Dear Diary,
Aku sangat2 malas untuk menulis apa2 pada masa ni... dan ketika ini...jadi aku hanya akan menuliskan point sahaja. Ulasan? hehehe... silakan tanya sekiranya anda tak faham. =D
Perkara yang berlaku kepadaku semasa 24 Februari:
1) Like a dream comes true, seorang jejaka telah memberanikan diri untuk mengatakan 3 perkataan keramat itu kepadaku, secara berdepan dengan menggunakan video chat. Aku terkejut.
2) Kelas Jerman Pelancongan yang diadakan pada 24 Februari itu telah aku hadiri dalam masa yang agak awal... (ini pelik) tapi, aku bersyukur yang aku tak sesat kelas lagi.
3) Aku telah mengenakan pakaian dengan kombinasi skirt labuh + t-shirt dan selendang yang menjadi tudung (memang dah jadi macam tudung bawal biasa tu). (secara jujurnya, aku lebih suka memakai seluar slack, kasut bertutup ala pejabat/ high heels, kot, kemeja)
4) Rakanku yang pertama sekali nampak aku memakai pakaian itu agak terkejut.
5) Orang kedua pula memang rakan sekosmateku yang paling lincah, Cik Sheralmimie... dia sangka aku foreigner..XD ahahahahaha.... rasa nak pecah perut gelak sorang2...
6) Kemudian diikuti dengan beberapa orang kawan yang lain... juga terkejut.
7) Bekas rakan sekelasku semasa Language and ICT dulu, En. Denise, pulak terlopong sebaik saja melihatku. Aku pulak? katakan kepadanya "what??" dan dia cepat2 menjawab "oh...kau rupanya"
8) Kawan sekolejku, Akeel, mamat mix arab-cina ni pulak boleh tengok aku beberapa kali dan dia langsung tak cam aku. Adoiyai... bila aku sapa dia, barulah dia kenal aku. Di tahap ini, aku mulai tertanya2 "adakah aku nampak sangat pelik hari ini????"
9) Aku memutuskan untuk terus fokus di dalam kelas, alhamdulillah berjaya jugak aku menjawab soalan kaw-kaw dari vater kami.
10) Jam 12.30 tengah hari...kami menanti bas di FBMK. Satu pun tak ada. Beberapa orang foreigner mendekati kami dan bertanya arah. Kemudian, aku dan Cik Naemah telah membuat acara jalan kaki untuk balik ke kolej.. sakit bontot jugak duduk lama2 kat situ. Penat sangat... tunggu sampai jam 1.30, kami pun sambil berjalan kaki tu mengambil kesempatan untuk singgah di Putra Food Court. Isi "minyak" sikit. Haha... ada juga perkara menarik berlaku. Dalam perjalanan, aku dan Cik Naemah ni telah bercakap dengan menggunakan kombinasi bahasa melayu, inggeris dan jerman. Minta maaf sangat2 kepada pencinta bahasa. Dan Cik Naemah telah terkena tulah kerananya. Sebab bila foreigner tu bertanyakan harga nasi ayam kat Putra Food Court tu, dia menjawab "Drei ringgit and fifty cent" aku cuma mampu untuk gelak. Hahaha... lalu aku betulkan, "it is just three ringgit and fifty-cents". Kemudian, foreigner tu tanya lagi tentang sayur yang diambilnya, pekerja itu meminta kami menjawab seringgit. Dan cik Naemah kata "one dollar". Again... hehehe...kemudian, selesai makan, kami bertolak ke K12 dan sampai sebelum hujan lebat.
11) Aku pergi ke Mines, kerana duit poketku sudah mengatakan aku takkan dapat survive lama kalau berterusan macam ni. Jadi, kerana handfonku juga perlukan charger (kesian, sakit tenat dan aku pulak dan berapa hari tak on telefon) maka aku mengajak kawanku Cik Naemah untuk turut bersama2 berjalan berjemaah.
12) Tiba2, petang tu pulak hujan turun agak lebat... isy3...ada2 saja. Tapi takkan jadi masalah bagi kami berdua..sebab setiap kali kami plan, mesti jadi macam tu. Dah biasa...terima laa...
13) Kami tiba di Mines dengan skirt yang basah. Berbelanja dengan wang RM150, dan syukur lah ada lagi lebih dalam beberapa puluh ringgit. Tapi alhamdulillah...tak perlu lagi risau kebulur.
14) Kami berbincang tentang buku... buku untuk kosku juga mahal2 belaka. Bayangkan, kami perlukan kamus yang terbaik, dan pecahan elektif kami sangat banyak. Dua buah buku yang lebih nipis daripada buku teks hubungan etnik yang kuning tu pun dan RM150. Aku risau... sebab bajet untuk membeli buku pun aku tak ada untuk yang cash. Bergantung dengan baucer, baucer tu pun pass RM150. Buku untuk Poetry tak beli lagi. Duit makan...minta2 lah dapat survive sebelum PT masuk. Dan juga, aku mula risau tentang tugasan2ku yang semakin banyak. Ya Allah... aku cuma ada masa kurang dari 3 hari saja.
15) Kami mengambil keputusan untuk mengambil teksi, lantaran sarat membawa barang. Aku sempat pergi ke pasar malam, hanya untuk mencari charger bagi telefonku yang memang sudah lama..err...very well. Alhamdulillah...dapat juga charger yang berharga RM10. Aku tak peduli, yang penting aku dapat hidupkan handfonku itu. Wheww...
16) 8.30 malam.. dan aku baru sampai di kolej. Duduk kat tingkat 5, wow... kalau banyak barang untuk dibawa, memang semput. Rehat sekejap di bilik, kemudian turun lagi...untuk menghadiri dua meeting penting event kolej. Hehe... penat, tapi berbaloi.
17) Aku telah dipanggil oleh ayah dalam perjalananku ke bilik mesyuarat. Katanya, dia nak aku temankannya pada sekian sekian haribulan untuk ke mesyuarat bersamanya. Dia nak ajak seorang katanya, dan dia ajak aku. Sebab aku free masa tu, jadi aku bersetuju.
18) Malam tu aku tak tidur lena... serius. Aku terlupa bertanya di mana kelasku untuk kokurikulum nanti. Aku bercadang untuk menambah satu lagi aktiviti kokurikulum, walaupun aku belum mengambil bakti siswa. Aku mahu menjadi pengakap...dan kerana itu aku mendaftar untuk pengakap kelanasiswa. =) sebelum ni dah ambil pengurusan pentas juga. hehe...
So...itulah yang dah terjadi... aku dah mula mengantuk. Mungkin sebab lapar. Tapi... aku tak peduli lagi. Biar lah... huhu...yang penting assignment aku siap dan aku kena buat homeworks yang diminta (buat 50 ayat dalam form A dan 50 lagi untuk Form B dalam bahasa Jerman... kemudian tugasan untuk Jerman perdagangan dan jerman pelancongan yang kena dihantar... dan Poetry yang aku tak faham langsung... dan juga, kena membaca lagi... juga... tugasanku...juga...aku mungkin akan terlepas peluang untuk menyertai projek Bayer untuk pelajar Jerman. Adoi...hadiah dia adalah dua peserta terbaik akan dibawa ke Jerman dalam sponsorship penuh ditaja sepenuhnya oleh agensi tu, juga dalam masa sebulan...pada musim sejuk...aku tension!!)