Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Ahad, 25 Mac 2018

Diary of Life: Kisah Aku dan SL1M Part 2

Dear Diary,

So sambungan kisah dari entri sebelum ini. *Menguap panjang sebab baca tulisan diri sendiri*

Hari kedua aku di KK, dan hari pertama SL1M. Adik aku lewat bangun. Pukul 6.30 pagi baru dia terjaga. Aku dah siap mandi, siap semuanya tapi dia masih lagi bergulung dengan selimut dia. Jadi aku pun ambik kesempatan, belajar lagi fasal SL1M. Pagi itu aku merajinkan diri buat satu senarai kecil. Aku ambil masa sekejap, untuk tanya diri. Tiada sesiapa untuk pengaruhi keputusan aku. Soalan paling penting:

"Aku mahu buat apa? Bidang apa jadi keutamaan, yang aku boleh keluarkan apa aku belajar dulu? Yang aku boleh buktikan dengan diri sendiri dan orang lain, aku sebenarnya belajar benda lain selain bahasa itu sendiri?"

Aku senyum sendiri dan mula senaraikan bidang ikut minat sendiri. Dari yang paling penting, sampailah yang penghabisan (aku labelkan sebagai "Fikir dulu kalau mahu ini" ). Aku banyak habiskan masa dengan anata pagi itu sampailah adik aku bangun dan mula bersiap-siap mau pergi mandi. Haih... bekulat bah menunggu. 

Dan hari itu, aku teruji. Masa turun dari hotel, kaki aku rasa sakit betul. Orang Sabah bilang "kalau bulih laa, mau saja ni beguling-guling sini". Jalan sikit, melintas dua batang jalanraya kecil tiba-tiba... naa gaman, apa perasaan kau kalau syok2 sudah smart2 mau pigi temuduga siap pakai kot blazer lagi tiba-tiba high heels tecabut tapak? 

Aku boleh jawab soalan ni. Aku rasa oren. 

Dalam hati aku siap fikir "Ya Allah..kenapa ni? kenapa Kau nda mau aku pergi awal?". Adik aku jadi runner. Dia pula yang panik fasal kasut aku siap berleter kenapa aku nda beli kasut baru. Haha... kalaulah dia faham. Tapi berlari juga dia pergi ke kedai terdekat, belikan aku gam kasut yang kuat. Kami dua tergendala disitu lebih kurang dua puluh minit. Tunggu gam kasut tu kering, baru sambung jalan kaki pergi DBKK. Jalan perlahan-lahan saja sambil mata melilau mencari bas. 

Sebenarnya kami tidak tahu kalau bas itu sudah jalan atau apa. Kami terjumpa beberapa orang lagi yang mencari-cari bas ke SL1M tapi akhirnya mengalah sebab tidak jumpa. Bagi aku, penambahbaikan untuk pihak penganjur dari segi bas mungkin, tetapkan satu point yang betul2 pasti sebab DBKK itu kawasan dia luas. Bas pergi SL1M pula bagilah signboard yang boleh orang lain nampak "SLIM" besar2 ditulis di depan dan belakang bas tersebut. Pada point menunggu pun letaklah banner seumpamanya supaya orang tahu, disitu tempat menunggu. 

Rupanya hari itu Allah punya perancangan melebihi perancangan kami sendiri. Ada hikmahnya kami tidak jumpa bas. Mungkin Dia mahu kami menolong dua orang gadis yang masa itu pun mahu pergi ke SL1M. Tapi sebelum aku meminta adik aku memanggil perkhidmatan Grab, aku minta dia pergi ke kedai kasut berhampiran di KK PLaza dan belikan aku sepasang kasut formal. Alhamdulillah, saiz aku ada. Masa dia balik akhirnya dia ambil Grab dan kami berempat pergi ke SL1M sama-sama. 

"Oi... jom minum" aku pelawa adik aku makan di salah satu gerai di luar Dewan Canselor UMS. Ya, tiada sarapan pagi, macam-macam hal pula jadi pagi-pagi. Dia nampak kecewa sebab rasanya kami nda sempat untuk hadiah 3000 orang terawal yang terima beg sandang. Aku pujuk dia dan cakap, nanti aku sudah kerja tetap kan aku boleh belikan dia beg sandang bagus. Nda perlu sedih. Adik aku pun gembira balik. 

Sarapan kami pagi itu luar biasa sedap. Berselera betul dia makan. Aku cakap dengan dia, supaya doakan aku dapat SL1M. Dapat tawaran. Ada sesetengah orang tidak mahu pergi SL1M sebab malu dicop penganggur. Aku nda kisah apa orang lain mahu cakap fasal SL1M sebab dalam kepala diorang, SL1M ni untuk yang menganggur tapi they're so wrong. SL1M ni... yang hadir bukan graduan teda kerja saja tapi graduan yang bekerja dan punya gaji tidak setimpal pelajaran, macam aku. Aku cakap aku nda malu mau pergi SL1M ni, sebab ya siapa tahu kan apa nasib aku lepas habis latihan. Kalau ini rezeki Dia bagi, kenapa perlu tolak? kenapa perlu malu sedangkan kita tidak meminta-minta sama sesiapa? bukannya kita minta beras orang lain. Ada kawan aku yang politikkan benda ni tapi aku rasa ini kurang adil juga laa untuk aku bila dia cakap begitu. Aku kata, bukan semua bernasib baik habis ja belajar dapat kerja terus. Macam-macam halangan. Dan fikirlah, ramai yang jadi penganggur bukan sebab malas tidak mahu kerja tetapi sebab macam-macam halangan yang datang dalam hidup diorang.Tuan badan saja yang tahu. 

Dipendekkan cerita, aku skip bahagian pendaftaran melalui komputer sebab aku sudah buat pendaftaran sebelum datang. Turn out... bila orang kaunter mintak number IC aku... omg...data aku tiada dalam sistem. Aku masih bersabar. Aku kata dengan diri sendiri jangan mencarut, jangan memaki walau dalam hati. Nda bagus. Nanti rezeki lari. Senyum saja, aku pun balik pergi kawasan yang disediakan komputer dan mula mengisi data aku. Komputer pulak freeze selama lebih 15 minit... astagaa... 

Mengucap panjang aku disitu. Ada pula pacik-pacik datang siap tanya aku berapa lama aku ni menganggur. Eh pacik...nda minat sama anak lelakimu. Membaca-baca ayat yang menghalau segala syaitonirrajim sebab aku mula rasa tekanan tu. Tapi apapun aku jawab dengan dia "oh...saya sudah kerja, pacik". Dia pun pertikaikan kenapa mahu SL1M sedangkan aku sudah bekerja. Dari bait bicaranya, seolah-olah dituduhnya aku nda bersyukur. Oh...kalaulaa pacik paham. Aku biarkan ja laa orang tua tu pergi. Dalam hatiku, jangan marah...sabar...semua hari ni ujian. Ada hikmahnya.

Akhirnya aku lepas juga pendaftaran tu. Siap ada tiket bertuah tu wiiii. Hepi bah. Adik aku datang dengan beg SL1M kaler biru sambil pandang aku. Dia cakap ...

"Kau tahu... aku rasa kau kena pilih bagus-bagus" 

Dia bawak aku pergi ke satu sudut. Sudut yang ditampal dengan kertas-kertas setiap syarikat yang mengambil bahagian. Sudut yang penuh dengan penjelasan apa setiap syarikat mahukan untuk calon pelatih SL1M dia. Rasa mahu menangis tu datang lagi.. Ya Allah... satu pun syarikat tiada bagitahu fasal mahukan graduan yang pernah belajar language aka bahasa. Ada syarikat yang mahukan apa2 sahaja Ijazah Sarjana Muda... tapi aku? aku dimana?

Aku diam. Aku pandang ke tempat lain sesekali. Rasa mahu menangis itu semakin kuat. Aku lihat di suatu sudut ada orang yang memujuk anaknya lepasan diploma, dan aku yakinkan diri sekurang-kurangnya aku masih ada peluang walaupun tipis. Aku cuba sembunyikan reaksi kecewa sedikit itu dari adik aku dan berusaha senyum di depannya. Kami melangkah masuk di dalam dewan sambil dalam hati aku berdoa, kalau ini yang terbaik untuk aku dan keluarga aku moga Dia permudahkan urusan hari ini...

Suasana SL1M diwaktu pagi dan masih ramai di luar dewan sedang mendaftar

Kami duduk sekejap di kerusi didalam dewan ni. Aku sudah siap senaraikan syarikat yang aku mahu pergi (sekiranya tidak dapat). Ada enam sahaja. Tapi aku tidak mengeluh. Aku yakin, hari ini rezeki aku disini. Aku ambil masa 30 minit untuk mengkaji syarikat yang bakal aku pergi untuk persediaan kalau-kalau dipanggil terus interview on the spot. Mana boleh pergi sahaja, satu habuk pun tidak tahu fasal kompeni kan? Ada kawan baru disebelah, walau tidak kenal bolehlah mula berkenalan. Mana kau tahu, dia kerja satu kompeni dengan kau nanti. Adalah geng kamceng, tidaklah kau rasa aneh sendiri di tempat itu. 

Aku? aku sudah mula hilang semangat. Aku perhatikan satu-satu orang yang lalu di tangga sebelah aku ni. Ada yang gembira sebab dapat dengan kawan-kawan, ada yang lonely macam aku. Oh biarlah.. nanti aku mesti ada kawan juga. Aku pun pergi ke syarikat pertama yang aku plan pergi. 

40 minit berbaris dan rezeki aku bukan disitu sebab mereka minta aku isi secara online sahaja untuk jawatan kosong. Aku pergi dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada wakil syarikat yang telah melihat resumeku. 

Mata melilau di sekeliling dan aku menjenguk di booth seterusnya. Dua booth, dan tidak dapat. Booth ketiga ada ramai orang tetapi aku masih ikut berbaris. Satu-satunya booth yang menarik minat aku kerana terang-terangan dia mahukan pelajar lepasan bahasa. Pendek kata di booth ketiga ini, aku hadapi pelbagai situasi tapi aku berjumpa kenalan baru. Kami semua disitu bertandang untuk mencuba nasib. Aku diuji dengan kebolehan bahasa semasa mendaftar dan yeaaaa aku dapat borang itu. Situasi booth ini, biarlah aku simpan sendiri sebagai kenangan sebab benda2 lucu yang berlaku. Penantian, kesabaran itu bagus. Allah dengar dan sentiasa nampak usaha itu mungkin. Aku dapat tawaran aku on the spot! Yes! Aku nekad beritahu si dia dan ahli keluarga aku berita gembira itu. Tapi aku buat sedikit kesilapan kecil. Aku berlalu pergi dari situ selepas dapat surat tawaran aku sedangkan sepatutnya aku tunggu dan tengok siapa yang dapat kat tempat sama dengan aku. Sekurang-kurangnya, bolehlah kami berpakat hendak menyewa rumah dan sebagainya. Kenapa aku tak cuba syarikat lain pula walaupun syarikat yang aku pilih mungkin takdelah tawarkan macam-macam kat aku seperti kemudahan asrama dan pengangkutan, also elaun lebih? bagi aku, itu rezeki aku dapat. Kenapa aku perlu tamak tutup rezeki orang lain pula kalau aku tahu akhirnya aku akan buang dan tak terima tawaran kompeni tu jugak. Jadi...no. Dapat tetap dapat, dan terima syarat yang ditetapkan. Ini pengalaman baru untuk aku belajar berdikari juga.

Sempat tengok konsert Stacy, sempat makan takoyaki sedap, sempat pergi beli air green tea sedap.. aku rasa saaangaat lega lepas temuduga itu.Sakit kaki? yes. Hahaha.. gila betul. Tapi kegembiran ni, sangat bermakna untuk aku. Mungkin aku akan jauh di rantau orang, tapi disinilah aku sendiri mahu belajar keluar dari zon selesa. Kata mahu jadi world traveller, tak semestinya akan hidup selesa tinggal dihotel kan..

A step forward towards my dreams...


Diary of Life: Kisah Aku dan SL1M Part 1

Goodies bag dari SL1M. Suka buku tu sebab boleh doodle.


Dear Diary,

Ciss.. aku terlambat sedikit bercerita fasal entri ni. Sudah seminggu berlalu selepas aku pergi ke temuduga SL1M. Haha... ok, mungkin ni cliche dengan cerita orang lain (mungkin laa, nak). Tapi aku tetap rasa nak menulisnya.. sebab? yep, ini temuduga SL1M aku yang pertama. 

Selain itu? yeeeeeaaaa macam-macam kejadian tidak diingini aku lalui sebelum, semasa dan selepas aku pergi interview ni. Tapi sebelum itu, pesanan penaja dari saya Lyana, tolong ye... ambik pengajaran. Janganlah jadi macam saya (kat part yang tak best laa maksud aku). Bah...boleh mula sudah ni kan... 

Aku sebenarnya dalam keadaan serba salah minggu tu. Mau pergi atau tidak untuk SL1M tapi kalau tidak pergi, well bila lagi aku dapat peluang syarikat-syarikat berkumpul begitu untuk aku pergi temuduga sekaligus kan?. Aku ni sudahlaa gaji sebulan ciput ja, mana aku mampu mau berkejar sana sini pergi temuduga di satu-satu syarikat yang ada. Mula-mula aku nda bilang apa-apa sama mak bapa aku sampailaa sudah dua hari sebelum temuduga, baru aku bagitahu yang keesokan harinya sudah mau jalan. Mau bertolak pergi Kota Kinabalu. Yeaa...mak bapak aku terkejut habis. Mau buat apa pigi KK, tetiba jak mau jalan kan? Anak dara dia selama ni bagus jak duduk kat rumah, tetiba pulak kemas beg siap angkut macam2 benda masukkan dalam beg macam mau lari. haha (jangan kau tiru pulak. Mintak restu bagus-bagus. Ketulahan kau nanti...isyy)


Aku perasan sesuatu masa hari terakhir aku di rumah sebelum kelas aku hari tu. Seluar formal hitam yang aku pakai masa hari aku konvokesyen beberapa tahun dulu mau kena baiki kat bahagian kaki. Dengan aku yang begerigau (kalut) fasal format resume aku yang lari dari format asal aku bila kena cetak, dan segala macam benda yang aku kena urus tu akhirnya buat aku ambik keputusan untuk meminta pertolongan salah seorang pelajar comel aku. Aku niatkan, kalau temuduga aku berjaya dan aku dapat tawaran on the spot nanti aku mau carikan budak ni hadiah baik punya. 

Seluar aku kena repair dalam masa kurang 30 minit jak. I'd say fitting dia terbaiklah (credit to her, also the teacher) . I am very thankful. Thanks a lot, Puput. Habis jak kelas aku hari tu, aku urus dokumen lain dan balik rumah, ndada rehat lagi. Terus kemaskan beg, bawak mana yang perlu termasuklah dua helai baju formal. Satu tu spare, kalau-kalau aku nda dapat tawaran hari pertama atau kompeni tu panggil aku temuduga keesokan harinya sebab giliran aku nda sampai lagi. Aku pun bagitahu mak bapa aku, yang aku balik cuma lepas sesi SL1M habis selama dua hari tu kalau aku masih tidak dapat tawaran apa-apa pada hari pertama ke apa, dan juga persediaan kalau-kalau majikan request untuk buat temuduga pada hari kedua. 

Sesuatu yang aku nda jangka keluar dari mulut mak bapa aku, ialah ayat-ayat ni:

Bapa: Kau datang awal. Temuduga mesti kemas. Pakai kasut bertutup. Kalau pergi temuduga, mohon jawatan yang kau minat, kau boleh angkat. Kau rasa kau mampu belajar benda baru. Bapa ni, tiada halangan. Ikut minat kamu saja ni, nak. Yang penting kalau jauh pun, jaga diri bagus-bagus.

Mak: Kalau dapat kerja jauh pun, nda apa lah. Kami mau kau duduk dekat sini, tapi kalau rezeki kau di tempat jauh macam mana kami halang pun, rezeki kau tetap disitu. Pigilah, nak. Mudah-mudahan kau dapat yang terbaik. 

Oh my God.... apa lagi yang seorang anak boleh minta selain restu ibu-bapa (aku tau kau minta eskrem kan) ? I dont need their money, but bless! This is great! I completely feels so much happy. (Terlebih gembira sambil peluk Sakuma bear)

Lepas siap mengemas harta benda dan sumbat sekali seterika aku dalam beg tu, aku mula-mula telefon adik aku di KK. Tanya dia, konfem ka atau nda mau temankan aku. Dia excited siap cakap dia mau. Jadi, lepas telefon dia aku konfemkan kat pihak hotel (beberapa hari sebelum tu aku tempah awal2, tapi bilik single) yang aku mau book bilik ada katil double sebab adik aku join sekali. Alhamdulillah pihak hotel pun cakap diorang ok jak. Eh...kamu urang yang mau pergi SL1M suatu masa nanti kena ingat fasal hotel kalau plan tinggal di hotel tau. Sebab, hari aku sampai tu hotel aku duduk pun memang full house sudah. Banyak hotel bajet sekitar kawasan tu full house sebab ramai mau pergi SL1M. Lepas hotel, aku konfemkan pula aku mau ikut uncle yang selalu bawak van pergi KK tu. Dia pun ok. Apa lagi gembiralah aku, tinggal angkat kaki jak ahaha. 

Bapa aku tetiba datang. Beliau tengok-tengok aku di ruang tamu yang sedang tergolek dengan beg aku yang sendat dengan pakaian. Berderau darah dengar ayat dia "kau sudah kasi keluar duit ka untuk tambang? bayar hotel? belanja makan?". Ayat ni macam sebutir bom atom gugur di depan aku. Laju ja aku berdiri, panik dan tengok dompet aku. Ha... banyak resit didalam tu, ada 70 sen duit syiling dan ada duit cukup untuk buat tambang dan makan sekali ja. Wis kau nak... matilah aku kalau begini... 

Aku tengok bapa, bapa pun tengok aku. Dia ajak aku pergi bank untuk keluarkan duit. Laju jugaklaa aku bersiap. Gila... mau jalan ndakda duit. Tapi sadly, sampai ja di bank mesin ATM pulak inda boleh pakai sebab under maintenance. Aku mulai panik, tapi depan bapa aku cool jak kunun siap cakap "alah besok di KK aku korek dari bank ja". LOL aku siap beli sekotak air perisa tembikai susu untuk bertenang. All iz well... all iz well... 

Malam tu aku sempat lagi berbual dengan yang tersayang nun jauh di Pahang. Aku nda dapat elak dari rasa gembira, dan berdebar dalam masa yang sama. Adui... hari yang panjang aku rasa. 

*****

The next day, aku bangun awal. Laju jak aku kemaskan tempat tidur dan bersiap. Mak bapa aku awal pagi lagi sudah terjaga, sempat berbual-bual fasal temuduga tu. Mak siap tanya kalau aku ada duit atau nda untuk belanja tapi aku cakap bagus-bagus supaya jangan risau. Aku nda sempat sarapan tapi aku sempat goreng telur dan letak dalam bekas dengan nasi putih dan sambal pedas yang aku buat malam tu just in case uncle tu singgah di Telupid jadi bolehlaa aku makan. Van pun datang depan rumah aku dalam jam 7.30 pagi macam tu. My parents sempat wished me luck

Masa aku naik van tu, aku jumpa seorang kawan baru. Ramai yang naik van tu masa tu tapi aku rasa diorang semua pergi SL1M jugak. Seorang ni, umur sebaya aku. Ndalah aku rasa sunyi dalam van sebab sepanjang perjalanan kitorang berbual sambil beketawa. This girl cerita fasal adik-adik dia yang pergi SL1M dan dari sini aku dapat tahu sedikit fasal SL1M. Uih... bagus jugak aku naik van tu. 

Something magical happened. Uncle tu nda singgah di Telupid. Aku terus gembira sebab konfem uncle singgah di Pekan Ranau. Sana ada bank, bolehlah aku korek duit. Tapi perut aku jangan cakaplaa. Memulas mau makanan. Aku tahankan ja. Macam nda bagus pula makan dalam van dengan sambal tomato yang aku masak tu bau belacan semerbak. Takut orang lain muntah, jadi nda apa lah bah kan. Tahan ja sampai di Pekan Ranau. 

Sampai ja kat situ, uncle cakap kitorang ada 30 minit mau pergi makan dan menjamban sekaliannya. Aku apa lagi, larilah bah laju-laju kan (eh tapi tengok-tengok juga kereta tu). Kawan baru temankan aku pergi bank untuk korek duit belanja. Lepas tu kami pun pergi makan di restoran yang terkenal dengan sup sedap dia, Restoran Tanjung Puteri. Berbual-bual sampai dilupakan sudah tu nasi yang dibungkus siap-siap dari rumah ahaha. Lepas makan, ada pula aiskrim best dijual di kawasan tu. Baru perasan betapa sedapnya aiskrim ni. 

Soft ice cream dengan topping chocolate chips

Biskut chocolate chip sedap dari kedai aiskrim tu

Jadi, perjalanan diteruskan dan sampailaa aku di KK. Senang hati bah sudah sebab nda perlu risau fasal belanja. Masa mau sampai ni, KK agak jammed. Mau juga kepoh kan apa juga jadi penyebab ni. Rupanya saaaanaa di Gaya Street masa tu ada perayaan sambutan 100 tahun bangunan Jalan Gaya. Macam-macam ada pula tu situ. Ee siuk.. pergi KK ada pula perayaan ni, sebenarnya musim paling bagus untuk tengok barang-barang macam kraf tempatan dan hasil seni orang-orang kita. Makanan? wow kau seja tu tidak mau makan. Dari siring jalan ja boleh nampak orang buat tarian tradisional. 

Aku sudah nda sabar mau turun walaupun hujan renyai-renyai. Masih dalam van bah pula tu hahaha...nda kan mau terjun dari tingkap kan?. Penangan Gaya Street tu, turun ja dari van aku berlari-lari anak di tepi laluan pejalan kaki. Putus bah tali beg. Bergolek beg tu macam nangka jatuh dari pokok. Aku? terkaku sekejap. Laju-laju ja angkat beg tu. Haha gila...bikin malu betul. Banyak kereta limpas lagi tu. Tapi bertabah saja la. Mau pigi hotel pun jalan kaki jauh juga tapi sebab nekad sudah mau pergi SL1M, gagahkan saja. 

Orang hotel pun nampak bersimpati dengan aku masa aku sampai. Huih...bikin ampus bah jalan jauh lepas tu dengan beg berat lagi. Lepas bayar hotel untuk dua malam, dia bagi kunci bilik. Siapa juga nda gembira kan dapat bilik tingkat satu ja. Mungkin kalau masa tu dia bagi bilik tingkat atas, menangislaa aku didepan kaunter hotel tu buat muka cumil (comel) sebab nda larat mengangkat beg. Sampai ja dibilik terus baring di atas tilam. Baring kasi lurus badan semua dan buka aircond. Kemudian, sambung lagi perasaan mahu menangis semata-mata mahu adjust resume punya format. Sekali lagi aku tegaskan, seminggu sebelum interview tolong gatal tangan adjustkan mana yang patut di resume kau tu. Lagi awal lagi bagus. Tiadalaa mau pening2 macam aku. 

Yaaa..kau tahu? selain adjust aku belum print out resume aku hahahaha. Petang tu juga aku turun, round blok bangunan situ semata-mata printkan resume aku. Tahan ja laa harga dia ya. Aku print 5 set. Kaler. Lepas tu planning untuk print resume jenis grafik terbantut sebab tiada pulak kertas berwarna homaigaaaddd. Printing satu hal, kertas lagi buat hal...adui...pening. 

OK. Demi memujuk diri sendiri supaya bertenang, maka kami (aku dan adik aku) berjalan-jalan di sekitar Gaya Street. Beli makanan, beli jus buah sedap. Jalan kawasan KK Plaza pula banyak buah durian. Apa lagi...jangan belama. Sambil tu cari kertas juga. Haih...tiada yang berkenan. Di Sinsuran, ada cybercafe yang print hitam putih RM0.50 ja. Akhirnya beli kertas di Center Point dan balik di cybercafe tu untuk print 10 keping (which was...sia2 sebenarnya sebab yeah kompeni yang ada mintak resume dua muka surat mostly). Beli itu ini...bajet pun lari. Sabar ja la. Pengajaran ni.

Kami berjalan-jalan di pasar malam. Aku bagitau adik aku, kasut aku jenis platform. Kasut ni kasut lama, sejak aku konvokesyen lagi sebab tu aku sayang. Tapi aku tiada bawak stoking lebih. Jadi aku ambil keputusan, untuk singgah di salah satu gerai dan beli stokin yag sesuai.  Yakin yang semua barang sudah dibeli, kami pun naik ke hotel. 

Malam tu baru belajar fasal SL1M bila sudah balik ke hotel. Aku cuba keluarkan barang-barang perlu untuk dibawa masa temuduga, dan.... OMG.... stoking yang aku beli sebelah ja! SEBELAH... tertinggal di gerai tu ahahahaha. Aku panik, dan ambil keputusan untuk turun balik ke gerai tu untuk cakap dengan penjual fasal sebelah stoking tu. Level tekanan pun sudah meningkat masa tu tapi alhamdulillah dapat kawal. Aku bagitau anata aku, yang aku sebenarnya sudah mula gabra. Malam tu rajinkan diri juga seterika baju semua sebelum tidur, dan susun fail bagus-bagus. 

Long day for that day....but.... my adventure is not yet end...

***bersambung***