Goodies bag dari SL1M. Suka buku tu sebab boleh doodle. |
Dear Diary,
Ciss.. aku terlambat sedikit bercerita fasal entri ni. Sudah seminggu berlalu selepas aku pergi ke temuduga SL1M. Haha... ok, mungkin ni cliche dengan cerita orang lain (mungkin laa, nak). Tapi aku tetap rasa nak menulisnya.. sebab? yep, ini temuduga SL1M aku yang pertama.
Selain itu? yeeeeeaaaa macam-macam kejadian tidak diingini aku lalui sebelum, semasa dan selepas aku pergi interview ni. Tapi sebelum itu, pesanan penaja dari saya Lyana, tolong ye... ambik pengajaran. Janganlah jadi macam saya (kat part yang tak best laa maksud aku). Bah...boleh mula sudah ni kan...
Aku sebenarnya dalam keadaan serba salah minggu tu. Mau pergi atau tidak untuk SL1M tapi kalau tidak pergi, well bila lagi aku dapat peluang syarikat-syarikat berkumpul begitu untuk aku pergi temuduga sekaligus kan?. Aku ni sudahlaa gaji sebulan ciput ja, mana aku mampu mau berkejar sana sini pergi temuduga di satu-satu syarikat yang ada. Mula-mula aku nda bilang apa-apa sama mak bapa aku sampailaa sudah dua hari sebelum temuduga, baru aku bagitahu yang keesokan harinya sudah mau jalan. Mau bertolak pergi Kota Kinabalu. Yeaa...mak bapak aku terkejut habis. Mau buat apa pigi KK, tetiba jak mau jalan kan? Anak dara dia selama ni bagus jak duduk kat rumah, tetiba pulak kemas beg siap angkut macam2 benda masukkan dalam beg macam mau lari. haha (jangan kau tiru pulak. Mintak restu bagus-bagus. Ketulahan kau nanti...isyy)
Aku perasan sesuatu masa hari terakhir aku di rumah sebelum kelas aku hari tu. Seluar formal hitam yang aku pakai masa hari aku konvokesyen beberapa tahun dulu mau kena baiki kat bahagian kaki. Dengan aku yang begerigau (kalut) fasal format resume aku yang lari dari format asal aku bila kena cetak, dan segala macam benda yang aku kena urus tu akhirnya buat aku ambik keputusan untuk meminta pertolongan salah seorang pelajar comel aku. Aku niatkan, kalau temuduga aku berjaya dan aku dapat tawaran on the spot nanti aku mau carikan budak ni hadiah baik punya.
Seluar aku kena repair dalam masa kurang 30 minit jak. I'd say fitting dia terbaiklah (credit to her, also the teacher) . I am very thankful. Thanks a lot, Puput. Habis jak kelas aku hari tu, aku urus dokumen lain dan balik rumah, ndada rehat lagi. Terus kemaskan beg, bawak mana yang perlu termasuklah dua helai baju formal. Satu tu spare, kalau-kalau aku nda dapat tawaran hari pertama atau kompeni tu panggil aku temuduga keesokan harinya sebab giliran aku nda sampai lagi. Aku pun bagitahu mak bapa aku, yang aku balik cuma lepas sesi SL1M habis selama dua hari tu kalau aku masih tidak dapat tawaran apa-apa pada hari pertama ke apa, dan juga persediaan kalau-kalau majikan request untuk buat temuduga pada hari kedua.
Sesuatu yang aku nda jangka keluar dari mulut mak bapa aku, ialah ayat-ayat ni:
Bapa: Kau datang awal. Temuduga mesti kemas. Pakai kasut bertutup. Kalau pergi temuduga, mohon jawatan yang kau minat, kau boleh angkat. Kau rasa kau mampu belajar benda baru. Bapa ni, tiada halangan. Ikut minat kamu saja ni, nak. Yang penting kalau jauh pun, jaga diri bagus-bagus.
Bapa: Kau datang awal. Temuduga mesti kemas. Pakai kasut bertutup. Kalau pergi temuduga, mohon jawatan yang kau minat, kau boleh angkat. Kau rasa kau mampu belajar benda baru. Bapa ni, tiada halangan. Ikut minat kamu saja ni, nak. Yang penting kalau jauh pun, jaga diri bagus-bagus.
Mak: Kalau dapat kerja jauh pun, nda apa lah. Kami mau kau duduk dekat sini, tapi kalau rezeki kau di tempat jauh macam mana kami halang pun, rezeki kau tetap disitu. Pigilah, nak. Mudah-mudahan kau dapat yang terbaik.
Oh my God.... apa lagi yang seorang anak boleh minta selain restu ibu-bapa (aku tau kau minta eskrem kan) ? I dont need their money, but bless! This is great! I completely feels so much happy. (Terlebih gembira sambil peluk Sakuma bear)
Lepas siap mengemas harta benda dan sumbat sekali seterika aku dalam beg tu, aku mula-mula telefon adik aku di KK. Tanya dia, konfem ka atau nda mau temankan aku. Dia excited siap cakap dia mau. Jadi, lepas telefon dia aku konfemkan kat pihak hotel (beberapa hari sebelum tu aku tempah awal2, tapi bilik single) yang aku mau book bilik ada katil double sebab adik aku join sekali. Alhamdulillah pihak hotel pun cakap diorang ok jak. Eh...kamu urang yang mau pergi SL1M suatu masa nanti kena ingat fasal hotel kalau plan tinggal di hotel tau. Sebab, hari aku sampai tu hotel aku duduk pun memang full house sudah. Banyak hotel bajet sekitar kawasan tu full house sebab ramai mau pergi SL1M. Lepas hotel, aku konfemkan pula aku mau ikut uncle yang selalu bawak van pergi KK tu. Dia pun ok. Apa lagi gembiralah aku, tinggal angkat kaki jak ahaha.
Bapa aku tetiba datang. Beliau tengok-tengok aku di ruang tamu yang sedang tergolek dengan beg aku yang sendat dengan pakaian. Berderau darah dengar ayat dia "kau sudah kasi keluar duit ka untuk tambang? bayar hotel? belanja makan?". Ayat ni macam sebutir bom atom gugur di depan aku. Laju ja aku berdiri, panik dan tengok dompet aku. Ha... banyak resit didalam tu, ada 70 sen duit syiling dan ada duit cukup untuk buat tambang dan makan sekali ja. Wis kau nak... matilah aku kalau begini...
Aku tengok bapa, bapa pun tengok aku. Dia ajak aku pergi bank untuk keluarkan duit. Laju jugaklaa aku bersiap. Gila... mau jalan ndakda duit. Tapi sadly, sampai ja di bank mesin ATM pulak inda boleh pakai sebab under maintenance. Aku mulai panik, tapi depan bapa aku cool jak kunun siap cakap "alah besok di KK aku korek dari bank ja". LOL aku siap beli sekotak air perisa tembikai susu untuk bertenang. All iz well... all iz well...
Malam tu aku sempat lagi berbual dengan yang tersayang nun jauh di Pahang. Aku nda dapat elak dari rasa gembira, dan berdebar dalam masa yang sama. Adui... hari yang panjang aku rasa.
*****
The next day, aku bangun awal. Laju jak aku kemaskan tempat tidur dan bersiap. Mak bapa aku awal pagi lagi sudah terjaga, sempat berbual-bual fasal temuduga tu. Mak siap tanya kalau aku ada duit atau nda untuk belanja tapi aku cakap bagus-bagus supaya jangan risau. Aku nda sempat sarapan tapi aku sempat goreng telur dan letak dalam bekas dengan nasi putih dan sambal pedas yang aku buat malam tu just in case uncle tu singgah di Telupid jadi bolehlaa aku makan. Van pun datang depan rumah aku dalam jam 7.30 pagi macam tu. My parents sempat wished me luck.
Masa aku naik van tu, aku jumpa seorang kawan baru. Ramai yang naik van tu masa tu tapi aku rasa diorang semua pergi SL1M jugak. Seorang ni, umur sebaya aku. Ndalah aku rasa sunyi dalam van sebab sepanjang perjalanan kitorang berbual sambil beketawa. This girl cerita fasal adik-adik dia yang pergi SL1M dan dari sini aku dapat tahu sedikit fasal SL1M. Uih... bagus jugak aku naik van tu.
Something magical happened. Uncle tu nda singgah di Telupid. Aku terus gembira sebab konfem uncle singgah di Pekan Ranau. Sana ada bank, bolehlah aku korek duit. Tapi perut aku jangan cakaplaa. Memulas mau makanan. Aku tahankan ja. Macam nda bagus pula makan dalam van dengan sambal tomato yang aku masak tu bau belacan semerbak. Takut orang lain muntah, jadi nda apa lah bah kan. Tahan ja sampai di Pekan Ranau.
Sampai ja kat situ, uncle cakap kitorang ada 30 minit mau pergi makan dan menjamban sekaliannya. Aku apa lagi, larilah bah laju-laju kan (eh tapi tengok-tengok juga kereta tu). Kawan baru temankan aku pergi bank untuk korek duit belanja. Lepas tu kami pun pergi makan di restoran yang terkenal dengan sup sedap dia, Restoran Tanjung Puteri. Berbual-bual sampai dilupakan sudah tu nasi yang dibungkus siap-siap dari rumah ahaha. Lepas makan, ada pula aiskrim best dijual di kawasan tu. Baru perasan betapa sedapnya aiskrim ni.
Soft ice cream dengan topping chocolate chips |
Biskut chocolate chip sedap dari kedai aiskrim tu |
Jadi, perjalanan diteruskan dan sampailaa aku di KK. Senang hati bah sudah sebab nda perlu risau fasal belanja. Masa mau sampai ni, KK agak jammed. Mau juga kepoh kan apa juga jadi penyebab ni. Rupanya saaaanaa di Gaya Street masa tu ada perayaan sambutan 100 tahun bangunan Jalan Gaya. Macam-macam ada pula tu situ. Ee siuk.. pergi KK ada pula perayaan ni, sebenarnya musim paling bagus untuk tengok barang-barang macam kraf tempatan dan hasil seni orang-orang kita. Makanan? wow kau seja tu tidak mau makan. Dari siring jalan ja boleh nampak orang buat tarian tradisional.
Aku sudah nda sabar mau turun walaupun hujan renyai-renyai. Masih dalam van bah pula tu hahaha...nda kan mau terjun dari tingkap kan?. Penangan Gaya Street tu, turun ja dari van aku berlari-lari anak di tepi laluan pejalan kaki. Putus bah tali beg. Bergolek beg tu macam nangka jatuh dari pokok. Aku? terkaku sekejap. Laju-laju ja angkat beg tu. Haha gila...bikin malu betul. Banyak kereta limpas lagi tu. Tapi bertabah saja la. Mau pigi hotel pun jalan kaki jauh juga tapi sebab nekad sudah mau pergi SL1M, gagahkan saja.
Orang hotel pun nampak bersimpati dengan aku masa aku sampai. Huih...bikin ampus bah jalan jauh lepas tu dengan beg berat lagi. Lepas bayar hotel untuk dua malam, dia bagi kunci bilik. Siapa juga nda gembira kan dapat bilik tingkat satu ja. Mungkin kalau masa tu dia bagi bilik tingkat atas, menangislaa aku didepan kaunter hotel tu buat muka cumil (comel) sebab nda larat mengangkat beg. Sampai ja dibilik terus baring di atas tilam. Baring kasi lurus badan semua dan buka aircond. Kemudian, sambung lagi perasaan mahu menangis semata-mata mahu adjust resume punya format. Sekali lagi aku tegaskan, seminggu sebelum interview tolong gatal tangan adjustkan mana yang patut di resume kau tu. Lagi awal lagi bagus. Tiadalaa mau pening2 macam aku.
Yaaa..kau tahu? selain adjust aku belum print out resume aku hahahaha. Petang tu juga aku turun, round blok bangunan situ semata-mata printkan resume aku. Tahan ja laa harga dia ya. Aku print 5 set. Kaler. Lepas tu planning untuk print resume jenis grafik terbantut sebab tiada pulak kertas berwarna homaigaaaddd. Printing satu hal, kertas lagi buat hal...adui...pening.
OK. Demi memujuk diri sendiri supaya bertenang, maka kami (aku dan adik aku) berjalan-jalan di sekitar Gaya Street. Beli makanan, beli jus buah sedap. Jalan kawasan KK Plaza pula banyak buah durian. Apa lagi...jangan belama. Sambil tu cari kertas juga. Haih...tiada yang berkenan. Di Sinsuran, ada cybercafe yang print hitam putih RM0.50 ja. Akhirnya beli kertas di Center Point dan balik di cybercafe tu untuk print 10 keping (which was...sia2 sebenarnya sebab yeah kompeni yang ada mintak resume dua muka surat mostly). Beli itu ini...bajet pun lari. Sabar ja la. Pengajaran ni.
Kami berjalan-jalan di pasar malam. Aku bagitau adik aku, kasut aku jenis platform. Kasut ni kasut lama, sejak aku konvokesyen lagi sebab tu aku sayang. Tapi aku tiada bawak stoking lebih. Jadi aku ambil keputusan, untuk singgah di salah satu gerai dan beli stokin yag sesuai. Yakin yang semua barang sudah dibeli, kami pun naik ke hotel.
Malam tu baru belajar fasal SL1M bila sudah balik ke hotel. Aku cuba keluarkan barang-barang perlu untuk dibawa masa temuduga, dan.... OMG.... stoking yang aku beli sebelah ja! SEBELAH... tertinggal di gerai tu ahahahaha. Aku panik, dan ambil keputusan untuk turun balik ke gerai tu untuk cakap dengan penjual fasal sebelah stoking tu. Level tekanan pun sudah meningkat masa tu tapi alhamdulillah dapat kawal. Aku bagitau anata aku, yang aku sebenarnya sudah mula gabra. Malam tu rajinkan diri juga seterika baju semua sebelum tidur, dan susun fail bagus-bagus.
Long day for that day....but.... my adventure is not yet end...
***bersambung***
Tiada ulasan:
Catat Ulasan