Assalammualaikum WBT...
Saya baru saja selesai membaca beberapa buku yang boleh dikatakan berorientasikan motivasi. Saya terfikir sesuatu... ia mengenai matlamat. (ceh..ceh..ceh... mula lagi... XD)
Sebenarnya kan... saya rasa saya mula hilang arah. Saya buntu... tentang beberapa perkara berkaitan matlamat nih. Saya tertanya-tanya... dulu, kenapa saya pergi ke sekolah? mesti saya akan jawab "untuk belajar"... masuk ke sekolah menengah pula, soalan itu ditanya lagi... saya jawab "mengejar cita2". Saya beralih lagi ke peringkat Pra-U... kali ni soalan "KENAPA PERLU BELAJAR?" dan saya jawab "belajar dan mengejar cita2 untuk kesenangan ibu bapa saya". Namun... masuk ke UPM dan saya sedari banyak perkara yang mula membuatkan saya berfikir panjang. Kata orang, "semakin hari semakin kurang ilmu"... =) saya setuju dengan itu. Saya mula merasa yang ilmu itu luas... dan saya sedar, jawapan saya selama ini kurang tepat. Jadi, adakah itu mendorong saya untuk buat sambil lewa saja dalam menuntut ilmu? Huu... saya harap bukan begitu.
Nak kata sesuatu... teringat juga saya pada kawan saya. Dia selalu kata "as, kau pandai bah. Bertuah kau" tapi hakikatnya saya bukan orang begitu... saya tak laa kata saya meniru masa exam or ujian. Tak terlintas langsung. Tapi, saya memang orang yang tak study bila dah duduk diam di rumah. Itulah sebabnya saya suka mendengar saja penerangan cikgu bila di kelas dulu... tapi...lain orang lain cara kan. =D
Kini, saya tertanya2...apa matlamat saya sebenarnya bila saya ambil keputusan untuk tinggalkan ACT yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Perniagaan [program kerjasama ACT dgn UUM], dan beralih pula ke program Bacelor of Arts (Major Foreign Language) German Language di UPM?? Saya... jujur saya katakan, saya langsung tak tahu. Saya tak faham... kenapa saya hanya ikut gerak hati pada masa itu walau selepas berfikir panjang. Tapi... UPM semakin menarik pada pandangan saya. Orang lain dah mula bosan (mungkin) tapi saya semakin berminat. Saya mungkin nampak sesuatu yang berbeza. ^.^ tp mungkin ada orang lain nampak benda yang serupa. hahaha
Aduhai... dalam pengajian Qawaid Fiqhiyyah masa form 6 dulu pun ada disebutkan "matlamat menghalalkan cara"... hah... bagaimana ni? apa matlamat saya dulu... nak jadi peguam? Err... saya terlepas peluang nak jadi salah seorang pelajar perundangan (walau minat saya masih ada)... hanya satu saja yang tinggal dalam hati saya kini. Saya takkan bagitau... rasanya setakat ni ada dua orang saja yang tahu tentangnya. =D saya nak kejar yang itu. Bersetia pada yang satu... hehehehe... tapi plan saya yang sering berubah sebab nak selaraskan segala2nya mengikut keadaan semasa. Saya tak kisah lagi... anything will be alright to take it down. Walaupun perlu berusaha sedaya upaya.
Cikgu pernah berpesan pada saya suatu masa dulu... "As, kamu kena ingat. Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi, tapi dalam masa yang sama jangan rendahkan semangat kamu. Kamu mesti teruskan apa yang kamu percaya, usahakan... dan kalau kamu tak dapat selepas kamu buat DUIT (Doa, Usaha, Ikhtihar dan Tawakkal) maka Allah sudah mempunyai perancanganNya tyang tersendiri untuk kamu. Dia mahu kamu sentiasa ingat padaNya, dan sebab itulah jangan sesekali merungut pada nasib kamu walau sesukar mana sekalipun kehidupan kamu". Ah~<3 terima kasih cikgu...saya sayang cikgu... muacksss...
Saya betul2 tak tahu lagi bagaimana, tapi saya cuba setkan semula matlamat saya. Saya akan tetap mencuba... saya masih berangan2 untuk menggenggam segulung ijazah, program yang saya pelajari kini...dan membawanya balik merentasi Laut China Selatan. Saya perlu buktikan, secara tak langsung...kepada warga desa khususnya kami yang tinggal di kawasan pedalaman. "Di mana ada kemahuan di situ ada jalan"... dan mungkin juga ^_^ tak perlu lah mereka asyik mengingatkan tentang "perempuan...setinggi mana pun pelajaran, akan tetap ke ceruk dapur juga"...maaf lah. Saya tak fikir saya akan bersetuju dengan pendapat itu lagi walaupun saya sukakan sesuatu yg klasik. Ini zaman moden, zaman lelaki dan perempuan perlu bekerjasama untuk maju... zaman yang perlukan kekuatan mental untuk terus ke hadapan. Wajar lah bagi seorang gadis untuk menuntut ilmu...selagi dia masih mampu. Lagipun, secara positifnya... ia mempunyai banyak kelebihan juga. ^^V peace no war... hahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan