Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Sabtu, 14 Januari 2012

Catatan 14 Januari: Welcome To My Room, Lucy

Dear Diary,

Aku tersangatlah gembira pada ketika ini. Sebabnya aku menerima roommate baru; Lucy. Semalam, ada seorang kawan lamaku mengirimkan gambar Lucy. Kawanku itu mengatakan yang ia masuk ke dalam rumahnya, dan kawanku bertanyakan siapa yang berminat untuk membelanya. Pertama kali aku melihat gambar itu, aku mula daa... tiba2 aku bersetuju untuk menjaga ia.

Tengah hari tadi, aku bertemu kawanku itu di hadapan gate ke old flat. Kawanku mengatakan yang ia adalah hamster betina. Aku pun mula laa... (pengaruh Harry Potter) sebab minat kat Lucius Malfoy dan warna bulu Lucy macam tu, aku pun namakan lah ia "Lucy".

Setakat ni, Lucy tak meragam. Tapi tadi aku hampir digigitnya (itu kes aku pegang roti sayuran nak bagi Lucy makan). Tapi tak apa... nanti aku bagi ia makan sayuran dan bijian. Hehehe... 

Lucy comel... dan bulu ia sebetulnya ada persamaan dengan warna rambut "someone" itu. Aku fikir, mungkin sepanjang kemku nanti, aku perlu meninggalkan Lucy sementara di bawah jagaan rakan karibku. Kesian dia... terpaksa menjaga Lucy. Tapi... sebab dia student vet rasanya tak jadi masalah. Jangan dia operate Lucy tu buat eksperimen sudahlah. XD

Ah... details tentang Lucy:

Nama Panggilan: Lucy
Nama: Miss Luciana Gloria Goldwinter 
Spesis: Kalau tak silap aku, Golden Winter
Tarikh Lahir: Tuhan saja yang tahu... 
Date of Adopted: 14th January 2012

Lucy aktif bergerak...lepas tu? Tidur laa jawabnya...

Dulu pun, aku ada seekor hamster tapi dari spesis hamster syrian. Nama dia Alfred. Details pasal Alfred pulak:

Nama Panggilan: Alfred (Mr)
Nama: Mr. Alfred Victorius Brown
Spesis: Syrian Brown
Date of Adopted: July 2009
Status:Innalillah... kembali kepada Pencipta

2 ulasan: