Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Rabu, 25 Mei 2011

Bila Mak Tanya Soalan "Free" ...

Assalammualaikum w.b.t..

Adei... tajuk ni macam lain sikit kan? Memang itu lah yang saya fikirkan sejak awal pagi tadi. Saya asyik teringat pada peristiwa beberapa hari lepas..err... adalah. Tiba2 kenangan silam mengimbau kembali...ceh..ceh..ceh. Haha... Okay, bagi gadis2 yang sudah bergelar "lady", bukan "madam" ya, saya nak tanya. Pernahkan Mak kalian tanya soalan "free"? Saya maksudkan soalan tu bukan laa yang direct SMS or whatever yang melibatkan kos. Tapi, secara berhadapan dengan korang... face 2 face. Sebab saya pernah alami beberapa kali, jadi saya nak share pengalaman itu. =) Take it positive ya.

Dulu, sebelum saya masuk form 6, mak saya tanya result UPU saya. Saya kata "adui bah... macamana lah aku mau masuk UMS mak kalau sekarang baru lepasan tingkatan 5? Keputusan orang lain lebih bagus daripada ini *tunjuk slip SPM dengan mak* ". Biasalah, kami berbual dengan orang yang kami rapat...guna aku-kau jer. Tp dgn parents saya, saya guna "mama" atau "papa" kadang2. Special case la katakan. Okay. Sambung lagi... Masa mak tengok slip tu (sebab mak saya tak tahu membaca, tapi kenal huruf A saja) dia pun happy. Tengah hari, rutin biasa bagi saya bila duduk kat dapur masa tu. Heh... tolong tengok jer... =P mak masak. Tiba2, mak saya duduk menghadap saya. Uisy, terkejut! Tak pernahnya dia macam tu. Soalan "free" pertamanya, "Kau masih mau belajar?" jadi saya angguk saja. Mengiyakan. Dia kata "kalau kau masih mau belajar, belajar lah betul2". Stop di situ.

Seminggu kemudian... mak saya ni baru balik dari suatu tempat la. Dia kata ada pakcik saya, Pak cik X (bukan nama sebenar) terserempak dengan dia. Cerita punya cerita, mak kata Pak cik X ni asyik tanya pasal saya ja. Saya pun apa lagi, naik seram lah. Mana tidaknya, Pak cik X tu memang ada kaitan dengan keluarga saya. Ada anak2 teruna lagi, senior 2-5 tahun lagi dari saya. Dengan menggigilnya kaki saya masa tu, saya beranikan diri untuk bertanya. "Jadi?", mak saya pun sambung cerita lagi. Masih terngiang-ngiang sehingga kini, "Pak cikmu puji kau. Dia bilang kau pandai". Saya terdiam... entahlah. Saya rasa lain macam dengan pujian itu. Perasaan saya kot? Hahaha...

Kemudiannya, saya masuk form 6 sebab saya sudah mula tawar hati untuk masuk U. Bukan rezeki saya. Mungkin sebab keputusan subjek matematik yang cuma sekadar lulus saja tidak melayakkan saya untuk bergelar pelajar Diploma pada masa itu. Saya terima seadanya, dan saya teruskan perjuangan di tingkatan 6. Mama dan Papa menyokong. Alih-alih, saya menghabiskan pengajian Pra-U saya di SMK Beluran Bestari pada tahun 2009. Alhamdulillah... syukur...  Tapi, saya mula dihimpit rasa tak senang hati. STPM bukan penentu kejayaan saya memandangkan setiap kali ujian, pointer saya 1.5 ke bawah. Saya mula putus harapan untuk masuk ke universiti. Bila keputusan STPM saya masih belum diumumkan, saya sudah mendapat tawaran ke ACT atau lebih dikenali dengan Kolej Teknologi Alpha. Bertempat di Negeri Sembilan. Masih dilema, saya hanya mengikut prosedur yang telah digariskan untuk mengisi borang yang telah diberikan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya mendapat surat balasan beberapa minggu kemudian, dan saya telah mendapat jemputan daripada Dr.Hamzaid Yahya sendiri untuk bersama-sama menghadiri temuduga pengambilan pelajar di Hotel Sandakan. Itu pun selepas keputusan STPM telah diumumkan. Teruk juga rasanya bila mendapat pointer cukup syarat saja. Tapi saya tak kisah, janji itu adalah usaha saya dan salah saya sendiri sebab tak belajar. Pertama kali saya menghadiri temuduga, dan beliau sangat ramah. Saya diterima masuk ke ACT ambilan Julai, dan untuk itu saya perlu bersedia.

Beberapa bulan kemudian, saya diberitahu oleh rakan saya bahawa keputusan UPU akan diumumkan dalam masa terdekat. Hah! UPU... saya tak ada hati lagi untuk mengambil tahu. Sebab setakat itu, saya telah banyak menguruskan dokumen saya ke ACT dan memang telah 98% siap diuruskan. Pihat ACT telah memberikan saya nombor matrik saya, dan siap memberitahu sekiranya saya memerlukan pengangkutan dari LCCT, Kuala Lumpur mereka boleh menjemput saya. Mak saya bimbang pada mulanya, sebab bila saya beritahunya yang saya akan tetap teruskan pengajian di ACT, dia mula berkata "fikir bagus2". Pada hari keputusan UPU keluar, sepupu saya yang kini berada di ACT juga menelefon saya. Dia bertanyakan perihal UPU. Pointernya lebih tinggi daripada saya, seriously saya amat harapkan dia dapat U. Ikut jejak langkah abang sepupu saya.

Bila malam... sebelum makan malam, saya tergerak hati nak menyemak keputusan UPU saya. Mak saya tanya solan free yang kedua pulak. "Kau mau buat apa?" adoi... hahaha... saya jawab saja la menyemak keputusan UPU. Tak ada selera makan, walaupun pucuk ubi tumis terhidang di depan mata (ah...bila saya menulis catatan ini, rasa lapar pula). Saya tetap menunggu... sampai lah pukul 8.47 malam itu bila saya mula terleka dengan berita pengumuman UPU di televisyen. Telefon Papa berdering, menandakan ada mesej yang masuk. Berdebar saya bila saya buka mesej tu dan... PUF! Di hadapan skrin bertulisan hitam putih itu menyebut nama dan no.IC saya, dan kos yang saya dapat (tp kod kos tu saja). Saya ingat lagi, bila saya dapat tahu kos tu, saya gelak kuat2. Sebab saya tak sangka, dan masih tak percaya. Saya call kawan saya, minta dia cek. Betapa dia gembira... thanks so much, Rafiah. =) Family saya? hairan dengan telatah saya. Mungkin saya gelak macam Kak Limah kot??? hahahaha..

Malam itu, selepas makan malam (saya makan sikit je), kami ada mesyuarat meja bulat. Papa tanya soalan free, tp xmau ingat. Hahaha... mama cakap "Aku itu mana saja. Kalau kamu mau itu, pigi saja". Wheww...senang hati. Rakan saya yang berada di UPM pada ketika itu, Emol, cukup gembira bila mendapat tahu khabar ini. Ah...Emol...ko memang suka aku pi situ supaya dapat buli aku kan??? ahahahah... okay2. Tapi saya mula...dilema. Keesokan harinya, saya pergi ke SMKBB, nak jumpa kawan2 la katakan. Terserempak dengan Zulhaidin dan Nurhanna pula masa di pekan. Mata gembira tu tak boleh nak sembunyikan dari saya.

Saya ingat diorang tanya, "As? Ko dapat U mana?" so saya jawab "UPM".

"WHOA! Kita dapat U!!! *dengan nada happy*" kata Hana.

"Really??!!" saya menyambung.

"Yep! Si Zul dapat UPSI!" tambahnya lagi. Zul senyum...

"So, Zul. Si Hana dapat apa?" saya bertanya.

"UMS" jawabnya ringkas. Hana tersenyum, kemudian bertanya lagi.

"As? Kau pigi kah?"

Saya menggeleng. Terkejut dua orang rakan saya itu. Suasana bertukar jadi suram seketika. Zul bertanya lagi "kenapa?"

"Jui (panggilan saya untuknya), aku sudah terima ACT. Sekarang semuanya sudah siap. Tiket beliauku sudah ambil, memang awal bulan juga. Pendaftaran 4 Julai, sama dengan UPM."

"As... kenapa? U lebih bagus, As. Ko dapat kos apa?" tanya Hana. Zul mengangguk.

"Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa Jerman)... aku tiada basic bah pasal bahasa Jerman ni. Kamu tau kan juga, dulu bila aku belajar bahasa Arab, fail." terang saya.

"As, bahasa Arab tu memang antara bahasa tersusah di dunia. Siapa tahu nanti kau boleh mahir bahasa Jerman. Kau tau kan, di tempat kita ni susah pelajar mau masuk U As... ambil peluang ini dan buat cikgu2 kita bangga!" katanya pula.

"Iya, betul tu. As, kolej dengan U...dua benda yang berbeza. Kau fikir dulu bagus2. Kau bilang sama aku dulu, kau benci matematik kan? kau ndak pandai akaun kan? sama kau ndak paham add math kan? macamana kau mau teruskan kalau kau sendiri ndak minat?" ini la respon dari Zul.Aku terdiam... mungkin ada benarnya kata2 itu.

"Oh ya... As, kami harap kau fikir bagus2. Bila kau sudah buat keputusan, jangan lupa inform kami. As, kali ni betul2 rezekimu sudah sampai. Kakimu bukan lagi sebelah, tapi semuanya sudah masuk ke area U. Pointer STPM mu jadi begitu tapi kau masih boleh dapat U, kira unbelievable As! Kawan2 kita yang lain (siap bagi contoh lagi), pointer okay tapi setakat ni yang aku tau kita 3 orang saja dari kelas yang dapat U. Panggilan rayuan belum tahu lagi. As... kau tau apa aku fikir? mesti ada sesuatu yang Allah mau bagi kau, itulah sebabnya kau dibagi UPM"... kata2 dari Hana yang akhirnya membuatkan saya terfikir untuk bertemu seseorang di sekolah. Cikgu Razuwanda! Ya... penolong kanan 1 @ pentadbiran sekolah tercinta saya itu... satu2nya graduan lulusan UPM yang saya kenali.

Dipendekkan cerita, saya memang la... saya berjumpa dengannya di sekolah.Alhamdulillah, urusan berjalan lancar. Cikgu memberi banyak informasi berguna untuk saya. "Kamu tahu, UPM bukan calang-calang universiti. Kamu kira bertuah sebab dapat masuk ke salah satu universiti berprestij negara. Saya boleh kata, sekolah amat berbangga dengan kamu" kata cikgu. Saya langsung tak ada feel masa tu... sebab saya sudah nekad menerima ACT. Bila saya beritahunya yang saya terima kolej, cikgu tak henti2 memujuk saya untuk masuk UPM. Tapi... akhirnya saya mula cair bila dia berkata tentang seorang senior saya yang kini berada di Vietnam sebab pertukaran pelajar. Dia menyambung lagi, " *sebut nama penuh saya*, kamu tahu... saya sangat gembira sejak tadi dan kenapa saya tak henti2 memberitahu kamu semua maklumat tu? Saya tak pernah membayangkan yang seorang pelajar sekolah ini akan dapat melanjutkan pengajian ke sana, dan kos kamu itu mempunyai peluang besar untuk mobiliti pelajar. Siapa tahu suatu hari nanti SMKBB akan ada alumni yang sampai ke Jerman. Jerman antara negara maju, dan kamu patut tahu yang Berlin antara ibu kota yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Sebab? Pendapatan perkapita rakyatnya melebihi (alamak...x ingat...). Jadi, kamu nak lepaskan peluang ini? Belajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sejak kecil, dan saya difahamkan kamu pernah belajar bahasa Kadazan Dusun dan bahasa Arab dulu. Tapi itu berbeza". Itulah antara nasihat cikgu kepada saya. Tak dilupakan juga bila cikgu membuat "curse" dengan saya.Adehh...huhuhu

Malam. Saya memang berada di rumah...dan sekali lagi mesyuarat meja bulat diadakan. Saya ambil keputusan untuk pergi ke UPM, dan bukan ACT. Demam saya masih tak surut lagi, tapi saya tak peduli. Papa bertanya la masa tu, kalau saya dah nekad. Saya cuma minta Papa menguruskan dokumen selebihnya yang memerlukan tandatangannya dan Jaksa Pendamai, dan selebihnya...urusan saya dengan ACT pula saya uruskan sendiri.Alhamdulillah, pihak ACT memahami saya. Mereka sudi membatalkan kemasukan saya ke ACT. (harap2 ayat tu betul). Sepanjang minggu tu sibuk, dan hampir setiap hari saya dengan Papa tiada di rumah. Papa bertanya, kalau saya dapat UPMKB atau Serdang, dan saya katakan kepadanya saya dapat UPM Serdang. Rasa bersyukur sangat, sebab penerbangan pun ke LCCT...cuma destinasi saja yang bertukar sedikit. =D

Okay, teringat soalan "free" mama selepas itu... tiga hari sebelum penerbangan saya. "Kau mau belajar atau kau mau kawin?" HAH?! Jatuh jantung saya rasanya ditanya soalan begitu. Apa kena mengena dengan kahwin pulak nih???!! Saya menjawab "belajar", dan terus kena serang dengan kata2 "kalau mahu belajar, belajar. Jangan mau cari cewek(BF) di sana. Kalau aku dengar kabar, jaga kau. Bagus berhenti saja belajar, kawin saja di MUIS. Ndak payah laa mau membuat majlis kenduri2... buat susah aku saja. Aku hantar pigi belajar, bukan mau kasi kawin. Ingat...parang panjang ada itu. Senapang bapamu itu, peluru no.4 masih ada. Lari pigi mana pun, aku ikut jugak itu"... O.O!! Saya freeze... org tua tu...brutal sangat. Hu... seram sejuk... siap dapat warning lg. Mak...jangan bimbang laa... I'm trying my very best about it... T_T uuuu....

76 ulasan:

  1. Wah! Junior UPM bahasa Jerman rupanya. Tak tahulah pulak saya. Tahniah sebab dapat masuk ke UPM! (walaupun dah terlambat nak ucap. :P)

    Di KTP pun ada juga seorang junior UPM bahasa Jerman. Rasanya nama dia Tan Tan something (tak ingat la pulak)... Jiran sebelah saya jer dulu.. tapi tak pernah tegur sebab senyap jer orangnya kat blok.

    Saya minat juga tonton drama Jerman sekarang. Seronok ikuti drama Verbotene Liebe (cinta terlarang). Memang terlarang pun. :p. Tapi kena open minded tonton drama ni. Lagipun drama Jerman memang lain dari drama Malaysia.

    Boleh juga baca pengalaman saya masuk UPM. :D
    http://izhamwong.blogspot.com/2011/05/road-not-taken.html

    Sama-sama kita mengharumkan nama UPM yea.
    Berilmu berbakti.

    BalasPadam
  2. Hehehehe... *blushing* Thanks so much, Wong. KTP... Nama dia Tan Ta Yun@ Paul Tan... don't worry, dia open minded. Hehehe...rakan sekelas dan juga kosmate yang paling membantu saya.

    Woo... minat citer Jerman gak. Yep2... memang kena open minded... heheheh... (teringat filem Comedian Harmonist).

    Waaa... tgh OTW nak baca jugak yg itu...ehehehe... Senior Wong study asasi sains pertanian? wuaahhh... study bahasa cina *adore* saya teringin nak amik sebagai minor tp ...err...saya langsung tak ada basic pasal tulisan nih (classmate kata belajar tulisan ni susah sikit)...T0T uuuuuu....

    Yeah2... agree... =D UPM best!!! hehehe

    BalasPadam
  3. alamak...bukan student asasi... ^^! ahahaha... tem chi aaa... huhuhu... memang senior kitorang dah. Dah tahun ke berapa ek??? *wondering*

    BalasPadam
  4. Bulan September ni masuk la semester ke 7. Nak tunggu masa kerja jer. Yeay~

    Saya student matrik P. Pinang dulu... bukan asasi. The Road not taken saya kan hortikultur... >.<.

    Bahasa Mandarin ni tak susah la. Senang jer. Sama seperti semua bahasa lain. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan dengar cakap orang sangat. Kalau selalu menulis tulisan cina, insya-Allah senang nak ingat. Kalau nak cepat pick up sembang Mandarin, kena banyak cakap dengan pengguna ibunda aka orang cina ler... hehehe.

    Lagipun BBC ni memang tak senarai dalam elektif bebas course saya. Kira ambik curi-curi la ni. Setiap sem kalau ambik BBC pasti cecah 21 jam kredit. Alhamdullillah, dapat maintain lagi result.

    Nanti saya ceritakan pengalaman semasa minggu orientasi. Hot~ heheh...

    BalasPadam
  5. Whoaaa... (*0*) Dah sem.7... saya ada 4 sem. lagi nak go on...uuu~ T_T

    ^^! errr...sorry so much.hehehe...terbaca pasal ASP, jd mula keliru daa...

    Bahasa Mandarin... senior kena ajar saya kali nih... hehehehe...saya ada seorang yang sangat rapat dengan saya. So far, tak pernah dengar lagi dia cakap bahasa cina dgn saya (mungkin dia bimbang saya tak faham)...tp..InsyaAllah saya cuba usahakan.=D

    Oooo... sebab next sem saya dah decide nak ambil BI sebagai minor (walaupun lecturer yg lain sarankan saya ambil hospitality atau multimedia). Tapi saya rasa... saya nak cari peluang. X cari yang tersedia wujud, saya nak create. Hehehehe... memang ambil 21 jam kredit jugak laa next sem nanti. Sebab saya perlukan kursus BBI (General Writing Skills) memandangkan saya tau sangat MUET saya tak seberapa. huhuhuhu

    =D AHA! That's better... x sabar nak membacanya... hehehe...senior, jangan lupa postkan link ey... mesti menarik~ hehe. Senior, saya nak tanya... masa Gong Xi KTP hari tu saya ada pergi ke KTP. =) Senior ada attend ke majlis tu?

    BalasPadam
  6. Well kalau boleh saya nak jer ambik semua kelas yang ada kat UPM ni tau. Saya nak ambik kelas pengucapan awam, public speaking, writing in bussiness, reading, multimedia, hospitality, tulisan jawi, bahasa jerman, bahasa jepun, undang2 keluarga Islam dan macam-macam lagi. Tapi pilihan terhad. So this is what again I called the road not taken. I could not travel both where each road leads me to another.

    Kalau rajin belek2 la blog saya yang mula2. Rasanya ada pasal minggu orientasi ni sikit. Nanti saya ulaskan fully. :P. Tapi kurang la gambar sebab masa tu tak beli lagi kamera canggih2 ni.
    http://izhamwong.blogspot.com/2010/05/tradisi-kolej-tun-perak-ktp.html

    Mestilah pergi. Event besar KTP tu...

    BalasPadam
  7. Berapa pointer STPM kakak ? pointer saya cuma 1.5...sedih sngt sebab buat parent kecewa....

    BalasPadam
  8. jangan kecewa dengan keputusan yg ada, okay... akak ada kawan...dan keputusan dorg cm tu jugak. Tapi dorg dapat masuk U, siap amik pendidikan lagi...never give up... =)

    BalasPadam
  9. Salam kak... Sama citer kita dua pulak... Pointer aku dpt utk stpm 2.5 and muet dpt band3... Byk yg dpat lebih baik, timbul rasa kecik hati skit.. Nak tnya skit, klau taraf bumiputera nak masuk U dgn pointer gtu? Rasa2 blh masuk tak? Susah hati skrg x tidur lena pasal result ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. :)dorg dapat baik atau x tu bukan penentu aras dorg dpt masuk U atau lain2. Masing2 ada rezeki yang Tuhan bagi, so everything is possible. :D Yang penting, buat pilihan betul2 masa isi UPU ya.

      Mgkin kos tu kita x minat dan family kita membantah tapi kebanyakan syarikat2 di luar sana perlukan tenaga kerja, jadi x mustahil kan rezeki kita. ;) siapa tahu nanti kita blh dapat kerja yang gaji lumayan dgn kos yg kita x minat tu.

      Walaupun begitu, dalam tempoh pengajian nanti minat tu kita tanam perlahan2. Mmg bukan senang tapi kita xpnh tahu apa yg menunggu kita di masa akan datang. hehehe...

      MUET B3,,kakak dpt B2 dulu dan rasa kecik hati bila pertama kali di dalam kelas dapat tahu kwn2 dpt pointer 2.5++ ke atas. Kalau taraf bumiputera, mestilah ada kuota. kawan2 kakak ramai yg bumiputera dan dorg dpt kos yg hebat2. hehehe... apa yg penting, masa isi borg upu tgok syarat universiti dulu. kalau blh lepas, tgok syarat kos yg kita mahu pohon tu. kalau pass dan relevan dgn STPM dan SPM kita, so apa lagi jgn tunggu lama2. syarat MUET pun kena alert juga (sbb sesetengah kos mahu MUET B4 up), tapi jgn risau. :) Kita bukannya tiada langsung belajar English masa tempoh pengajian. hehehe...

      Lepas semuanya selesai, jgn cepat2 decide. Kos perguruan x semestinya di pilihan pertama/kedua (ikut minat laa. Kalau boleh, tawakal dgn Tuhan dan in case sdh pilih smpai last minute pun, semak betul2 semua butiran mana tahu ada yg salah isi.

      Padam
  10. salam kakak..sy minat ugak ambil kos bhasa jerman ne..tpi pointer sy 2.5 je dan muet band2 je..ukey kah kakak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minta maaf lambat balas. ^^" hahaha...kebelakangan ni busy gila. umm... pointer 2.5 tu bukan penghalang untuk kita masuk U. Kalau ada rezeki, In shaa Allah dapat. Tips untuk isi UPU, tgok syarat am universiti dan juga syarat2 lain yang ditulis dalam kos yang ditawarkan. kalau agak2 kita lepas dengan dua2 tu, then isi lah. :D jangan lepaskan peluang!

      Padam
    2. Hello semua,
      Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya mula jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menghubungi Encik Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

      BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
      Nama pertama......
      Nama tengah.....
      2) Jenis Kelamin: .........
      3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
      4) Tempoh Pinjaman: .........
      5) Negara: .........
      6) Alamat Rumah: .........
      7) Nombor Telefon: .........
      8) Alamat e-mel ..........
      9) Pendapatan Bulanan: .....................
      10) Pekerjaan: ...........................
      11) Yang tapak adakah anda di sini tentang kami .....................
      Terima kasih dan salam mesra.
      Derek Email osmanloanserves@gmail.com

      Padam
  11. salam,blh sy tahu akak dulu berapa pointer stpm?pointer 2.75 ade harapan x nk amik kos ni kat upm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm, hanim. :D terima kasih sebab sudi singgah. Pointer akak lebih low dari Hanim (dan akak sekadar lepas syarat universiti saja dulu). Dgn pointer hanim tu, blh apply kos perguruan UPM yang memerlukan 2.5 pointer sbg syart (kalau xda perubahan). Tapi, nasihat akak jangan menaruh harapan yang tinggi kita akan dapat sesuatu kos yang kita suka, okay? :D kalau dapat apa2 pun, terima jer. Xda salahnya kalau mencuba sebab kita xkan tahu apa yang tersirat dari situ.

      Untuk kos German, French, Mandarin, BM, sastera melayu & koimunikasi, akak yakin blh apply kalau pointer cm hanim. :D tanamkan minat eyh. itu yang penting! GOOD LUCK AND ALL THE BEST! *bagi cheers*

      p.s: jangan risau pasal MUET. at universiti ada ditawarkan kelas bahasa Inggeris mengikut level MUET kita. hehehe

      Padam
  12. terima kasih akak..sy mmg berminat nk sambung kos mcm akak ni..selain tu sy ade mohon jgk kos ijzh sjana muda sastera dgn kos ijzh sjana muda sastera(linguistik melayu)..ni pun sbb sy minat sgt sastera..
    agak2 akak persaingan sengit x nak masuk upm...:)



    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2. :) dah kira ok lah tu mohon kos2 sastera sebab minat. Setakat ini, yg akak tahu batch baru ada ditawarkan minor penulisan, sastera etc (kalau fakulti bahasa). Nampak menarik terutama mereka2 yg minat bahasa dan kesusasteraan. Akak ada juga usha2 pamplet junior dan akak nampak ada minoring dalam drama juga (kalau x salah) so akak macam "waaaaaa". Tapi minor ditawarkan start semester 3 pengajian. ;)

      untuk UPM, mmg agak sengit juga terutamanya linguistik melayu. Tapi jangan takut, sebab kalau ada rezeki In shaa Allah blh masuk. Akak pernah minta linguistik melayu tp xdpt...uwuwuwu. Akak dapat pilihan keempat/kelima akak. huhuhuhu.. Yang akak nampak banyak persaingan masuk B.A English, English literature, Linguistik Melayu etc. selain bahasa yg akak nyatakan sebelum ni, UPM ada menawarkan bahasa lain (sbg subjek elektif kalau x salah). Antaranya bahasa Sepanyol, Russia, Thailand, Myanmar etc. hehehe

      Padam
  13. Assalamualaikum, seronok baca pengalaman akak! :D

    Akak dah graduate kan? Sbb saya student asasi kat UPM. And sekarang saya tengah pening nak fikir nak sambung course ape, and bimbang cukup tak kuota untuk fakulti sediakan untuk pelajar asasi, and bimbang takut kena lelong sebab tak dapat course yang nak. Huhu.

    Btw, akak amik Bac Sastera (pengkhususan Bah. German) kan? Hmm saya nak tanye, ape beza Bac. Sastera ngan Bac. Komunikasi?

    Actually saya interested jugak ngan course akak. Walaupon dah pasang niat nak letak Sains Makanan as first choice. Huhu pening :(((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wbt.. :D hahahaha, thanks!

      Yep, akak dah grad. Waahhh...sampai begitu sekali ya? hehehe... xpa2,
      jgn risau. Pasang niat untuk belajar walau dpt apa course sekalipun.
      hehe

      Ha, betol. Itulah course akak. Bac. Sastera dgn Bac. Kom beza dia-

      ~ bac. sastera lebih kpd teori. Means, untuk subjek2 major mcm
      English, Bahasa Melayu, Mandarin, pelajar ada belajar pasal fonetik,
      pragmatik, tatabahasa, susunan ayat etc tapi lebih mendalam. Dalam
      stage tertentu mengikut batch tertentu, ada juga subjek2 mcm
      penggunaan bahasa tu dlm sains, perniagaan, pelancongan,
      penterjemahan. kesenian n kebudayaan, etc. Best! :D hihihi (walaupun
      untuk sesetengah org yg cm akak, benda ni agak berat sikit-sbb fikiran
      selalu melayang keluar kelas.. hahaha... jgn tiru taw!)

      ~ kwn2 dari course kom ada jugak bagitau, bac kom ni ada belajar
      teori. Sem 3 mcm bac. sastera, student kena pilih minor. masa tu,
      pihak fakulti akan tawarkan minor yg berkaitan dgn major. Kat sinilah,
      kalau minat jadik wartawan silakan. Pilih mana2 yg patut. Yg nak jadik
      journalist pun boleh jer. Tapi, kelas bebudak Kom selalu happening.
      hehehehe thumbs up jugak ;)

      Bac. Sains makanan... that course dgr khabar ada masak2, pastu guna
      machine gak. Akak jeles dgn kwn2 akak yg dpt course ni sbb dorg asyik
      pos gmbr mknn yg blh buat hati terdetik "kenapa laa aku xambik course
      tu dulu!?!" ahahaha

      Padam
  14. Assalamualaikum, saya tahu akak mungkin sedikit sibuk buat masa sekarang nie , tapi saya nak tahu di dalam borang UPU tu course apa yg akak mohon ? adakah akak memang ada mohon UPM dalam upu tu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sry saya buntu cuz my pointer only 2.6 , :( ,, saya x thu nk mohon apa dlm upu tu

      Padam
  15. Waalaikumsalam.. :D hehehe... xlah. Mana ada sibuk. Hari ni akak free.

    Ha, dulu dlm UPU tu akak xmohon perguruan sbb pointer stp akak sgt
    teruk, setakat 2.0 sj. Akak tgok syarat am universiti + syarat khas
    program tu. Mmg leceh kena tengok satu persatu, tapi berbaloi. hehehe
    ... kedua, minat. Let's say, adik tya diri... "aku minat apa?" dan
    cuba cari course berkaitan minat. Kalau pointer dia mintak tinggi,
    cari alternative course yg ada peluang nak masuk course tu in case nak
    belajar smpai master/phd. Yg penting berkaitan. Contoh mcm sastera,
    boleh masuk pendidikan, penulisan etc.

    Akak dulu mohon course Sejarah kat UMS, Antropologi UMS, Bahasa dan
    Linguistik Melayu UPM, Bahasa Perancis UPM, Bahasa Jerman UPM,
    Pengajian Melayu UM, UKM ada gak tp dah x ingat..adoi... UUM pun ada,
    pun x ingat ^^" minta maaf.

    Pointer 2.6 tu masih ada peluang, dik. Kata kuncinya, jgn dengar apa
    yg org lain ckp tp fokuskan dlm hati nak masuk U kerana Dia yg di atas
    sana. InsyaAllah, ada rezeki dpt juga masuk U. :D Cikgu akak selalu
    ckp, "pointer tinggi bukan jaminan seseorang xboleh masuk Universiti.
    Yg penting itu rezeki atau bukan". hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih akak untuk hujah akak yang panjang lebar ini hehe,saya mmng nak sangat2 masuk ke UPM tapi apakan daya pointer rendah sngat dan saingan pon mnkin banyak. sekarang ni saya ikut nasihat kawan saya ,saya cuba je mohon UPU tapi kat universiti yang biasa2 je ,saya tak mohon kat bahagia UM, UPM,UKM semua tu sbb kawan saya cakap kalau saya mohon saya secara tak langsung dah ambik risiko,cnth andai kata saya mohon jgk dkt Unversiti yg high class ni jikalau saya tak dapat tawaranya secara automatik universiti yg biasa2 yg laen pon saya tak akan dapat tawaranya :I ..memandangkan sekarang ni pointer saya hanya 2.6 (tak termasuk markah ulangan) saya cuba tak amik risiko hehe ... Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih akak atas nasihat akak :D , doa kan saya pnya result ulangan saya cemerlang tau nnti pointer saya blh jadi 3.0 :) hehe thanks akak sekali lagi :3 ..sayang akak :D

      Padam
    2. munkin selepas ni saya akan ikot nasihat akak ..kata2 akak sememangnya logik sbb semuanya rezeki atas ketentuan Allah ...insyallah saya akan adjust blk permohonan upu saya nnti :) ...

      Padam
    3. Ha...camana dah pointer? OK x? hehe..apapun, all the best, dik. :D akak doakan yg terbaik untuk kalian. Amiin.

      Padam
  16. Salam.Akak . .sye Dpt 2.6 bru je dpt tdi . .sdih. kt form 6 akak Aliran ape eak?sains ke sastera. .sye aliran sastera je. Akak de x tip terbaru nk mhon u bg result mcm sye. Maaf ganggu.��

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm, adik akak. Jangan sedih2. 2.6 masih banyak pilihan lagi nak sambung degree, dik. Yang penting cari dan tengok betul2 kursus yg ditawarkan di setiap universiti. Akak cadangkan course perguruan kat UPM, komunikasi, reka bentuk dan senibina, linguistik etc. kat uni lain cam UUM pun terima gak. yang penting ada 3 prinsipal keatas, dah ok dah. akak dulu aliran sastera jugak. :D

      tip terbaru akak xde. Tapi tip turun temurun dari senior2 akak yg tu lah. kene tgok balik syarat am universiti dan syarat has program. mmg nak muntah cek satu persatu, tapi tips akak satu je. cek ikut yg kita mnat dulu contohya perguruan. tgok u mana yg offer course tu, apa syarat dia. Good luck, adik! :D

      Padam
  17. saya baru dpat 2.17,xtahu dpat x smbung degree....hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak nak pesan satu ni..

      "JANGAN GIVE UP"

      hehe. Bagi akak, adik masih ada peluang. Cuba apply mana2 universiti yg masih ira pointer 2.0 keatas, lps tu tgok syarat khas program lepas atau tidak. jenuh cari satu2 tapi akak recommend course komunikasi, linguistik (pilih laa nak bahasa arab, french, melayu, jerman atau mandarin). ada lagi kat universiti lain cm UKM, pun ada offer course serendah 2.0 blh masuk x silap akak. linguistik gak. all the best, dik. jangan mengalah, pleaseeeeee....

      p.s: yg penting 3 prinsipal keatas.

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. alam akak. pointer saya 2.00 cukup2 ja. sedih sangat sebab dah cuba buat yg terbaik. mungkin rezeki sampai situ ja. skg ni saya nak try nasib isi upu jugak. tapi tak tahu nk apply mana. mintak pendapat akak :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, dik. :) jgn sedih2. pointer cukup2 2.00? masih ada peluang tuh. Jgn give up!

      kalau adik dpt at least 3 prinsipal termasuk p.am, akak cdgkan (ini hanya cdgn, terpulang pd adik) ambil kos bahasa ataupun komunikasi. tgok syarat khas program setiap universiti yg tawarkan twrkan pgrm tu. selalunya 2 pgrm ni kurg dpt sambutan sebab org selalu kata "eh, pgrm kau ni aku pun boleh belajar laa kat internet" tapi dorg tersilap. walaupun kos linguistik tapi ada mcm2 elemen kat dlm tu. boleh kerja dlm bidg perguruan/lecturing, marketing, public relation, komunikasi etc. Open market. Kalau isi UPU, niatkan yg baik2 dlm hati. Insya Allah, kalau ada rezeki universiti panggil juga tu. :) All da best, ya!

      Padam
    2. Tq :') Akak stdy kt mana skrg?
      Akak, kan ada ruangan utk research university mcm ukm,um,upm n utm wajb ke nak isi? sbb kan klo isi tu mcm pilihan ptama. sy dah tgok syarat khas. pointer sy 2.00 ngam2 ja. So mcm tak brpa layak nak isi sbb U tu smua mcm byk saingan. Huu. Nti tkut trus tak dpat sbb pilihan tu dorang amek yg pointer 3 above mlainkan klo tak xukup kouta bru dorang amek yg pointer sikit, Huuu

      Padam
    3. Heheee :D akak sudah grad.

      oh..ruangan RU tu isi saja. agak2 result spm n stpm boleh lepas syarat am uni dan syarat khas program, why not give it a try kan? jgn takut isi RU. Memang banyak saingan tapi Tuhan bagi rezeki setiap orang lain-lain, dik. Jgn isi yg syarat khas program minta lebih dari 2.00 itu mmg otomatik system kick out. huhuuu.. tapi 2.00 rasanya masih dipertimbangkan lagi. cuba seja. :)

      Padam
    4. Okay kak :)

      Akak, kan ada ruangan utk keutamaan bidang. Ada 3 ruangan. Saya byk apply linguistik bahasa, komunikasi, antropologi. Yg tu semua dibawah bidang apa ya? Saya letak 1)Bahasa 2)Sastera 3) apa tah. Ruangan keutamaan bidang tu bgi effect tak klo saya salah letak bidang yg sepatutnya, Bleghh Y.Y

      Padam
    5. Pastu kan course bahasa asing syarat khas kena ada mcm sijil yg kita dapat dri mana2 tmpat yg kita bljar bhasa tsbut, syaratnya mcm kita perlu ada basic sesuatu bhasa yg kita nak ambik ke? And kalau tak keberatan course apa yg akak dapat msa UPU tu?

      Sorry klau akak rasa annoyying sbb sy byk tnya. Hehe ^,^''

      Padam
    6. :D hehe.

      1) ruangan untuk keutamaan bidang tu mcm linguistik tu mmg linguistik (atau nama lainnya sastera ikhtisas). Untuk komunikasi, mmg bidang komunikasi dan antropologi tu sains sosial. ikut pglmn kakak & kwn2 lain yg apply ikut bidang, rasanya x. Sebab uni akan pilih mana yg kita boleh lepas syarat2 dia. Ada kes yg uni pilih tapi kita dimasukkan ke dalam course yang kita x minta. Contohnya kita minta course ekonomi dan pendidikan, tetiba dapat course komunikasi. Kalau begini laa kesnya, satu nasihat akak: AMBIL SAJA.

      course bahasa asing tu, syarat khas mmg minta sijil tapi rasanya x apa pun kalau tiada. Cuma dia galakkan memohon kalau ada atau pernah belajar contohnya dari Goethe Institute. Hehehe.. dulu akak dpt German language. ^.^ alah, xpa laa. Kakak sudi membantu & bagi nasihat mana yg patut. hehe

      Padam
  20. hello kak (smile)
    well saya go through each and every comment over here
    wwiwiwii
    (naik juling mata hahha)
    soalan saya, apakah peluang kerja apabila ambil pengkhususan bahasa german/spanish/english etc?
    thank you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi... hehehe

      Terima kasih sebab singgah. *wink* Lulz... biar juling, jgn tercabut bijik mata sudah. ahahahaha

      OK..peluang kerja utk pengkhususan bidang bahasa ni ada banyak. Akak skrg pun jadi cikgu. Boleh jadi lecturer, penterjemah, penulis, freelancer, cikgu. Guess what, boleh masuk bidang pelancongan, perniagaan etc. Yang ini secara umum laa yang kitorg pernah didedahkan. Sebab course2 nih kitorang ada jugak didedahkan dengan pelancongan, perniagaan, penterjemahan etc. hehehe. Peluang dimana2. :D

      Padam
  21. salam, saya pelajar stpm juga & dpt pointer 2.9. and tak dapat masuk degree baru-baru ni. banyak nak tanya pasal course bahasa jerman ni hehe boleh minta email akak? we'll talk from there, TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. :) jangan putus asa. ni hah... mari emel akak. LyanaAnn@gmail.com

      Padam
  22. Salam kaq.sy sblom ni de minx pndpt akaq.thanks akaq!!sy dpt smbung degree!!even pointer sy 2.6 je .. time kasih kaq. .blog ni memg berguna

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. waaaaahhhh >.< congrats!!!! dpt degree apa? :'D Im so happy for you. Belajar bagus2 ok? Result bagi meletop lepas ni. :D You'll do it well trust me.

      Padam
  23. Salam kak,sy pljar lpsan stp dan pointer sy 3.09,tp sy xdpt tempat di ipta..sy ke buntu untuk membuat rayuan kalini..sy harap akak dpt beri pndpt kpd sy :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm, dik. First of all congrats sbb dpt pointer yg baik. Second, jangan putus asa, dik. Meh sini... mgkin ada tips yg akak boleh bagi.

      Untuk rayuan ni akak kurang pasti tapi basicnya sama saja dengan UPU yg kita isi. kena isi jugak kan..hehehe. First, cuba cari adik minat bidang apa. 3.09 tu broad jugak pilihan dia termasuklah perguruan, ekonomi, pengurusan perniagaan, linguistik etc.

      Second.. cari kursus tu kat uni mana yg ada tawarkan.

      Third.. tengok syarat am uni dan syarat khas dia. pastikan kita puas hati betul2. xda tertinggal 1 pun.

      Fourth... Isi borang baik2. jangan tertinggal details penting cm result spm etc.

      Fifth.. kalau pilihan course terhad, dahulukan yg adik rasa penting dulu. niatkan yg baik2 dlm hati. fikir positif.

      6th: kalau dah ok semua n submit, doa n tawakal kpd tuhan. ini yg penting. ;)

      p.s: rebut peluang degree ipta kalau dah ditawarkan nanti. jgn tolak sbb mgkin ada sesuatu utk adik nanti. Akak doakan yg terbaik buat adik. :D

      Padam
  24. Hi kak, akak masuk degree umur 20 kan? Akak grade umur brp ye? Course bahasa german ni brp tahun and ada brp semester semuanya? Hehehe sorry kak too many question to ask. Jgn marah kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai.. hehe. yup. umur 20. masa tu tempoh pengajian utk course ni just 3 tahun jer, skrg (terbaru) dah 3 tahun setengah. akak grade umur 23. hohoho.. dulu ada 6 sem, skrg dah jadik 7 sem semuanya. rileks, x marah pun. ngeee :D

      Padam
    2. Oh la knp tambah 1 sem lg? Btw sy nak ambil bahasa asing jgk la utk deg nanti. Pembelajaran dia okay tak kak? Doakan sy ye

      Padam
    3. hmm... sorry lambat balas. dah lama x buka ni. ahahaha. sbb tambah 1 sem lagi mgkin sukatan pelajaran dia dah jadi lain, lps tu ada latihan industri. akak xda dulu. Pelajaran dia OK juga, tapi akak spesis lambat pickup. hahaha. In Shaa Allah amiiin. ^_^ May your wish comes true.

      Padam
  25. Assalamualaikum akak.. kalau lepasan diploma sains uitm boleh ke ambil degree bahasa german ni? And ada interview ke utk course ni?

    BalasPadam
  26. Asaalamualaikum.
    Hai kak Lyana Ann ! :D

    Just wanna drop a comment here since I'm blogwalking here. Haha

    Kita pun budak German UPM. Hehe. Skrg baru nak masuk sem 4.
    Bahasa german undeniably quite hard for me T.T
    Kita dua kali cuba nak stop belajar. Time sem 2, tak dtg final exam for 3 papers. Mmg pointer jatuh gila lah kan.
    Haihh kengkadang fed up nak teruskan.
    Tp teringin juga nak try belajar kat Germany for 1 sem. Tp kena prepare 30k lah kaan. Mana lah mampu.
    So kita ada try apply via DAAD utk summer course. Sebulan pun jd lah. Result taktahu lagi. Bulan 4 ni baru tahu. Mohon akak doakan sekali lah yee supaya saya and kwn kwn saya dpt pi summer course tu. InsyaAllah Ameen. Hehe

    Well, nak tanya akak ambil minor apa time study dulu ? And now jd cikgu jerman kan ? Jd cikgu dkt sekolah mana ? Or under Goethe Institute ? Or GMI ?

    BalasPadam
  27. akak..mahu tanya sedikit..kalau tidak ada basic dalam pengajian bhasa asing bgi student STPM tidak apa2kah??

    BalasPadam
  28. Salam akak lyana, pointer saya cuma 1.67 je. Boleh ke saya dapat ipta. Saya nak ambik english for professional languange tp pointer saya tak lepas :( mcm mana ni kak? :(

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum kak...alhamdulillah sy dpt 3.0...td sy ade isi upu...ase tkut sngt lau x lpas...sy isi bacelor pendidikan (bm sbgai bhsa prtama) di upm...kak rse sy ade pluang x? Debar plaq ase mklum la saingan rmai kn...lpas bce crita akak sy rse semangat nk bljar...tq kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai! Nak tanya, baru2 keputusan upu, dapat x kos ni? Hehe

      Padam
  30. Assalamualaikum Kak.
    Baru ii nie result sya kluar. Dpt result mcm Akak la. Sebijik. Ahak.
    Kak bgi pendapat skit cra pmilihan U dan Kos yg lyak.

    BalasPadam
  31. kak, saya nak tanya.. kalau result spm saya punya bahasa inggeris D...layak ke saya nak ikut jalan akak ambil stpm :)

    BalasPadam
  32. dpr masok u mmg dpt buat org len rasa bangga kan..xp semuanya bergantung bgaimna kita nak approve diri kita dengan ilmu yg diajar dan bgaimana kita nak guna masa kerja t...s

    BalasPadam
  33. kak, pointer saya 2.00 dan pengajian am saya c-, akak ada cadangan kak? saya kalau boleh saya nak sambung di ipta..saya kecewa sangat kak,,

    BalasPadam
  34. Salam akak..sy bmnat dgn bidang ni tp sy xtau dgn jelas peluang pekerjaan pd masa depan.
    Akak skrg kerja apa?
    Bru sbntr tadi sy mngubah bahasa german ni dkt upu.. famy x sokong sngt sbb dorg ckp pluang pkerjaan susah. Boleh k kalau smbg jadi wrga pendidik?

    BalasPadam
  35. WAAAA homaigaaad sorry sgt2 T.T baru bukak blog nih lagi. Rupanya ramai tinggalkan komen. Anyway guys, you can email me anytime kat lyanaann@gmail.com. In syaa Allah I'll try to reply your msg one by one K?

    BalasPadam
  36. * Adakah anda memerlukan pinjaman segera?
    * Bayaran balik bulanan bermula dalam tempoh 8 bulan selepas anda telah mengumpul pinjaman dalam akaun bank anda.
    * Kadar faedah yang rendah 2%
    * Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) tempoh.
    * Terma pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan.
    * Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman Anda boleh mengharapkan jawapan yang awal kurang daripada 24 jam, dan ***.
    *** Pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang kami perlukan. daripada anda Hubungi kami sekarang
    E-mel: trustloan87@gmail.com

     
    BEST REGARD,
    Mr.Anthony Dave.
    Trust Loan Company
    Email trustloan87@gmail.com

    BalasPadam
  37. sy juga tlh dpt tawaran upm bahasa jerman, sy teragak2 utk berfikir nak terima ke x. slps sy tengok dairi kak, rasanya x susah sgt nak belajar bahasa baharu. terima kasih bnyk2, kak senior....��

    BalasPadam
  38. salam kak..sya tgah buntu kak sbb sya x dpt msuk ke ipta. klau akk x busy , contact me kat pesbuk amiras dhom razder.

    BalasPadam
  39. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan? Ia mengambil
    pinjaman untuk membayar bil-bil anda? Pada masa ini kami tawarkan
    pinjaman pendidikan, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah, pinjaman pertanian,
    pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dan lain-lain Jika anda perlu
    menyatakan minat anda ke atas pinjaman, supaya kita boleh
    menghantar maklumat lanjut kepada anda.
    Hubungi kami melalui e-mel: sandradonaldloancompany@gmail.com.
    Terima kasih
    +1 951 703 6414

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum kak, boleh saya tau kos yang bahasa jerman tu dia belajar apa? ^^

    BalasPadam
  41. Assalamualaikum kak, boleh saya tau kos yang bahasa jerman tu dia belajar apa? ^^ *balas yang ini sbb yang tadi tu lupa nak onkan notifikasi kalau akak ada balas XDDDD sorry~~*

    BalasPadam
  42. Hello semua,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko sekali lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya mula jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menghubungi Encik Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama......
    Nama tengah.....
    2) Jenis Kelamin: .........
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
    4) Tempoh Pinjaman: .........
    5) Negara: .........
    6) Alamat Rumah: .........
    7) Nombor Telefon: .........
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: .....................
    10) Pekerjaan: ...........................
    11) Yang tapak adakah anda di sini tentang kami .....................
    Terima kasih dan salam mesra.
    Derek Email osmanloanserves@gmail.com

    BalasPadam
  43. Halo,
    Ini untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.

    BalasPadam
  44. Hai kak..result stpm saya dh nk keluar tpi bila saya kira sendiri saya cuma dpt 1.92 sahaja..saya layak ke masuk university sedangkn pointer saya teruk berbanding kwan² yg lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi unknown.

      Selalunya syarat am universiti mmg kena dapat 2.00 CGPA. Ini belum termasuk syarat khas setiap course yang ditawarkan.

      Tapi, adik ada pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti/kolej swasta ataupun pilih untuk isi UPU menggunakan keputusan SPM (program asasi, sijil atau diploma). Banyak option, dik. Jangan putus asa.

      Ada kawan akak dulu pointer bawah 2.00 dan dia pilih melanjutkan pelajaran menggunakan SPM dia. Alhamdulillah sekarang dia dah bekerja dengan diploma yang ada :D

      Padam
  45. = Kami menawarkan berbagai layanan keuangan yang meliputi: Perencanaan Bisnis, Komersial dan Pengembangan Keuangan, Properti dan Hipotek, Pinjaman Konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Swasta, Pinjaman Pembiayaan Kembali Rumah dengan suku bunga rendah per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum . Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami. Pelamar yang tertarik harus Hubungi kami melalui BBM INVITE: {D8980E0B}
    Hanya WhatsApp: (+ 44) 7480 729811
    Tel .... (+ 44) 7480 729811
    Email: (iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com)

    BalasPadam
  46. Hi kak saya berminat nk sambung course mcm akak tapi perlu ade basic ke nak sambung course bahasa asing. Akak mesti dah grad kan akak kerja ape skrng

    BalasPadam
  47. hi kak maaf tanya pembelajaran di upm dalam bahasa melayu atau dalam bahasa inggeris?? saya mohon upu pendidikan kaunseling.... oembelajaran adakah dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris???
    terimas kasih banyak...
    assalamualaikum

    BalasPadam
  48. wslm. Minta maaf lambat balas. Adik2 boleh emelkan kat lyanaann@gmail.com ea so akak boleh terangkan panjang lebar :D

    BalasPadam
  49. Aslm...masih ada harapan ke kalau keputusan sem 1 dan 2...di bawah pointer 2. 00

    BalasPadam