Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Jumaat, 13 Januari 2012

Inside My Black Diary: About Friendship #1



Dear Diary,

Entri kali ni mungkin akan menyebabkan orang berasa tak senang duduk. Tapi, aku hanya mahu berkongsi sesuatu di sini dan bukannya mengata sesiapa pun. Juga, tentunya berdasarkan pengalamanku sendiri. Ada sesiapa yang tahu apa makna persahabatan? bagiku, aku tak kisah walau apa sekalipun tafsirannya sebab masing2 ada pendapat tersendiri tentang itu. 

Pernahkah korang terjumpa kes kawan makan kawan (bukan yang dimasak...XD ahahaha)?? atau ambil kawan korang? atau mungkin boyfriend/girlfriend korang? kes ni memang pernah terjadi kat aku (kecuali part GF/BF tu). Aku pun mula laa tertanya2 apa yang berlaku sebenarnya sampai org2 yang tersebut itu buat aku macam tu sekali. Jawapan yang aku terima?

"Ewww... aku nak berkawan dengan dia jew. Salah kewwww???" (adoi... geli aku menulisnya macam nih... )

"Kau ni lurus bendul sangatlah"

dan macam2 lagi. Ada ketikanya aku sangat2lah down disebabkan perkara tu. Bayangkan, dia siap bagitau lagi apa plan jahat dia kat kawan korang tu. Mungkin aku sangat protective bila aku rasa perlu lindungi kawan2 aku sampai bila aku cakap perkara sebenar kat kawan aku tu, dia pun gelakkan aku dan kata:

"Penting sangatkah untuk kau lindungi aku? alah... I'm strong enough okay" (heh... dasar egoistik!)

"Aku tak fikir dia akan buat macam tu" (ini sah terpengaruh...or... terlebih positif???)

dan macam2 lagi lah. 

Kadang2 aku rasa bersalah juga sebab ada kawanku yang suka pada "kawan" yang jenis itu. Nasib...nasib... aku bukanlah nak kata aku perfect. Aku tahu apa kelemahan aku... tapi untuk mainkan perasaan kawan aku sendiri aku tak mampu. Serius aku katakan, mak bapa aku tak pernah pun ajar aku untuk permainkan perasaan orang. Dan? dalam masa yang sama aku juga mengelak untuk jadi bahan permainan. Aku tak suka... sebab aku bukan barang permainan. Oleh sebab aku percaya adanya balasan Tuhan untuk setiap perbuatan, maka aku memutuskan untuk membantu apa yang patut.

Dulu pun, aku ada seorang yang boleh laa dikatakan "kawan". Mula2 dia hanya seorang yang nampak sangat pemalu. Kemudian dia berkawan denganku, dan mula mempengaruhi rakan2ku. Aku tak ambil kisah pada mulanya sebab dia kan "kawan" jugak. Tapi... lama kelamaan aku dan kawan2ku mula jadi renggang. Kawan2ku siap mengata macam ni kat aku depan orang lain:

"Kau ni kan... kau bagitahu rahsia aku kat si *****??!! dasar tak boleh harap!"

"Ek eleh... kalau orang miskin tu jangan lah nak mengada-ngada untuk masuk "U". Kolej pun tak sampai <gelak>"

"Oh...jadi kau minat pada si *******?? kau tau tak aku suka dia?!!"

macam tu lah kejadiannya. Aku tak pernah bincangkan perkara2 peribadi pada mereka pun, dan seorang saja yang tahu semua tu. Tentunya, "kawan" itu. Dia pandang aku dari jauh sambil senyum2. Dan aku? bukan sebab "berani kerana benar, takut kerana salah" tapi sebab aku cuba untuk bertahan... bertahan untuk tidak mengalirkan air mata walau setitis pun. Sebab itulah aku tak bersuara untuk mempertahankan diri. Persahabatan kami hampir berakhir begitu saja. Dan? mereka membawa haluan masing2... sampai ke hari ini kami tak pernah lagi serapat dulu. Bagaimana pula dengan "kawan" itu? Sebab dia kenal parents aku, dia senang sangat memanipulasikan aku. Minta bawa itu dan ini, sedangkan dia boleh dikategorikan anak orang berada. Depan parents aku dia berlagak baik, tapi di belakang...hmh... Tuhan saja yang tahu. 

Suatu hari, "kawan" itu datang menghampiriku. Katanya "si ***** minat akulah. dia hantar surat tadi <dengan nada gembira>". Aku hanya berdiam diri, lantaran pada masa itu hanya kami berdua saja di situ. Kemudian dia berlalu pergi... dan aku? keseorangan. Lega sedikit. Kemudian, orang yang dia kata tadi muncul. Budak lelaki yang memang agak popular di kalangan gadis di sekolah kami. Dia menyapaku. Kami berbual2 dan dengan berat hati aku memintanya untuk berhati2 dengan orang "itu". Dia sememangnya bijak, dapat menangkap maksud perkataanku itu. Tapi.. dia tak percaya... al maklum, orang dah suka. Taik kucing disangka coklat. XD ahahahahahahaha

Kemudian, tiga bulan sejak peristiwa tu diorang bergaduh besar. Apa yang aku tahu, "kawan" itu terkantoi berdating dengan lelaki lain bila kawanku seorang tu keluar berjalan-jalan. Apa lagi, riuh lah. Kemudian, kawanku itu mula berubah jadi orang lain. Dan aku? Tak ada penyesalan tentang itu sebab aku dah bagi warning dia tak dengar. Aku ni memang straight to the point, kalau orang taknak dengar aku memang takkan sebut berulang kali. Sekali dah cukup. Tapi sebagai kawannya, aku rasa cukup kesal.

Sejarah berulang kembali bila aku berada di universiti. Tapi kali ni? Aku tak faham situasi ni sebenarnya...  Cik Y nih dengan Mr.X (nama samaran saja) kawanku yang aku rapat pada ketika itu. Si Mr.X ni asyik mintak aku sampaikan salamnya dengan cik.Y tu. Aku rasa down bila aku masih tak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan universiti pada masa tu, dia pula??? sibuk betul mencarik cinta. Haisyyy... dan? aku mula menjauhkan diri dari diorang berdua. Satu, sebab Cik Y tu memang hot dan ada kemungkinan besar dia bersama dengan Mr.X (aku tak mau dicop perampas).. tapi, apa yang aku lihat pada masa tu Cik Y sebetulnya mengambil "dia" secara perlahan dariku. Sebabnya, bila Mr.X tu tanya aku tentang macam2, Cik Y tu laa yang akan potong stim dengan menjawab dulu. Kemudian, bila aku rancang nak out bersama kawanku yang sorg tu, mula laa cik tu merajuk sebab aku tak bawak dia konon. Aku pun mula laa mempersoalkan dia:

"Korang kapel ka?"

Dan dia kata "dia tuh no. ***** aku" WTH??!! sampai hati dia kata cam tu. Satu cara tanpa aku melihat senario itu berterusan, aku putuskan untuk tak menghubungi kawanku yang seorang itu. Cik tu? aku memang tak dapat mengelak darinya... dan bila dia bertanya tentang kawanku seorang tu, aku cuma jawab "entah..dah lama aku lost contact dengan dia" walaupun, ada masanya aku akan menjawab panggilan telefon dari kawanku yang seorang tu. Aku memang tak boleh tinggalkannya begitu saja... sebab dia telah berjaya membimbingku dari seorang pelajar yang tercicir sampai menjadi pelajar top 5 sekolah. Aku hanya mahu membalas budinya, dan oleh itu aku sanggup berada di sisinya bila dia perlukan aku. Hanya tanpa pengetahuan Cik Y saja aku akan berhubung dengan kawanku itu. Tapi dalam diam, aku rasa dia dapat mengesan tindakanku bila suatu hari, dia mahu bersua denganku. 

Pada masa itu, dia bertanya macam2 benda dan aku? hanya berdiam diri. Aku katakan padanya, "whoever you choose to be your girlfriend is up to you. You are the one who will decide what your future's view. I dont have any right on you but only as your friend. For your information, I dont care as long you find your Mrs.Right, and I think the wise advice that I can give to you is do not pick a girl by her external beauty". Semenjak itu, dia tak pernah lagi nak aku mengirimkan salamnya pada seseorang tu. Dia hanya bertanya khabar padaku, dan entah kenapa, adakalanya dia memarahiku sebab aku berchatting dengan senior atau keluar ke mines berseorangan. Hahahahaha... WTF... katanya, kalau nak keluar tu bagitahu dia, at least dia boleh temankan. Aku pun jawablah " hm?? since when did you care a lot for me? I think it is okay for me to live my life like this. You dont have to worry about me, just take care of your GF. She need you a lot". Dia memandangku... dan kata "no matter what, you're still my best friend and I need you by my side, to support me... and... to comfort me". Aku pulak laa yang terkejut. Apa dah jadik nih??? O.O"

Jadi, kesimpulannya... sebab itulah aku sebenarnya tak berani mengaku apa2 pasal lovey dovey nih. Mungkin sebab aku yang mudah hilang rasa respek pada orang... atau aku memang tak faham tentang lovey dovey matter. Tapi, who cares right?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan