Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Khamis, 7 Mac 2019

Diary of Life: Resume Aku Bermasalah? Tidaaakkkkk!!!

Dear Diary,

Aku rasa aku banyak mencarut dalam blog ni dari menyebarkan ilmu bermanfaat. Jadi, demi menebus kekhilafan aku yang menyebabkan para pembaca dan pengikut menjadi bosan selama ini, aku mahu berkongsi pengalaman fasal resume. Yeah.... bunyi pun macam cumi-cumi tapi ini bukan makanan. Namanya yang ada bunyi "mi" di belakang tu mungkin comel, tapi korang takkan tahu betapa leceh untuk aku siapkan resume terbaik. Mohon bersabar tuan-tuan, puan-puan... 

Mula-mula tu kat blog ni aku berterima kasih banyak-banyak kat JobStreet.com kerana mereka berjaya mengeluarkan sebuah buku panduan mini bertajuk "2019 StreetSmart guide". Jujurnya aku jenis kurang membaca buku panduan begini tapi entah pengaruh warna kot (catchy warna JobStreet ni) dan maklumat yang ada di dalam ni memang berbaloi untuk dibaca! YES! Kalau korang pencari kerja, fresh grad aku galakkan baca! Serius. Buku ni berjaya membuat aku menangis bertaubat mengenang resume-resume lama aku, berpuluh-puluh  kompeni yang telah menolak cintaku melalui resume aku yang rupa-rupanya ... aku rasa korang pun takmau baca (resume aku dulu tu). 

Buku Panduan 2019 StreetSmart Guide oleh JobStreet.com


Ya lah, siapa sangka kan minda aku selama ni cuma fikir "oh...resume. Perlu senaraikan benda penting ja kan tu?". Padahal, ada teknik untuk tulis resume tersendiri yang tidak akan membuat orang-orang HR mengeluarkan buih dari hidung dan huruf Z kelihatan di dalam ofis ataupun bilik temuduga bila baca resume tu. Aku selama ni naik hairan sebab berapa banyak resume aku hantar, tetap juga tiada panggilan kerja apa lagi temuduga. 

Okay... sebab aku sedar aku boleh terus mencuba dan memperbaiki apa yang aku boleh buat dari pihak aku, maka aku pun teruskan juga membina resume sejujur-jujur alam. Aku tak boleh kasi coklat Ferero Rocher kat HR kompeni-kompeni berkenaan dan tinggalkan nota "sila terima saya bekerja di sini...*kiss* " hahaha maka aku sedar diri aku yang mesti berusaha. 

Korang tahu, mula-mula aku buat resume kan aku pakai 6 muka surat keseluruhannya. Aku bukan main jadi lurus bendul kalah pembaris bila aku masukkan segala macam mak nenek di dalam resume tu. Lama-lama resume tu berkurang jadi 3 muka surat. Gaiiisss... take note. Aku jenis tak reti guna software AI, Photoshop jadi aku bergantung dengan Micrrosoft Word. Lepas tu mindset aku dah dikunci dengan format resume lama yang aku pernah nampak orang lain hantar kat kompeni bapa aku kerja dulu. Aku buat kesilapan terbesar dalam hidup aku. BIG BIG MISTAKE.

Sebenarnya Microsoft Word pun boleh menghasilkan reka bentuk resume yang cantik. Haa aku dah cuba. Memang berbaloi laa dengan masa. Yang tak berbaloi dengan masa aku, sebab aku fikir semua kompeni ni ada taste, preferences yang sama dalam memilih bakal pekerja mereka. Resume tu pulak aku fikir tiket untuk aku mendapat pekerjaan. SALAH. Setiap organisasi berbeza, HR mereka berbeza dan resume cuma TIKET untuk korang dipanggil temuduga. Aku bebankan diri sendiri dengan fikir yang kalau aku masukkan maklumat banyak sangat, nanti orang kompeni akan fikir "waah nice! Budak ni memang bagus" tapi sebenarnya itu buat diorang pening. 

Lama-lama, resume aku berkurangan jadi 2 muka surat dan yeah aku pernah guna 1 muka surat sahaja. Aku bukanlah pakar yang sesuka hati hendak bagi maklumat palsu disini. Aku tak pernah kerja HR jadi aku sendiri tak tahu sangat. My bae pernah buatkan resume untuk aku (thank youuuu muacksss) dan dia jugak pernah mintak nasihat dari kawan dia fasal resume aku. Last-last menyangkut temuduga dari kompeni-kompeni lain alhamdulillah. Cuma tak ada rezeki dipanggil lagi. Kecewa memang kecewa tapi aku belum berputus asa. Aku terinspirasi bila aku baca sesuatu dari cleverism.com juga. 

Dia kata, ada beza resume satu muka surat dan dua muka surat. Ada betulnya kalau mengikut pengalaman aku. 

Resume 1-muka surat

- digalakkan untuk lepasan pelajar yang tidak mempunyai sejarah bekerja yang banyak
- pihak syarikat selalunya akan memanfaatkan masa 6 saat mereka untuk melihat resume ini
- padat dengan info penting sahaja
- selalunya resume jenis ini memerlukan calon pekerja untuk berfikir secara kritis dan fokus kepada apa yang tertulis di dalam resume sahaja
- kurang ruang untuk menulis info-info lain seperti pencapaian, aktiviti

Resume 2 muka surat

-selalunya mengambil masa yang sedikit lama untuk diimbas oleh pihak syarikat
- ia tertumpu kepada kelebihan-kelebihan teknikal
- mempunyai banyak ruang untuk maklumat penting dan tersendiri
- pemilik resume ini boleh meletakkan huraian kepada pengalaman-pengalaman bekerja
- pihak syarikat selalunya sukakan resume ini kerana ia lebih terperinci dan menunjukkan kelebihan teknikal seorang calon

Jadi kerja aku bila aku rasa rajin dan banyak masa terluang, aku cari balik resume lama dan buat penilaian. Apa yang buat kompeni-kompeni panggil aku dengan resume yang sekarang berbanding yang dulu?. Okay trik ni harapnya korang fikir jugak. Kat muka surat depan resume adalah muka surat paling kritikal. Aku buat banyak sangat kesilapan sampai aku sedar... aku sebenarnya boleh tukar nasib malang yang orang selalu cakap ni, ke nasib baik. Hikmah aku masih tidak dipanggil kerja, ialah sebab aku perlu belajar fasal diri sendiri dari resume aku. Aku bukan orang lain. Aku tidak sama dengan mereka. Jalan hidup aku berbeza, tapi aku ada kekuatan sendiri. 

Jadi harapnya, korang yang masih mencari kerja di luar sana dan tengah baca entri aku ni... aku doakan korang dapat apa korang nak. Korang berjaya dunia akhirat. Amiiinn. 

Kalau ada pihak-pihak yang terbaca entri ini untuk meluangkan masa, atau aku terbagi info yang salah atau ada apa-apa nak tambah harapnya boleh tinggalkan komen. InsyaAllah ilmu yang anda bagi itu akan dimanfaatkan orang lain yang datang singgah di sini. :D 


Sekian untuk entri kali ini. Ty.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan