Let The Magic Begin

Welcome to Hogwarts

Ahad, 12 Jun 2011

Result Exam, Tamu & Aku...

Dear Diary,

Sebab hari nih sangat2 berbeza dan juga saya bertekad untuk mengubah sesuatu dlm entri saya...jadi, saya patut ubah blog ni sepenuhnya jadi diari. =) Ini yang saya nak... saya rasa sunyi tanpa diari. Mungkin hari ni... dah takdir saya...ah... x mengapa laa... ^_^

Semalam saya check result, walaupun pointer saya drop sampai bawah 3.00 tapi saya tetap happy... mungkin itu balasan bagi saya. Saya tahu, saya x tumpukan perhatian dalam semester kedua saya sebab banyak masalah dan saya hampir2 kalah dengan semua tu... tapi alhamdulillah, saya masih mampu bertahan. Pelajaran... saya tak tahu nak cakap apa lagi... tapi saya masih sayang pada pelajaran. Result saya membuktikan yang saya tak patut berputus asa, tengok lah keadaannya bila subjek major ada peningkatan. =D Dan apa yang lebih utama, result saya semester ni langsung x ada subjek yg dpt bawah C... juga, subjek yang diajar oleh Sir pun... saya dapat A. Bersyukur yang amat! walaupun saya tak berani nak target sampai dapat A, (saya cuma target B jer) tapi alhamdulillah... ia sangat membantu saya untuk dapat pointer yang bagus, walaupun x lah sampai 2.9... 

Siang tadi, saya pergi ke tamu. Ahad... biasa lah. Dah lama saya tak turun ke tamu, ramai jugak orang tadi. Berjumpa dengan kawan2 saya, Rafiah dan Nurhanna... saya sangat gembira! Sekurang2nya saya taklah rasa bosan sangat. Masa menanti kedatangan Rafiah tadi, saya terserempak dengan abang saya yg satu lg... saya tengok dia, macam terkejut juga bila dia yang pertama tegur saya. Dia jarang bercakap dengan saya, dan saya juga begitu. Sejak dia keluar dari rumah kami, dia tak pernah contact saya pun. Tapi saya rasa ada baiknya begitu... mungkin... isterinya tadi jalan bersamanya. Walaupun begitu, saya tengok abang saya lain macam saja tadi... dia tak bagitau sesiapa termasuklah saya, tapi dia takkan dapat tipu saya. Tengok dari matanya saja, saya tau dia gembira bila nampak saya... dan dalam sepasang mata seorang lelaki begitu pun, ada tersimpan suatu penyesalan. Saya harap dia akan dapat bertahan dalam situasinya begitu... kesian juga saya tengok. Seburuk mana pun dia, kami tetap adik beradik... dan saya masih ada kaitan dengannya sebab kami mempunyai darah ibu bapa kami yg mengalir dalam tubuh kami. 

Abang saya tanya, kalau saya datang ke pekan tadi dengan siapa... dan saya jawab saya seorang, tapi bapa yang hantar. Dia tanya lagi, bapa pg mana? saya jawab pg bandar. Dia pun kata "owh" sambil berlalu pergi. Sekali lagi, dia takkan dapat tipu saya.Tak semudah itu... dan saya boleh rasa yang dia sebetulnya rindukan papa dan mama. Saya langsung takkan berkecil hati bila dia berlalu pergi begitu saja, sebab dia memang macam tu. Tertanya-tanya bagaimana lah keadaannya kini ya? saya harap dia okay...

Entah kenapa, hari ini saya rasa kosong semacam... adakah saya rindukan orang lagi? saya tertanya-tanya juga. Pekan yang meriah dengan gelak tawa orang dan hingar bingar, riuh rendah gelak ketawa orang yang datang, langsung tak memberi kesan pada saya... saya semacam tenggelam dalam suasana begitu. Saya rasa tak berdaya secara tiba-tiba. Saya harap, saya tak sakit teruk. Hari ni, sekali lagi saya rasa sesak nafas. Saya tak boleh tahan...tapi... medical check up saya masa semester satu menunjukkan saya okay. Kenapa begini? saya harap bukan sesuatu yang serius kali ni...saya perlu habiskan pengajian saya dan sara ibu bapa saya. Walaupun saya anak perempuan, tapi saya juga ada tanggungjawab saya terhadap mereka. Itu janji saya, yang takkan terputus walau apa pun. 

Saya harap saya tak tersilap kali ini. Saya tak mahu perkara yang tak diingini berlaku... itu saja. Saya harap saya tak memberikan hati saya pada orang yang salah, dan yang tak sepatutnya memilikinya. Saya keliru... tapi mungkin hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dia sudah memberikan segala-galanya pada saya dengan belas kasihanNya, saya rasa bersyukur yang teramat. Saya amat gembira... mungkin, antara saya dan beberapa orang itu, walaupun tak bersua muka, kami masih ada pertalian diantara kami. Betapa saya merasakan kehilangan mereka... saya harap, bila saya kembali ke UPM nanti, saya dapat melihat senyuman mereka. Saya tak mahu lagi melihat wajah sedih yang bimbangkan saya. Terima kasih, kalian... terima kasih kerana mengambil berat mengenai saya. Saya sayangkan mereka! =) seikhlas hati saya... 

4 ulasan:

  1. Mengenai keputusan semester itu bagi saya biasalah. Pelajar baru masuk U. Saya pun dulu begitu. Tak nampak jelas hala tuju saya di UPM. Apabila masuk subjek elektif barulah saya tahu apa yang saya nak. Bermula dari itu baru lah nak berusaha belajar demi ilmu bukan mengejar A. Harap adik pun begitu yea. Jangan belajar sebab A. Cari ilmu yang boleh dibanggakan sebagai kita pelajar UPM.

    Nampaknya entri kali ni lebih kepada jejak kasih.

    Untuk entri jejak kasih pula. :P
    Sebetulnya kasih sayang keluarga masih tetap ada walaupun apa yang berlaku dalam keluarga tersebut. Teringat saya satu kisah yang mana menceritakan mengenai seorang anak yang bergaduh dengan bapanya sehingga dia melarikan diri dari rumah dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Setelah 5 tahun dia sudah boleh melupakan kejadian yang telah berlaku antara dia dan bapanya. Tetapi dek kerana sudah lama tidak bercakap, ego itu masih ada. Lama-kelamaan ia membawa kepada satu situasi yang tak boleh dibawa berbincang.

    Sebab itu ada yang kata 'the long silent is bad for family'.

    Teruskan menulis sebab saya pembaca setia. :D

    BalasPadam
  2. Thank you senior ... hahaha... aigoo... ^^!! entri yg lebih peribadi setiap kali cuba menulis blog...abis laa... hahahaha... jgn risau, study bukan mahu dapat A, sebab tu laa result jadi begitu. Saya nak cari hala tuju saya sebenarnya... =D masih dalam pencarian... hehehehe... walaupun... T_T rasa down jugak bila ada family member yg asyik2 tanya "kalau grad ko jadi apa dgn kos ko tuh?" adoyai...

    BalasPadam
  3. Biasala. Saya pun begitu. Cuma saya dapat berbangga la dengan ilmu hortikultur saya sikit ini dapat mendiamkan orang yang mengata.

    Tanya jer pasal penjagaan pokok dan penubuhan nurseri atau padang golf, Alhamdullillah saya dapat jawab secara ilmiah berdasarkan apa yang telah saya pelajari. :D.

    Jadi kamu pun jangan sedih kalau ada yang mengata. Cuba yang terbaik sebab kita di UPM ni berilmu berbakti kepada masyarakat.

    BalasPadam
  4. \(^^)/ Ya betul!!!! hahahaaha... Jangan bimbang, sebab moto UPM "Berilmu berbakti" tu sdh lama bersama2 saya...semenjak menjejakkan kaki ke tingkatan 1 lagi... moto sekolah saya dulu "Berilmu dan berbakti"... hehehe...

    Oh ya, senior..pasal penjagaan pokok. Kalau kita bela Nephentes, cmana nak jaga ek? teringin nak bela Nephentes di dalam room...

    BalasPadam