Assalammualaikum wbt...
Hahahaha... nahas lah saya oleh mak saya kalau beliau nampak tajuk ni dalam versi bahasa Melayu. Confirm saya jadi cebisan... selepas dicencang lumat. Eee... seram! Tapi nasib baik lah mak tak akan layari blog nih... heheheheheh~ *ketawa seram* Jadi? Nak citer laa... bosan pulak bila dah cuti ni tak ada kerja nak dibuat. Ini based on pengalaman... kalau rasa bosan, pi tinggalkan komen. Hehe...
Okay... manusia takkan terlepas dari apa nama tuh? LOVE? Orait... itu yang paling tepat. Saya pernah terbaca lah suatu ketika dulu dalam buku motivasi remaja nih... lelaki dan perempuan ibarat magnet! (Iya kah?? siapa setuju angkat tangan macam saya~ *buat gaya Usop Wilcha* hahaha). Erk... uhum! Saya selalu berpendapat bahawa lelaki dan perempuan ni sama2 kompleks (anda setuju??). Jadi... perkaitannya dengan tajuk nih... cewah... hahaha... okay2... perkaitannya, saya memikirkan tentang sikap someone.. eh...nope... several persons actually. Memang someone la di situ sebab dia laa yang buatkan saya terfikir sesuatu. Nanti saya citer... (ce citer..ce citer).
Boys yang baca catatan ni... saya amat harapkan komen anda. Nak tahu apa pendapat korang yer... =D
Saya mulakan... sejak di bangku sekolah lagi, saya sebenarnya dikelilingi oleh rakan2 lelaki berbanding perempuan. Bukan sebab saya ni playgirl okay...jangan salah faham. Tak hingin saya dengan dorg tu... muahaha~ *ketawa seram* tapi itu juga bermaksud saya nih bukan songsang erk. Mungkin sebab saya ni... lebih suka bermanja pada ayah dan abang saya, jadi bila di sekolah saya memilih untuk berkawan dengan golongan tadi. Tapi saya memang choosy... sangat2 choosy. Saya mengaku. Ada member lelaki yang saya tak berkenan dengan sikapnya, saya memang tak kawan punya (usually yg samseng arr). Sebab saya tak mau laa orang bagi tanggapan buruk pada family saya, sebab saya anak gadis. Faham2 laa... suasana kampung ni macam mana kan... hehehe... bukan menghina orang kampung, tapi ada sesetengah golongan ni sangat suka sebarkan gosip pasal apa yang diorang nampak tanpa usul periksa. Individu yang terkena tu lah merana, terutama yang memang tak bersalah.
Itulah... bila saya pergi ke pekan saja, terjumpa dengan member lelaki... berpada-pada jugak saya menyapanya. Bimbang nanti jadi buah mulut orang, nahas saya. Pernah sekali berlaku kepada saya bila saya turun ke pekan dan terserempak dengan rakan lama saya... memang meriah lah jadinya. Bayangkan, dia hilang beberapa tahun tanpa khabar berita, tup2 dia dah masuk poli pulak. Mesti lah kitorg citer pasal pengalaman yg dilalui kan. Then... ada sanak saudara saya yang ternampak kami. Tapi, nasib laa dia tak report dengan mak saya apa yang dilihatnya itu. Dia tegur saya jer... kata saya macam nih "ko tau ka, ndak bagus tu lelaki sama perempuan berjumpa begitu". Adui naa... saya takkan buat benda mengarut. Sebab saya kan masih budak lagi masa tuh... hahahaha
Jadi, saya mengenali dua orang insan yang istimewa ini... saya gelar mereka dengan Mr. B dan Mr.F (dah lenguh asyik tengok kena cop dengan X,Y... A lah... hahaha...biar tukar sikit jer... =P). Mr.B ni boleh dikatakan dia seorang yang sangat tenang. Saya tak pernah nampak dia gelabah dengan something... walau teringin nak tengok dia berada dalam keadaan tuh. Hehehe... saya ingat memori bersamanya. Bukan boyfriend saya ek... tp kawan saya. Insan yang banyak membantu saya suatu masa dulu... semasa kami di bangku sekolah. Sweet boy, dan saya boleh kata dia tu top student kat sekolah saya dulu. Top akademik dan juga dalam kalangan gadis. Gadis? whoaa... secret admirer dia ada (berdozen!!!). Saya ingat saya kena anti dengan diorang. Lucu pulak ingat kisah silam nih...hahahaha... siap ada lagi yang sanggup sorok paper ujian saya sebab nak biar saya terseksa. Tak per laaa... saya dah mafkan pun orang tu. Huhuhu... sebab bila cinta tu sdh membutakan mata dan hati, memang gitu la jadinya. XD
Nak citer... Mr.B ni student aliran sains. Masa tu saya belajar aliran perdagangan perakaunan. Kata orang kan, student dari dua aliran berbeza nih tak pandai nak bergaul. Tengok saja lah...aliran pemikiran sangat lain. Saya mengaku itu. Hehehe... (walau minat saya terhadap sains tak pudar)... perangai dia ni, saya boleh katakan "PELIK". Dia suka buli saya... dengan mengatakan benda2 yang tak sepatutnya dalam usia kami pada masa itu. Bila saya tegur dia, dia kata "itukan sains"... saya cuma boleh buat derk ja. Bila ada kelas kami yang bergabung, dia suruh saya duduk sebelah dia...dan satu kelas tu, saya tak invite dia duduk di sebelah saya pun, suka ati jer dia halau member saya yang merangkap kazen lelaki saya, jauhkan diri dari saya. Dia duduk di sebelah saya selalunya dengan alasan "tertinggal buku teks". Eisy... saya ingat saya memang meluat dengannya... kuang...kuang...kuang...
Hari sukan sekolah... hari yang mencabar bagi saya bila saya telah terpilih sebagai wakil rumah sukan untuk acara 1500M perempuan (B). Dia? penyokong rumah sukannya. Geram jugak saya bila dia asyik kata "As... rumah sukanmu tu kan tiada harapan...tgok laa macam mana nanti..." sambil berlalu pergi dengan senyuman jahatnya yg membuatkan saya geram! Tiba acara saya, dia siap jadi penyokong di barisan hadapan! Tapi...bukan sokong saya... dia sorak " AS!! KALAH!! KALAH!!!" tapi akhirnya saya menang pingat emas. Gembira juga saya masa tu... dan saya ingat nak mintak dia bawa air untuk saya. Tapi dari kejauhan, dia cuma tersenyum saja. Heh... dasar pembuli kan. Hahahaha...
Mr.B ni bantu saya belajar... kerana saya sangatlah tak berminat pada math dan add.math...juga subjek akaun yang sewaktu dengannya. Tapi dia tak dapat mengajar saya prinsip perakaunan sebab kelas dia tak ada subjek tuh. Saya? dari berasa jengkel...lama kelamaan jadi selesa. Perangai dia boleh diterima walaupun menyakitkan hati kadang2. Bila dah pertengahan tahun masa form 5, kami jalan dari blok bangunan sekolah sampai ke pagar (masa balik) sama2... dan kemudian, seorang ke kiri dan seorang ambil laluan kanan. Rumah lain arah daa... Pagi2 pula... selalunya sama ada saya atau dia akan tunggu kat pintu pagar. Orang pertama yang saya sapa setiap pagi dengan ayat "Good Morning". Hari2 yang ditempuhi tu kan, merupakan subjek yang berbeza bagi saya pada setiap hari...belajar benda2 yang berbeza dengannya. Tugasan? Da pengawas sekolah tapi saya librarian saja... motivasi? Dia banyak bagi nasihat pada saya sebab saya sangat2lah low self confidence masa tu. hehehehe...
Nak citer pasal dia...banyak sangat nak citer... =.=!! uhh... pelik jugak kami. Masa sekolah rendah langsung tak bertegur sapa, form 1 baru kenal...itupun gaduh sampai lah akhir form 4 bila dia mula rapat dengan saya walaupun masih dingin lagi. Form 5? dapat bapa angkat yang sama... itu masa program anak angkat kat sekolah. Then... banyak ajar saya sebelum SPM... juga orang yang mengajar saya pasal karangan berfakta (saya kurang arif... sebab saya lebih suka karangan yang guna imaginasi). Dan bila habis SPM, dapat result...dia kawan yang nak ambil tahu pasal result saya, siap offer nak tolong saya isi UPU saya. Ucapan "tahniah" yang sangat bermakna... dia berjaya tarik saya yang selalu dapat keputusan x tentu hala, pergi ke senarai ke-5 dalam list pelajar terbaik sekolah. Dia? mestilah ranking pertama. hehehe... Hala tuju berbeza... dia masuk matrik dan saya pula pilih form 6. Kini???? Kami bersua lagi di UPM, selepas dia menghilang tanpa khabar berita selama setahun setengah... satu universiti dan kali ni dengan bidang masing2. Saya sastera dan dia sains. Dia juga banyak ambil tahu kehidupan U saya, dan antara org yang paling gembira dan pujuk saya bagai nak mampos bila saya kata saya dapat UPM.hahaha... lawak betul. Kemudian? =) Melawat saya masa minggu orientasi, siap bawak saya pi dinner dengan kawan kami yang sorg lagi... maybe nak celebrate untuk saya kot? dia juga yang sangat2 caring kat saya...tak pernah saya rasa sunyi walau dia... macam dulu, suka sangat sakitkan hati saya.. kehidupan yang tak disangka! Tapi kenapa dia macam tuh?
Okay... beralih kepada Mr.F... beliau seorang yang saya sangat kagumi. Bertemu dan berkenalan dengannya hanya semasa di UPM saja. Dulu, untuk pertama kali saya jumpanya, saya salah sangka dia tu...err...tak apa lah. Hehehe... Uh... saya sangat tertarik dengannya. Tapi saya tak tahu apa bendanya. Dapat rasa suatu magnet yang kuat antara kami. Saya buat tak endah jer. Kehkehkeh... sebab bagi saya, lelaki yang popular di kalangan gadis ni memang menyusahkan. I feel very annoyed. Dan seperti Mr.B tadi, Mr.F juga sangat popular. Saya rasa... seperti yang salah seorang kawan saya kata "tiada perempuan yang waras akan lepaskan lelaki cute macam dia, As" eh?? Dia cute ke? saya tak tahu jugak... macamana diorang menilai orang tu. Bagi saya, dia biasa jer... dan entah kenapa... saya amat bencikannya. Saya dapat rasakan yang dia ada aura "mysterious"... sesiapa pun tak boleh masuk area tu kecuali dia sendiri benarkan. Saya tahu... saya faham orang begitu. Heh... saya jumpa orang pelik semenjak study di UPM. Kadang2 saya rasa Mr.F ni begitu tenang, dan dari reaksinya macam dia tak pandai nak marah. Tapi... dia mungkin dapat mengaburi mata orang lain dengan buat begitu...sentiasa tersenyum. Bagi saya, dia takkan selamanya dapat tipu saya...walaupun... *geram pulak* saya... terkena beberapa kali *exhausted*.
Baru2 nih Mr.F telah membuat gurauan yang melampau... dan membuatkan saya hilang arah buat seketika. Wargh!! Tak nak ingat... >>>(>0<)<<< WAAAAA~ jadi, nak cakap apa dia dah buat selama saya berada di UPM nih pun...hmmm... lebih dari 30 perkara mengejutkan dia buat. Tapi, saya amat berterima kasih padanya, sudi memberi tunjuk ajar bila saya perlukan sangat (siapa suruh tangguh2 buat assignment... muahaha) dan lagi, caring pada saya? so sweet... boleh kata laa..siapa dapat dia, sangat2 bertuah. Tapi... saya geram padanya. Selama ni, walau saya marah pada Mr.B tadi pun taklah segeram rasa saya pada si Mr.F nih. Haih... apa dia fikir saya pun tak tahu. Sangat misteri...dan saya langsung tak duga apa dia cuba buat. Lelaki memang selalu macam ni ka?? Cuma senang bagi saya untuk mengetahui sama ada dia gembira atau marah. Reaksi wajah yang sama...tapi cara percakapan yang berbeza... hehehehe... ada masanya saya seram dengannya. Dia tu...kadang2 menakutkan walaupun dia senyum... tapi, sepanjang dia bersama dengan saya bila dia berdiri sebelah saya laa ek...jangan otak kuning...haaa... saya selalu nampak mata bersinar tu...cantik la. Seolah-olah mata dia tersenyum dengan saya? eh?? kenapa tu ek??? adakah dia cuba nak kenakan saya atau apa? Dan juga... saya rasa sedih bila dia macam tak layan (buat tak nampak) saya dalam sehari tu. Entah kenapa begitu... *deep breath*
Jadi, kebanyakan masa saya fikir someone jer sebenarnya. Siapa orangnya, saya takkan beritahu... *wink* sebab nanti ada orang terbatuk2 bila saya bagitau.HahahahahaXD... okay...bagi anda yang membaca catatan kali ni...apa pendapat anda pasal si Mr.B dan Mr.F tu? saya bagitau, saya tak cerita apa si Mr.F tu buat memandangkan saya rasa ada org yang mengenalinya... dan dia juga mungkin sekali membaca blog nih. Saya berani cerita pasal Mr.B tu sbb saya tau, dia sangat sporting...tapi Mr.F si misterius tuh pulak...errr.... saya rasa, lelaki nih... selalunya senior2 bagitau saya yang lelaki ni "cakap benda lain tapi sebenarnya maksud dia lain"... so?? saya memang tak faham. Saya lebih suka orang berterus terang pada saya...hehehehe... tak perlu memeningkan kepala. Tapi, misterius kadang2 menarik jugak... heh
Dah baca. Lawak... heheh...
BalasPadamDari apa yang saya baca, kedua-duanya seperti ada menaruh harapan kepada kamu ni. :P.
Waktu budak memang la camtu lelaki. Suka usik. Takkan tak pernah tonton kat drama kot. Hampir semua drama tak kira Melayu, Cina, India, Jerman, Filipina, Thailand, Korea, Jepun, Taiwan, China, dan apa-apa yang berkaitan pasti ada watak ni. Takya pun baca jer cerita romantik dongeng putera-puteri. hehehe.
Selalunya mula dengan kawan dulu tau. Lama-lama baru advance. Kena tunggu lelaki meluahkan perasaan. Takut jugala kalau si perempuan menolak. Entah la. Itu yang saya tengok. Setakat ni tak pernah nak alaminya...heheh.
Tak berani nak komen lebih2 sebab saya pun tak masuk fasa bercintan-cintun ni. Habis masa berfacebook dan berblogging...>.<"
Semoga mendapat mana2 yang sesuai... jangan kena marah dengan mak kamu nanti yea.. -.-"
hah??? lawak??? masa tulis tu mmg stress sangat...hahaha...
BalasPadamtapi si Mr.F tu...err... bukan budak. Senior dari saya... hehe. Okay... sebenarnya bukan saya seorang yang perasan diorg tu pelik. Tapi saya tak kisah pun... huh... perjanjian dengan mak tetap dipegang. Kalau ada antara diorg nak kat saya pun, cuba ambil hati parents saya dulu. Saya tak boleh nak kata apa... haha... saya rasa itu cara terbaik. Berdasarkan pengalaman setakat ni... hmmm... parents saya bukan jenis yg picky. Diorang suka org yang hormati diorg sebagai org tua. Mungkin itu lumrahnya kan. Tapi, mak bapa saya memang tegas pasal hal ni. Tak benarkan kami bawak balik lelaki ke rumah... tradisi keluarga. Jadi? anggapan diorg lebih kurang laa macam org dulu2, pinang anak diorg tanpa perlu couple. Huh... tak ingin nak fikir pasal ni. Saya masih terlalu muda dan rasanya belum cukup layak lagi. Kehkehkeh...cuma terlintas begitu saja persoalan2 tu... mungkin sebab peningkatan umur?
Tak per... saya main FB jugak.hahaha... sebab tu saya tak tau nak kata apa pasal cintan-cintun ni. Kadang2 hal ni buat saya rasa takut. Pengalaman saya, dulu ada org luahkan perasaan dia (saya tau dia tu playboy) dan apa yg terjadi? saya demam seminggu mcm nampak hantu. HahahahaXD...lawak betul kalau ingat semua tu. Aduhai...lepas tu saya tetiba lost contact dari dia dan langsung tak endah pasal dia. Saya bimbang jugak kalau2 dia tu muncul di tangga rumah saya, tak almarhumah ka saya masa tuh nanti? huuu...memikirkan sebarang kemungkinan ni membuatkan perut saya rasa senak.
Thanks so much, senior. Saya pun tgh cuba yang terbaik untuk jaga hati kedua2 parents saya. Hehehe... sebab kalau bukan anak, siapa lagi nak hormatkan diorang kan. =D