Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Isnin, 19 Disember 2011

Catatan 18122011: E-Persidangan Khas 6 Rendah/Atas Rajin sesi 2008/2009 _Isu:2011

Dear Diary,

Apa yang telah kulakukan hari ini? Aku melawat ke Kolej Kedua atas jemputan presiden K2 sendiri yg juga kawan sekelasku dulu masa sejak sekolah rendah. Terima kasih banyak2 kepadanya sebab sudi menemaniku selama sejam aku berada di tapak pameran dan juga gerai-gerai jualan yang lain. Teringin menunggang kuda, tapi fikiranku masih melayang terkenang zaman persekolahan dulu. Kufikir tentu kuda dapat mengesan apa yang aku fikirkan semasa kami duduk di tangga batu berdekatan dengan padang di hadapan K2 itu. Kuda itu seakan mengerti... dalam cuaca yang agak redup hari ini, kulihat mata ia memandangku tepat sekali-sekala. Ia memang comel, dan aku teringin untuk memegang kepala ia. Tapi kubatalkan saja niatku itu. Hatiku resah memikirkan sesuatu. Acara julung-julung kalinya yang akan dipengerusikan olehku sendiri sebagai setiausaha 6 Rajin 2008-2009, iaitu E-Persidangan Khas kelas kami.

 an unbreakable friendship: we're waiting for someone from K17

Idea asal E-Persidangan itu sebenarnya datang dari ayah angkatku semasa di sekolah dulu. Daddy membuatku membuka mata seketika tentang keadaan kami dulu sebagai pelajar tingkatan 6. Fasiliti kurang, malah belajar hanya berteraskan cara lama saja. Guna komputer pun bila ada pembentangan, dan itupun hanya seorang dalam setiap kumpulan yg akan bekerja keras untuk mencari komputer lantaran komputer sangat terhad di daerah kami. Kami bukan pelajar yang mampu untuk membeli barangan sebegitu, apa lagi telefon bimbit yang berharga ratusan ringgit. Bayangkan, sekolah di kawasan pedalaman seperti sekolahku dulu juga mempunyai jumlah guru mahir yang terhad. Tuisyen? sangat jarang. Kami belajar di bilik darjah yang hanya ada kipas asli dan tulen saja, lengkap dengan meja kerusi dan whiteboard. Entah kenapa semua itu masih segar dalam ingatanku.

Lalu, aku putuskan untuk mengumpulkan semua rakan sekelasku. Kami masih menggunakan panggilan "ketua kelas", "Timbalan" "S/U" n sebagainya bila bersua. Itu yang membuatkan kami semua rapat, seolah-olah kelas kami tak pernah berpisah dan berpecah. Logiknya, aku tahu agak sukar untuk kami berjumpa secara berdepan dan bertemu wajah dalam masa yang singkat ini. Haluan masing-masing sangat berbeza, dan Laut China Selatan memisahkan segelintir dari ahli kelas yang lain. Aku yang berada di tanah semenanjung bersama dengan beberapa orang yang lain masih boleh bertemu, tapi? bagaimana dengan mereka yang berada di sabah dan sarawak? FB satu medium penyatuan kami.

Mungkin agak aneh rasanya membuat persidangan di dalam FB, dan persidangan itu pula akan berlangsung selama beberapa hari. Aku sebagai setiausaha kelas bertanggungjawab ke atas program yang akan dibincangkan. Entah kenapa, sedikit-sebanyak aku mula berasa lemah bila terfikirkan mengenai kelayakanku bergelar pelajar di menara gading kini. Aku teruskan juga melangkah walaupun terasa berat bebanan yang aku pikul itu semakin hari kian bertambah.

Agenda utama dalam persidangan itu adalah mengenai suatu program berunsur kem motivasi yang belum bernama. Pada mulanya, aku memang agak terkilan dengan sikap segelintir mereka yang terlibat. Bukan sekali dua saja mereka memintaku menjadi presiden, timbalan s/u dan bendahari dalam masa yang sama, tetapi sudah acap kali. Siapa yang tak meluat dengan semua itu? aku bukanlah seorang yang boleh diharapkan untuk benda-benda begitu lantaran ketidakstabilan emosi kadangkala menguasaiku. Aku memohon maaf pada rakan2 FBku yang telah membaca status yang kukira "panas" itu. Aku memang tak suka memarahi orang kerana aku akan lupa diri atas apa yang aku perkatakan, dan oleh sebab itu aku akan menjadi diam bila orang memarahiku atau sebaliknya. Aku cuma ingin menyedarkan org2 tersebut... aku tak mahu mereka memperlekehkan usaha kali ini seperti mana mereka buat pada program2 kelas kami suatu masa dulu. Aku mahu mereka belajar, belajar untuk mengurus dan faham betapa menjadi seorang setiausaha bukan suatu tugasan yang mudah. Kalau tugas setiausaha itu mudah dan hanya goyang kaki, kenapa ramai yang menolak jawatan itu kan? Logik.

Teringat pada sekolah lama itu, dan sebab utama mengapa aku perlu menjayakan program motivasi itu. Aku membesar di sekolah yang sama, dan boleh lihat dengan jelas sekolah kami menerima pelbagai jenis orang dalam tahun2 yang berbeza. Aku pernah bergelar pelajar dan duduk belajar di dalam hampir semua kelas. Ada juga yang mempersoalkan perkara ini:

"eh korang. Korang tak rasa kah kita langsung tak layak untuk bagi ceramah. Ya lah, keputusan STPM kita paling teruk dalam sejarah sekolah"

Syukur alhamdulillah aku masih berfikiran waras dalam keadaan "panas" itu. Kujawab:

"Aku tau dan aku faham apa kamu fikir. Berbanding dengan kamu semua, aku rasa paling teruk. Kamu patut faham kenapa dan apa sebabnya. Tapi, kita semua belajar dari kegagalan kita. Kamu mau duduk diam saja dan tengok keputusan STPM adik2 kita jatuh menjunam lagi? jadi macam kita? aku fikir, sekurang2nya kita mesti sedarkan diorang supaya jangan ulang rekod stpm kita dulu. Itu bukan sesuatu yang diorang patut bangga dengan kita sebagai senior, dan dalam masa yang sama diorang patut bangga jadi pelajar U yang pointer 3.00 ke atas, dapat ilmu dan praktik bukan disimpan. Diorang mesti sedar apa daerah diorang perlukan suatu hari nanti"

Cikgu2 kami masih mengambil berat mengenai kami semua walaupun kami kini membawa haluan masing2. Aku rasa sangat berat hati untuk menolak permintaan mereka; "berkunjung ke sekolah dan bagi motivasi dengan adik2 kamu". Sungguh aku mahu menyumbang bakti kepada sekolahku. Bila lagi, sampai bila lagi kami perlu berdiam diri kan? Jujur kuakui, memegang pointer 2.0 dan menjadi contoh kepada adik2 juniorku bukan suatu idea yang baik tapi bila difikirkan secara positif, aku perlu membetulkan keadaan yang senior2 kami suatu masa dulu sering menanamkan kata2 "pointer 2.0 boleh masuk U". Aku mahu junior2 kami di masa akan datang, melangkah ke menara gading dengan pointer terbaik, serta membuktikan bahawa tanpa fasiliti lengkap dan hanya bergelar pelajar daerah pedalaman sekalipun boleh mengaplikasikan ilmu itu. Aku mahu mereka membawa ilmu tersebut ke menara gading dan mempraktikkannya di sana, dan pulang berbakti ke daerah terutamanya ke sekolah yang berjasa pada mereka.

Aku memang sensitif bila disebut hal-hal merunsingkan (terutama bila mereka seolah2 mengatakan "kami cuma mau ikut, bukan mengatur program"). Memang itu mencabar tahap kesabaran aku tuh, sampaikan laptop pun aku boleh nampak jadi punch bag? owww... sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ini bukan kali pertama aku membuat program untuk kelas kami. Kadangkala aku rasa hendak biarkan saja, tapi... mereka juga merupakan salah satu "akar" dalam kelas kami. Mereka komponen terpenting. Dan untuk itu, aku menetapkan syarat baru bagi perlantikan jawatankuasa program iaitu "memerlukan suara 2/3 ahli persidangan dan pertimbangan Majlis Tertinggi Kelas atau dikenali sebagai Majlis Exco Tertinggi Alumni kelas". Hm... walaupun begitu, aku tetap berasa pelik dengan cara mesyuarat kami kali ini diadakan...huhuuuu... tambahan pula, aku sendiri yang akan merekodkan perbincangan kali ini sebagai suatu cara pemantauan alumni kelas kami dan akan diserahkan kepada bekas guru kelas kami semasa tingkatan 6 dulu agar beliau boleh membuat pertimbangan sekiranya memerlukan apa2 bantuan program daripada kami (cth: buat kelas tuisyen dsb).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan