Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Isnin, 30 Mei 2011

Adat Perkahwinan Suku Tidung

Assalammualaikum wbt...

Okay... pelik plak cakap sal kawen nih. Isyyy... oh... cuti sekolah dah mula (cuti U dah lama start...XD ahahaha). Musim orang kawin nih sekarang. So far, dapat dua jemputan...oh no... tiga jemputan ke majlis kahwin tiga orang yang saya anggap macam abang saya sendiri, Abang Eddy (X-Felo K12), Abang Hilmi (saudara sepengakap saya dari unit pengakap laut) dan juga... Dato' Hikmal (senior & abang angkat saya masa sekolah menengah dulu). Adoii... diorang kahwin bila saya dah balik sabah. Melepas nasi minyak laa katakan. T_T huuu... Tapi, untuk majlis kahwin abang angkat saya tu (sebab dia tinggal di daerah saya juga), saya tak dapat hadir sebab tiada transport... oh... saya bertekad, nak ambil lesen memandu nanti bila saya ada rezeki yang lebih, InsyaAllah. =)

Adat perkahwinan suku Tidong... mesti anda yang membaca entri ni tertanya2 kenapa pulak saya menulis @ mencoretkan catatan kali ni. Senang saja. sebabnya... mak saya suku Tidong. =) Saya darah campuran... dari sebelah papa saya pure Suluk, tapi mak mix. Mak saya tu lahir dari keluarga yg berbangsa Suluk + Tidong+ Banjar + Bugis dan Jawa (adoi... pening mengingatnya). Jadi, izinkan saya membuat intro terlebih dahulu. He~he~he~

Mak kata, suku Tidong ni macam suku-suku lain yg ada kat Sabah ni jugak. Kenapa? Sebab suku Tidong ada pecahan sub-suku. =D mak ada suku tersendiri walaupun mak orang Tidong, dan dari penerangan mak pun... saya dapat tahu yang baju tradisi suku mak ni lain dari yang lain. Tak mau cerita pasal baju tu... sebab kompleks sangat dan saya tak paham penerangan mak. Okay... ada sejarah tersendiri dalam suku mak saya nih. Serius... tapi saya tak perlu cerita itu lagi. Rasanya...biar lah ia menjadi sejarah. =)

Okay. Suku mak saya nih ada adat berjalan di atas hamparan kain kuning. Jadi, jangan hairan sekiranya anda pertama kali naik meminang si gadis yang mempunyai sub-suku sama macam saya (terutama bagi mereka yg bukan berasal dari daerah Beluran/ negeri Sabah ini), bila org tua si gadis itu meminta sekayu kain kuning sebagai salah satu hantaran/ syarat peminangan. Nak buat apa kain kuning banyak2? Mesti korang tertanya2 kan?? Kain kuning tu... *smile* nak tau sangat? Next time laa...hahahaXD... erk... ^^! yalah2... kain kuning tu nak buat hamparan ala red carpet (tp itu yellow carpet arr) untuk kedua mempelai berjalan... =D Bukan itu saja okay, kalau dalam rumah ada 10 tisng maka semuanya akan dibalut dgn kain kuning tersebut... muahahaha~ takut? x yah takut... xda org nak makan korg... ^^V

Saya tak tau banyak pasal adat meminang nih...lupa2 ingat dah apa mak saya bagitau. Saya rasa...biarkan ia menjadi misteri... nanti karang salah bagi info, naya saya. Menganiayai orang lain tu x baik...kan? kan? hehehe... we should move on to the next point. Ceh..ceh..ceh...ya laa... Mak saya kata, dalam suku dia... masa malam berinai, bakal pengantin perempuan akan ditemani oleh 7 orang gadis yang memakai kain batik dan membawa lilin yang menyala di tangan mereka. Kenapa? Bakal pengantin perempuan akan dimandikan di depan mereka (bukan orang meninggal saja akan dimandikan okay...XD ahaha). Pengantin perempuan pula akan memakai kain putih dan kain kuning masa dimandikan itu. Hehehe~ dan mak kata, kain batik yang dipakai oleh gadis2 tadi mestilah yang baru dan akan diberikan terus kepada mereka.

Menjelang majlis akad nikah pula, pengantin lelaki akan menjejakkan kaki di kain kuning bermula dari tempat pengantin lelaki diturunkan (sekiranya ikut kereta), akad nikah dan sampailah ke jenjang pelamin (suka la tuh kan? XD ahahaha). Tapi, sabar.... lepas si pengantin lelaki melafazkan "aku terima nikahnya si polan2...." dan tiba masanya untuk acara membatalkan air sembahyang, halangan menanti! muahahaah~ (jahatnya aku...). Suku mak saya nih ada adat tersendiri yang dikenali sebagai "Adat Buka-buka". Nak tau? hehehehe~ interesting part nih. 7 orang gadis akan memegang sehelai kain yang melintang merentas bilik pengantin perempuan. Itu ada "upah"... 3 kali kena bagi tu semua ke7-7 gadis tuh. X boleh berat sebelah... sama rata. selepas itu, pengantin lelaki kena berdepan dengan 3 orang pemegang kipas yang menyembunyikan ratunya..kehkehkeh... antara pemegang kipas tu semestinya mak andam pengantin perempuan. 3 kali jugak nak kena bagi "upah". Kemudian, baru lah acara membatalkan air sembahyang. Susah? sabar jer laaa... XD

Kemudian, semasa bersanding itu... adat "menyumbung" yang juga bagi saya boleh dikatakan adat ini "memberi" kepada pengantin perempuan (sabar laa wahai pengantin lelaki...hehehe)...sebab adat ni juga dimulakan oleh mak pengantin lelaki (menyarungkan cincin kahwin ke jari menantu), kemudian diikuti oleh sanak-saudara pengantil lelaki yang memberikan sumbangan berupa wang atau apa2 saja semasa bersalaman dengan pengantin perempuan. Saya difahamkan, semasa majlis perkahwinan di rumah pengantin lelaki berlangsung, adat "menyumbung" yang sama kena diteruskan.

Selepas kahwin, mak cik saya (ni adik mak saya okay) kata selagi inai di jari tak habis, pasangan pengantin tidak dibenarkan memijak tanah selama 3 hari. Kemudian, mereka tidak dibenarkan turun ke air sampai lah inai tersebut sudah tiada di jari mereka. Hahaha... saya tak tipu okay, ini betul2.

Jadi... saya cuma katakan 65% dari keseluruhan adat suku mak saya. Yang lain, biarkan ia menjadi misteri... bukan tak mahu berkongsi tapi... ada baiknya saya simpan dulu sementara waktu. Saya rasa, kalau ia menjadi sesuatu yang tidak diketahui ia akan jadi lebih menarik. Jadi, pada anda yang bakal menjadi menantu salah sebuah suku Tidung di sabah (selain dari suku saya sendiri, saya difahamkan yang Suku Tidung Tarakan juga mengamalkan adat yang sama), sila persiapkan diri anda... *smirk* (sudah... macam nak pergi berperang pulak...hahahaXD... ^^! alamak... ketulahan nanti... eee... nanti tulah kena sumpah oleh mak, bahaya...bahaya...). Okay laa... jumpa lagi di catatan yang lain... XD... Tschus (^^)/ Auf wiedersehen...

9 ulasan:

  1. Menarik juga ya bila baca ni. Kalau buat kerja kursus hubungan etnik ni... confirm dapat A. heheh

    BalasPadam
  2. hehehe...bagus dapat tahu pasal suku lain. hehe...asik dengar adat2 yang biasa je. hee...

    btw, study german language utk mengajar ke? I'm curious. hehe

    BalasPadam
  3. @Senior Wong:: hehehehe... silakan...kalau lecturer Dr.Ahmad Tarmizi, dia dengan happynya akan bagi A untuk ini... masa sem.1 saya ambil kelas dia untuk hubungan etnik. Dia tanya saya... pasal adat2 setiap suku di negeri Sabah. Jadi, lepas saya explain sikit, dia kata "kamu patut tulis buku untuk itu. Kamu dah lama duduk di sana dan mengkaji semuanya. Saya akan rasa gembira kalau kamu dapat bantu orang lain memahami adat resam itu". huhuhu

    BalasPadam
  4. @Chybee:: =^.^= hehehe... yeah...

    saya study German language sebab itu major course saya. Tapi, bidang dia luas.. bukan setakat utk mengajar je. =) Lecturer kata, kena aplikasikan bahasa tu dlm bidang lain juga. Contohnya kedutaan, pelancongan n so on.

    BalasPadam
  5. adat ney maseh berlangsung smpi skrg ker?Takot la nak kawen. Uwaaaa. hukhuk. bf bgsa tidung.hukhuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. adat nih berlangsung bagi keluarga yang masih mengamalkannya. Jangan risau, kalau girls kawin dgn lelaki berbangsa Tidong its okay. Tiada apa2 yg perlu ditakutkan. =D lagipun, adat yang ini ikut suku Tidung tu juga. hehehe.. part mintak2 kain kuning ni x sure kalau perempuan pun kena bagi... huhuhu

      Padam
  6. ZIZI

    THANKSS .. SGT BGUNA UTK TESIS SYA =)

    BalasPadam
  7. nonoiawalain 28/03/1328 Mac 2013 pada 11:14 PTG

    Saya dah melihat bagaimana adat Tidong ini dilaksanakan, memang menarik. Tidak rugi kalau kita amalkan adat ini hanya sekadar hiburan dan pengalaman hidup. Zaman sekarang ini orang kahwin nak mudah sahaja, langsung tak ada kenangan yang boleh diceritakan kepada anak cucu, rugilah.

    BalasPadam
  8. Adat perkahwinan orang tidong memang sangat menarik.

    BalasPadam