Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Isnin, 20 Ogos 2012

Diary Of ?: Raya 2012

Me: Baby Zaquan, Aunty love you so much!! <3 muackss...pengubat duka kami...hehe
Baby: Aunty, dont be sad... 


Dear Diary,

Kini daku menghadap laptop, menuliskan diari kali ini. Kenduri baru saja selesai beberapa jam yang lepas, tapi aku masih belum berpeluang berkunjung ke rumah keluarga dan juga sahabat handai. =(

Agak ramai orang yang berkunjung ke rumah sejak kemarin lagi. Mengenakan baju melayu dan segak bergaya, yang perempuan tak kira tua atau muda pula berbaju kurung atau jubah pelbagai warna. Terbit juga secubit rasa jeles, kerana aku beraya selama dua hari ni tanpa mengenakan baju kurung langsung. Mana tidaknya, aku sibuk di dapur membantu mamaku. Rasa mahu nangis, rasa geram, dan segala macam bersarang di dalam hatiku. Tapi, kalau nangis pula nanti budak2 tu sumbat pula mercun dalam mulut ni. heee~ seram!

Sedih rasanya sebab tak dapat beraya macam tahun-tahun sudah. Cubaan, dugaan...begini lah jadinya. Aku cuba untuk tabahkan hati ini, sebab aku tahu beza raya pertama dan hari seterusnya. Sangat berbeza, apa lagi kemeriahannya itu. Tapi apakan daya, nasib seorang gadis memang begini. Dan mungkin kerana kesedihan itu, aku demam laa pulak semenjak semalam. Isy3...

Itulah, bila tiba hari raya aku rasa sedih. Bila masanya aku berjumpa lagi dgn bekas kawan2 sekelas? sebab ada yang raya kedua sudah balik ke tempat kerja dan pelbagai lagi. Perlukah aku tunggu sehingga tahun2 akan datang? ada masanya aku rasakan betul apa yang mereka katakan padaku, "sepatutnya kita beraya ni bergilir. tahun ni kita kemari, tahun depan awak pula kesana". Tiap tahun asyik diorang jak yang melawatku, tapi aku? Aku berharap moga sahabat memahami diri ini. Salam Aidilfitri untuk semua. Jangan sedih2 tau. =') Daku berharap di masa akan datang akan adanya sedikit kebebasan untukku berhari raya. Aku tak mahu terlalu bebas, tidak juga terlalu terikat. Sederhana cukup lah. Bagi orang bernafas juga.

P.S: Ini kali lah...blog terkilan ni....hihihi... nak pujuk, sila bagi duit raya. XD

4 ulasan:

  1. Hey jangan sedih. Syawalkan sebulan. =)

    BalasPadam
  2. wah..comel bayi berkenaan....tak apalah, jangan bersedih.....biasalah tu dugaan raya hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn risau...hehehe =^^= x sedih dah... itu anak buah sy, Zaquan Shah. hehe

      Padam