak harap kalau bukan aku kan. Dulu diorang sekolahkan aku supaya aku dapat belajar jauh dan dapat kerja bagus. Skrg, aku mesti dapatkan kerja bagus supaya mak bapa aku tidak meminta-minta dengan anak-anak lain yang sudah berumah tangga. Sebab aku yang paling tua (yang belum berkahwin), jadi aku rasa itu tanggungjawab aku untuk support parents aku.
Ada suara-suara sumbang sepanjang aku di kampung yang asyik pertikaikan keputusan aku untuk kerja jauh dengan mak aku yang belum sihat sepenuhnya. Ada yang suruh aku berhenti kerja. Duit tak perlu katanya. Mak bapa paling perlu. Memanglah, mak bapa penting dan duit tidak penting tapi mak bapa aku perlu juga beli beras dan makan ikan , sayur etc. Pergi berubat pun diorang perlu duit kan? aku pun masih ada hutang PTPTN woii... ada kamu fikir semua tu?. Ada pula geng-geng tahu semua konon kerja dekat banyak ja tapi aku yang memilih. Macik, kerja dekat dia bagi aku gaji RM400 sebulan pun dulu kau bising. Separuh dari gaji aku tu, aku bayar PTPTN yang lain tu lah aku kongsi dengan mak bapa aku, pad aku, belanja perjalanan aku pergi kerja, duit minyak kadang...aku baju baru pun susah mahu beli. Apa lagi produk kosmetik.
Tapi aku tidak mahu merungut fasal semua itu. Yang aku tahu sekarang, doakan rezeki aku dapat kerja yang bagus, boss yang bagus dan kawan2 sekerja yang bagus... itu saja. Demi mak bapa aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan