Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Selasa, 6 September 2011

CATATAN 30 OGOS: R.E.M.E.M.B.E.R

Selalunya… bila tulis catatan, saya akan guna “dear diary” dan banyak lagi. Tapi… kali ni, saya nak buat yang simple saja. 31 Ogos setiap tahun sangat bermakna buat saya. Sebab utama, hari kemerdekaan tanah melayu. Tapi, di sebalik sebab utama itu, sebenarnya banyak yang saya alami. Antaranya menghadiri sambutan hari kemerdekaan, parti kemerdekaan di rumah, berkelah di pantai Tanjung Aru dan melihat matahari terbenam dan sebagainya. Pada tahun 2008 pula, saya berkenalan dengan seseorang, orang Itali, yang bernama Alessandro Toso. Pada hari yang sama, saya membeli novel Hardcover saya yang pertama, “Harry Potter and the Half Blood Prince”. <3 sangat gembira bila memikirkan semua itu….hehehhe… *berkhayal*
Ah… tahun ni, merdeka dirasakan sangat luar biasa. Sebab? Terlalu banyak kebetulan yang berlaku, bukan sekali tapi dah banyak kali. Entahlah kenapa… tapi saya ada perasaan yang gembira tentang apa yang berlaku pada hari ini… huuu… betapa sukarnya untuk meluahkan kata2 yang sesuai pasal ni. Hahaha… uhum… (ei… apsal dgn aku nih??!!) okay… hari ni… 54 tahun kemerdekaan tanah melayu. Tepat dengan 2hb Syawal, hari raya kedua. Sesuatu berlaku, dan… hopefully it is a happy ending in the future… ^^ hehehehe… but I should never expect a happy ending coz I know, there must be dozens of test that need to face.
Hari ni jugak…saya beraya ke rumah sahabat saya yang berdua. Mereka yang sentiasa takkan dapat digantikan oleh orang lain walaupun saya mempunyai ramai kawan. Rakan seperguruan saya, mengaji bersama, bersekolah bersama dan berkongsi masalah bersama… mereka yang sentiasa menyokong saya dalam diam. Ahh… sangat gembira bila memikirkannya. Seorang lagi, rakan karib saya yang banyak mengajar saya… ribuan kemaafan dipohon kepadanya sebab tahun ni saya tak dapat beraya ke rumahnya lagi. Selamat pengantin baru buat anak saudara saya, sepupu saya dan juga sesiapa yang berkahwin pada 3hb September nanti. Semoga Allah melancarkan walimatulurus kalian…
Hari raya ni… kenangan silam mengimbau kembali. Mestilah…walaupun berusia 21 tahun (baru jer…ok? Hahaha)…tapi, saya tetap bermain mercun dan meriam buluh… muahahaha… tak kisah… masih remaja lagi, bukannya dah kawin pun… (^^)V ahahahahahahahaa… uhum… esok, saya akan bertolak ke Bandar Sandakan. Perlu membeli barang2 untuk kenduri pada 2hb nanti. Mak aaaiiii…. Banyak betul perlu dibeli. Al maklum lah, mak tak dapat membuat kuih disebabkan kesibukannya (kami yang tak mahu mak membuat kuih, pasti mak penat), jadi kuh raya tahun ni 99% dibeli. Lagi 1%? Kami buat sendiri. Saya memasak, dan adik saya mencetak. Biskut kacang, so easy… heheheeh…rindu pada masakan rumah sangat2, tapi kali ni, bila balik ke UPM, harap2 saya takkan rindu lagi. Hehehehe… kini berada di rumah, menyebabkan saya rasa nak balik UPM saja… secara jujurnya, saya teringatkan taman di FBMK, Bukit Ekspo… dan juga,,, bagi saya... pemandangan Ampang Lookout Point yang indah bila senja menjelang tiba itu membuatkan saya terasa suatru ikatan antara suasana kampong dan ibu kota. Entah kenapa… saya rindu… terasa Kuala Lumpur bukan lagi suatu yang asing… mudah2an,kalau diizinkan Allah SWT, saya ingin bertugas di UPM suatu hari nanti… ingin menabur jasa bakti pada universiti yang menerima saya yang mempunyai keputusan STPM yang tak seberapa ni… dan juga, mahu membantu sekolah saya yang menjadi gedung ilmu bagi anak desa seperti saya... agar tahap pendidikan generasi luar Bandar boleh seiring dengan generasi yang terdedah pada kemodenan kota. InsyaAllah.

CATATAN 16 OGOS: HAPPY BIRTHDAY TO ME

Dear Diary,

Tiada kata2 yang sesuai untuk menggambarkan perasaanku ketika ini. Rasa sangat gembira… sebab tarikh 16 ogos yang bermakna bagiku telah tiba. Macam x percaya yang aku kini sudah berusia 21 tahun… mungkin? XD ahahahaha… ramai yang tak percaya pasal tu, mungkin sebab aku kecil sangat (genetik.. nak komen apa lagi kan… ) . Mama telah memberiku sedikit wang untukku membeli sebiji kek bagi menyambut hari lahirku. Well… not every year we’re 21, right? Haha… perfect day! Sungguh… sebab? Aku yang sering bangun lewat ni dikejutkan seawal 4 pagi (bangun sahur… sebab bulan puasa… hehe). Jadi, papa mengajakku pergi ke Bandar Sandakan bersamanya, dan? Aku sempat membeli sebiji kek yang comel atas saranan papa… =D hahahaha… untuk pertama kalinya… papa yang pilih! Dulu, masa aku darjah 6, kakak sulungku dan suaminya yang membelikanku kek. Lama juga aku x sambut birthday, sampailah tahun 2010,  kakakku (anak keempat) dan suaminya pula yang membelikanku kek hari lahir..mungkin itulah kali pertama aku menyambut hari lahir jauh dari keluargaku. Rasa agak pelik..sebab tahun lepas aku meraikan hari lahir pada 20 ogos, sebab kesibukan kakakku. Tapi aku tetap gembira, ..errr… walaupun cuma meraikannya dengan hanya 3 ORANG sahaja (termasuk aku sendiri)… pada masa tu, best friendku yang seorang tu turut ada berama… =^^= hehehe…

Ah… aku patut melawat FBku pulak. Tapi, aku takkan mengharap apa2… sebab aku bukanlah orang dalam kategori “popular” (seperti yang dikatakan oleh salah seorang rakanku). Sangat jarang…erkkk.. mungkin sebab aku yang kurang bersosial? Opss…silap..aku memang kurang gemar bersosial…kehkehkeh. Dengan sikap begitu, ada juga segelintir dari kalangan keluarga dan rakanku sendiri yang mengata aku itu dan ini… ahahahaha… betapa peliknya diorang. Pelik sebab… tak kira berapa lama diorang dah bersamaku, tapi tetap tak pernah faham dan kenal aku. Ah.. forget abput those… hal2 yang takkan jadi penghalang kegembiraan hari nih… \(^^)/ feel freeeeee…  Pagi tadi, aku menerima mesej dari kawan lamaku yang merangkap rakan karibku dulu… owh… thanks so much, Fiah!! <3 dan juga buat kakakku… Ich liebe dich! Dua orang yang menghantarkan ucapan ikhlas dari SMS. Sehari sebelum itu, aku mendapat ucapan yang julung2 kalinya aku terima daripada fanclub di page Kuroshitsuji, tempatku bertugas menjadi admin dan memegang watak Meyrin di situ. Terima kasih buat semua admin dan fan club kami.  ^^v ahahahaha~<3

p/s:: mintak2 ada orang hadiahkan anak kucing atau patung arnab/teddy untuk aku… *squuueeezzz*