Dear Diary,
So sambungan kisah dari entri sebelum ini. *Menguap panjang sebab baca tulisan diri sendiri*
Hari kedua aku di KK, dan hari pertama SL1M. Adik aku lewat bangun. Pukul 6.30 pagi baru dia terjaga. Aku dah siap mandi, siap semuanya tapi dia masih lagi bergulung dengan selimut dia. Jadi aku pun ambik kesempatan, belajar lagi fasal SL1M. Pagi itu aku merajinkan diri buat satu senarai kecil. Aku ambil masa sekejap, untuk tanya diri. Tiada sesiapa untuk pengaruhi keputusan aku. Soalan paling penting:
"Aku mahu buat apa? Bidang apa jadi keutamaan, yang aku boleh keluarkan apa aku belajar dulu? Yang aku boleh buktikan dengan diri sendiri dan orang lain, aku sebenarnya belajar benda lain selain bahasa itu sendiri?"
Aku senyum sendiri dan mula senaraikan bidang ikut minat sendiri. Dari yang paling penting, sampailah yang penghabisan (aku labelkan sebagai "Fikir dulu kalau mahu ini" ). Aku banyak habiskan masa dengan anata pagi itu sampailah adik aku bangun dan mula bersiap-siap mau pergi mandi. Haih... bekulat bah menunggu.
Dan hari itu, aku teruji. Masa turun dari hotel, kaki aku rasa sakit betul. Orang Sabah bilang "kalau bulih laa, mau saja ni beguling-guling sini". Jalan sikit, melintas dua batang jalanraya kecil tiba-tiba... naa gaman, apa perasaan kau kalau syok2 sudah smart2 mau pigi temuduga siap pakai kot blazer lagi tiba-tiba high heels tecabut tapak?
Aku boleh jawab soalan ni. Aku rasa oren.
Dalam hati aku siap fikir "Ya Allah..kenapa ni? kenapa Kau nda mau aku pergi awal?". Adik aku jadi runner. Dia pula yang panik fasal kasut aku siap berleter kenapa aku nda beli kasut baru. Haha... kalaulah dia faham. Tapi berlari juga dia pergi ke kedai terdekat, belikan aku gam kasut yang kuat. Kami dua tergendala disitu lebih kurang dua puluh minit. Tunggu gam kasut tu kering, baru sambung jalan kaki pergi DBKK. Jalan perlahan-lahan saja sambil mata melilau mencari bas.
Sebenarnya kami tidak tahu kalau bas itu sudah jalan atau apa. Kami terjumpa beberapa orang lagi yang mencari-cari bas ke SL1M tapi akhirnya mengalah sebab tidak jumpa. Bagi aku, penambahbaikan untuk pihak penganjur dari segi bas mungkin, tetapkan satu point yang betul2 pasti sebab DBKK itu kawasan dia luas. Bas pergi SL1M pula bagilah signboard yang boleh orang lain nampak "SLIM" besar2 ditulis di depan dan belakang bas tersebut. Pada point menunggu pun letaklah banner seumpamanya supaya orang tahu, disitu tempat menunggu.
Rupanya hari itu Allah punya perancangan melebihi perancangan kami sendiri. Ada hikmahnya kami tidak jumpa bas. Mungkin Dia mahu kami menolong dua orang gadis yang masa itu pun mahu pergi ke SL1M. Tapi sebelum aku meminta adik aku memanggil perkhidmatan Grab, aku minta dia pergi ke kedai kasut berhampiran di KK PLaza dan belikan aku sepasang kasut formal. Alhamdulillah, saiz aku ada. Masa dia balik akhirnya dia ambil Grab dan kami berempat pergi ke SL1M sama-sama.
"Oi... jom minum" aku pelawa adik aku makan di salah satu gerai di luar Dewan Canselor UMS. Ya, tiada sarapan pagi, macam-macam hal pula jadi pagi-pagi. Dia nampak kecewa sebab rasanya kami nda sempat untuk hadiah 3000 orang terawal yang terima beg sandang. Aku pujuk dia dan cakap, nanti aku sudah kerja tetap kan aku boleh belikan dia beg sandang bagus. Nda perlu sedih. Adik aku pun gembira balik.
Sarapan kami pagi itu luar biasa sedap. Berselera betul dia makan. Aku cakap dengan dia, supaya doakan aku dapat SL1M. Dapat tawaran. Ada sesetengah orang tidak mahu pergi SL1M sebab malu dicop penganggur. Aku nda kisah apa orang lain mahu cakap fasal SL1M sebab dalam kepala diorang, SL1M ni untuk yang menganggur tapi they're so wrong. SL1M ni... yang hadir bukan graduan teda kerja saja tapi graduan yang bekerja dan punya gaji tidak setimpal pelajaran, macam aku. Aku cakap aku nda malu mau pergi SL1M ni, sebab ya siapa tahu kan apa nasib aku lepas habis latihan. Kalau ini rezeki Dia bagi, kenapa perlu tolak? kenapa perlu malu sedangkan kita tidak meminta-minta sama sesiapa? bukannya kita minta beras orang lain. Ada kawan aku yang politikkan benda ni tapi aku rasa ini kurang adil juga laa untuk aku bila dia cakap begitu. Aku kata, bukan semua bernasib baik habis ja belajar dapat kerja terus. Macam-macam halangan. Dan fikirlah, ramai yang jadi penganggur bukan sebab malas tidak mahu kerja tetapi sebab macam-macam halangan yang datang dalam hidup diorang.Tuan badan saja yang tahu.
Dipendekkan cerita, aku skip bahagian pendaftaran melalui komputer sebab aku sudah buat pendaftaran sebelum datang. Turn out... bila orang kaunter mintak number IC aku... omg...data aku tiada dalam sistem. Aku masih bersabar. Aku kata dengan diri sendiri jangan mencarut, jangan memaki walau dalam hati. Nda bagus. Nanti rezeki lari. Senyum saja, aku pun balik pergi kawasan yang disediakan komputer dan mula mengisi data aku. Komputer pulak freeze selama lebih 15 minit... astagaa...
Mengucap panjang aku disitu. Ada pula pacik-pacik datang siap tanya aku berapa lama aku ni menganggur. Eh pacik...nda minat sama anak lelakimu. Membaca-baca ayat yang menghalau segala syaitonirrajim sebab aku mula rasa tekanan tu. Tapi apapun aku jawab dengan dia "oh...saya sudah kerja, pacik". Dia pun pertikaikan kenapa mahu SL1M sedangkan aku sudah bekerja. Dari bait bicaranya, seolah-olah dituduhnya aku nda bersyukur. Oh...kalaulaa pacik paham. Aku biarkan ja laa orang tua tu pergi. Dalam hatiku, jangan marah...sabar...semua hari ni ujian. Ada hikmahnya.
Akhirnya aku lepas juga pendaftaran tu. Siap ada tiket bertuah tu wiiii. Hepi bah. Adik aku datang dengan beg SL1M kaler biru sambil pandang aku. Dia cakap ...
"Kau tahu... aku rasa kau kena pilih bagus-bagus"
Dia bawak aku pergi ke satu sudut. Sudut yang ditampal dengan kertas-kertas setiap syarikat yang mengambil bahagian. Sudut yang penuh dengan penjelasan apa setiap syarikat mahukan untuk calon pelatih SL1M dia. Rasa mahu menangis tu datang lagi.. Ya Allah... satu pun syarikat tiada bagitahu fasal mahukan graduan yang pernah belajar language aka bahasa. Ada syarikat yang mahukan apa2 sahaja Ijazah Sarjana Muda... tapi aku? aku dimana?
Aku diam. Aku pandang ke tempat lain sesekali. Rasa mahu menangis itu semakin kuat. Aku lihat di suatu sudut ada orang yang memujuk anaknya lepasan diploma, dan aku yakinkan diri sekurang-kurangnya aku masih ada peluang walaupun tipis. Aku cuba sembunyikan reaksi kecewa sedikit itu dari adik aku dan berusaha senyum di depannya. Kami melangkah masuk di dalam dewan sambil dalam hati aku berdoa, kalau ini yang terbaik untuk aku dan keluarga aku moga Dia permudahkan urusan hari ini...
Suasana SL1M diwaktu pagi dan masih ramai di luar dewan sedang mendaftar |
Kami duduk sekejap di kerusi didalam dewan ni. Aku sudah siap senaraikan syarikat yang aku mahu pergi (sekiranya tidak dapat). Ada enam sahaja. Tapi aku tidak mengeluh. Aku yakin, hari ini rezeki aku disini. Aku ambil masa 30 minit untuk mengkaji syarikat yang bakal aku pergi untuk persediaan kalau-kalau dipanggil terus interview on the spot. Mana boleh pergi sahaja, satu habuk pun tidak tahu fasal kompeni kan? Ada kawan baru disebelah, walau tidak kenal bolehlah mula berkenalan. Mana kau tahu, dia kerja satu kompeni dengan kau nanti. Adalah geng kamceng, tidaklah kau rasa aneh sendiri di tempat itu.
Aku? aku sudah mula hilang semangat. Aku perhatikan satu-satu orang yang lalu di tangga sebelah aku ni. Ada yang gembira sebab dapat dengan kawan-kawan, ada yang lonely macam aku. Oh biarlah.. nanti aku mesti ada kawan juga. Aku pun pergi ke syarikat pertama yang aku plan pergi.
40 minit berbaris dan rezeki aku bukan disitu sebab mereka minta aku isi secara online sahaja untuk jawatan kosong. Aku pergi dengan senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada wakil syarikat yang telah melihat resumeku.
Mata melilau di sekeliling dan aku menjenguk di booth seterusnya. Dua booth, dan tidak dapat. Booth ketiga ada ramai orang tetapi aku masih ikut berbaris. Satu-satunya booth yang menarik minat aku kerana terang-terangan dia mahukan pelajar lepasan bahasa. Pendek kata di booth ketiga ini, aku hadapi pelbagai situasi tapi aku berjumpa kenalan baru. Kami semua disitu bertandang untuk mencuba nasib. Aku diuji dengan kebolehan bahasa semasa mendaftar dan yeaaaa aku dapat borang itu. Situasi booth ini, biarlah aku simpan sendiri sebagai kenangan sebab benda2 lucu yang berlaku. Penantian, kesabaran itu bagus. Allah dengar dan sentiasa nampak usaha itu mungkin. Aku dapat tawaran aku on the spot! Yes! Aku nekad beritahu si dia dan ahli keluarga aku berita gembira itu. Tapi aku buat sedikit kesilapan kecil. Aku berlalu pergi dari situ selepas dapat surat tawaran aku sedangkan sepatutnya aku tunggu dan tengok siapa yang dapat kat tempat sama dengan aku. Sekurang-kurangnya, bolehlah kami berpakat hendak menyewa rumah dan sebagainya. Kenapa aku tak cuba syarikat lain pula walaupun syarikat yang aku pilih mungkin takdelah tawarkan macam-macam kat aku seperti kemudahan asrama dan pengangkutan, also elaun lebih? bagi aku, itu rezeki aku dapat. Kenapa aku perlu tamak tutup rezeki orang lain pula kalau aku tahu akhirnya aku akan buang dan tak terima tawaran kompeni tu jugak. Jadi...no. Dapat tetap dapat, dan terima syarat yang ditetapkan. Ini pengalaman baru untuk aku belajar berdikari juga.
Sempat tengok konsert Stacy, sempat makan takoyaki sedap, sempat pergi beli air green tea sedap.. aku rasa saaangaat lega lepas temuduga itu.Sakit kaki? yes. Hahaha.. gila betul. Tapi kegembiran ni, sangat bermakna untuk aku. Mungkin aku akan jauh di rantau orang, tapi disinilah aku sendiri mahu belajar keluar dari zon selesa. Kata mahu jadi world traveller, tak semestinya akan hidup selesa tinggal dihotel kan..
A step forward towards my dreams...