Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Jumaat, 9 Disember 2011

Catatan 9 Disember 2011: Inovasi Yang Bakal Menyelamatkan Bumi?

Colonello-Hitman Reborn (Blue Pacifier)

Dear Diary,

Mungkin kedengaran tajuk entri kali ini agak pelik/ ganjil kan? Mungkin sebab aku sendiri pun sebetulnya susah menjangkakan apa yang aku fikirkan kebelakangan ni. XD ahahahahahaha <lantak lah... yang penting aku happy>.

Oh... sebenarnya sesuatu berlaku hari ini. Aku yang bukanlah dari aliran sains ni telah mendrafkan satu inovasi yang mungkin bakal menyelamatkan bumi. Portfolio asal sedang dibuat pada masa ini, dan draf awal selamat disimpan. =) Mestinya anda tertanya2 kenapa dan mengapa pula kajian perlu dilakukan?? baiklah, kisahnya bermula dari emel yang aku terima daripada pensyarah Jerman kami.

Isi kandungan emel tu adalah seperti yang berikut:::

Assignment Werbe-Plakat "Meine beste Erfindung - So kann ich reich werden"

Liebe Studenten,

Assigment-Time...

Bitte gestalten Sie ein Werbeplakat (advertisment poster)!

10.12.2011 Besprechung der Ideen im Kurs *Design, deutsche Sprache, Idee
17.12.2011 Abgabe des Werbeplakats

2012          Dr. Raimond will put into practise your invention and will keep the copyright (sorry guys...)

Itulah yang berlaku. Maka, aku pun dengan tergopoh-gapahnya membuat penyelidikan ke atas tajuk tersebut, Aku yang mempunyai idea sekian lama sejak di bangku sekolah rendah lagi, telah mengambil keputusan untuk mendrafkan inovasi pertama yang aku ingin sekali miliki (teknologi canggih laaa) walaupun aku datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Siap dengan segala kemungkinan, pro dan kontra dan juga pertimbangan ke atas kesannya terhadap alam sekitar dan manusia, aku telah berjaya membentangkan hasil kerja itu di dalam kelas hari ini (pembentangan individu). Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan lancar walaupun bahasa Jermanku tersekat-sekat (angkara nerves laa... =.="" ). Tapi, aku paling tidak menjangkakan yang pensyarah kami kelihatan sangat berminat ke atas inovasi yang aku buat itu. Serius aku katakan, aku terkejut!

Beliau mula bertanya tentang punca kuasa dan sebagainya. Aku katakan yang terdapat suatu teknologi yang masih dalam kajian tetapi berkemungkinan besar akan mengubah dunia dengan  kehadiran sumber tersebut, dan kerana itulah aku menjangkakan yang banyak lagi perkara menarik akan berlaku. Pesyarahku itu bertanya lagi, mengenai kemahiran dan peralatan yang akan digunakan dan aku katakan yang aku akan memasukkan maklumat tersebut bila kajianku selesai dalam masa seminggu ini. Bertahun lamanya aku memikirkan idea dan konsep yang sama, tetapi kerana tingkat pengetahuanku yang sentiasa berubah jugalah aku mula memikirkan benda-benda yang kalau difikirkan dengan akal, agak mustahil sebenarnya untuk masa kini. 

Mestinya anda tertanya-tanya tentang inovasi apakah itu bukan? Aku mengandaikan kalau benda itu menjadi realiti suatu hari nanti pun, ada kemungkinan yang teknologi negara kita juga boleh setanding dengan negara maju. Ia memang suatu inovasi yang baik sebenarnya, tapi dalam masa yang sama terdapat keburukan di sebalik kecanggihannya itu. Untuk menguatkan lagi penemuanku itu, aku berusaha sedaya upaya dengan menguji hipotesis2 yang sesuai untuk itu kerana aku sendiri ketiadaan kemahiran dalam pengaturcaraan, malahan fizik, kimia dan biologi juga aku tak tahu. Siapa sangka yang benda itu juga akan menjadikan rumah anda yang jauh berada di depan mata anda. =) Aku langsung tidak menyesal untuk mencurahkan tenaga dan masaku ke atas inovasi tersebut kerana aku tahu, yang masih ada harapan untukku. Impianku yang suatu ketika dulu ingin menjadi seorang saintis masih menyala lagi, dan buktinya kini berada di depan mata. Pensyarah dan kawan2 mengiktiraf penemuan itu, dan sememangnya aku mula bersemangat untuk meneruskannya. 

Cikgu bahasa Inggerisku pernah berkata suatu masa dulu, "The road not taken". Aku bersetuju dengan beliau, kerana sains bukan hanya terhad kepada bidang pengajian. Sains itu luas. Lagipun, aku percaya yang seorang pelajar dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi juga mampu menjadi seorang saintis yang hebat, namun mungkin kerana Allah telah menetapkan bagiku untukku melihat sesuatu di fakulti tersebut, maka aku bersyukur dengan ketentuanNya. Cikgu Razuwanda juga pernah berkata, "kamu mungkin masih belum nampak hala tuju kamu, tapi siapa tahu yang bahasa Jerman akan membuka mata kamu suatu hari nanti". Cikgu memang betul. Aku seakan tersedar dari mimpi yang panjang... dan aku mula mengaturkan banyak benda walaupun orang berkata, kita merancang Tuhan yang menentukan. Tapi, selagi aku mampu untuk merancang, aku akan tetap merancang. Jika plan A tidak berjaya, masih ada B-Z kan? =) Mentol juga tidak tercipta dalam masa sehari. Hehehehe...

Aku yang kini terlalu bersemangat sebenarnya dah mula rasa letih. Inovasiku mesti diteruskan kerana pensyarah kami telah memberitahu bahawa "I'll try to find a place to display your invention. Maybe at KLCC or somewhere, so that the other people would know on what a university student can do. It also will train you to speak more in German language and try to make the simple sentence so that everybody can understand about your inventions". Satu cabaran buat anak Malaysia seperti aku... juga, suatu penghormatan buat UPM seandainya inovasi yang lain juga dinobatkan sebagai inovasi yang terbaik. Doakan kami agar semuanya berjalan dengan lancar. Amin.

3 ulasan:

  1. go girl! Buat yang terbaik! Tak semestinya kita dalam satu program tu tak boleh kejar impian kita yang dahulu. Semuanya ada jalan kalau kita ada kemahuan. Trust in you and fly.

    BalasPadam
  2. =) thanks, senior. I'll do my very best! =D lagipun... "if I wouldnt mean to fly, I wouldnt have these wings"... I would continue my studies for that one, and I'll try to make it become reality. Who cares if other people said that I'm a crazy girl because of that since my teacher also call me "lil' female Einstein" long time ago...LOL...

    BalasPadam