Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Selasa, 6 Disember 2011

CODENAME: MISS CHARLES GREY'S LOVER A.K.A LADY GREY

Dear Diary,

Sekali lagi...tajuk pelik. Ahahahahaha... *uhum* OK2... sebenarnya kini saya sedang membaca salah satu manga kegemaran saya, Kuroshitsuji. Kenapa pulak tiba2 tajuk tu lain tapi citer entri lain? macam tak ada kaitan kan? tapi...yang sebenarnya, ADA. Hehehehe... 

Semenjak kebelakangan ni saya cukup sibuk dengan pelbagai aktiviti... dari akademik dengan projek2 dan assignment yang dahsyat nauzubillah macam semester depan baru boleh siap, sampai ke kelab dan persatuan yang memang tak boleh ditinggalkan... dan tugasan sebagai seorang ketua sektor di kolej, juga aktif dalam indoor dan outdoor games termasuklah camping dan sebagainya...phew... alhamdulillah ada jugak masa untuk melukis dan membaca komik serta buku2 ilmiah. Dengan aktif begini barulah rasa puas hati sebab asyik terperap di bilik menyebabkan saya ni mudah jatuh sakit. Ya lah, sudah biasa dengan kehidupan bebas dan aktif, takkan lah berkurung lagi di dalam bilik kan...baik pergi bersukan... hehehehe

Okay laa... tadi saya melawat kelab yang saya salah seorang Admin di situ... seperti biasa, kelab Kuroshitsuji yang semua Adminnya melakonkan semula watak dalam cerita manga tersebut. Saya memegang watak Meyrin, pembantu kediaman Phantomhive dalam Kuroshitsuji. Dalam masa yang sama, saya juga menggunakan watak saya sendiri dan muncul sebagai Lady Lyana di situ. Jadi, boleh laa dikatakan saya yang sebagai seorang otaku,mangaka dan seiyuu dalam masa yang sama, bekerja sebagai admin dan melayan kelab peminat Kuroshitsuji yang sudah mencecah 18, 468 ribu orang peminat dari seluruh dunia (hanya kelab itu sahaja, belum termasuk kelab peminat yang lain). Berjumpa dengan orang yang pelbagai dan saya sebagai salah seorang yang dipanggil oleh semua org sebagai "Onee-san" (err...sebab saya antara yang senior dalam kalangan admin), pengalaman yang saya perolehi dalam masa yang sama telah mengasah kemahiran komunikasi dan berbahasa saya. Mana tidaknya, saya bertemu dengan beberapa orang peminat dari German dan saya belajar banyak perkara dari mereka... peminat dari Malaysia yang sangat friendly, peminat dari Singapura yang sangat manja dan sebagainya. 

Salah seorang admin telah menggelarkan saya sebagai "Lady Grey" ataupun Miss Charles Grey's Lover sebab saya mengaku saya sangat2 meminati watak Earl Charles Grey dari Kuroshitsuji. Berbanding dengan pistol atau senapang....saya lebih sukakan watak lelaki yang pandai bermain pedang atau panah, macam Earl Grey dari Kuroshitsuji, King Romualdo dari Fantaghiro dan juga Legolas Greenleaf dari TLOTR... di samping itu... ummm...persamaan 3 watak ni adalah dorg mempunyai warna rambut yg menarik, mata yang cantik dan (sebenarnya saya sukakan Legolas sebab dia sangat perfect!...=D). Watak Meyrin ni sebenarnya bertentangan dengan watak Earl Grey sebab Meyrin pakar dalam senjata api dan pernah menjadi pembunuh upahan sebelum bekerja di kediaman Phantomhive, manakala Earl Grey datang dari keluarga bangsawan yang terhormat pada zaman pemerintahan Ratu Victoria suatu ketika dahulu.

Saya sangat2 suka pada watak Earl Grey, King Romualdo dan Prince Legolas... <3<3<3


 Earl Charles Grey, Kuroshitsuji

King Romualdo, Fantaghiro

Legolas Greenleaf, The Lord of The Ring

Ah... ada lagi dua org...hehehehe...

Lucius Malfoy, Harry Potter

Severus Snape, Harry Potter


Okay... ini sedikit saja... XD ahahahaha.... (erk... kawan saya cakap "huih...ko ni playgirl" so saya balas balik "apa pulak??? ini kan watak dalam cerita saja... x salah pun.." =P )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan